Hashim Nafi Kecil Hati Dengan KAFA

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Keratan akhbar tahun 1996

KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS








Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Hashim Nafi Kecil Hati Dengan KAFA

Keputusan Perlawanan Piala FA 2010 (Perlawanan Kedua Pusingan Kedua)

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Keputusan Perlawanan Kedua (Pusingan Kedua) Piala FA 2010 Pada (20/02/2010)

Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu
Kelantan 1 Kedah 1, Agregat (1) (1).
Kedah layak ke suku akhir melalui kiraan gol di tempat lawan.

Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Negeri Sembilan 5 Polis Diraja Malaysia (PDRM) 0.
Negeri Sembilan layak ke suku akhir dengan agregat 8-2.

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Terengganu 2 Sarawak 1.
Terengganu layak ke suku akhir dengan agregat 4-1.

Stadium Perak, Ipoh
Perak 0 T-Team 2.
T-Team layak ke suku akhir dengan agregat 3-1.

Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
KL Plus seri 1 Kuala Lumpur 1.
KL Plus layak ke suku akhir dengan agregat 4-1.

Stadium MP Selayang
Pos Malaysia 2 Felda United 1.
Pos Malaysia layak ke suku akhir dengan agregat 3-2.

Stadium MBPJ, Kelana Jaya
PKNS 1 0 Selangor
Selangor layak ke suku akhir dengan agregat 2-1.

Stadium Mini UiTM Arau, Perlis,
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3 UiTM FC 0.
ATM layak ke suku akhir dengan agregat 6-0.


Suku Akhir:

Selangor vs PKNS

Pos Malaysia vs KL Plus

Negari Sembilan vs T-Team

Kedah vs ATM







Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Keputusan Perlawanan Piala FA 2010 (Perlawanan Kedua Pusingan Kedua)

Keputusan Perlawanan Piala FA 2010 (Perlawanan Pertama Pusingan Kedua)

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERTAMA (PUSINGAN KEDUA) PIALA FA 2010 PADA(16/02/2010) :

Selangor 2 - 0 Selangor PKNS

KL Felda United FC 1 - 1 KL Pos Malaysia

KL Plus FC 3 - 0 Kuala Lumpur

PDRM 2 - 3 Negeri Sembilan

T-Team 1 - 1 Perak

Sarawak 0 - 2 Terengganu

ATM 3 - 0 Pahang KB UiTM

Kedah 0 - 0 Kelantan

(Perlawanan secara timbal balik pada Sabtu ini 20.2.2010).






Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Keputusan Perlawanan Piala FA 2010 (Perlawanan Pertama Pusingan Kedua)

Galeri Video : Fokus!

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda




Apa itu fokus? fokus ataupun tumpuan adalah mempunyai banyak maksud. Dalam konteks kerja, fokus bermaksud sentiasa memberi perhatian, menitik berat 100% kepada sesuatu tugas yang lebih utama. Kalau sedang berbincang dengan bos pun, kena fokus 100% jugak.





Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Galeri Video : Fokus!

KAFA Hidupkan Bola Sepak

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood melahirkan rasa bangga dengan tindakan dan gerak kerja yang dibuat Kafa di bawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa dalam menjayakan pasukan Kelantan.

Beliau berkata, sebagai Exco sukan, apa yang dilakukan Kafa sekarang dalam usaha menaikkan nama pasukan ‘The Red Warriors’ dan semangat penyokong adalah dipersetujui olehnya.


“Seperti mana yang telah saya lakukan dalam tahun 2005 lagi di mana pada masa itu Kafa tidak ada keupayaan untuk mengadakan bola di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jadi saya memilih untuk mengadakan Liga DUN dan ini semua adalah untuk memulihkan semangat penyokong bola sepak negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Jatidiri dan Sukarelawan Remaja di Kolej Teknologi Darul Naim di sini.

Abdul Fattah berkata, sekarang di bawah Annuar beliau berharap pasukan Kelantan dapat membawa balik piala-piala yang diidam-idamkan daripada dahulu sehingga sekarang.

Beliau berkata, bagi di pihak Kerajaan Negeri mereka sentiasa memberikan sokongan dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan Kafa.

“Cuma sebelum ini Kafa tidak datang kepada kita dan melantik wakil daripada Kerajaan Negeri untuk menjadi ahli Kafa.

“Tetapi sekarang ini kami ada dengar yang pihak mereka akan melantik seorang wakil daripada Kerajaan Negeri untuk berada dalam Kafa,” katanya.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......KAFA Hidupkan Bola Sepak

Keputusan Perlawanan Piala FA (Pusingan Pertama)

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Berikut adalah keputusan perlawanan pusingan pertama TM Piala FA yang berlangsung malam semalam.

