10 Cara Mudah Untuk Meningkatkan Kreativiti

| 2 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Apakah anda merasa kreatif? atau sebaliknya, apakah anda merasa tidak kreatif? Apapun jawapan anda, anda tetap boleh meningkatkan kreativiti anda. Anda dapat dengan mudah meningkatkan kreativiti nda melalui langkah-langkah menurut Brian Tracy.

Mungkin anda seringkali berfikir bahawa kreativiti hanyalah milik sebahagian orang saja, seperti penulis, ilmuwan, atau artis. Tidak, kreativiti merupakan kemampuan alami manusia yang dianugrahkan oleh Allah seperti saat kita bernafas. Setiap orang mampu memiliki kreativiti yang tinggi kerana dia menginginkannya. Kreativiti dapat dikembangkan dan ditingkatkan. Kreativiti sama seperti otot kita, bila tidak kita latih dan gunakan secara baik, maka otot akan kehilangan kekuatannya.



Untuk menjadi kreatif, anda tidak perlu memiliki IQ atau kecerdasan yang tinggi. Banyak orang yang memiliki IQ tinggi tetapi tidak dapat melakukan apa-apa untuk membuat hidupnya lebih baik. Mereka hanya bekerja pada pekerjaan yang tidak mereka sukai, kerana terpaksa, sehingga mereka bekerja hanya untuk gaji dan bekerja pada level jauh di bawah potensi mereka sesungguhnya.

Sedangkan kecerdasan sebenarnya berhubungan dengan cara anda bertindak dan bergerak. Jika anda bertindak dengan cerdas, maka anda cerdas. Kualiti kecerdasan (kegeniusan) seseorang dapat diukur melalui 3 hal dasar, iaitu :

* Open Minded-ness. Semakin terbuka cara berfikir anda, maka semakin terbuka dan kreatif terhadap ide baru dan pemecahan terhadap sebuah masalah.

* Kemampuan konsentrasi dalam sebuah hal/masalah. Dalam kata lain, anda harus memiliki kemampuan untuk fokus dalam sebuah hal atau masalah anda.

* Kemampuan untuk memecahkan masalah secara sistematis. Anda harus melihat sebuah masalah sebagai sebuah sistem, bukan sebuah masalah yang saling terpisah satu sama lain.

Demikianlah 3 hal dasar yang dapat digunakan sebagai ukuran kecerdasan seseorang. Lalu bagaimana langkah untuk meningkatkan kreativiti? Berikut 10 langkah mudah untuk meningkatkan kreativiti.

1. Ubahlah cara berfikir anda dari negatif ke positif

Semakin positif cara berfikir anda, membuat anda semakin percaya diri dan optimis dalam menghadapi permasalahan. Selanjutnya anda akan semakin kreatif dalam mencari penyelesaian segala permasalahan anda. Biasakanlah anda mengatakan “Ya ini merupakan kesempatan untuk menjadi lebih baik” dalam menghadapi sebuah rintangan.

2. Tulislah secara detail mengenai situasi kesulitan yang anda hadapi

Tulislah segala hal yang berkaitan dengan tentangan anda, Apa yang menjadi penyebab anda tertekan? Apa yang anda khuatirkan? Kenapa anda tidak bahagia? Ini bukan bererti berfikir negatif, tapi dengan menulisnya anda selanjutnya akan berfikir untuk mencari jalan keluar dari permasalahan tersebut.

3. Selalu bertanya

Jangan terlalu cepat puas dengan jawapan singkat dari permasalahan anda. Berlatihlah juga untuk menjawab sebuah permasalahan atau pertanyaan dari sudut pandang yang berbeza. Misalnya bisnes anda sedang menurun, kenapa menurun? mengapa penjualannya menurun? apa kerana semakin banyak kompetitor? atau kerana produk anda semakin menurun kualitinya? Dengan semakin banyak pertanyaan yang dapat anda buat, maka anda akan terpacu untuk semakin kreatif mencari penyelesaiannya.

4. Definisikan batasan, buat alternatif penyelesaiannya

Anda harus mampu mengidentifikasi apa saja yang menjadi batasan anda untuk menyelesaikan permasalahan anda. Kemudian anda harus mencari alternatif-alternatif penyelsaian sesuai dengan batasan yang anda miliki.

5. Lakukan keputusan yang terbaik dari beberapa alternatif penyelsaian yang anda buat

Pilihkan keputusan yang terbaik setelah anda membandingkannya dengan alternatif lainnya.

6. Buatlah perancangan bila keputusan terbaik anda tidak berjalan sesuai harapan anda.

Anda harus menyiapkan rencana bila hasil evaluasi keputusan terbaik anda tidak sesuai dengan tujuan awal anda.

7. Tetapkan satu pengukuran dalam keputusan Anda

Anda harus menetapkan ukuran untuk mengetahui perkembangan pencapaian tujuan anda. Bagaimana cara anda dapat mengetahui bahawa anda sudah sukses?

8. Menerima semua tanggung jawab dari keputusan yang telah dibuat.

Anda harus berani menghadapi semua risiko dan hasil dari keputusan yang telah anda buat.

9. Tentukan deadline

Anda harus menentukan deadline dari semua tujuan anda. Misalkan anda ingin tahun depan memiliki penghasilan per tahun sebesar 120 juta/tahun. Selanjutnya anda mesti mem break-down apa saja yang anda lakukan tiap bulan, tiap hari, tiap jam, bahkan tiap minit untuk mencapai tujuan Anda.

10. Anda harus Take Action (Bertindak)

Bertindaklah, sibukkanlah diri Anda, dan terus bergerak. Tentukan keutamaan tujuan Anda. Semakin cepat anda dan semakin jelas tujuan anda, semakin kreatif diri anda dalam mencapai tujuan anda. Anda juga akan semakin banyak memiliki energi dan waktu untuk belajar. Semakin banyak belajar maka semakin cepat anda dapat mengembangkan keupayaan diri anda dan mencapai sesuatu yang lebih baik bagi masa depan Anda.

Demikian 10 langkah mudah meningkatkan kreativiti anda.

sumber : briantracy.com



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......10 Cara Mudah Untuk Meningkatkan Kreativiti

Aksi Suku Akhir Bermula Hari Ini

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

CABARAN Puncak Piala Emas Raja-Raja kini sampai ke peringkat suku akhir.

Empat perlawanan berlangsung hari ini dengan tumpuan terarah kepada juara bertahan Kelantan menerima kunjungan Kedah di Kota Bharu.

Kelantan menamatkan cabaran peringkat kelayakan kumpulan D bagi Zon Timur dengan bergaya setelah muncul juara kumpulan.


Dengan tunggak serangan diketuai bekas pemain kebangsaan Azlan Ismail, Kelantan memulakan cabaran dengan kemenangan 2-1 keatas ATM, seri 1-1 bertemu Pahang seterusnya menang 2-1 keatas Terengganu.

Bagi pasukan Kedah yang muncul naib johan kumpulan C Zon Utara, matlamat merangkul Piala Emas Raja-Raja mahu dilaksanakan setelah menempuh musim suram dalam kancah Liga Super musim ini, malah kejayaan itu penting sebagai penawar kepada penyokong setia Hijau Kuning.

Pada peringkat kelayakan lalu, Kedah memulakan saingan dengan kemenangan 2-0 keatas Perak, seri 1-1 bertemu Perlis dan tewas 0-1 kepada Pulau Pinang untuk berkongsi empat mata dengan Pulau Pinang, namun kelebihan jaringan membawa Kedah ke suku akhir.

Satu lagi perlawanan yang dijangka sengit adalah pertemuan PDRM menentang Singapura di Padang Pulapol, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada pukul 4.30 petang ini.

PDRM yang muncul juara kumpulan A menamatkan aksi diperingkat kelayakan dengan satu kemenangan dan dua seri.

Pasukan Kuala Lumpur muncul naib juara yang turut disertai Selangor dan MASUM.

Singapura yang beraksi dalam kumpulan B Zon Selatan menamatkan cabaran mereka selaku naib juara di belakang Johor manakala Negeri Sembilan ditempat ketiga.

Peringkat suku akhir kedua dijadualkan pada 5 Disember depan diikuti separuh akhir, juga secara timbal balik pada 12 dan 19 Disember.

Perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Disember 2009.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......Aksi Suku Akhir Bermula Hari Ini

Jawatan Kosong : Universiti Malaysia Kelantan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :

Jawatan :-

1. PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) Gred N17



Permohonan yang siap dibuat secara `on-line’ perlu dicetak dan dihantar bersama sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan ke Jabatan Pendaftar UMK seperti alamat di bawah:

Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36
Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim
(U/P: Unit Perancangan dan Pengambilan)

Tarikh tutup : 15 Disember 2009




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......Jawatan Kosong : Universiti Malaysia Kelantan

Selamat Hari Raya Aidiladha

| 1 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda



Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pengunjung Blog Cheni™ dan selamat mengerjakan ibadah korban. Yang akan balik ke kampung, pandulah dengan cermat dan berhati-hatilah di jalan raya. Kepulangan anda dinanti orang yang tersayang.





Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......Selamat Hari Raya Aidiladha

Temuduga Kerja : Apa Kunci Kejayaannya?

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Menurut statistik undian yang dikumpulkan di web ini. Kelihatan jelas bahawa pelawat web zaharuddin.net kebanyakannya adalah golongan muda berumur 22- 30 tahun, lelaki dan wanita.

Pada hemat saya, adalah amat baik jika saya memberikan sedikit manfaat berkenaan kemahiran temuduga buat pengunjung terutamanya bagi mereka yang masih dan sedang bergelumang dengan dunia mencari pekerjaan dan temuduga.





Berdasarkan puluhan sesi mengendalikan temuduga semasa bertugas di industri korporat dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya terlibat sebagai panel untuk menemuduga calon-calon yang punyai keputusan cemerlang seperti CGPA 3.5 ke atas, 'Mumtaz', 'First Class', 'Distinction' dan sebahagiannya mempunyai Ijazah Sarjana.

Malangnya, banyak kali saya dan rakan-rakan di sektor swasta dapati individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang di Universiti tetapi ianya tidak banyak membantu calon semasa temuduga.

Saya bimbang degan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya.

Saya bimbang, munculnya graduan yang cemerlang atas kertas kerana kecekapannya menghafal silibus sahaja. Akhirnya, sekali dicuba di alam realiti, tersungkur jatuh dengan sekali cubaan sahaja. Kerana itu, bagi saya soalan peperiksaan perlu diolah dalam bentuk yang lebih praktical dan mementingkan kefahaman berbanding hafalan semata-mata.

Tidak dinafikan kita inginkan pelajar menghafal, tetapi adalah hafalan berserta kefahaman sehingga bila dibawakan satu soalan dan situasi mencabar, ia mampu menjawab dan mengadaptasikan formula hafalannya dalam konteks semasa. Mampu memperkembangkannya dan bukannya hafalan kosong.

Jika anda bagaimana seorang tukang masak biasa menjadi Chef yang hebat. Jawabnya, adalah dengan mempelajari dan menghafal resipi asal dari seorang guru, kemudian mencuba dan mempelbagaikan ramuan sendiri. Akhirnya lahirlah resipinya sendiri dan rasa tersendiri. Resipi asal hanya menjadi titik mula untuk menjadi kreatif. Itulah nilai tambah yang dikehendaki dalam proses menuntut ilmu. Iaitu memperkembangkan ilmu.

Mungkin kerana itu, pendedahan berpersatuan dan berprogram di universiti amat penting dalam pembentukan graduan yang cekap dan kreatif dalam menangani masalah dan soalan-soalan panel temuduga.

Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.

Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

Soalan Biasa

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.

Jawapan calon bagaimana?

"Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini"

"saya sekolah tadika di..., "

"Saya sudah berkahwin dah punyai ....anak"

Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan 'disadvantages' buat calon tersebut.

Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-

1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.

2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)

3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.

Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.

Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.

Tahap Satu

Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.

Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.

Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.

2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.

Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.

Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.

Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain"

Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.

3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.

Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu,

Kenalan saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :

"Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya"

Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.

4) Mengapa kerap menukar kerja?

Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, 'melompat-lompat'.

Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor 'Oil & Gas' pernah berkata kepada saya :

"Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject"

Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.

Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-

1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.

2) Gila pangkat.

3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.

4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.

5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.

6) Kurang kemahiran interpersonel.

Tahap Kedua

Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-

1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.

2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap

3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.

4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.

5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.

Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.

Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.

Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-

a- Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.

Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.

Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.

Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,

"Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini"

b- Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar "InshaAllah" dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.

Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat.

c- Merendah diri. Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan 'over' tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.

d- Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Ia mudah menganggu debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan guru sahaja.

Bagi sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.

Tahap akhir

Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon.

Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.

Justeru, 'expected salary' mestilah melihat kepada 'salary scale' di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.

Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.

Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda.

Jika anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan.

Jika calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.

Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.

Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-

1) Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai 'scale' yang berbeza.

2) Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.

3) Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.

4) Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.

Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,

"Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?"

Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;

"Berapa minimum yang anda boleh agaknya?"

Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.

Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan anda juga kelihatan 'performed' dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.

Soalan Penutup

Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:

"Do you have any question?" atau " Saudara/i ada apa-apa soalan?"

Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan"

Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.

Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak 'performed' di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.

Demikianlah, beberapa nasihat dan pandangan ringkas saya buat bejkalan rakan-rkaan pengjung http://www.zaharuddin.net/ yang majoritinya beumur 22- 35 tahun. Sudah tentu proses temuduga akan berterusan dalam usia ini. Harapan saya, ia mampu membantu serba sedikit persiapan karier anda agar lebih berjaya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-

إن الله عز وجل يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya" (Riwayat At-Tabrani, terdapat komentar terhadap seorang perawinya iaitu Mus'ab bin Thabit, Ibn Hibban men ‘thiqahi'nya , dan majority melemahkannya)

Menurut sebuah hadis sohih pula :-

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ على كل شَيْءٍ فإذا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وإذا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أحدكم شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Ertinya : "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan (professional, ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih" ( Riwayat Muslim, 3/1548 )

Kedua-dua hadis ini menganjurkan kecekapan dan professionalism dalam kerja. Tingkatkan ilmu dan kemahiran bermula dari proses temuduga. Moga Allah bersama kita sentiasa.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman


Sumber: http://www.zaharuddin.net/



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......Temuduga Kerja : Apa Kunci Kejayaannya?

KES PENIPUAN SEMASA BERURUSAN DI MESIN ATM

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Ini e-mail yang saya terima dalam kotak 'inbox' saya hari ini. Kelmarin, semasa nak cucuk duit kat BIMB, dah ternampak notis ni tertampal kat dinding sebelah ATM tu, terlintas juga nak ambil untuk dikongsikan dalam blog ni. Setelah fikirkan orang lain juga, akhirnya tak jadi nak ambil. Tup-tup, pagi ni dah terima pasal ni dalam email. Terima kasih kepada yang mengirimkannya.

KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS










Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......KES PENIPUAN SEMASA BERURUSAN DI MESIN ATM

JAWATAN KOSONG : KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI (KIST)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut secara sepenuh masa di KIST.

Jawatan :-

1. Pengurus Operasi
2. Eksekutif KIST Printing
3. Klinikal Instruktor Kejururawatan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat :-

Bahagian Sumber Manusia
KIST Group Holdings Sdn.Bhd.
Lot 4276, Mukim Tanggul & Lot 6739, Mukim Kuala Berang
Batu 23, Jalan Kuala Berang / Kuala Terengganu
21700 Hulu Terengganu

Tarikh tutup : 30 November 2009





Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......JAWATAN KOSONG : KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI (KIST)

KEMBALIKAN KEUNGGULAN BOLA SEPAK KELANTAN

| 4 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Keratan akhbar tahun 1996

KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS







Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......KEMBALIKAN KEUNGGULAN BOLA SEPAK KELANTAN

TIP PEMANDUAN BERHEMAH

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Menjadi pemandu yang berhemah di jalan raya adalah penting bagi mengelak berlakunya kemalangan. Namun begitu, kebanyakan pemandu yang ada di jalan raya tidak memiliki ciri-ciri tersebut. Seringkali kita berdepan dengan pemandu yang tidak sopan dan gopoh di jalan raya. Mereka dengan sewenang-wenangnya membunyikan hon atau memotong barisan tanpa memberikan lampu isyarat. Ini akan membahayakan pemandu lain terutama bagi mereka yang baru memiliki lesen.


Remaja mungkin terdedah dengan bahaya apabila sesetengah daripadanya begitu ego di jalan raya. Pantang dicabar pasti mereka akan melenting. Berikut disenaraikan beberapa tip pemanduan berhemah buat remaja :-

Tali pinggang: Pakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaannya kepada penumpang lain.

Rancang perjalanan: Dapatkan maklumat secukupnya jika anda tidak tahu destinasi yang ingin dituju. Anda perlu mengenal pasti laluan yang akan diambil untuk mengelakkan diri daripada memandu dalam keadaan teragak-agak. Memasuki lorong secara tiba-tiba akan menyebabkan anda atau pemandu lain berdepan dengan bahaya.

Rehat: Elakkan diri memandu pada tengah malam atau awal pagi kerana ketika itu tubuh memerlukan rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk.

Ubat-ubatan: Elak mengambil minuman atau ubat yang memberi kesan mengantuk seperti minuman bersusu, ubat selesema atau demam.

Perasaan negatif: Tenangkan diri dahulu sebelum memandu. Ini kerana jika memandu dalam keadaan marah atau sedih, ia bakal mendorong anda melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju atau secara berbahaya.

Jarak: Kekalkan jarak selamat antara kereta anda dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan jarak yang jauh sedikit antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang anda.

Peka: Peka dan berhati-hati jika sesebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelak daripada masuk ke dalam lubang besar atau lopak air di jalan raya.

Tayar: Periksa keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman yang baik. Ia penting untuk menjamin keselamatan anda ketika memandu di jalan raya terutamanya ketika hujan.

Sumber : Kosmo Online



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......TIP PEMANDUAN BERHEMAH

KELANTAN MAKIN HAMPIR MARA KE AKHIR

| 1 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Keratan akhbar Piala Emas Raja-Raja musim 1995

KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS






Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......KELANTAN MAKIN HAMPIR MARA KE AKHIR

KAFA 'SUMBANG' 2.4 JUTA

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) 'menyumbang' kira-kira RM2.4 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) sepanjang Liga Malaysia musim ini.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, sumbangan itu diperoleh FAM melalui pungutan jualan tiket, bayaran levi selain bayaran denda yang dikenakan ke atas KAFA sepanjang perlawanan musim ini.



ANNUAR (tengah) dan jurulatih B. Sathianathan (empat dari kiri) bergambar bersama pemain-pemain baru Kelantan pada sidang media di Kota Bharu semalam.

Beliau berkata, pada musim ini, KAFA membayar denda RM250,000 kepada FAM setelah didapati bersalah akibat perbuatan penonton Kelantan yang merusuh pada perlawanan separuh akhir Piala FA, April lalu.

FAM turut mengenakan denda sebanyak RM50,000 ekoran keganasan yang dicetuskan penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 7 November lalu.

