KEKALAHAN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT INDRA

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin kecewa dengan kekalahan pasukannya di tangan pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2009.

Indra berkata, kesemua pemain kecewa dengan persembahan mereka lebih-lebih lagi terpaksa menghancurkan harapan penyokong Kelantan yang terlalu menginginkan kemenangan.


“Walaupun pasukan saya tewas, selaku pemain profesional saya tidak boleh patah semangat dan saya anggap kekalahan ini sebagai pengajaran agar ia tidak berlaku lagi.

“Sebagai pemain, saya sudah cuba yang terbaik dan hasilnya saya hanya berjaya menjaringkan satu gol sebelum perlawanan tamat.

“Tapi malang jaringan tersebut tidak mendatangkan kejayaan kepada pasukan saya,” kata pemain terbaik Piala Malaysia musim ini.

Indra berkata, untuk mengekalkan kejayaannya musim ini sebagai seorang pemain terbaik Piala Malaysia dan pemain paling berharga agak sukar.

“Setiap pemain, ada tahun bertuah dan ada juga tahun di mana pemain itu jatuh. Rasanya untuk mengekalkan prestasi sebagai pemain terbaik musim depan, agak sukar kerana ia memerlukan pengorbanan dan komitmen yang agak tinggi dalam setiap perlawanan.

“Saya akan cuba yang terbaik dan berharap agar tahun depan, saya boleh mengekalkan prestasi yang cemerlang seperti tahun ini,” katanya.

Indra kini berehat selama dua minggu dan selepas ini, dia akan meneruskan kembali latihan untuk persediaan Liga Malaysia musim depan.

“Saya rasa, lepas berehat pemain akan cuba untuk mengubah situasi permainan. Malah selepas berehat, pemain akan kembali cergas bagi mengharungi cabaran musim depan,” katanya.

Anak kelahiran Ipoh, Perak ini menjaringkan lebih dari 14 jaringan, 11 gol dalam Piala Malaysia dan 4 gol dalam Liga Super.

“Kalau boleh, saya nak sesuatu yang lebih baik untuk musim depan agar dapat mengubati kekecewaan penyokong Red Warriors kerana tak dapat bawa pulang Piala Malaysia tahun ini,” katanya.


Sumber : Sinar Harian


Comments :

have 1
Cheni™ berkata...
at date 

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB