PENYOKONG KELANTAN PERLU JURULATIH?

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Malang pasukan bola sepak Kelantan selepas kecewa malam Piala Malaysia 7 November lalu bertimpa-timpa. Sudahlah kecewa gagal menamatkan penantian 40 tahun, merangkul piala paling prestij bola sepak tanah air, ghairah dan semangat lebih 60,000 penyokong setia pasukan diberi jolokan 'Red Warriors' yang membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil malam keramat itu yang mulanya diharap membantu menyemarakkan gelora memburu kemenangan bertukar menjadi liabiliti kepada pasukan sendiri. Umum sedia maklum apa yang berlaku pada malam 'hangat' itu dan kesannya kepada pasukan Kelantan, khususnya Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang kini ibarat dalam dilema, memikirkan peluang dan kemampuan Kelantan untuk meneruskan saingan pada musim 2010 selepas bergelut tuntutan hutang termasuk denda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran tindakan liar penyokong merosakkan infrastruktur Stadium Nasional.


Apa yang berlaku malam final itu wajar dijadikan pengajaran buat pasukan Kelantan dan apa yang terpaksa dihadapi Kafa selepas peristiwa itu pula perlu diberi perhatian penyokong Kelantan. Sebagai peminat bola sepak Kelantan, anda pasti 'terasa' apabila kegagalan pasukan anda diiringi dengan ucapan "Tahniah, dari segi permainan kita masih gagal mengatasi kehebatan pasukan England tetapi dari segi penyokong, kita telah mengatasi pasukan England. Kalaulah ada warganegara mereka menyaksikan perlawanan final tadi (Sabtu lepas), mereka pasti terkejut kerana bola sepak di Malaysia meriah dengan pertunjukan bunga api".

Lebih memedihkan, tindakan sama juga menghadirkan persepsi rakyat negeri lain yang berkata: "Betullah...orang Kelantan ni suka sambut Hari Raya Korban, patutlah raya kat sana meriah, awal-awal lagi dah sambut dengan bunga api."

Kata mereka, Kelantan ni kalau main bola, menang pun gaduh, kalah pun gaduh. Kalau bukan pemain yang buat hal...penyokong yang cari pasal.

Kita (penyokong Kelantan) kena juga sabar bila, rentetan insiden itu menyebabkan ada yang berkata: "Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil sekarang 'ala-ala Gaza' (merujuk kepada insiden letupan puluhan bunyi api)."

Juga jenaka berbunyi: "Masa pergi tengok bola hari tu, nasib baik pakai pelekat kereta tulis 'Ese Orang Klate', kalau tak tak tahulah".

Timbul pelbagai tanda tanya, sampai bila pasukan bola sepak Kelantan akan dihantui persepsi buruk penggemar bola negeri lain lantaran tandak tanduk penyokongnya. Dan, sampai bila pula simpati negeri lain terhadap Kafa akan kedengaran dengan pelbagai kemungkinan berhadapan puluhan ribu lagi denda oleh FAM di musim-musim akan datang Piala Malaysia.

Contohilah penjaga gawang Kelantan, Halim Napi yang mampu mengawal emosi biarpun persekitaran malam final itu sarat dengan ketegangan. Kalau ada anugerah Pemain Berkelakuan Baik pada malam itu, Halim Napi lah pemenangnya.

Sudah tiba masanya penyokong Kelantan menghormati pengorbanan Kafa menggerakkan pasukan Kelantan pada kedudukan terbaik musim 2009. Apa yang dibimbangkan, jangan ada rumusan nakal yang mengaitkan orang Kelantan hanya tahu bermain politik dan makan budu...tidak lagi tahu tengok bola atau main bola. Penyokong pula kena 'ada jurulatih', ajar bagaimana menghormati semangat kesukanan dan menjaga perangai liar mereka.

Cheni : Persiapan pasukan untuk musim 2010 sudah kemas tetapi persiapan penyokong belum ada sebarang persediaan lagi.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Comments :

have 2 comments at “PENYOKONG KELANTAN PERLU JURULATIH?”
spark berkata...
at date 

penyokong ni keno ore2 kito jgk hok igak..
pahtu wi ko polih dale stadium tu

baso gapo tahu...xpehe nok tumjuk sapo la jadi gdebe lagu tu

Cheni™ berkata...
at date 

To spark;
Betul jgk tp hok igak tu kna rmai jgk & dibntu o polis.nnt jd mugo lain pulok.sama sndri pn gocoh.

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB