Kenapa perlu mencari kesempurnaan kalau menjadi seorang pemimpin

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Fitrah kejadian manusia di katakan adalah penciptaan yang terbaik daripada Allah S.W.T. Tetapi kenapa manusia masih mengatakan setiap orang tidak sempurna “nobody perfect”. Kadang-kadang kita bingung memikirkan kenapa di istilahkan sebegitu rupa. Tetapi tuhan dah janjikan manusia adalah kejadian yang terbaik sebaik-baik kejadian. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya, itulah sebenarnya pengukur kepada kenapa istilah manusia tidak sempurna itu wujud.

Apa yang mudah kita lihat ialah dari segi keadaan fizikal setiap manusia, ada yang sempurna kejadiaanya, semua cukup lengkap dari atas sampai ke bawah dan ada pula yang tidak sempurna dari fizikalnya. Dilahirkan mempunyai kecacatan fizikal dan di istilahkan sebagai orang kurang upaya, namun semua itu adalah anugerah daripada tuhan. Terima hakikat dan makrifat daripada kejadian tersebut. Kepada manusia yang sempurna kejadiannya, ambillah orang yang kurang upaya tersebut sebagai satu anugerah untuk kita menilai diri kita yang sempurna ini.


Apa yang saya ingin sentuh di sini adalah mengenai bagaimana menjadi seorang pemimpin di kalangan manusia bukan pemimpin yang memimpin binatang. Manusia yang terpilih menjadi pemimpin adalah seseorang yang di anugerahkan oleh Allah sesuatu kelebihan dan ternyata ianya adalah golongan yang terpilih oleh Allah untuk menjadi pemimpin kepada manusia. Adakah seseorang pemimpin itu seseorang yang sempurna? Dari segi fizikal memang ternyata mesti dipilih dari kalangan sempurna, tiada cacat celanya dan berpendidikan yang baik. Namun sifat fizikal yang sempurna hanyalah sebahagian daripada ciri-ciri yang di perlukan untuk menjadi seorang pemimpin. Pemimpin yang baik mempunyai pakej yang lengkap yang mampu menawan hati para pengikutnya.

Antara ciri-ciri pemimpin yang baik ialah mesti pandai bercakap, pendidikan yang tinggi,menolong orang, berbudi bahasa, tidak pilih kasih, tidak memilih bulu, menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas tanpa tanpa sebarang niat lain, tidak rasuah, tidak memfitnah, tidak membuat spekulasi, tidak menganiaya orang lain, tidak mementingkan diri sendiri dan anak pinak dan seribu perkara lagi yang perlu ada pada seorang pemimpin. Kalau tidak sanggup mendalami perkara tersebut, maka tidak layaklah untuk di pilih sebagai pemimpin.

Itulah yang saya maksudkan kenapa jiakalau menjadi seorang pemimpin maka mereka perlu seboleh-bolehnya mencari kesempurnaan dalam perkara-perkara yang di senaraikan tadi. Pentingnya seseorang pemimpin itu dilihat sempurna pada wataknya, percakapan, pemakaian dan lain-lain lagi. Kesempurnaan itu adalah suatu subjek yang perlu di pertontonkan kepada masyarakat agar mereka respect kepada seseorang pemimipin.

Jikalau seseorang pemimpin itu dilihat selekeh, banyak masalah, sombong dengan orang bawahan, suka makan rasuah, bagaimana mahu jadi pemimpin jika perkara-perkara buruk tersebut ada pada mereka. Jika kita lihat hari ini banyak pemimpin yang jatuh kerana rasuah, kerana seks, dan macam-macam lagi. Sebab mereka pemimpin yang tidak sempurna dan tidak bersih. Pemimpin adalah antara golongan yang pertama akan di soal jawab pada hari kiamat nanti. Bagaimana nak menjawab sekiranya memimpin macam orang gila, semua di kira halal, rasuah halal, perempuan halal, saya bagi fakta melihat kepada kejadian kat negara luar, bukan Malaysia yer..

Pemimpin yang terbaik ialah Rasulallah, pemimpin yang terbaek,terbaek,terbaek yang perlu di contohi oleh semua orang terutama orang Islam. Pemimpin yang membawa pakej lengkap dari semua sudut, tak perlu lagi teori-teori dan falsafah-falsafah lain yang menjadikan pemimpin kita lupa kepada mati. Sebab tu banyak pemimpin sekarang terlibat dalam banyak masalah dan isu, malas nak sebut paham-paham sendiri la. Sebab itu saya tekankan kalau nak jadi seseorang pemimpin wajib belajar mencari kesempurnaan seperti yang saya terangkan di atas. Kalau ada kekurangan perlu belajar bagaimana nak mengurangkan kekurangan tersebut. Walaupun tajuk ini di tujukan kepada pemimpin, kita yang orang biasa juga perlu mencari kesempurnaan dalam apa jua masalah. Sebagai contoh mudah tambahkan lebih banyak kebaikan dalam kehidupan seharian kita. Tiada salah mencari kesempurnaan tapi pastikan kena pada caranya.

Hanya pendapat dari hati.

- Sumber

Read More......Kenapa perlu mencari kesempurnaan kalau menjadi seorang pemimpin

Ganjaran Kelantan juarai Liga Super akan ditentukan - Annuar Musa

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa akan berbincang dengan persatuan bola sepak itu bagi menentukan bentuk ganjaran kepada Red Warriors yang menjuarai Liga Super 2011.

"Saya akan kembali dan berbincang dengan Kafa mengenai ganjaran yang patut diberikan kerana mana boleh kita tak menghadiahkan sesuatu kepada mereka yang telah mencipta sejarah untuk Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Kelantan mengalahkan Sabah di Stadium Likas malam Rabu.

Beliau berkata bentuk ganjaran itu akan diumumkan Jumaat ini pada sambutan sempena kemenangan Kelantan di Kota Bahru.


Sementara itu, jurulatih Red Warriors Datuk M.Karatu berkata anak buahnya telah bermain bersungguh-sungguh dan menguasai hampir keseluruhan perlawanan menentang Sabah.

Beliau juga gembira kerana kehadiran 800 penyokong Red Warriors di Stadium Likas tidak dihampakan dengan persembahan Kelantan, yang mengalahkan Sabah 2-1 untuk muncul juara liga. - BERNAMA


Read More......Ganjaran Kelantan juarai Liga Super akan ditentukan - Annuar Musa

Kelantan sah bergelar Juara Liga Super 2011

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kelantan berjaya muncul juara Liga Super buat julung kali selepas mengutip mata berharga dengan menumpaskan Sabah 2-1 pada perlawanan akhir musim 2011 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Rabu malam.

Kelantan, yang meraih Piala Sumbangsih 2011, berjaya menafikan juara bertahan Selangor dengan perbezaan empat mata manakala Terengganu berjaya menduduki tangga kedua liga dengan 53 mata.

Kejayaan Kelantan itu sekaligus bagaikan kejayaan misi membalas dendam buat negeri Cik Siti Wan Kembang apabila sekadar menjadi naib juara Liga Super musim lalu dan secara automatik layak menempah slot beraksi pada Piala AFC 2012.


Selaku juara Liga Super, Kelantan bakal mendapat hadiah wang tunai RM500,000 sementara naib juara mendapat RM300,000.

Majlis penyerahan trofi akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, Jumaat ini.

Terengganu muncul naib juara liga setelah berpesta gol 6-2 ke atas Felda United pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Kelana Jaya sementara Selangor terpaksa berpuas hati di tempat ketiga setelah seri tanpa jaringan menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Kemenangan sulung yang dikecapi skuad kendalian Datuk M.Karathu ini juga merupakan pengubat duka pasukan Kelantan setelah kalah 1-2 kepada Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA bulan lepas.

Ketua pasukan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha muncul penjaring terbanyak musim ini apabila menghasilkan dua gol malam ini untuk mengumpul 14 gol musim ini serta meraih gelaran kasut emas edisi Liga Super kali ini.

Di PAROI, tuan rumah Negeri Sembilan tidak mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri apabila menumpaskan pasukan tercorot liga, Perlis 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Dua gol pasukan 'Hoben Jang Hoben' masing-masing dihasilkan oleh Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-36 dan Shahurain Abu Samah (min-59).

Di KUALA TERENGGANU, Kuala Lumpur yang kini di tangga terakhir liga terselamat daripada tersingkir dari saingan Liga Super musim depan setelah menang 3-2 ke atas T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Mohd Badrul Hisyam Azmi menjadi wira ibu kota dengan melakukan hatrik bermula minit keempat, 30 dan satu sepakan penalti pada minit ke-73 sebelum dua jaringan tuan rumah masing-masing dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin (min-33) dan Shamsul Kamal Mohamad (min-80).

Kemenangan ini mengesahkan Kuala Lumpur tersenarai dalam kelompok zon selamat untuk ke saingan Liga Super musim hadapan.

Di SHAH ALAM, Harimau Muda A gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri setelah seri 2-2 menentang Johor FC di Stadium Shah Alam.

Di KUANTAN, jaringan tunggal Kedah menerusi Muhammad Fiqry Md Isa meranapkan impian Pahang untuk mencari gol kemenangan di Stadium Darul Makmur.

Dengan kekalahan tersebut, Pahang sekaligus mengesahkan diri akan mengiringi Perlis ke saingan Liga Perdana musim depan.

Penurunan 'pangkat' Pahang turun ke Liga Perdana 2012 adalah sejarah kerana skuad Tok Gajah itu belum pernah sekalipun diturunkan ke saingan Divisyen Dua sejak Liga Semi-Pro diperkenalkan pada 1989.

Bagaimanapun nasib dua pasukan yang tercorot itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.


-- BERNAMA

Read More......Kelantan sah bergelar Juara Liga Super 2011
Related Posts with Thumbnails

FB