Jawatan Kosong : Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Kami memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum, bekerja dalam satu pasukan, dinamik, kreatif, dan inovatif untuk memperkembangkan bisnes Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan berikut :-

Jawatan : Pemandu (1 kekosongan)

Syarat Kelayakan :-

• Kelulusan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
• Memiliki lesen memandu / GDL.
• Berpengalaman minima 2 tahun dalam bidang berkaitan.

Cara Memohon :-


Calon-calon yang berminat dipelawa menghantar resume yang lengkap kepada :-

Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia
Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad
Lot 1809, Bangunan KPKB, Jalan Bayam
15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7461871, 09-7461986
Faks : 09-7485787. Email : psm@kpkb.com.my

Setiap permohonan adalah dianggap sulit dan persendirian.
Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Permohonan ditutup pada 14 Jun 2010




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Jawatan Kosong : Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)

FUN IN SOCCER

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Kisah disebalik gambar, kadang-kadang kita mentafsirkan sesuatu gambar tu dengan pelbagai tafsiran sendiri. Kadang-kadang tafsiran kita itu betul, kadang-kadang salah dalam kita membuat andaian dan tafsiran. Hanya tuan punya badan sendiri yang mengetahui cerita yang sebenar.










Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......FUN IN SOCCER

Saingan empat penjuru rebut kejuaraan Liga Super

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR: Berbaki tujuh perlawanan, hanya empat daripada 14 pasukan yang bersaing masih layak untuk merebut kejuaraan Liga Super pada musim ini.

Empat pasukan terbabit diketuai juara bertahan, Selangor diikuti dua pasukan gergasi pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu, manakala Johor FC pula merupakan satu-satunya pasukan berstatus kelab.

Selangor kini gah mendahului Liga Super mengumpul 50 mata menerusi 16 kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan kepada Terengganu dalam perlawanan yang berlangsung Januari lepas.


Kelantan pula di tangga kedua dengan mengutip 42 mata hasil daripada 12 kemenangan dan enam keputusan seri, diikuti Terengganu (37 mata) dan Johor FC (32 mata).

Peluang bagi 10 lagi pasukan dalam Liga Super termasuk juara dan naib juara Piala FA musim ini iaitu Negeri Sembilan (27 mata) dan Kedah (29 mata) ibarat sudah tertutup sekalipun berjaya mencatat kemenangan pada semua baki perlawanan dengan mengutip 21 mata maksimum.

Peluang Selangor yang dibimbing jurulatih K.Devan untuk bergelar juara dianggap paling cerah dengan kelebihan lapan mata berbanding pencabar terdekat, Kelantan yang berada di tangga kedua.

Malah, skuad Merah Kuning itu boleh menoktahkan kejuaraan dengan lebih awal sekiranya mengutip tiga mata penuh pada baki lima daripada tujuh perlawanan selepas ini apabila turun menentang Johor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, T-Team, Terengganu dan Kedah.

Devan ketika dihubungi Bernama berkata tekanan memang ada untuk mengutip 15 mata lagi untuk bergelar juara, namun mereka tidak terlalu memikirkannya.

"Kita perlu fokus dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain bagi memastikan sebarang mata tidak tercicir walaupun baki tujuh perlawanan amat berat," katanya.

Sekiranya berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super yang mula diperkenalkan pada 2004, Selangor akan menjadi pasukan kedua selepas Kedah melakukannya pada musim 2006/07 dan 2007/08.

Bagi Kelantan, yang juga merupakan pencabar utama Selangor pada musim ini, ia perlu menang kesemua baki tujuh perlawanan tanpa mencicirkan sebarang mata.

Peluang anak-anak buah B.Sathianathan untuk merapatkan mata adalah ketika aksi kedua-dua pasukan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 13 Julai.

Sekiranya berjaya menewaskan Selangor, skuad 'The Red Warriors' terpaksa mengharapkan bantuan enam lagi pasukan lain untuk mencuri mata.

Senarai Juara Liga Super:

2009 : Selangor

2007/08: Kedah

2006/07: Kedah

2005/06: Negeri Sembilan

2005 : Perlis

2004 : Pahang


Sumber : MStar Online



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Saingan empat penjuru rebut kejuaraan Liga Super

Antara pertahanan lelaki dan wanita

| 1 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Permainan bola sepak oleh golongan wanita, walau keras atau ganas macam mana pun permainan mereka, akan tetapi sifat kewanitaannya tetap ada iaitu salah satunya adalah takut.

Benteng pertahanan lelaki

Benteng pertahanan wanita




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Antara pertahanan lelaki dan wanita

Keputusan Perlawanan TM Liga Super : 29/05/2010

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER - 29/05/2010 :

Selangor 2 - 0 Perlis

Negeri Sembilan 3 - 1 Johor

Kuala Lumpur 1 - 1 Terengganu

KL Plus FC 1 - 2 Pahang

Pulau Pinang 1 - 3 Kelantan

T-Team 2 - 2 Kedah

Johor FC 1 - 0 Perak






Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Keputusan Perlawanan TM Liga Super : 29/05/2010

Impian Kelantan tak terlaksana

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Gol yang diharapkan sebagai pembakar semangat Kedah bertukar sebaliknya kerana ia nyata merangsang Kelantan untuk berusaha lebih keras.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.

Keratan akhbar tahun 1995.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Impian Kelantan tak terlaksana

Kelantan mampu tuba Hijau Kuning

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

"Tidak ada yang mustahil dalam bola sepak" - Mahadi Yusoff

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.




Keratan akhbar tahun 1995





Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Kelantan mampu tuba Hijau Kuning

Nidzam pemusnah hasrat Kelantan buru kejayaan

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Dia tetap menjadi ingatan setia peminat Hijau Kuning dan juga peminat Kelantan sendiri kerana kejayaannya pada 1993 ketika Kedah menuju ambang kekalahan di Kota Bharu, Nidzam menjaringkan dua gol pada lima minit terakhir untuk memastikan kejayaan memihak kepadanya.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.



Keratan akhbat tahun 1995.





Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Nidzam pemusnah hasrat Kelantan buru kejayaan

10 perkara tentang pasukan Chelsea musim 2009 / 2010

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Semua mungkin dah tahu bahawa Chelsea telah memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim ini dan baru-baru ni juga telah memenangi FA Cup. Berikut ada 10 perkara tentang pasukan Chelsea musim 2009 / 2010 iaitu :-

1) Chelsea telah memenangi Liga Inggeris buat pertama kali dalam 4 tahun selepas pemergian Jose Mourinho.

2) Penyerang Chelsea, Didier Drogba telah memenangi anugerah Kasut Emas pada musim ini dengan 29 gol.

3) Penjaga gol Chelsea, Petr Cech telah memenangi anugerah Sarung Tangan Emas musim ini dengan merekodkan 17 clean sheet.


4) Midfielder Chelsea, Frank Lampard telah menjaringkan lebih 20 gol untuk 5 musim berturut-turut.

5) Chelsea telah menewaskan semua pasukan 'Big Four' iaitu Manchester United, Liverpool dan Arsenal di gelanggang sendiri dan juga gelanggan lawan.

6) Chelsea adalah pasukan pertama yang menjaringkan lebih 100 gol dalam satu musim dalam Liga Perdana.

7) Carlo Ancelotti adalah pengurus berbangsa Itali yang pertama yang telah memenangi Liga Perdana.

8) Sebelum Carlo Ancelotti dilantik menjadi pengurus musim ini, Chelsea telah bertukar pengurus sebanyak 3 kali selepas pemergian Jose Mourinho. Antara pengurus mereka adalah Avram Grant, Felipe Scolari dan Guss Hiddink.

9) Chelsea telah menjaringkan 7 gol menentang 4 pasukan iaitu Sunderland (7-2), Aston Villa (7-1), Stoke City (7-0) dan Wigan (8-0).

10) Dengan FA Cup yang telah dimenangi baru-baru ini, Chelsea telah mencipta sejarah kelab iaitu dengan buat pertama kalinya memenangi kejuaraan berganda dalam satu musim.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......10 perkara tentang pasukan Chelsea musim 2009 / 2010

Misi Kelantan sekadar pulihkan imej

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Rentak kemenangan sudah ditemui dengan kejayaan menewaskan Terengganu dan Kelantan berharap ia berterusan apabila pasukan itu bertandang ke Kangar, Sabtu ini.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.




Keratan akhbar tahun 1995


Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Misi Kelantan sekadar pulihkan imej

Kelantan temui sentuhan

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Jelas terbayang diraut wajah kesebelasan utama gergasi pantai timur itu mahu mencabut taring Singa Utara yang kebelakangan ini begitu garang membaham lawan.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas
(Maaf, imej kurang memuaskan)





Keratan akhbar tahun 1995



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Kelantan temui sentuhan

Kelantan sedia cabar Singa Utara

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

"Saya yakin dengan anak buah saya, mereka mungkin akan bertindak lebih hebat lagi supaya kepulangan mereka dari Kangar tidak sia-sia". - Penolong Pengurus Kelantan

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas




Keratan akhbar tahun 1994



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Kelantan sedia cabar Singa Utara

Jawatan Kosong : Majlis Daerah Gua Musang (MDGM)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

Jawatan :-

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
2. Pembantu Undang-Undang
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)



Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang DiPertua,
Majlis Daerah Gua Musang,
18300 Gua Musang,
Kelantan

Tarikh tutup : 31 Mei 2010




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Jawatan Kosong : Majlis Daerah Gua Musang (MDGM)

Cuti bersalin 90 hari

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Langkah Kerajaan Negeri Kelantan yang bercadang memberi cuti bersalin khususnya kepada kakitangan kerajaan negeri amatlah dialukan. Jika ianya menjadi kenyataan, Kelantan menjadi negeri yang kedua selepas Selangor yang melaksanakan pemberian cuti bersalin 90 hari. Kelantan juga menjadi perintis kepada pelaksanaan cuti bersalin 60 hari yang kemudiannya telah diikuti oleh pihak kerajaan pusat bagi memberi masa yang cukup kepada ibu yang baru bersalin dalam membesarkan anaknya.


Semua maklum bahawa, susu ibu adalah susu yang paling sesuai dan terbaik untuk diberi kepada bayi yang baru lahir berbanding susu lembu dan susu tiruan yang lain. Jika cuti bersalin yang diberi tidak mencukupi, bayi pula terpaksa ditempatkan di nursery atau diberi kepada pengasuh untuk dijaga, sudah tentu susu yang terpaksa diberi adalah susu lembu atau susu tiruan sedangkan pada usia sebegitu, anak kita amat perlukan susu ibunya untuk kesihatan dan pembesarannya.

Soal kebajikan dan hak-hak pekerja wanita perlulah dijaga kerana mereka juga menyumbangkan kepada keuntungan syarikat dan ekonomi negara. Tiada gunanya jika syarikat mendapat untung berjuta-juta tetapi soal kebajikan pekerja tidak dititik beratkan. Berikut adalah perbandingan cuti bersalin di negara-negara lain.


Jadual: Cuti bersalin di negara lain
(Klik pada imej untuk paparan lebih jelas)


Daripada jadual di atas, jelas bahawa Malaysia masih ketinggalan berbanding negara-negara lain tentang pemberian cuti bersalin. Oleh itu, saya menyokong penuh sekiranya pihak kerajaan samada negeri ataupun persekutuan dapat melaksanakan pemberian cuti bersalin 90 hari atau lebih kepada kakitangan wanita di negara ini.