"Senario ini memperlihatkan KAFA satu-satunya pasukan yang paling tinggi memberi sumbangan kepada FAM melalui pelbagai hasil dalam bola sepak di negara ini," katanya pada majlis memperkenalkan 25 pemain Kelantan bagi musim 2010 di Kelantan Trade Center (KTC), Kota Bharu semalam.

Annuar berkata, hasil kutipan jualan tiket tertinggi pula diperoleh menerusi jualan tiket pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan 7 November lepas iaitu sebanyak RM1.1 juta.

Tambah Annuar, dalam mesyuarat KAFA semalam, pihaknya juga mengambil keputusan tidak akan membuat rayuan terhadap hukuman denda sebanyak RM50,000 yang dikenakan oleh FAM baru-baru ini.

Dalam pada itu, Annuar memberi jaminan KAFA akan menaikkan gaji atau elaun barisan pemain dan pengurusan KAFA pada musim akan datang.

"Saya mahu mengumumkan gaji kesemua pemain Kelantan yang beraksi dengan skuad ini pada musim lalu dinaikkan pada musim depan," kata Annuar yang tidak menyatakan jumlah kenaikan gaji pemain Kelan- tan itu.

Beliau berkata, kenaikan gaji itu diharapkan dapat meningkatkan semangat pemain beraksi lebih cemerlang pada musim depan.

Bagi musim 2010, KAFA mengekalkan 19 pemain musim ini dan menggugurkan penjaga gol berpengalaman, Halim Napi dan penyerang Khalid Jamlus.

Pemain baru skuad Wira Merah itu terdiri daripada penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein, Azizi Mat Rose, S. Subramaniam, Shakir Shaari, Nor Sharul Idlan Talaha, Akmal Rizal Rakhli dan S. Chanturu.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......KAFA 'SUMBANG' 2.4 JUTA

HARI RAYA KORBAN / AIDILADHA

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Hari Raya Korban atau Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini iaitu bersamaan 10 Zulhijah 1430 Hijrah apabila esok diisytihar 1 Zulhijah.

Penetapan tarikh itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.


"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 November 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 November 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sumber : BERNAMA



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......HARI RAYA KORBAN / AIDILADHA

SKUAD RED WARRIORS MUSIM 2010

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Penjaga Gol

1. Syed Adney Syed Hussein (Pemain baru)
2. Mohd Shahrizan Ismail
3. Mohd Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan

1. Ahmad Azlan Zainal
2. Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
3. Mohd Farisham Ismail
4. Zairul Fitree Ishak
5. Mohd Zamri Ramli
6. S. Subramaniam (Pemain baru)
7. Sharudy Aziz
8. Azizi Mat Rose (Pemain baru)


Tengah

1. Mohd Badhri Muhd Radzi
2. Khairan Eroza Razali
3. Mohd NorFarhan Mohamad
4. Mohd Shakir Shaari (Pemain baru)
5. S. Chanturu (Pemain baru)
6. Wan Zaman Wan Mustapa
7. Mohd Daudsu Jamaludin

Penyerang

1. Norshahrul Idlan Talaha (Pemain baru)
2. Indra Putra Mahyuddin
3. Che Hishamuddin Hassan
4. Mohd Nizab Ayub
5. Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Pemain baru)
6. Mohd Ramzul Zahini Adenan
7. Zul Yusri Che Haron
Pemain yang digugurkan :


1. Halim Napi
2. Khalid Jamlus
3. Rosairul
4. Nafuzi Zain
5. Ezrie
6. Normizal
7. Sapuan
8. Faizul Che Nuh


Ketua Jurulatih: B. SATHIANATHAN
Pembantu jurulatih : Hashim Mustapha, Sidek Shamsuddin dan Ismail Bakar.

Dalam rundingan : Nor Hafiz Zamani Misbah, K.Soley dan Nazru Erwan




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......SKUAD RED WARRIORS MUSIM 2010

CRISTAL ROSELLE

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS



Lain-lain info, sila klik 'Read More'






ROSELLE atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa atau lebih dikenali dengan nama tempatan sebagai Asam Paya atau Asam Susur dan di Timur Tengah dikenali dengan nama Karkade. Berasal daripada negera Sudan dan India. Kaliks segar ROSELLE mengandungi:-
a) Vitamin C, Zat Galian Ca yang tinggi.
b) Pigmen asli yang mengandungi anthocyanim iaitu sejenis “anti-oxidants”.
c) Temuan R&D mendapati kaliks segar mengandungi Vitamin C sebanyak 2.5 kali
ganda berbanding blackcurrant, 9 kali ganda berbanding Citrus dan 3 kali
ganda berbanding grapefruit.

Khasiat Herba Roselle :

1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.

2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Keadaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL (Low-Density Lipoprotein) akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari terjadinya penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.

5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Roselle adalah yang terbaik kepada permasalahan begini.

6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress, dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.


Testimoni

Saya telah mencuba berbagai produk herba untuk menurunkan berat badan,tetapi tidak mendapat hasil yang memuaskan. Pil herba juga telah saya gunakan, namun hasilnya tetap sama. Kesan sampingan yang sering saya alami ialah pening, panas badan yang beerlebihan, tonsil bengkak dan kesukaran membuang air kecil. Bagi penggunaan teh herba pelansing pula, setelah menggunakannya, biasanya saya akan mengalami cirit-birit yang berterusan, najis cair, kulit menjadi kering dan semakin gelap serta tidak selesa.

Akhirnya saya meggunakan cara sendiri dengan merebus roselle kering, bunga ros kering,peria kering,kurma,halia,teh hijau, dan kaktus kering untuk dijadikan minuman merampingkan badan. Hasil dari itu saya berjaya mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan yakin dengan bahan yang dihasilkan sendiri dari dapur saya. Saya menjadi semakin segar dan cergas, kulit semakin berseri hasil gabungan roselle dan ros kering serta tidak mengalami cirit-birit hasil gabungan peria kering dan kurma.

Kebanyakan barangan yang telah dikeringkan tersebut boleh didapati dari kedai ubat herba cina. Saya tidak perlu lagi bergantung pada ubat-ubatan herba atau yang lainnya yang tidak begitu jelas kandungan didalamnya. Dengan merebus dan mengadun sendiri ramuan tersebut, saya dan keluarga dapat menikmati hasil tumbuhan alam semulajadi yang penuh dengan khasiat tanpa ragu-ragu dan seluruh ahli keluarga saya menggunakannya tanpa risau dan bimbang kerana ia adalah minuman kesihatan hasil buatan sendiri.


