Galeri Video : Kelantan Lwn Pulau Pinang

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda




Liga Super 2010 (Pusingan Pertama)
30 Januari 2010 (Sabtu)
Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu

Keputusan:
Kelantan 3 (Nor Shahrul Idlan Talaha m-46, m-49 & m-88,

Pulau Pinang 1 (V.Jaganathan m-13)





Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Galeri Video : Kelantan Lwn Pulau Pinang

Hatrick Norshahrul Selamatkan Kelantan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Norshahrul Talaha muncul wira The Red Warriors selepas tiga kali meledakkan gol sekali gus membantu Kelantan meraih tiga mata dalam pertemuan dengan Pulau Pinang dalam saingan Liga Super di sini, malam tadi.

Hatrick Norshahrul bagaimanapun hadir selepas 45 minit bermain dalam keadaan penuh tekanan apabila gawang Kelantan digegarkan dengan gol jaringan ketua pasukan pelawat, V.Jaganathan pada minit ke-13.:

Minit ke-46, Norshahrul melegakan ribuan penyokong dengan rembatan cantik melepasi jangkauan penjaga gol Pulau Pinang, Amir Omar Khata untuk mengikat kedudukan 1-1 pada babak pertama.


Kelantan menguasai permainan yang turut disaksikan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra itu apabila Norshahrul mencipta gol kedua selepas empat minit wisel babak kedua dibunyikan diikuti serangan bertali arus ke kubu Pulau Pinang.

Norshahrul melengkapkan hatrick menerusi sepakan penalti selepas dia dijatuhkan ketika cuba melepasi dua pemain pertahanan lawan pada minit ke 88 sebelum jaringannya pada minit akhir perlawanan dibatalkan pengadil.

Jurulatih Kelantan, B.Satiananthan menarik nafas lega kerana anak buahnya berjaya mengatasi tekanan selepas ketinggalan 0-1 pada satu masa.

Beliau juga lega apabila penjaga gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussain dapat beraksi dengan tenang walaupun berhadapan tekanan selepas melakukan kesilapan dalam perlawanan sebelum ini.

Syed Adney beraksi pada babak kedua selepas Halim mengadu mengalami kecederaan pada kaki dan kemasukan S.Chanturu menggantikan Mohd Norfarhan mengubah rentak Kelantan dengan asakan yang lebih agresif sehingga banyak peluang diciptakan.

Peluang baik Kelantan juga hadir pada separuh masa pertama namun tindakan penyudah yang lemah dan ketangkasan penjaga gol pelawat menafikan lebih banyak jaringan tercipta.

Tandukan Azizi Mat Rose melepasi palang gol pada minit ke 24 hasil hantaran Mohd Badri Md Radzi dan tandukan Hairuddin Omar yang menerima lontaran ke dalam Aizi dua minit selepas itu juga tersasar.

Azizi sekali lagi mencuba pada minit 43 dari luar kotak penalti juga hampa, begitu juga dengan peluang kedua Hairuddin menerusi tandukan yang tidak cukup untuk mengancam gol anak buah Mohamad Bakar.

Mohamad Bakar akur dengan kehebatan barisan pemain berpengalaman Kelantan yang memanfaatkan kelebihan bermain di hadapan penyokong fanatik.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Hatrick Norshahrul Selamatkan Kelantan

Jawatan Kosong : Lembaga Tembakau Negara (LTN)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah
dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Tembakau Negara Malaysia bagi jawatanjawatan
seperti berikut:-

1. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred (E41)
2. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred (E17)
3. Pembantu Am Pejabat (Gred N1)


Permohonan hendaklah dihantar ke :

KETUA PENGARAH
LEMBAGA TEMBAKAU NEGARA
IBU PEJABAT LEMBAGA TEMBAKAU NEGARA
KUBANG KERIAN, PETI SURAT 198
15720 KOTA BHARU, KELANTAN

Tarikh tutup : 7 Februari 2010




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Jawatan Kosong : Lembaga Tembakau Negara (LTN)

Tips Kurangkan Nyamuk

| 2 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Dalam beberapa artikel yang lalu, saya telah kemukakan tips mengurangkan Lipas, Cicak dan Ulat Gonggok. Formula serupa : Kurangkan Makanan Mereka dan Kurangkan Peluang Bersarang. Kedua-duanya dengan menjaga kebersihan.