FAKTA: Antara ketetapan yang dicapai dalam Persidangan ILO di Geneva mengenai pekerja hamil:

- Dalam artikel (3) Peruntukan Perlindungan Kesihatan Pekerja Wanita memperuntukkan bahawa mana-mana pekerja wanita terutama yang hamil dan menyusui bayi berhak mendapat perlindungan kesihatan semasa bekerja.

- Pekerja wanita diberi hak mendapat cuti bersalin selama 14 minggu dengan bergaji sebanyak dua pertiga, berbanding 12 minggu sebelumnya. Ini termasuklah jaminan waktu rehat untuk ibu menyusui bayi mereka.

- Dalam Artikel 10 ketetapan dibuat terhadap kepentingan penyusuan ibu. Ia demi memastikan kesihatan ibu dan anak. Justeru, pekerja wanita diharapkan dapat diberi satu atau lebih cuti rehat atau diberi sekali atau lebih pemotongan masa untuk menyusui bayinya. Majikan boleh membenarkan (memberikan pelepasan) pekerja wanita untuk menyusui bayi mereka sama ada pada waktu rehat atau sebelum pulang ke rumah selama setengah jam.

- Dalam Artikel 5, ketetapan dibuat meluluskan cuti sakit kepada pekerja wanita sekiranya kesihatan mereka tidak mengizinkan atau terdapatnya sebarang komplikasi semasa mengandung atau selepas cuti bersalin.

- Dalam Artikel 8 ialah mengenai perlindungan pekerja dan tidak ada sebarang diskriminasi oleh majikan terhadap mana-mana pekerja wanita dengan pekerja lelaki yang lain. Artikel ini juga banyak menyentuh mengenai perlindungan semasa mengandung, masa cuti bersalin dan cuti yang berkaitan dengan komplikasi semasa dan selepas kelahiran.

- Majikan perlu memastikan bahawa pembuangan pekerja wanita itu tiada kaitan langsung dengan kehamilan atau cuti bersalin pekerja berkenaan. Sekiranya tiada sebab yang munasabah pekerja wanita itu boleh mempertikaikan semula dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan.


Sumber : Berita Harian (2 Ogos 2006)



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Cuti bersalin 90 hari

How to recruit the right person for the job

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

1) Put about 100 bricks in some particular order in a closed room with an Open window.

2) Then send 2 or 3 candidates in The room and close the door.

3) Leave them alone and come back after 6 hours and then analyze the situation.

The Result & Solution


If they are counting the Bricks.
Put them in the accounts Department .

If they are recounting them..
Put them in auditing ..

If they have messed up the whole place with the bricks.
Put them in engineering .

If they are arranging the bricks in some strange order.
Put them in planning .

If they are throwing the bricks at each other.
Put them in operations .

If they are sleeping.
Put them in security .

If they have broken the bricks into pieces.
Put them in information Technology .

If they are sitting idle.
Put them in human resources .

If they say they have tried different combinations, yet not a brick has been moved.
Put them in sales.

If they have already left for the day.
Put them in marketing .

If they are staring out of the Window.
Put them on strategic Planning.

And then last but not least.
If they are talking to each other and not a single brick has been moved...

Congratulate them and put them in Top Management.


Email : raffizmy@yahoo.com



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......How to recruit the right person for the job

Kelantan sempitkan lagi laluan Terengganu

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Petikan : Kehadiran penonton kira-kira 500 seakan menggambarkan betapa hambarnya pertemuan itu, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.





Keratan akhbar tahun 1995.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Kelantan sempitkan lagi laluan Terengganu

Benteng pertahanan kebal

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda



Mempunyai benteng pertahanan yang kebal dalam pasukan bola sepak adalah sangat perlu bagi mempertahankan gawang gol daripada dibolosi. Walau bagaimanapun, kekentalannya perlulah seimbang dari setiap posisi iaitu tengah dan serangan. Tidak cukup sekadar kebal dibenteng pertahanan tetapi lemah diposisi lain. Gawang tidak dibolosi tetapi jentera serangan pula tumpul dan gagal menjaringkan gol. Keputusannya akan menjadi 0-0.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Benteng pertahanan kebal

Kelantan parahkan lagi luka Johor

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Petikan : Jurulatih Kelantan, Mahadi Yusof, tidak silap dengan pengakuannya sebelum perlawanan bahawa bukan cabaran lawan yang dikhuatirinya, sebaliknya kelakonan barisan pemainnya sendiri melaksanakan setiap perancangan.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.