PKNS 1
SDM KEPALA BATAS 0
(PKNS layak agregat 3-0)

FELDA UNITED FC 3
PAHANG 1
(Felda United layak agregat 4-2)

POS MALAYSIA 5
MP MUAR 1
(Pos Malaysia layak agregat 5-2)

HARIMAU MUDA 1
KL PLUS FC 3
(KL Plus layak agregat 4-3)

JOHOR 0
KUALA LUMPUR 0
(Kuala Lumpur layak agregat 3-1)

MELODI JAYA 1
PDRM 5
(PDRM layak agregat 6-2)

NEGERI SEMBILAN 5
JOHOR FC 3
(Negeri Sembilan layak agregat 7-5)

PERAK 2
PERLIS 1
(Perak layak agregat 2-1)

SHAHZAN MUDA 0
T-TEAM 3
(T-Team layak agregat 4-0)

SARAWAK 1
PULAU PINANG 0
( Sarawak layak agregat 2-2, peraturan gol di tempat lawan)

TERENGGANU 3
USM FC 0
(Terengganu layak agregat 7-1)

MELAKA 1
ATM 3
(ATM layak agregat 6-1)

KEDAH 1
SABAH 0
(Kedah layak agregat 3-0)

Nota :
16 pasukan akan berentap dalam pusingan kedua dengan pasukan Selangor, Kelantan dan UiTM FC menanti dipusingan kedua setelah mendapat 'bye' dipusingan pertama. Perlawanan pertama pusingan kedua akan diadakan pada 16hb Febuari 2010 manakala perlawanan kedua pada 20hb Febuari 2010.






Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Keputusan Perlawanan Piala FA (Pusingan Pertama)

Aksi Orang Perempuan Bermain Bola

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda



Rupa-rupanya orang perempuan main bola ni sama brutal dengan orang lelaki main.





Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Aksi Orang Perempuan Bermain Bola

Bintang Kelantan Malap

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh KHAIRI MOHAMAD

SEJAK tiga tahun kebelakangan ini, Kelantan mula mempamerkan kegarangan mereka dalam aksi liga bola sepak tempatan.

Bermula selepas tampuk Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa, para peminat setia Kelantan mula membanjiri gelanggang keramat - Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.



SYED ADNEY dilihat masih gagal menampilkan prestasi cemerlang setakat ini.

Tahun 2009 menjadi musim terbaik Kelantan apabila mereka berjaya menjejakkan kaki ke pentas akhir pada kempen Piala Malaysia dan Piala FA.

Bagaimanapun, Kelantan terpaksa akur apabila sekadar muncul naib juara pada kedua-dua kempen tersebut.

Kegagalan dalam dua final itu menyebabkan KAFA mengambil keputusan untuk memperkuatkan pasukan dengan menyenaraikan beberapa nama besar bagi musim 2010.

Pada musim 2009, Kelantan hanya mempertaruhkan tiga pemain bersatus bintang iaitu Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Khalid Jamlus.

Namun bagi musim 2010, Kelantan berjaya 'mengikat' beberapa pemain ternama, antaranya Syed Adney Syed Hussien (UPB-MyTeam), Norshahrul Idlan Talaha (UPB-MyTeam), Shakir Shaari (UPB-MyTeam), S. Chanturu (Pulau Pinang), S. Subramaniam (Perak), Akmal Rizal Rakhli (KM Naza), Azizi Che Ros (Perlis) dan Hairuddin Omar (T-Team).

Pada aksi pembukaan Liga Super menentang Terengganu, 9 Januari lalu, Kelantan hanya mampu membawa pulang satu mata ke Kota Bharu, namun rata-rata peminat masih berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan skuad kendalian B. Sathianathan itu.

Empat hari kemudian, skuad The Red Warriors itu mula menampilkan aura sebagai gergasi Pantai Timur apabila membenam Johor 3-0 di laman sendiri.

Bertandang ke Kangar menentang Perlis pada 16 Januari, memperlihatkan barisan pemain Kelantan seperti bermasalah untuk menembusi benteng skuad Singa Utara itu sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Jika dinilai daripada status pemain yang ada, jelas Perlis tidak mampu menandingi Kelantan kerana ketika itu, semua barisan bintang mereka disenaraikan untuk menggempur kubu Perlis.

Bagaimanapun, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila jentera pemain Perlis mampu beraksi dengan baik sehingga berjaya mematahkan setiap serangan Kelantan.

Sejak itu, peminat mula mempertikaikan keupayaan anak-anak buah Sathianathan terutama pemain yang berstatus bintang.

Kemuncaknya, detik duka sang Kijang hadir pada pertembungan menentang Kedah di Kota Bharu pada 19 Januari lalu apabila mereka dimalukan skuad Kenari itu gara-gara kecuaian penjaga gol, Syed Adney.

Syed Adney yang berdepan tekanan yang cukup tinggi daripada peminat selepas kesilapan tersebut mengharapkan jentera serangan menghasilkan gol bagi menutup kecuaiannya itu.

Bagaimanapun, jentera depan Kelantan seperti kehilangan punca apabila mereka terus terkial-kial mencari gerak yang mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan Kedah.

Kekalahan 0-1 itu telah merentap semangat para penyokong Kelantan yang mula mendesak supaya rombakan segera dilakukan KAFA termasuk menyingkirkan Sathianathan.

Namun kemenangan 4-1 ke atas Johor FC di Kota Bharu pada 23 Januari lalu di tambah pula dengan kehadiran semula penjaga gol berpengalaman, Halim Napi sedikit sebanyak mengubat duka.

Kebanyakan peminat berharap ia sebagai batu loncatan untuk Kelantan memulakan langkah lebih bergaya.

Namun hasrat mereka tersentap lagi apabila anak-anak buah sekadar mampu seri tanpa jaringan dengan Perak di Ipoh pada 26 Januari lalu.

Biarpun menang 3-1 ke atas Pulau Pinang empat hari kemudian, peminat Kelantan seperti sudah hilang ghairah apabila melihatkan bintang-bintang mereka seakan-akan mula hilang seri.

Peminat fanatik Kelantan kini juga sudah mula mempersoalkan kemampuan pemain-pemain bintang mereka.

Jika alasan musim baru bermula, nampaknya ia sekadar alasan seperti 'melepaskan batuk di tangga' dan peminat juga sudah mula muak untuk mendengarnya.

Bagi mereka, pemain-pemain yang dibawa masuk musim ini bukan 'budak hingusan' dalam dunia profesional, sebaliknya sudah masak dengan bola sepak tempatan.

Turun sekadar dengan cagaran nama sebagai pemain yang pernah menyarung jersi kebangsaan belum cukup untuk membuatkan penonton 'mengalunkan' nama mereka.

Kemenangan sememangnya diharapkan peminat Kelantan tetapi kekalahan yang diiringi dengan permainan di bawah prestasi sebenar cukup mengguris perasaan mereka.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Bintang Kelantan Malap

Tips Di Pejabat

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Tips-tips untuk menjadikan anda kelihatan begitu sibuk di pejabat:-

1. Buat timbunan buku-buku di atas meja. Lagi tebal buku itu, lagi bagus.

2. Jangan kemaskan meja. Buatkannya seselerak yang mungkin. Kalau boleh, sepahkan lagi dengan kertas-kertas projek, surat-surat rasmi yang sebenarnya tiada kaitan langsung dengan anda.

3. Jika ditangkap sedang browse ke laman web yang tidak berkenaan dengan kerja, sila beritahu yang anda sebenarnya sedang belajar software baru.


4. Bawa 2 sweater/kot yang serupa ke pejabat. 1 tinggalkan di kerusi, dan 1 lagi untuk anda ketika pulang. Ini untuk memperlihatkan yang anda seolah-olah masih ada di pejabat ketika lewat petang, walhal pada masa itu anda sudah tiba di perkarangan rumah.

5. Sentiasa kerutkan muka dan buat catitan di kertas jika menerima panggilan handphone, meskipun panggilan itu dari bini anda atau mertua yang menanyakan perkara yang tiada kaitan langsung dengan kerja.

6. Sentiasa mengeluh dan memicitkan dahi ketika waktu pejabat untuk meyakinkan bos yang anda sebenarnya sedang memikirkan penyelesaian kepada masalah pejabat, sedangkan sebenarnya anda tengah berfikir nak makan apa malam nanti.

7. Buat muka garang dan serius ketika menulis artikel atau email yang tidak berkaitan dengan kerja, supaya rakan sekerja di depan anda menyangkakan yang anda sedang sibuk gila dengan tugas.

8. Sentiasa off handphone ketika waktu pejabat (seboleh mungkin) supaya semua call masuk ke voicemail dan jangan lupa meletakkan voicemail yang berbunyi "Sila tinggalkan pesanan anda dan saya akan membalasnya dengan seberapa segera kerana sekarang saya sedang menghadiri mesyuarat penting.."

9. Sila balas panggilan atau voicemail yang ditinggalkan di dalam handphone daripada bos anda selepas waktu pejabat atau ketika waktu cuti kerana pada masa ini biasanya bos tidak akan melayan panggilan anda sebab sibuk main golf atau makan malam dengan client. Ini adalah teknik untuk meyakinkan bos bahawa anda seorang yang rajin dan tetap bekerja sehingga lewat waktu dan pada hari cuti.