Dalam hal nyamuk, ia berbeza samasekali. Bersih manapun rumah kita, nyamuk tetap datang menyerang sebab darah kita adalah makanannya.


Jenis-jenis penyakit yang disebabkan oleh nyamuk (sebagai vektor yang sangat tekun) adalah Dengue, Malaria, 2 jenis Equine Encephalitis, Japanese Encephalitis, West Nile Virus dan Meningitis ( Yellow Fever ). Ada banyak lagi jenis kat Benua Afrika dan Amerika yang lebih mengerikan.

Bagaimana nyamuk mengesan mangsa samada manusia atau binatang? Melalui kehadiran Carbon Dioxide, CO2 atau Karbon Dioksida. Ia adalah gas yang dikeluarkan pernafasan manusia dan haiwan berdarah panas setelah menghidu udara bersih. Nyamuk boleh terbang sejauh 1.5km untuk mencari sumber CO2. Nyamuk KL pula pandai guna lift dan ada yang naik kapalterbang ke Sabah.

Bahaya ke bahan kimia dari supermarket untuk bunuh nyamuk? Saya tak suka Ubat Nyamuk ( berasap ) yang boleh menganggu pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit. Saya juga tak suka guna INSECTICIDE kerana terdapat banyak kes-kes cancer, brain damage, leukimia, lymphoma dan kecacatan kanak-kanak baru lahir di luar negara akibat darinya. Ni pulak mereka keluarkan bahan kimia guna letrik atau bunyi anti-nyamuk. Lagi lah saya ngeri. Maklumlah sayang bini dan anak-anak, saya cari jalan natural dan agama Islam menyuruh kita menjaga kesihatan serta ekonomi.

CARA A : Bahan dapur sebagai alternatif kepada ubat nyamuk komersial.

Untuk Perlindungan Badan
1. Beberapa butir bunga cengkih
2. Sebatang serai dengan daun yang dipotong-potong halus
3. Satu biji limau purut atau limau nipis atau lemon atau setangkai pudina
4. Sediakan setekoh air suam
5. Perah limau ke dalam tekoh dan masukkan yang lain
6. Tutup tekoh dan biarkan beberapa jam sehingga air berbau wangi.
7. Sebelum tidur, sapukan pada bahagian badan, tangan, kaki yang mudah diserang nyamuk.
8. Tapis air tersebut dan simpan dalam botol kaca dalam fridge. Boleh guna 2 atau 3 hari.

NOTA : Saya tak simpan air wangi ni sebab bilas badan terakhir setiap hari sebelum keluar rumah untuk Aromatherapy. Saya pening kepala kalau pakai minyak wangi yang jual di kedai. Kimia pulak tu.

Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah
Guna cebisan kain yang dikoyak panjang dalam 1 kaki atau kurang. Titiskan minyak kayu putih atau minyak cap kapak ( sebab ada eucalyptus ) pada kain tersebut. Gantungkan di ruang atau bilik yang tak mahu nyamuk datang. Bila nak tidur, letak lagi minyak sikit lagi.

CARA B: Minyak-minyak Essential Oil dari kedai Aromatherapy atau supermarket.

Untuk Perlindungan Badan
1. Minyak Serai Wangi ( Lemongrass ), Minyak Eucaplyptus ( Kayu Putih ) dan Minyak Peppermint ( Pudina ).
2. Titiskan minyak ini dalam 5 atau 6 titis setiap satu jenis ke dalam air suam setekoh dan goncang.
3. Sapukan ke bahagian badan yang tak mau digigit nyamuk. AWAS : ELAKKAN DARIPADA TERKENA MATA, KENING dan BAWAH MATA.

NOTA : saya tak mandi dengan air minyak ni.

Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah
1. Titiskan minyak-minyak tersebut ke cebisan kain dalam 1 kaki atau kurang. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk. ATAU
2. Bakar Lilin Serai Wangi dan Pudina di ruangan tersebut.

KURANGKAN NYAMUK DI HALAMAN RUMAH
Semua orang rasanya dah tengok dalam TV bagaimana nak kurangkan nyamuk dalam dan luar rumah. KEYWORD : Jangan ada air bertakung. Kalau ada kolam jugak, belalah ikan atau gerakkan air tersebut dengan pump.