Kiriman Emel:salmahsahuddin @ ymail.com

INFO FAMA

· Melancarkan Kencing
Bagi mereka yang mempunyai masalah kencing kotor dan ketidaklancaran semasa membuang air kecil, ambil 5 kuntum buah roselle kemudiannya direbus untuk diminum.

· Darah Tinggi
Zat asam yang terdapat dalam buah roselle ini berkesan dalam mengawal penyakit tekanan darah tinggi. Dengan mengamalkan memakan ulam kelopak mentah buah roselle dikatakan dapat membantu dalam memberi imbangan terhadap tekanan darah tinggi.

· Pembuka Selera
Caranya dengan membuat air rebusan sepanjang sejengkal ibu jari akar pokok roselle kemudian diminum. Ia mejurab dalam membantu membuka selera makan bagi mereka yang kurang nafsu makan terutamanya kepada kanak-kanak.

· Julap
Membantu melawaskan proses pembuangan air besar. Caranya, ambil kira-kira 10 gram kelopak atau kudup buah roselle kisarkan bersama segelas air. Kemudian, ditapis dan minum.

· Luka
Dengan menempekkan daun tua asam susur yang ditumbuk lumat ke luka. Selain membantu menyembuhkan luka dan menghentikan darah ia juga mampu menghilangkan parut sekiranya diamalkan selalu.

· Demam dan Panas Badan
Daun tua pokok roselle dikisar secukupnya dan tapis. Kemudiannya tambahkan dengan air suam untuk dijadikan air mandian. Sambil menyiram badan menggunakan air rebusan tadi, kunyahlah pucuk muda pokok roselle. Cara ini membantu mempercepatkan sembuh dari demam dan juga meredakan panas badan.

· Batuk
Kudup buah roselle dapat membantu dalam merawat batuk dengan cara memecahkan lender kahak. Ini kerana kudup buah roselle mengandungi bahan-bahan astrigen. Amalannya adalah dengan cara mengunyah secara perlahan-lahan sehingga lumat dan kemudiannya ditelan.

· Menghaluskan Kulit
Bagi mereka yang mempunyai masalah tumit kaki yang merekah atau kasar, caranya adalah dengan mengamalkan mambuat lumuran tapak kaki dengan daun pokok roselle setiap hari sebelum tidur dan biarlah semalaman.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......CRISTAL ROSELLE

HASHIM TUNJUK BELANG

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS






Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......HASHIM TUNJUK BELANG

PENYOKONG KELANTAN PERLU JURULATIH?

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Malang pasukan bola sepak Kelantan selepas kecewa malam Piala Malaysia 7 November lalu bertimpa-timpa. Sudahlah kecewa gagal menamatkan penantian 40 tahun, merangkul piala paling prestij bola sepak tanah air, ghairah dan semangat lebih 60,000 penyokong setia pasukan diberi jolokan 'Red Warriors' yang membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil malam keramat itu yang mulanya diharap membantu menyemarakkan gelora memburu kemenangan bertukar menjadi liabiliti kepada pasukan sendiri. Umum sedia maklum apa yang berlaku pada malam 'hangat' itu dan kesannya kepada pasukan Kelantan, khususnya Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang kini ibarat dalam dilema, memikirkan peluang dan kemampuan Kelantan untuk meneruskan saingan pada musim 2010 selepas bergelut tuntutan hutang termasuk denda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran tindakan liar penyokong merosakkan infrastruktur Stadium Nasional.


Apa yang berlaku malam final itu wajar dijadikan pengajaran buat pasukan Kelantan dan apa yang terpaksa dihadapi Kafa selepas peristiwa itu pula perlu diberi perhatian penyokong Kelantan. Sebagai peminat bola sepak Kelantan, anda pasti 'terasa' apabila kegagalan pasukan anda diiringi dengan ucapan "Tahniah, dari segi permainan kita masih gagal mengatasi kehebatan pasukan England tetapi dari segi penyokong, kita telah mengatasi pasukan England. Kalaulah ada warganegara mereka menyaksikan perlawanan final tadi (Sabtu lepas), mereka pasti terkejut kerana bola sepak di Malaysia meriah dengan pertunjukan bunga api".

Lebih memedihkan, tindakan sama juga menghadirkan persepsi rakyat negeri lain yang berkata: "Betullah...orang Kelantan ni suka sambut Hari Raya Korban, patutlah raya kat sana meriah, awal-awal lagi dah sambut dengan bunga api."

Kata mereka, Kelantan ni kalau main bola, menang pun gaduh, kalah pun gaduh. Kalau bukan pemain yang buat hal...penyokong yang cari pasal.

Kita (penyokong Kelantan) kena juga sabar bila, rentetan insiden itu menyebabkan ada yang berkata: "Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil sekarang 'ala-ala Gaza' (merujuk kepada insiden letupan puluhan bunyi api)."

Juga jenaka berbunyi: "Masa pergi tengok bola hari tu, nasib baik pakai pelekat kereta tulis 'Ese Orang Klate', kalau tak tak tahulah".

Timbul pelbagai tanda tanya, sampai bila pasukan bola sepak Kelantan akan dihantui persepsi buruk penggemar bola negeri lain lantaran tandak tanduk penyokongnya. Dan, sampai bila pula simpati negeri lain terhadap Kafa akan kedengaran dengan pelbagai kemungkinan berhadapan puluhan ribu lagi denda oleh FAM di musim-musim akan datang Piala Malaysia.

Contohilah penjaga gawang Kelantan, Halim Napi yang mampu mengawal emosi biarpun persekitaran malam final itu sarat dengan ketegangan. Kalau ada anugerah Pemain Berkelakuan Baik pada malam itu, Halim Napi lah pemenangnya.

Sudah tiba masanya penyokong Kelantan menghormati pengorbanan Kafa menggerakkan pasukan Kelantan pada kedudukan terbaik musim 2009. Apa yang dibimbangkan, jangan ada rumusan nakal yang mengaitkan orang Kelantan hanya tahu bermain politik dan makan budu...tidak lagi tahu tengok bola atau main bola. Penyokong pula kena 'ada jurulatih', ajar bagaimana menghormati semangat kesukanan dan menjaga perangai liar mereka.

Cheni : Persiapan pasukan untuk musim 2010 sudah kemas tetapi persiapan penyokong belum ada sebarang persediaan lagi.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......PENYOKONG KELANTAN PERLU JURULATIH?

KELANTAN USAHA KUMPUL YANG TERBAIK

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Shakir Shaari, pemain muda anak Kelantan yang beraksi dengan UPB MyTeam adalah antara beberapa nama yang dikatakan akan kembali ke negeri ini untuk menyarung jersi Kijang dalam saingan musim depan.

Ia dalam usaha persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyiapkan pasukan terbaik untuk memberi cabaran sebenar bagi memenuhi harapan penyokong yang begitu tinggi.


Dia bersama dengan sekurang-kurangnya empat lagi pemain yang akan diserapkan dalam senarai baru skuad Kijang itu bagi meneruskan gelombang kebangkitan Kelantan ke puncak arena bola sepak tanah air.

Pemain yang dilihat mampu mencipta nama dalam arena bola sepak tanah air itu dikatakan bagi mengerakkan percaturan barisan tengah yang agak tempang dan beberapa nama lagi bagi mempertajamkan barisan serangan dan mengukuhkan benteng.

Shakir memiliki kelebihan melalui hantaran tepat selain mampu memberi kesan di bahagian tengah dengan teknik pengawalan bola yang dikuasainya.

Difahamkan penyerang kebangsaan yang juga bekas pemain UPB-My Team, Nurshahrul Idlan Talaha dan penyerang muda Pulau Pinang, S. Chanturu bakal menjadi jentera penggempur terbaru.

Mereka yang memiliki kelebihan melalui larian kencang akan digandingkan dengan Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamad yang sudah mengesahkan kekal bersama skuad Kelantan.

Penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussien juga turut dikaitkan sebagai antara pemain baru yang akan menyarung jersi Kelantan selepas pasukan lamanya UPB MyTeam menarik diri dari Liga Malaysia musim depan.

Kelantan dikhabarkan gagal untuk mendapatkan khidmat pertahanan Felda United, Nazrulerwan Makmor yang mewakili skuad Kijang sebagai pemain berstatus pinjaman pada aksi Piala Malaysia dan Norhafiz Zamani (Kl-Plus) kerana gagal mendapat pelepasan majikan masing-masing.

Bagaimanapun, Kafa dikatakan mendapatkan khidmat ketua pasukan Perak, S. Subramaniam yang mampu menampung kekurangan di bahagian pertahanan tengah dan dia memiliki kualiti yang baik untuk beraksi di bahagian kiri dan kanan benteng Kelantan.

Sementara itu, bekas penyerang kebangsaan yang beraksi bersama Kuala Muda NAZA (KM NAZA), Akmal Rizal Rakhli dan pertahanan Perlis, Azizi Che Ros serta pemain tengah Selangor, Hardi Jaafar turut disebut-sebut untuk membarisi skuad Kijang.

Hardi dikatakan gagal mencapai kata sepakat dengan pihak pengurusan pasukan manakala kedudukan dua lagi pemain itu dikatakan masih menjadi tanda tanya.

Walau apa pun, senarai 23 pemain skuad Kelantan bagi musim baru dijangka akan diumumkan oleh Kafa hari ini dan akan diperkenalkan kepada umum pada 21 November ini.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......KELANTAN USAHA KUMPUL YANG TERBAIK

SELAMAT MENYARUNG JERSI RED WARRIORS

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda



Selamat datang ke Negeri Kelantan dan selamat menyarung jersi Red Warriors untuk Akmal Rizal Ahmad Rakhli.


Cheni : Semoga dapat memberi sumbangan yang berharga untuk pasukan Kelantan untuk musim 2010




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Read More......SELAMAT MENYARUNG JERSI RED WARRIORS

KELANTAN BERHARAP HASHIM SEDIA TEMUI SENTUHAN

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS






Read More......KELANTAN BERHARAP HASHIM SEDIA TEMUI SENTUHAN

PIALA EMAS RAJA-RAJA 2009

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Kumpulan A (Zon Tengah)
Selangor (tuan rumah)
Kuala Lumpur
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (Masum)

Kumpulan B (Zon Selatan)
Johor (tuan rumah)
Negeri Sembilan
Singapura
Melaka


Kumpulan C (Zon Utara)
Pulau Pinang (tuan rumah)
Kedah
Perlis
Perak

Kumpulan D (Zon Timur)
Terengganu (tuan rumah)
Pahang
Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kelantan

Pusingan awal : 20 hingga 22 November
Suku Akhir : 30 November dan 5 Disember
Separuh Akhir : 12 dan 19 Disember
Perlawanan Akhir : 26 Disember 2009


Read More......PIALA EMAS RAJA-RAJA 2009

PENYOKONG WIRA MERAH GANAS?

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh KHAIRI MOHAMAD

Barangkali jika ada anugerah persatuan paling popular dan kontroversi tahun ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) adalah calon yang paling layak untuk menerimanya.

Apa tidaknya, KAFA tidak pernah sunyi daripada menjadi perhatian umum bukan sahaja kerana peningkatan mendadak pemain Kelantan tetapi angkara peminat fanatik yang tidak kena cara.



IMBAS KEMBALI... Sebahagian penyokong Kelantan yang menyaksikan final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pernah memberitahu, KAFA antara persatuan bola sepak yang paling banyak membayar denda sehingga melebihi modal yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini jelas kerana FAM hanya memperuntukkan RM300,000 kepada setiap pasukan bertanding tetapi sehingga kini, denda yang dibayar KAFA kepada FAM sudah melebihi modal yang diberikan. Terbaru, KAFA didenda RM50,000 angkara keganasan yang dicetuskan penyokong Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas.

Penjelasan itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa cabaran menguruskan KAFA bukan semudah yang disangka walaupun ada pihak menganggap KAFA adalah persatuan bola sepak paling mewah hasil penjualan tiket kerana kehadiran penonton yang begitu ramai pada setiap perlawanan.

Dua musim diterajui Annuar, kantung KAFA sudah mula terisi.

Setiap perlawanan melibatkan pasukan Kelantan hampir 20,000 hingga 25,000 penyokong akan membanjiri stadium keramat mereka Stadium Sultan Muhammed IV itu, sekali gus menjadikan KAFA sedikit lega untuk menampung keperluan kewangan.

Bagaimanapun, hasil yang masuk ke akaun KAFA tidak mampu untuk bertahan lama dan jumlah kutipan tiket yang diperoleh masih belum mampu untuk ‘menyenangkan’ pihak persatuan gara-gara sikap penonton skuad Wira Merah yang ‘aneh dan pelik’.

Sikap fanatik tidak kena cara dan kurang bijak dengan membaling mercun dan bunga api serta objek lain seperti botol dan bekas air menyebabkan mereka sudah di cop sebagai antara penyokong paling bermasalah di Malaysia.

