MINTA KAFA TINGKAT URUSAN JUALAN TIKET

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Peminat bola sepak dan penyokong setia pasukan Red Warriors berharap, agar pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) meningkatkan lagi mutu pengurusan dari segi penjualan tiket.

Sebelum ini, dikatakan peminat Red Warriors bengang dengan sistem penjualan tiket yang selalu bertukar-tukar dan kebanyakan tiket tersebut habis dijual terlalu awal sehingga ada di kalangan mereka tidak berkesempatan untuk membeli tiket perlawanan.


Selain itu, peminat bola sepak Kelantan turut berhasrat agar Kafa mengambil tindakan terhadapan ulat tiket yang cuba mengaut keuntungan daripada peminat dengan menjual tiket perlawanan secara haram.

Peminat Red Warriors, Shamsudin Che Awang, 39, tidak berpuas hati kerana setiap kali perlawanan diadakan, dia tidak berkesempatan untuk membeli tiket tersebut.

“Dulu saya dan rakan-rakan ke stadium pada jam 6 petang bagi mendapatkan tiket tapi baru-baru ini, saya cuba untuk mendapatkan tiket seawal jam 11 pagi, namun dimaklumkan tiket berkenaan habis dijual.

“Kalau ada pun yang dijual ulat tiket, dan harganya berlipat kali ganda antara RM30 dan RM40, tidak kurang juga sehingga ada yang mencecah sehingga RM50,” katanya.

Shamsudin turut berharap, agar Kafa perbaiki sistem pengurusan penjualan tiket.

“Sebagai peminat, saya tak kisah untuk bayar lebih dari biasa. Asalkan tiket tersebut dapat dibeli di kaunter, bukan dari tangan orang tengah sebab harga yang dijual tidak berpatutan dan ia boleh mengakibatkan Red Warriors kehilangan peminat,” katanya.

Seorang peminat, Mohd Noor Amri, 35, berkata, dia tidak mahu ulat tiket berterusan memonopoli tiket perlawanan.

“Kalau keadaan seperti ini masih berterusan dan berlaku di setiap perlawanan, Kafa nampak seolah-olah tak ada kemajuan.

“Kafa perlu bertimbang rasa, dengan peminat yang datang dari jauh termasuk Gua Musang dan Kuala Krai yang sanggup ke stadium untuk membeli tiket. Tapi kalau datang tiket tak ada, memang kasihanlah,” katanya.

Noor Amri kecewa sangat dengan keadaan seperti ini kerana jika harga tiket mahal di kaunter, dia masih boleh menerimanya dan boleh pertimbangkan lagi, tetapi jika di tangan ulat, seolah-olah peminat sendiri menyokong kegiatan mereka yang semakin berleluasa dari sehari ke sehari.


Sumber : Sinar Harian

Cheni : Setahu kawe, tiada undang-undang untuk mendakwa ulat-ulat tiket ni. Syorkan tiket ni dijadikan sebagai barang kawalan. Sabar penyokong ada batasnya.


Comments :

have 1
Cheni™ berkata...
at date 

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine.

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB