Kelantan Adakan Latihan Di Luar Negara

| 4 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Keratan surat khabar tahun 1995

Read More......Kelantan Adakan Latihan Di Luar Negara

Kelantan Usah Pikat Azman : Aini

| 1 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda


Keratan surat khabar tahun 1994

Read More......Kelantan Usah Pikat Azman : Aini

Anugerah SAM-FAM-GLAMOIR 1995

| 1 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas
Keratan surat khabar tahun 1996

Read More......Anugerah SAM-FAM-GLAMOIR 1995

Jawatan Kosong : Majlis Daerah Tumpat (MDT)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan keutamaan kepada rakyat Negeri Kelantan untuk mengisi jawatan berikut:-

1. Penolong Jurutera Gred J29
2. Juruteknik Komputer Gred FT17
3. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17




LinkTarikh Tutup Permohonan: 30 April 2012

Read More......Jawatan Kosong : Majlis Daerah Tumpat (MDT)

Jawatan Kosong : Majlis Daerah Gua Musang (MDGM)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Majlis Daerah Gua Musang dengan sukacita mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Kesihatan persekitaran
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
3. Pembantu Tadbir (Pengkeranian/ Operasi)
4. Pekerja Awam




Tarikh Tutup Permohonan:- 21 Mac 2012


Read More......Jawatan Kosong : Majlis Daerah Gua Musang (MDGM)

Kerajaan Kelantan akan bina stadium sendiri selain stadium binaan KAFA

| 1 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan akan meneruskan cadangan membina stadium sendiri walaupun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bercadang membina sebuah bernilai RM300 juta di Bandar Baharu Tunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata keputusan Kafa itu tidak menjejas cadangan asal kerajaan negeri.

"Ada lebih banyak stadium lebih baik dalam usaha kerajaan membangunkan bidang sukan bola sepak di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah Cakna Rakyat Kelantan 2011, di Dewan Teratai Kota Darulnaim, di sini pada Isnin.


Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa mengumumkan kerajaan negeri akan membina stadium sendiri menerusi projek bersepadu secara penswastaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

-- BERNAMA

Read More......Kerajaan Kelantan akan bina stadium sendiri selain stadium binaan KAFA

Tips agar diri disayangi dan disenangi

| 1 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain.
Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran. Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.

* Positif
Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan.
Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.


* Ceria
Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres.
Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.

* Ramah
Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa.
Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai.
Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.

* Ringan tangan
Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan.

Jika berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat mereka memerlukan.


* Rendah hati
Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.

* Percaya diri
Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling.

Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain.


Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.


* Pemaaf
Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang. Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman.

Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia.


Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.


* Jujur
Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong.

Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.


Sumber – KOSMO


Read More......Tips agar diri disayangi dan disenangi

Jawatan Kosong : Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41




Tarikh tutp permohonan : 18 Mac 2012

Read More......Jawatan Kosong : Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Jawatan Kosong : [sim] JAWATAN KOSONG : Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Dengan sukacita mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bagi memenuhi Visi dan Misi KESEDAR.

1. Pegawai Undang-Undang Gred L1-1
2. Penolong Akauntan Gred W2-1
3. Penyelia Rancangan Tanah Gred G4-1
4. Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat Gred
5. Pembantu Tadbir Gred N4-1




Sila kemukakan permohonan kepada :

PENGURUS
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
IBU PEJABAT KESEDAR
18300 GUA MUSANG
KELANTAN.
NO. TEL : 09-9132200

Tarikh tutup permohonan : 30 Januari 2012


Read More......Jawatan Kosong : [sim] JAWATAN KOSONG : Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Kelantan adakan perlawanan persahabatan dengan Persebaya dari Indonesia

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super, Kelantan, akan menentang Kelab Persebaya dari Indonesia dalam perlawanan persahabatan timbal balik di Kota Baharu pada Jumaat ini dan di Surabaya pada 28 Disember nanti.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata perlawanan itu, yang diilhamkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan rakan sejawatan beliau dari Indonesia Dr Andi Alifian Mallarangeng, diharap akan mewujudkan platform untuk kelab-kelab profesional Malaysia dan Indonesia meningkatkan daya saing.


"Harapan kami agar perlawanan seperti ini dijadikan acara tahunan. Ia bukan sahaja dapat mempersiapkan pemain untuk menghadapi saingan lebih besar, malah ia membuka peluang dan memberi pendedahan kepada mereka untuk mengembangkan lagi bakat mereka di persada lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Annuar berkata penganjuran secara bersama itu akan menggalakkan lagi kerjasama antara dua negara berkenaan khususnya dalam penganjuran perlawanan persahabatan.

"Ia akan menjadi satu pengalaman amat berharga untuk Kelantan dalam menentang pasukan berbakat seperti Persebaya. Ia akan menjadi pertandingan pra-musim yang sempurna untuk kita," katanya.

Kedua-dua perlawanan itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran 801 Astro Arena.


- BERNAMA

Read More......Kelantan adakan perlawanan persahabatan dengan Persebaya dari Indonesia
Related Posts with Thumbnails

FB