Saya tambah sikit kat sini. Bersihkan halaman rumah dari daun-daun, dahan-dahan jatuh dan pendekkan rumput serta rimbunan. Sila ketahui, nyamuk betina setelah bersenyawa dengan jantannya, akan cari tempat relax semalaman di celah rumput panjang atau bawah daun jatuh. Esoknya barulah ia menyerang manusia untuk dapatkan darah agar boleh bertelur dalam air. Nyamuk betina memang jahat.

Kalau kawasan tu ada burung layang-layang atau kelawar, populasi nyamuk akan berkurangan. Kedua-dua haiwan ini suka makan nyamuk. Tapi tak payahlah kita bela mereka ini kerana banyak najis. Sebagai ganti, kita tanam saja serai wangi di tempat strategik atau pokok nyamuk ( bau macam serai wangi dan dijual di nurseri ).

Jika halaman rumah kita bersih dan berbau serai wangi tapi jiran kita dok usahatani nyamuk, parah kita nanti. Kesannya berkurangan. Nasihatkan mereka baik-baik. Jika mereka degil sangat, barulah kita bela burung layang-layang kat tepi pagar menghala halaman mereka ( kalau larat lah ).

Akhirkata
Saya dah amalkan CARA A dan CARA B bertahun-tahun lamanya dan berkesan. Jika kurang berjaya, maafkan saya kerana mungkin spesis nyamuk kita berbeza atau nyamuk dah jadi mutant. Jadinya cubalah tambah dan tukar bahan-bahan sendiri untuk lihat keberkesanannya. Hanya jangan berganjak dari bahan induk, iaitu eucalyptus ( kayu putih ) dan lemon grass ( serai atau serai wangi ).



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Tips Kurangkan Nyamuk

Sathianathan Puas Aksi Pemain

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Jurulatih Kelantan, B Sathianatan berpuas hati dengan prestasi pemain Red Warriors yang menunjukkan pening-katan ketara seperti mana aksi ketika menewaskan Johor FC malam kelmarin.

Menurutnya, sebelum ini beliau tidak pernah meragui kemampuan skuad Red Warriors walaupun beberapa keputusan perla-wanan tidak menyebelahi anak buahnya.

“Saya sudah kata sebelum ini, masa kita seri dengan Terengganu dan Perlis serta kalahkan Johor, saya berpuas hati dengan prestasi perlawanan.


“Kita harus ingat pasu-kan ini baru bersama dan dikumpulkan selama dua tiga bulan. Ini pasukan baru dan keserasian itu akan sampai. Semasa menentang Johor FC kita sudah tunjuk bahawa kita sudah kuasai perlawanan,” katanya.

Mengulas lanjut, bekas jurulatih skuad kebangsaan itu mengakui beliau seme-mangnya kurang senang dengan pemain apabila melepaskan gol penyamaan kepada Johor FC.

“Tetapi selepas (separuh masa kedua) pemain kita menunjukkan keserasian dan persembahan kita meningkat. Bagaimanapun sa-ya belum lagi mencapai hasrat pemain yang diidamkan. Tetapi dengan sokongan penonton saya rasa masa depan pasukan ini cerah,” katanya.

Mengulas mengenai prestasi penjaga gol, Halim Napi yang diturunkan pada perlawanan tersebut, Sathia berkata, pengalaman bekas penjaga gol kebangsaan itu mampu meningkatkan prestasi pasukan.

Bagaimanapun katanya, beliau mengharapkan penjaga gol pertama, Syed Adney dapat memulihkan semangat setelah melakukan kesilapan dalam perlawanan menentang Kedah.

“Syed Adney bermain baik dalam tiga perlawanan tetapi oleh kerana dia membuat kesilapan yang membawa padah kepada pasukan�.

“Oleh itu dia kena kuatkan balik mentalnya seterusnya menjadikan semua posisi mantap. Kemasukan Halim dan Syed memberi satu persaingan baik untuk Kelantan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan perlawanan tersebut menunjukkan bahawa pemain Kelantan menunjukkan prestasi sebenar selepas mengharungi beberapa perlawanan.

“Selepas apa yang berlaku pada perlawanan lalu, Kelantan kembali dalam landasan yang betul. Kita bermain dengan kapasiti yang sebenar dan saya percaya perlawanan seterusnya keputusan bakal berpihak kepada Kelantan,” katanya.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Sathianathan Puas Aksi Pemain

Galeri Video : Kelantan Lwn. Johor FC

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda




Liga Super 2010 (Pusingan Pertama)
23 Januari 2010 (Sabtu)
Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu

Keputusan:
Kelantan 4 (Nor Shahrul Idlan Talaha m-18, Azizi Mat Rose m-46, Indra Putra Mahayuddin m-50, Mohd Farhan (m-72)

Johor FC 1 (Mohd Riduan Moin m-21)




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Galeri Video : Kelantan Lwn. Johor FC

Keputusan Perlawanan TM Liga Super

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Berikut adalah keputusan perlawanan kelima TM Liga Super yang dilangsungkan pada 23 Januari 2010.

TERENGGANU 4 SELANGOR 0
Abdul Manaf Mamat
Ashaari Shamsudin (2)
Joseph Kalang Tie

KL PLUS FC 0 KUALA LUMPUR 0

PERLIS 2 PULAU PINANG 0

KEDAH 1 PERAK 1

KELANTAN 4 JOHOR FC 1
Norshahrul Idlan
Azizi Mat Rose
Indra Putra Mahayuddin
Mohd Norfarhan Muhammad






Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Keputusan Perlawanan TM Liga Super

Jawatan Kosong : Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotovasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

Jawatan :-

1. JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
2. MERINYU TALIAIR GRED J17
3. PEMANDU KENDERAAN GRED R03
4. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N01

Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Peti Surat 127
Jalan Dato Lundang
15710 Kota Bharu, Kelantan
(U/P: Pengarah Bahagian Pengurusan)

Tarikh tutup : 7 Februari 2010



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Jawatan Kosong : Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Aksi Penjaga Gol Hampeh

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda







Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Aksi Penjaga Gol Hampeh

Skill Baling Bola

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda






Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Skill Baling Bola

Hijau Kuning Raih Mata Penuh

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Keratan akhbar tahun 1996 ketika saingan Liga Perdana Kedah lwn Kelantan.

KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS







Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Hijau Kuning Raih Mata Penuh

Skuad Muda Kelantan Tidak Mudah Digertak

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Keratan akhbar tahun 1996 ketika saingan Liga Perdana Kedah lwn Kelantan.

KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS







Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Skuad Muda Kelantan Tidak Mudah Digertak

Galeri Video : Kelantan Lwn Johor

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda





Liga Super 2010 (Pusingan Pertama)
14 Januari 2010 (Rabu)
Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu

Keputusan:
Kelantan 3 (Akmal Rizal Rakhli m-2, Mohd Badri Radzi (m-49),Indra Putra Mahyudin (m-57)

Johor 0



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Galeri Video : Kelantan Lwn Johor

Happy Birthday

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Happy Birthday buat anakku Mohammad Dharimi yang pertama. Hari ini bertarikh 16hb Januari 2010 genap setahun usia adik (panggilan manja anakku) dan sekarang tepat jam 12.30 tengahari, waktu yang sama dimana adik lahir ke dunia ini. Doa abah dan umi, semoga adik dipanjangkan umur, sentiasa sihat dan menjadi anak yang soleh.








Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Happy Birthday

Jawatan Kosong : Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Universiti Teknologi MARA Kelantan dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di UiTM Kelantan Kampus Machang bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

Jawatan :-

1. Jururawat Masyarakat U19
2. Penyelia Asrama N17


Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR
(UNIT PENGURUSAN PERJAWATAN-PENTADBIRAN)
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KELANTAN
BUKIT ILMU
18500 MACHANG
KELANTAN DARUL NAIM

Tarikh tutup : 21 Januari 2010



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Jawatan Kosong : Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Galeri Video : Terengganu Lwn Kelantan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda




Liga Super 2010 (Pusingan Pertama)
9 Januari 2010
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu

Keputusan :
Terengganu 0

Kelantan 0



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Galeri Video : Terengganu Lwn Kelantan

Red Warriors Ratah Si Jengking

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Selepas berjaya menafikan mata penuh buat Terengganu di gelanggang lawan pada perlawanan pertama Liga Super, The Red Warriors menunjukkan taring dengan meratah Si Jengking 3-0, di sini, malam tadi.

Gol jaringan Akmal Rizal Rakhli, Indra Putra Mahyudin dan Mohd Badri Radzi sudah cukup untuk menarik kepercayaan penyokong yang memenuhi Stadium Sultan Muhammed Ke IV sekali gus memaksa Johor pulang dengan tangan kosong.


Johor tersentak dengan gol awal Kelantan yang dihasilkan Akmal Rizal pada minit kedua yang merembat kencang umpanan rakan melalui tendangan sudut pertama permainan.

Bagaimanapun, Kelantan selepas itu seolah-olah tidak bermaya yang disifatkan B.Sathianathan sebagai ‘terlena seketika’ sehingga pemain Johor bangkit mengasak kubu Kelantan.

Seminit sebelum babak pertama tamat, Akmal Rizal dijatuhkan penjaga gol Johor, Shaharuddin Kadir dalam kotak penalti namun pengadil membuat keputusan mengejutkan apabila Akmal dipersalahkan.

Empat minit aksi babak kedua, Mohd Badri Radzi menggegarkan gawang Johor dengan rembatan cantik untuk gol kedua Kelantan.

Gol itu seperti memulihkan semangat Kelantan dengan menggandakan asakan sehingga Indra Putra berjaya menambah gol untuk Kelantan dengan tandukan menarik selepas rembatan kencang Mohd Badri muntah pada minit ke 57.

Johor hanya beberapa kali mengasak ke kubu Kelantan pada babak kedua dan penyerang Johor, Rosaiful Nizam gagal memanfaatkan peluang terbaik.

Kelantan terus garang namun beberapa percubaan gagal disempurnakan Indra Putra, Hairuddin Omar, Akmal Rizal dan pemain gantian, Norshahrul Idlan.

Bagi B.Sathianathan, tiga gol sudah memadai buat Kelantan yang menunjukkan prestasi memberangsangkan walaupun banyak peluang gagal disempurnakan anak buahnya.

Katanya, Kelantan bernasib baik apabila Johor gagal memecah kebuntuan ketika pemain Kelantan beraksi hambar selepas mendapat gol awal.

”Saya berpuas hati dengan prestasi pemain yang menguasai sebahagian besar masa permainan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Johor, Datuk Aziz Sepian menganggap kekalahan itu bukanlah sesuatu yang patut dikesalkan kerana prestasi anak buahnya menunjukkan peningkatan berbanding dengan prestasi ketika menentang Kedah.

Menurutnya, pasukannya yang dibentuk dalam tempoh seminggu itu perlukan masa untuk menampilkan kekuatan apatah lagi ianya dibarisi rata-rata pemain muda dan tidak ternama.

”Serangan daripada Kelantan agak mengerunkan saya, kekuatan benteng termasuk penjaga gol menyebabkan kami tidak kalah dengan jumlah gol lebih besar.

”Kami tidak kecewa dengan kekalahan ini kerana Kelantan dibarisi pemain handalan, apa yang perlu kami buat ialah memperbetulkan kesilapan,” katanya yang melahirkan rasa kagumnya dengan semangat penyokong Kelantan yang memenuhi stadium walaupun masih berada di peringkat awal liga.

Sumber : Sinar Harian



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Red Warriors Ratah Si Jengking

Kelantan Rampas Tempat Kedua

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Perlis tewaskan Kedah 1-0, Negeri Sembilan terikat mata dengan Johor FC

DOMINASI hampir mutlak menyaksikan Kelantan melakar kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Johor di Stadium Sultan Mohd IV, sekali gus melonjak ke tangga kedua carta Liga Super, malam tadi.

Akmal Rizal Rakhli membuka tirai jaringan menerusi rembatan daripada dalam kawasan penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol, Mohd Amrul, pada minit kedua sebelum Mohd Fadri Radzi menggandakan kelebihan untuk tuan rumah pada minit ke-49.


Indra Putra Mahayuddin memastikan kemenangan dalam genggaman Kelantan apabila meluru untuk paling pantas memanfaat bola muntah tampanan Mohd Amrul dan disudahkan dengan tampanan ke sasaran.

Di Stadium Darulaman, Kedah gagal memanfaat peluang beraksi dengan kelebihan seorang pemain menentang Perlis apabila dikejutkan jiran tetangganya itu 1-0 hasil jaringan tunggal Azrul Hamid pada minit ke-17.

Ia berpunca daripada gerak cantik di tengah padang untuk Amar Rohidan melakukan hantaran lintang yang ditanduk kemas Azrul ke sasaran. Perlis kemudian hilang Badrul Azam Zamri gara-gara kad merah kerana membantah keputusan pengadil, Wan Mohd Tarmizi Ibrahim.

