Pertama sekali kami ingin mengucapkan tahniah kepada barisan pengurusan baru FAM yang mana keputusan pemilihan Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif bagi penggal 2010-2014 telah pun diketahui. Apa yang pastinya, perhatian sudah tentu diberikan kepada jawatan no dua badan induk bolasepak ini yang mana menepati ramalan selepas memenangi kerusi masing-masing dimenangi oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa. Berikut adalah keputusan penuh jawatan kuasa dan pentadbiran FAM yang baru :-
Presiden:
Sultan Ahmad Shah (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden:
1. Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah-Menang dengan 29 Undi
2. Tan Sri Annuar Musa- Menang dengan 23 Undi
Naib Presiden :
1. Datuk Afandi Hamzah
2. Datuk Hamidin Mohd Amin
3. Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim
4. Datuk Subahan Kamal
Jawatankuasa Eksekutif :
1. Datuk Hamdan Mohamed Khalib
2. Datuk Takiyuddin Hassan
3. Datuk Jeffery Low Han Chau
4. Datuk Astaman Abdul Aziz
5. Datuk Osman Salleh
6. Rosmadi Ismail
7. Mej Rani Abdul Rahim
8. S.Sivasundram.
Diharap dengan gabungan tenaga kedua-dua Timbalan Presiden ini akan meningkatkan mutu serta taraf permainan bolasepak di negara kita. Umum tahu bahawa sejak kebelakangan ini, prestasi pasukan bolasepak negara jatuh merudum. Usahkan nak dibandingkan dengan prestasi pasukan terbaik dunia, jika dibandingkan dengan pasukan Asia yang lain pun, kita sudah jauh ketinggalan.
Sebelum kita pergi jauh, jom tengok ranking Malaysia berdasarkan data yang dikeluarkan oleh FIFA. Ranking Malaysia nampaknya naik 5 anak tangga selepas menduduki tangga 147 sebelum ini. Adalah sedikit peningkatan.
Setelah itu, kita lihat pula ranking bagi jiran-jiran terdekat kita
Dimana silapnya pasukan bolasepak kita yang mana satu masa dahulu begitu gah sehinggakan Pasukan Jerman pun boleh dikalahkan. Sebelum itu, saya nak tanya anda semua? berapa ramai pemain Malaysia yang ada sekarang ini yang anda ingat namanya? Tetapi jika saya sebutkan nama-nama dibawah, saya pasti anda mengenalinya.
Wong Choon Wah, R. Arumugam, Namat Abdullah, M. Chandran, Soh Chin Aun, Harun Jusoh, Mokhtar Dahari, Shaharudin Abdullah, Wong Voon Leong, Shukur Salleh, Rahim Abdullah dan ramai lagi. Itu baru yang mewakili Malaysia, belum lagi kita mengimbau kenangan pemain-pemain yang beraksi bersama pasukan Negeri masing-masing.
Arwah Mokhtar Dahari pada masa dahulu juga pernah menerima tawaran untuk bermain di Kelab Arsenal pada tahun 70an (pernah ditawarkan bermain di Arsenal selepas perlawanan persahabatan malaysia dan arsenal). Tetapi itu dulu, jika difikirkan, sepatutnya perkembangan atau prestasi bolasepak negara semakin hari semakin baik, ini tidak, nampaknya semakin hari semakin mundur. Dimana silapnya?
Apakah dan dimana silapnya pasukan bolasepak dan bagaimanakah cara terbaik untuk kita memperbaiki dan membangunkan pasukan kebangsaan ini agar dapat bersaing di pentas dunia. Rentetan itu, telah saya senaraikan beberapa sebab yang saya rasa mungkin terjadi atau boleh dikatakan punca kemerosotan bolasepak negara kita ( ini adalah pendapat peribadi saya sahaja) :
• Pentadbiran – Ini bab yang susah sikit nak ulas, terus terang saya katakan bahawa biarlah pengurusan iaitu dari Presiden hingga ke jawatan tercorot di beri kepada mereka yang mempunyai pengalaman dalam bola sepak (bekas pemain atau jurulatih contohnya).
• Asingkan atau nyahkan politik dalam pengurusan FAM (hehehe.. taknak ulas lebih la..)
• Disiplin pemain masih kurang – apa yang saya lihat disini adalah tahap disiplin yang kurang, macam mana nak bermain dengan cemerlang jika belum masuk padang lagi baju dah berserabai, baju tak masuk dalam seluar. Lihat pemain profesional, begitu segak dengan jersi mereka.!! KEMAS!
• Fizikal, minda dan kecergasan – Ini juga bab yang penting, dari segi kecegasan memang kita “out”. Sebab itulah kalau kita lihat perlawanan antara pasukan Malaysia, mereka banyak gunakan tenaga dari otak! main baru 15 minit dah tercungap-cungap. Abang!.. cuba tengok gaya permainan Eropah, diorang main ngan strategi bang! dengan otak! bila dah main guna strategi, stamina pun dapat dikurangkan.
• Semangat – Ini yang susah dipupuk, semangat untuk menang dan semangat bermain untuk negara. Cakap memang senang tapi untuk dapatkan pemain yang betul-betul bermain untuk negara memang susah. Jatidiri kena ada, semangat akan datang bila kita yakin dan kita tahu peranan kita, mengapa kita dipadang, jadikan bolasepak sebagai kerjaya.
• Penyokong – Salah satu sebab mengapa bolasepak kita tidak maju adalah peranan penyokong sendiri. Bila kalah dimaki hamun, bila menang tidak dipuji. Sikap fanatik atau gelagat kasar penonton di stadium juga menggambarkan bahawa bolasepak Malaysia sukar untuk menuju kemajuan.
Sepertimana setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya, justeru saya ingin memberi beberapa pendapat yang mana dirasakan perlu bagi mengatasi masalah ini .Antara langkah atau cadangan yang disarankan adalah :
• Sediakan satu vanue atau Stadium Bolasepak
• Majukan Sains sukan dimana pemain didisiplinkan dgn pemakanan, pengurusan diri & latihan yg sistematik.
• Sudah tiba masa pendekatan saintifik digunakan dalam pembangunan bolasepak seperti kajian mengenai makanan, psikologi, larian, terjahan, sepakan dan apa-apa kajian walaupun teknik jatuhan sekalipun.
• Struktur liga harus diperkukuhkan dan janganlah syik tukar format sahaja.
• Wujudkan pusat penyelidikan dan akademi bolasepak jika benar-benar mahu maju. Jika boleh dibina sekolah sukan mengapa tidak pusat penyelidikan? Academy La Masia milik Barcelona Catalunya, diterapkan dengan falsafah TotalVoetbal Johan Cruyff menyambut ulang tahun ke 30. Graduan-graduan mereka lah yang banyak menjadikan Sepanyol juara dunia.
• Diharap jangan diabaikan bakat dari Soccerstar dan Tiger Futbol star dan bimbing mereka hingga berjaya
Bagi saya, itu sahaja sudah mencukupi, jika anda ingin kongsikan idea anda tentang cara atau cadangan untuk menaiktarafkan mutu bolasepak negara kita, bolehlah dinyatakan diruangn komen dibawah. Semoga cadangan bernas anda akan membawa manfaat kepada semua pembaca.
Sumber : MyBerita.Com
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.