Namun, seperti tidak adil kepada penyokong Kelantan apabila setiap kali insiden keganasan, seluruh mata terus tertumpu ke arah mereka.

Secara jelasnya, insiden 7 April lalu ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Kota Bharu benar-benar memberi kesan terhadap maruah penyokong Kelantan.

Mereka secara terus-terusan dituduh sebagai penyokong bermasalah dan sering mencetuskan keadaan yang tidak sihat.

Masalah kelakuan penyokong tidak beradab bukanlah masalah Kelantan sahaja.

Menyorot kembali permasalahan yang dicetus oleh penyokong, musim ini bukan sahaja penyokong Kelantan malah penyokong Perlis dan Terengganu juga adalah antara watak yang turut mencetuskan kontroversi.

Namun, double standard yang wujud cukup mengguriskan hati puluhan ribu penyokong dan peminat Kelantan apabila tindakan yang diambil oleh FAM kepada penyokong selain daripada penyokong Kelantan hanya sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’.

Keganasan penyokong yang timbul di luar Stadium Utama, Kangar pada 31 Oktober lalu menyaksikan penyokong Kelantan ‘dibantai’ teruk di laman lawan.


ANNUAR

Lebih 20 buah kenderaan dirosakkan termasuk bas yang membawa pemain-pemain Kelantan.

Letupan mercun dan balingan objek juga cukup meriah di sana sehinggakan salah satu mercun yang dibaling hampir mengenai salah seorang pemain Kelantan yang terbaring kerana mengalami kecederaan ketika itu.

Namun, FAM sepeti ‘membutakan’ mata dan ‘memekakkan’ telinga kerana tiada tindakan diambil terhadap Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

Apa yang menghairankan, kejadian tersebut bukan sahaja disaksikan oleh penyokong Kelantan yang hadir di stadium, malah jutaan yang lain kerana perlawanan tersebut disiarkan secara langsung oleh RTM.

Barangkali perlawanan yang berlangsung pada malam tersebut tidak disaksikan oleh seorang pun mereka yang berada di dalam jawatankuasa disiplin atau jawatankuasa pertandingan atau apa-apa jawatankuasa lagi yang ada di Wisma FAM, Kelana Jaya menyebabkan badan induk bola sepak negara itu tidak mempunyai bukti untuk menghukum PFA.

Aneh tetapi itulah realiti yang dihadapi oleh KAFA dan penyokong Kelantan apabila mereka seperti dianaktirikan dan seolah-olah Kelantan ini adalah pasukan bola sepak dari negara jiran yang tumpang bertanding dalam Liga Malaysia.

Di Kuala Terengganu tempoh hari, kekalutan melibatkan penyokong turut berlaku. Perlawanan peringkat kumpulan antara Negeri Sembilan dan Terengganu turut dicemari dengan insiden balingan mercun.

Lebih teruk daripada itu, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin yang sememangnya tidak begitu sempurna menyebabkan ada penonton yang masuk ke padang dan cuba menyerang pengadil dan pegawai pertandingan selain pemain pasukan pelawat.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya didenda RM16,000 kerana tiga kesalahan iaitu membaling botol terhadap pegawai perlawanan (RM5,000), penyokong meluru masuk ke padang (RM5,000) dan cuba memukul pengadil (RM6,000).

Dendanya murah dan mungkin ia adalah kesalahan pertama penyokong Terengganu atau sebaliknya.

Hanya FAM yang mengetahui segala yang tersirat itu.

Bagi penyokong Kelantan, ini adalah masa untuk mereka berubah dan turut sama merasai tanggungjawab yang dipikul oleh KAFA.

Mereka mungkin lebih dihormati sekiranya memiliki pasukan yang hebat dan dalam masa yang sama, mereka memberi sokongan dengan cara yang lebih profesional.



Read More......PENYOKONG WIRA MERAH GANAS?

MINTA KAFA TINGKAT URUSAN JUALAN TIKET

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Peminat bola sepak dan penyokong setia pasukan Red Warriors berharap, agar pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) meningkatkan lagi mutu pengurusan dari segi penjualan tiket.

Sebelum ini, dikatakan peminat Red Warriors bengang dengan sistem penjualan tiket yang selalu bertukar-tukar dan kebanyakan tiket tersebut habis dijual terlalu awal sehingga ada di kalangan mereka tidak berkesempatan untuk membeli tiket perlawanan.


Selain itu, peminat bola sepak Kelantan turut berhasrat agar Kafa mengambil tindakan terhadapan ulat tiket yang cuba mengaut keuntungan daripada peminat dengan menjual tiket perlawanan secara haram.

Peminat Red Warriors, Shamsudin Che Awang, 39, tidak berpuas hati kerana setiap kali perlawanan diadakan, dia tidak berkesempatan untuk membeli tiket tersebut.

“Dulu saya dan rakan-rakan ke stadium pada jam 6 petang bagi mendapatkan tiket tapi baru-baru ini, saya cuba untuk mendapatkan tiket seawal jam 11 pagi, namun dimaklumkan tiket berkenaan habis dijual.

“Kalau ada pun yang dijual ulat tiket, dan harganya berlipat kali ganda antara RM30 dan RM40, tidak kurang juga sehingga ada yang mencecah sehingga RM50,” katanya.

Shamsudin turut berharap, agar Kafa perbaiki sistem pengurusan penjualan tiket.

“Sebagai peminat, saya tak kisah untuk bayar lebih dari biasa. Asalkan tiket tersebut dapat dibeli di kaunter, bukan dari tangan orang tengah sebab harga yang dijual tidak berpatutan dan ia boleh mengakibatkan Red Warriors kehilangan peminat,” katanya.

Seorang peminat, Mohd Noor Amri, 35, berkata, dia tidak mahu ulat tiket berterusan memonopoli tiket perlawanan.

“Kalau keadaan seperti ini masih berterusan dan berlaku di setiap perlawanan, Kafa nampak seolah-olah tak ada kemajuan.

“Kafa perlu bertimbang rasa, dengan peminat yang datang dari jauh termasuk Gua Musang dan Kuala Krai yang sanggup ke stadium untuk membeli tiket. Tapi kalau datang tiket tak ada, memang kasihanlah,” katanya.

Noor Amri kecewa sangat dengan keadaan seperti ini kerana jika harga tiket mahal di kaunter, dia masih boleh menerimanya dan boleh pertimbangkan lagi, tetapi jika di tangan ulat, seolah-olah peminat sendiri menyokong kegiatan mereka yang semakin berleluasa dari sehari ke sehari.