10. Sila bawa fail jika mahu pergi minum di kantin/cafe termasuk kedai depan pejabat anda. Orang yang membawa fail kelihatan seperti mahu pergi ke mesyuarat. Tetapi, jangan pula membawa surat khabar kerana ia kelihatan seperti anda hendak ke tandas.

p/s : Walau bagaimanapun, tips ini hanya untuk pekerja yang sentiasa curi tulang atau tidak menghayati budaya AKTIF iaitu Amanah, Komitmen, Telus, Inovatif dan Fokus atau dengan kata lain, MAKAN GAJI BUTA!




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Tips Di Pejabat

Keputusan Perlawanan Piala FA (Pusingan Pertama)

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Pusingan Pertama (Perlawanan Pertama)

Sabah 0 - Kedah 2

ATM 3 - Melaka 0

Pahang 1 - Felda United 1

Johor FC 2 - Negeri Sembilan 2

KL PLUS 1 - Harimau Muda 2

USM FC 1 - Terengganu 4

Kuala Lumpur 3 - Johor 1

T-Team 1 - Shahzan Muda 0

Pulau Pinang 2 - Sarawak 1

Perlis 0 - Perak 0

PDRM 5 - Melodi Jaya 1

MP Muar 1 - Pos Malaysia 0

SMD Kepala Batas 0 - PKNS 2

Nota : Selangor & Kelantan (Finalis 2009) mendapat "bye" dan layak secara automatik ke Pusingan Kedua






Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Keputusan Perlawanan Piala FA (Pusingan Pertama)

Kelab Penyokong Pertahan Sathia

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

KETUA jurulatih Kelantan, B. Sathianathan boleh menarik nafas lega apabila dua kelab penyokong utama The Red Warriors tetap berdiri teguh di belakangnya.

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) menyatakan pendirian bagi mempertahankan bekas pengendali skuad kebangsaan itu untuk terus mengemudi pasukan Kelantan.





PARA penyokong meminta pemain Kelantan mengetepikan isu remeh yang boleh menjejaskan prestasi pasukan dalam saingan Liga Super musim ini.

Presidennya, Marhasim Mat memberitahu, pihaknya kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang disifatkan sebagai 'api dalam sekam'.



Menurutnya, usaha dan gerakan tersebut dilihat cuba untuk memecah belahkan pasukan.

"Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba menjatuhkan pasukan dengan melaga-lagakan pemain mahupun cuba menjatuhkan jurulatih.

"Ini adalah sikap orang-orang yang tidak boleh melihat orang lain lebih hebat daripada mereka, sedangkan mereka sendiri tidak mampu sekiranya diberikan tugas tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beliau dan seluruh ahli kelate.net masih lagi menaruh kepercayaan serta harapan kepada ketua jurulatih Kelantan itu untuk menerajui pasukan.

Katanya, masih terlalu awal untuk mengukur kemampuan Sathianathan dan sasaran pihak pengurusan adalah sehingga penghujung musim ini.

"Kita baru melalui tujuh perlawanan dan perjalanan ini masih panjang, sepatutnya kepincangan pasukan diuruskan dengan lebih berhemah dan bukannya menuding jari menyalahkan orang lain.

"Saya yakin dan percaya bahawa Kelantan mampu mengulangi pencapaian musim lepas berdasarkan pemain yang ada musim ini," ujarnya.

Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) turut menyatakan pendirian yang sama dengan mempertahankan kedudukan Sathianathan.

Setiausaha KPBSK, Azman Mohd. Noor berkata, berdasarkan tujuh perlawanan lalu prestasi Kelantan tidaklah terlalu teruk berbanding musim lalu.

"Musim lepas kita tewas di Terengganu dan Perlis tetapi musim ini kita mencatat keputusan seri dan ia suatu yang positif untuk kita sama-sama menilainya.

"Memiliki pemain bintang bukan bererti kita mesti menang dalam semua perlawanan, jika kita rasa kita kuat, kita kena ingat orang lain juga kuat," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekecewaan apabila sesetengah pihak turut mempertikaikan pelantikan Indra Putra Mahayuddin sebagai ketua pasukan.

"Siapa sahaja boleh dilantik sebagai kapten sama ada dia anak Kelantan atau tidak, itu bukan isunya. Selagi dia layak dia berhak mengepalai pasukan.

"Mereka (pemain) adalah pemain profesional dan saya harap jangan ada penyokong di luar sana cuba untuk mengeruhkan keadaan dengan isu remeh seperti ini," jelasnya.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Kelab Penyokong Pertahan Sathia
Related Posts with Thumbnails

FB