Di Stadium JCorp, Johor FC mensesiakan peluang untuk melonjak ke tangga kedua selepas sekadar seri 1-1 dengan Negeri Sembilan.

Skuad kendalian Ramlan Rashid jelas menguasai permainan, tetapi mensesiakan beberapa peluang terhidang. Hanya pada minit ke-75, jaringan diperolehi menerusi Wan Rohaimi Ismail yang menanduk umpanan Mohd Khairul ke sasaran.

Namun harapan tiga mata itu berkecai apabila pemain gantian Negeri Sembilan, Norizam Salaman, menjaringkan gol penyamaan, tujuh minit sebelum tamat.


Sumber : Berita Harian



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Kelantan Rampas Tempat Kedua

Jawatan Kosong : Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif, dan inovatif untuk memperkembangkan bisnes Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan jawatan seperti berikut :-

Jawatan : Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia

Syarat Kelayakan :-

Ijazah Sarjana Muda dan/ atau Sarjana Pengurusan Sumber Manusia / Pentadbiran Perniagaan (MBA) atau mana-mana bidang yang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Keutamaan :-
a. Pengalaman minima 7 tahun di dalam Pengurusan Sumber Manusia.
b. Arif tentang Akta Buruh.
c. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang komputer.
d. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan aset syarikat.

Calon-calon yang berminat dipelawa menghantar resume yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman kerja, gaji sekarang dan yang dipohon berserta sekeping gambar terbaru berukuran pasport kepada:

Ketua Eksekutif
Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd
Lot 1809, Bangunan KPKB, Jalan Bayam
15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7461871 / 09-7461986
Faks : 09-7485787. Email : kpkb@streamyx.com

Tarikh tutup permohonan : 19 Januari 2010




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Jawatan Kosong : Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)

KAFA Yakin Mampu Tingkatkan Jualan Tiket

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) dijangka dapat meningkatkan hasil kutipan jualan tiket sebanyak 20 peratus apabila kawalan keselamatan diperketatkan di pintu masuk Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu pada sepanjang Liga Malaysia musim ini, lapor ZAID MOHD. NOOR.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Hashim Tuan Yaakob berkata, langkah tersebut penting memandangkan hasil jualan tiket merupakan pendapatan utama bagi pasukan Kelantan.


Menurutnya, jumlah hasil kutipan tiket pada saingan Liga Malaysia musim lalu dianggarkan melebihi RM2 juta.

Katanya, pembelanjaan mengurus pasukan The Red Warriors pada musim ini pula kira-kira RM4.5 juta.

"Peningkatan pendapatan KAFA pada musim baru ini akan dapat meringankan beban KAFA memandangkan jumlah tajaan yang diterima terhad," katanya pada sidang media di Kota Bharu semalam.

Tuan Hashim berkata, antara langkah kawalan yang dilakukan ialah menempatkan anggota Rela, polis bantuan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pegawai KAFA di semua pintu masuk stadium.

Jelasnya, setiap penonton hanya akan dibenar memasuki stadium sekiranya memiliki tiket perlawanan yang sah dan tidak membawa objek yang dilarang.

"Penggunaan tiket elektronik touch n go pada musim ini juga dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan KAFA dan mengatasi masalah kebocoran penonton," ujarnya.

Dalam pada itu, KAFA juga mengalu-alukan peminat menjadi penaja pasukan The Red Warriors bagi meringankan beban kewangan KAFA musim ini.

Menurutnya, tajaan itu bernilai RM250 hingga RM3,000 ke atas dan setiap penaja akan mendapat tiket tempat duduk secara percuma.

Tambahnya, penaja RM250 akan mendapat tiket tempat duduk terbuka, penaja bernilai RM500 ke atas mendapat tiket tempat duduk astaka.

"Penaja RM1,500 ke atas pula akan mendapat tempat duduk astaka VIP serta cenderahati," katanya.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......KAFA Yakin Mampu Tingkatkan Jualan Tiket

KAFA Jangka Dapat Tutup Kebocoran Hasil

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan kutipan tiket dapat ditingkatkan 20 peratus kepada RM2.4 juta pada tahun ini setelah beberapa langkah menutup ‘kebocoran’ diambil.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Hashim Tuan Yaakob berkata, pertambahan itu kelak dijangka dapat menampung sebahagian daripada kos perbelanjaan mengurus pasukan yang kini dianggarkan hampir RM4.5 juta.