Sumber : Sinar Harian

Cheni : Setahu kawe, tiada undang-undang untuk mendakwa ulat-ulat tiket ni. Syorkan tiket ni dijadikan sebagai barang kawalan. Sabar penyokong ada batasnya.


Read More......MINTA KAFA TINGKAT URUSAN JUALAN TIKET

KELANTAN DIPILIH TUAN RUMAH PIALA AGONG

| 1 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS



Lain-lain keratan dan keputusan, sila klik 'Read More'




Piala Agong 1995
Kelantan 3
Zaidi Napiah
Azman Ismail
Fauzi Soh

Kuala Lumpur o


Read More......KELANTAN DIPILIH TUAN RUMAH PIALA AGONG

KEKALAHAN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT INDRA

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin kecewa dengan kekalahan pasukannya di tangan pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2009.

Indra berkata, kesemua pemain kecewa dengan persembahan mereka lebih-lebih lagi terpaksa menghancurkan harapan penyokong Kelantan yang terlalu menginginkan kemenangan.


“Walaupun pasukan saya tewas, selaku pemain profesional saya tidak boleh patah semangat dan saya anggap kekalahan ini sebagai pengajaran agar ia tidak berlaku lagi.

“Sebagai pemain, saya sudah cuba yang terbaik dan hasilnya saya hanya berjaya menjaringkan satu gol sebelum perlawanan tamat.

“Tapi malang jaringan tersebut tidak mendatangkan kejayaan kepada pasukan saya,” kata pemain terbaik Piala Malaysia musim ini.

Indra berkata, untuk mengekalkan kejayaannya musim ini sebagai seorang pemain terbaik Piala Malaysia dan pemain paling berharga agak sukar.

“Setiap pemain, ada tahun bertuah dan ada juga tahun di mana pemain itu jatuh. Rasanya untuk mengekalkan prestasi sebagai pemain terbaik musim depan, agak sukar kerana ia memerlukan pengorbanan dan komitmen yang agak tinggi dalam setiap perlawanan.

“Saya akan cuba yang terbaik dan berharap agar tahun depan, saya boleh mengekalkan prestasi yang cemerlang seperti tahun ini,” katanya.

Indra kini berehat selama dua minggu dan selepas ini, dia akan meneruskan kembali latihan untuk persediaan Liga Malaysia musim depan.

“Saya rasa, lepas berehat pemain akan cuba untuk mengubah situasi permainan. Malah selepas berehat, pemain akan kembali cergas bagi mengharungi cabaran musim depan,” katanya.

Anak kelahiran Ipoh, Perak ini menjaringkan lebih dari 14 jaringan, 11 gol dalam Piala Malaysia dan 4 gol dalam Liga Super.

“Kalau boleh, saya nak sesuatu yang lebih baik untuk musim depan agar dapat mengubati kekecewaan penyokong Red Warriors kerana tak dapat bawa pulang Piala Malaysia tahun ini,” katanya.


Sumber : Sinar Harian


Read More......KEKALAHAN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT INDRA

PERLAWANAN AKHIR PIALA AGONG 2009

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

PERSATUAN BOLA SEPAK MELAYU KELANTAN

PERLAWANAN AKHIR PIALA AGONG

MELAYU KELANTAN LWN MELAYU JOHOR

13 November 2009 (Jumaat)
8.45 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tiket Berharga RM 8.00





Read More......PERLAWANAN AKHIR PIALA AGONG 2009

'JANGAN KRITIK MEMBUTA TULI'

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh Adnan Mohamad

LEBIH baik jaga pasukan sendiri dan jangan hanya pandai membuat kritikan. Itulah sindiran diluahkan jurulatih Kelantan, B Sathianathan terhadap beberapa jurulatih pasukan lain yang didakwanya hanya tahu mengulas kelemahan Kelantan sebaik saja tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia, Sabtu lalu.


Beliau menegaskan dalam perlawanan bola sepak, apa saja boleh berlaku dan setiap percaturan yang dibuat tidak semestinya menjadi dan kadangkala bertukar sebaliknya.

Katanya, ramai tidak memahami keadaan itu namun Kelantan tetap bernasib baik kerana mampu layak ke final walaupun sebelum ini bukan pilihan untuk ke peringkat berkenaan.

“Saya diberitahu, ada segelintir jurulatih yang hanya tahu mengulas dan mengkritik corak permainan pasukan Kelantan baru-baru ini.

“Sekiranya mereka benar-benar arif, mengapa tidak memberi komen sebelum perlawanan berlangsung?” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Tanpa sebarang niat menuduh sesiapa, Sathianathan berkata antara jurulatih yang memberikan komen adalah daripada pasukan yang tidak layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Katanya, beliau berharap pihak terbabit dapat berhenti membuat sebarang kritikan sebaliknya beri tumpuan terhadap pasukan masing-masing.

Mengenai percaturan meletakkan pemain muda pertahanan Kelantan, Mohd Zamri Ramli kekal di posisinya sehingga didakwa oleh kebanyakan penyokong menjadi punca kekalahan, Sathianathan berkata pemain itu memang mempunyai kebolehan dan berharap dia akan belajar daripada kesilapan itu.

“Dalam persaingan merebut Piala Malaysia, sudah lapan kali dia bermain dan berjaya mempamerkan prestasi yang membanggakan tetapi itulah bola sepak di mana semuanya boleh berlaku.

“Zamri adalah pemain yang masih muda hanya berusia 19 tahun. Saya berharap dia belajar daripada kesilapan dan bakatnya itu bukan saja-saja dibentuk kerana mungkin boleh diserapkan ke dalam skuad Bawah 20 kebangsaan sekiranya dia betul-betul berusaha,” katanya.


Read More......'JANGAN KRITIK MEMBUTA TULI'

APA SEBENARNYA BERLAKU DI SEBALIK KEJADIAN KEGANASAN PENONTONG DI BUKIT JALIL

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

AMPANG, November 09, 2009 — Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.


Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.

Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana.

Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal.
Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.
Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.

Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.

Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut. Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.

Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA.

Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.

Sekian, terima kasih.

Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional,
Managing Director,
LFG Engineering and Services Sdn Bhd
(http://www.lfg-engineering.com)
Hp : 012-2050538


Artikel ini dipetik daripada kelate.net


Read More......APA SEBENARNYA BERLAKU DI SEBALIK KEJADIAN KEGANASAN PENONTONG DI BUKIT JALIL
Related Posts with Thumbnails

FB