Katanya, langkah tambahan diambil bagi tujuan itu di samping mengetatkan kawalan di pintu masuk Stadium Sultan Mohammed IV termasuk menubuhkan pasukan khas untuk memantau petugas-petugas yang terlibat.

‘‘Kawalan keselamatan pada Perlawanan liga Malaysia yang akan bermula pada 13 Januari ini akan diperketatkan bagi mengatasi masalah kekurangan kutipan hasil walaupun stadium penuh penonton.

‘‘Ia dijangka mampu meringankan beban KAFA memandangkan jumlah tajaan daripada syarikat-syarikat besar terhad dan turut bergantung kepada kutipan tiket termasuk melalui penajaan,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Tuan Hashim menambah, bagi meningkatkan kawalan di pintu masuk stadium, selain anggota polis, KAFA turut menempatkan anggota Rela, anggota Keselamatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pegawai KAFA.

‘‘Masalah timbul apabila tiket habis dijual, penonton penuh stadium tetapi sering kali berlaku ‘‘kekurangan’' jumlah kutipan tanpa dapat dikesan,” katanya.

Rentetan masalah itu katanya menjadi salah satu sebab KAFA mengalami kerugian yang pada tahun lepas dianggarkan bernilai hampir RM400,000.

Beliau juga memberitahu, penggunaan tiket elektronik ‘touch n go’ kepada penaja yang diperkenalkan mulai tahun ini mendapat sambutan baik di kalangan penonton dengan 200 tempat duduk daripada 510 daripadanya telah terjual.

‘‘Sebanyak 510 tempat duduk tajaan di astaka yang kini sebahagiannya telah terjual yang antara lain menawarkan masuk menggunakan kad elektronik ‘touch n go’ yang lebih cepat dan tepat.

‘‘Pemegang The Red Warrios Fan Club akan memperoleh tiket tempat duduk astaka untuk semua perlawanan Liga Super, pusingan awal Piala FA dan peringkat kumpulan Piala Malaysia serta perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Mohammed IV kecuali perlawanan suku akhir dan separuh akhir Piala FA dan Malaysia.

‘‘Bagi yang menaja RM1,500 hingga RM2,999 mereka juga masuk di pintu utama dan ditempatkan di kawasan terpilih beserta cendera hati daripada KAFA.

‘‘Sebanyak 10 tempat duduk korporat di belakang Presiden turut ditawarkan yang bernilai RM3,000 ke atas dengan layanan makan dan minum bertaraf VIP serta memperoleh cendera hati eksklusif KAFA.

Beliau juga memberitahu KAFA akan turut memperkenalkan anugerah kepada media yang membuat liputan terbaik mengenai aksi pasukan negeri dalam saingan Liga Super musim ini.

Tuan Hashim, berkata, empat kategori tersebut ialah gambar terbaik, liputan berita terbaik, audio visual terbaik dan pengendali laman web terbaik.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......KAFA Jangka Dapat Tutup Kebocoran Hasil

Jawatan Kosong : Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Jawatan :-
1. Pembantu Teknik Lanskap (J17)
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Majlis Agama Islam Kelantan
Kompleks Balai Islam
Lundang
Kota Bharu
15100 KOTA BAHRU
KELANTAN DARUL NAIM

Pegawai untuk Dihubungi :-
1. Haji Che Hamat bin Haji Che Muda (09-7481512)
2. Shamun binti Daud (09-7481512)

Tarikh Tutup :-
15 Januari 2010





Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Jawatan Kosong : Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)

Perutusan Khas Kelate.Net sempena Tahun Baru 2010

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Salam Sejahtera kepada semua ahli-ahli,

Sempena dengan kedatangan tahun baru 2010, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada seluruh ahli kelab ini.

Melangkah ke tahun baru ini, bermakna bermulalah Tahun Bola Sepak Kelantan 2010. Sasaran tiga piala kini bukan lagi cakap-cakap kedai kopi. Yang nyata ‘Kita akan ke Bukit Jalil lagi tahun ini’ itu keazaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terhadap keyakinan para penyokong setia Merah Putih.


Dari segi persiapan pasukan bagi menghadapi sepak mula Liga Malaysia pada 9hb Januari ini, The Red Warrior dengan bergayanya lebih terkehadapan dalam menyusun atur kelengkapan pasukan. Bermula dengan mengekalkan khidmat B.Sathianathan sebagai pengendali sepenuh masa musim ini, Kelantan berbelanja besar dengan membeli beberapa bintang seperti Hairuddin Omar, Akmal Rizal Rakhli, Syed Adney, Azizi Mat Rose dan ramai lagi.

Jadi sasaran untuk meraih tiga piala kejuaraan rasanya realistik andaikata segala pembelian paling mewah memberikan pulangan yang berbaloi untuk Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Bagi Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan, tahun ini merupakan tahun ke-11 kewujudannya. Diam tak diam sudah 11 tahun Kelate.Net ini bergerak sebagai platform rasmi penyokong setia bola sepak Kelantan.

Biarpun bergerak dalam serba kekurangan, Kelate.Net tetap menjadi medium utama didalam menyampaikan info terkini bola sepak Kelantan.

Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama khusus untuk peminat setia yang menjadikan Kelate.Net sebagai saluran rasmi bola sepak Kelantan. Menurut kajian oleh Zeitgiest, laman web Kelate.Net mendapat tempat kedua capaian sukan paling popular di Malaysia selepas laman web pasukan 1Malaysia 1Formula Team (1M1FT).

Bagi pihak Kelate.Net, ini merupakan satu sejarah dan juga penghargaan bermakna apabila laman web ini Kelate.Net mendapat tempat kedua berdasarkan kajian oleh Zietgiest.

Walauapapun, pihak Kelate.Net percaya tanpa sokongan ahli-ahli, former-forumers mahupun pelawat luar yang melayari laman web ini, Kelate.Net tidak akan berada pada tahap sebaik hari ini.

Bagi ahli-ahli kelab, pihak kami menuntut kesetiaan saudara-saudari untuk terus bersama Kelate.Net memastikan laman web ini kekal sebagai medium nombor satu infomasi bola sepak Kelantan.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Perutusan Khas Kelate.Net sempena Tahun Baru 2010

KAFA Terima Bantuan Bayar Denda FAM

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

SHAH ALAM - Demi rasa keprihatinan dan semangat kesetiaan terhadap pasukan bola sepak negari masing-masing, Persatuan Anak-anak Ketereh di Perantauan (Perantau), Persatuan Anak anak Kelantan (Pakatan Darul Naim) dan Persatuan Anak-anak Kelantan Proton menyumbangkan RM3,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Sumbangan itu dikumpul untuk meringankan beban yang ditanggung Kafa setelah didenda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran keganasan yang dicetuskan oleh segelintir penyokong mereka pada final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada November tahun lalu.


Denda itu juga memberi tekanan kewangan kepada Kafa kerana dalam setahun lalu mereka menanggung denda RM300,000 dalam Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super.

Presiden Persatuan Anak-anak Kelantan (Pakatan Darul Naim), Datuk Nordin Razak berkata, inisiatif yang diambil mereka itu adalah tanda rasa tanggungjawab penyokong Kelantan terhadap insiden itu.

“Menyedari kesulitan yang dialami oleh kafa kami sedaya upaya cuba untuk membantu dengan mengumpul dana yang akan digunakan bagi menampung bayaran denda tersebut,” katanya

Katanya, tindakan segelintir penyokong yang bertindak liar itu bukan saja menyebabkan Kafa berdepan hukuman, malah boleh membahayakan penonton yang lain termasuk kanak-kanak yang datang menyaksikan perlawanan.

“Kami juga mengharapkan musim baru ini penyokong Kelantan dapat mengawal emosi dan menunjukkan sikap sebagai peminat sukan yang bersopan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Anak-anak Ketereh di Perantauan (Perantau), Zainal Abidin Che Ismail pula mengharapkan Kelantan mampu memberi cabaran sengit untuk Liga Malaysia musim baru nanti.

“Saya yakin dengan kehadiran beberapa muka baru dan juga penyokong setia Kelantan akan menyemarakkan lagi semangat pasukan Red Warriors untuk menjulang Piala Malaysia, FA dan juga Liga Super musim ini,” katanya.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......KAFA Terima Bantuan Bayar Denda FAM
Related Posts with Thumbnails

FB