Keratan akhbar tahun 1995.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Kelantan parahkan lagi luka Johor

Balik terus ke rumah dari pejabat

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda



Biasalah, sesiapun dan mana-mana pun, kalau pasal nak balik rumah dari pejabat ni memang cepat. Demikian pula kalau nak masuk pejabat dari rumah, memang lengah sikit. Kalau pasal balik ni, belum sampai masa lagi, dah tercegat sedia untuk 'punch card' @ 'tumb print' atau sebagainya. Tetapi ianya lebih baik daripada orang yang belum sampai masa nak balik lagi tapi dah lama menghilang dari pejabat.





Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Balik terus ke rumah dari pejabat

Kelantan, Johor sama gagah

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Petikan : Biarpun tanpa sokongan padu penyokong yang semakin tawar hati, Kelantan mampu mendahului menerusi penjaring utama, Hashim Mustapha, ketika perlawanan baru berusia 15 minit.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.



Keratan akhbar tahun 1994.






Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Kelantan, Johor sama gagah

Jawatan Kosong : Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (Syarikat Anak perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK) memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum, bekerja dalam satu pasukan, dinamik, kreatif, dan inovatif untuk memperkembangkan bisnes Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan berikut :-

1.Jawatan : Penolong Pegawai Veterinar (1 kekosongan)

Tugas & Tanggung-jawab :-

•Bertanggungjawab menolong Pegawai Veterinar dalam menjalankan program pembiakan.
•Bertanggungjawab dalam mengendalikan rekod-rekod haiwan makmal.
•Memasukkan data-data dalam komputer.
•Menolong Pegawai Veterinar dalam pembedahan (bedah siasat) ini termasuk pemprosesan spesimen serta menolong merekodkan keputusan yang didapati.
•Menolong Pegawai Veterinar dalam rawatan haiwan-haiwan yang memerlukannya dan dalam penyelidikan yang dijalankan.


Syarat Kelayakan :-

•Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar.
•Berpengalaman minima 2 tahun dalam bidang berkaitan.

2. Jawatan : Pembantu Veterinar (1 kekosongan)

Tugas & Tanggung-jawab :-

•Bertanggungjawab membantu menyelenggara ladang-ladang ternakan dan rumah sembelih dan kaji selidik makmal.

Syarat Kelayakan :-

•Sijil Kompetensi/ Perakuan Kekompetenan.
•Sijil Veterinar daripada Institut Haiwan Kluang, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
•Lepasan universiti digalakkan memohon.

Cara Memohon :-

Calon-calon yang berminat dipelawa menghantar resume yang lengkap kepada :-

Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia
Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad
Lot 1809, Bangunan KPKB, Jalan Bayam
15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7461871, 09-7461986
Faks : 09-7485787. Email : psm@kpkb.com.my

Setiap permohonan adalah dianggap sulit dan persendirian.
Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Permohonan ditutup pada 25 Mei 2010




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Jawatan Kosong : Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)

Sempena Hari Ibu : Satu Kisah Teladan

| 1 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

OLEH USTAZ NAHRAWI MARZOKI

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya.
Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh.

Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.


"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."
Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan.

Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan
dan menyedihkan.
"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak.

Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya.

Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? "Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam,
menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.
"Kenapa ni?" tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas." "Kalau macam ini susahlah sikit.

Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku." "Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya.

Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya.
Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya.

Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak disyarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah.

Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan.

Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya.

Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar. "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu. "Ahhh, saya tak kira." "Jalal, emak tidak benarkan.

Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa.

Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ.

Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan.
Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu.

Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya.

Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal.

Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.
Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih.

Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya.

Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. "Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas.

Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan.

Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. "Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir.

Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.
Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar.

Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak.
Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut.

Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri.

Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut
datang menjemput Jalal.

Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas.

Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.

Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat.
Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih.

Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan.

Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya.
Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung.

Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak.
Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya?

Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang.

Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya.

Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah.

Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham. "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz." "Apa masalahnya itu?" tanya saya. "Kubur adik saya berlubang ustaz."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan.

Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula.

Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan.

Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."
Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan.

Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya.

Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya.

Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah. Amin.
Wassalam.


Email:mohd.raziff.mohamad.zulkifli@prudential.com.my



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Sempena Hari Ibu : Satu Kisah Teladan

Kemarahan Mahadi Tak terperi

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Hashim Mustapha : Saya akui kalah menang adat perlawanan. Tetapi jangan pula jadikan saya sebagai punca kekalahan malam ini. Bola sepak membabitkan sebelas pemain.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.




Keratan akhbar tahun 1995



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Kemarahan Mahadi Tak terperi

Top 10 In Time Management

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

1. Shift from Not Valuing to Valuing your Time

a) This is an important change to make and when it happens you will never waste another minute! In a dollar and sense – this means you are comfortable charging for your lifetime of knowledge and experience – don’t allow clients to take this for granted.

b) You have invested a lot of time and energy. In life, we only get one chance with our time – we can not go back and use the last 10 seconds!

2. Get the most out of your day

a) Every now and then ask yourself: Am I making the best use of my time?

b) If not, stop what are you doing and begin working on a project that will allow you better use of your time.

c) If you are ‘bogged down’ with a specific situation, get up and go for a walk and then come back and tackle it.


3. Work with goals in mind

a) It’s amazing how differently we work when you have goals to work towards.

b) If you don’t know what your goals are, spend sometime working out what they may be.

c) Use them as a road map! Examples may be professional (KPI & KRA)

4. Handle every piece of paper or e-mail only once

a) With paper use ‘3D rule: – Do it. – Dump it. – Delegate it.

b) Never handle a piece of paper twice. Don’t even think of placing it in your ‘to get to’ pile – Handle it NOW!

c) As for e-mails the same rule can apply so you either action it, delete it or forward it to someone else. If you print a copy then use ‘3D’ rule.

5. Ask an efficient person his or her secret

a) Ask the most efficient person you know what their secret is and how did they develop these habits.

b) Then see if it will work for you.

6. Don’t allow anyone to take your time from you

a) Set up boundaries around time.

b) If you are stopped in the hall for a conversation, ask for this person to arrange a meeting with you (if appropriate) .

c) Don’t allow coworkers to infringe on your home time.

d) If someone is late for an appointment and hasn’t contacted you – give them 15 minutes past the appointed time and then move on.

e) It is up to you as to how you allow other people to use your time!

7. Build family and personal time into your day

a) We all need to have the support of our family or friends – so make sure you build them into your daily habits.

b) You don’t want to finish your career and realize that you missed out on the closeness and development of your family.

8. Your health is important

a) Maintain your health and fitness because this is what will help you through in the long run.

b) There are three (3) things are most valuable to us: – Time – Knowledge – Energy

c) Take care off your energy and its level.

d) At the end of the day being overworked and stressed is only going to hamper your health.

e) Go for a walk, have a massage, spend time with your family, go vacations, read a motivation book, and doing your annual Medical Check Up.

9. Dry clean the clutter from your office and home

a) Take some time to remove the clutter from your life.

b) The more you simplifier your office or lie the more time you will have.

c) Clutter zaps your energy and allows you to waste time on non-valuable tasks.

10. Work during your peak performance times

a) Schedule demanding tasks to the part of the day that you work best, where your energy levels are at their highest.

b) It maybe first thing in the morning or early afternoon – work out when it is and then sees you moving ahead.




Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Top 10 In Time Management

Shkvyrin Mula Tunjuk Taring

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas




Maaf, imej kurang memuaskan.

Keratan akhbar tahun 1995



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Shkvyrin Mula Tunjuk Taring

Pengaruh Sikap

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Karena sikap relatif menetap di dalam diri seseorang maka ia sangat besar pengaruhnya terhadap tingkah laku yang bersangkutan, apa lagi jika sikap itu telah lama bersemayam dalam diri seseorang atau itu pada terbentuknya sikap menentang yang dilakukan oleh kaum ‘Ad terhadad Nabi-nabi utusan Allah SWT:

Dan itulah kaum 'Ad yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka, dan mendurhakai Rasul-rasul Allah, dan mereka menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang lagi menentang (kebenaran) (Q., s. Hud / 11:59).


Ayat itu mengandung isyarat bahwa kaum 'Ad memiliki sikap mengingkari tanda-tanda kekuasaan Allah SWT karena mereka telah hidup dalam waktu yang lama di bawah pengaruh raja-raja yang memiliki sikap menentang kepada kebenaran, sehingga sikap itu sudah menjadi sikap sosial. Mereka bersikukuh dengan sikap lama dan segera menolak terhadap sikap baru yang diperkenalkan oleh para Rasul. Sikap yang telah menetap menyebabkan mereka bergantung kepada akidah lama, sekaligus menolak dan memusuhi akidah baru. Hal-hal yang menyebabkan mereka bersikukuh dalam sikap lama itu diterangkan oleh surat al-Kahfi / 18:57:

Siapakah yang lebih zalim dibanding orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari Tuhannya, lalu dia berpaling dari padanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan Kami (letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya (Q., s. al-Kahf / 18:57).

Ayat tersebut menerangkan dengan jelas bahwa orang yang telah lama mengambil sikap kepada sesuatu menyebabkan ia tidak mampu melihat secara cermat kelemahan dari sikapnya itu. Mereka membela mati-matian sikapnya yang lama meskipun tidak logis, sementara karena hati (akal)-nya buta dan telinganya tuli maka mereka tidak bisa menganalisisi hujjah-hujjah dan argumen yang mendukung sikap baru, meskipun sikap baru itu jelas logis. Sikap yang telah mengenal seperti yang dimiliki oleh kaum 'Ad itu dapat mendorong orang ada pada sikap fanatik buta terhadap hal-hal yang telah lama dibela dan apriori terhadap hal-hal baru yang berbeda dengan hal-hal yang telah lama dianutnya. Orang yang telah memiliki sikap yang kuat terhadap suatu hal, maka ia tidak mampu bersikap kritis terhadap apa yang diyakininya itu sehingga orang tersebut seakan pemikirannya telah beku.

Pengaruh sikap terhadap tingkah laku juga dicontohkan al-Qur'an pada sikap orang Quraysy terhadap anak perempuan. Sebagaimana disebutkan dalam tarikh bahwa orang-orang Arab suku Quraysy memiliki sikap negatif terhadap anak perempuan sehingga jika istri mereka melahirkan bayi perempuan, mereka seakan terkena aib yang memalukan hingga ada yang menguburkan bayi perempuan itu hidup-hidup sebelum orang lain mengetahui. Bayi yang dikubur hidup-hidup itu dalam surat al-Takwir / 81:8 disebut al-ma'udah. Surat al-Nahl / 16:58-59 juga mengisyaratkan tingkah laku mereka yang dipengaruhi oleh sikapnya terhadap anak perempuan;

Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar tentang (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padam) mukanya, dan ia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya, apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan, ataukah akan menguburkannya di dalam tanah (hidup-hidup) . Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu (Q., s. al-Nahl / 16:58-59).

Al-Qur'an juga mencontohkan karena pengaruh sikap negatif terhadap para Nabi menyebabkan orang ingkar sama sekali tidak mampu menerima gagasan adanya hidup diakhirat seperti yang diajarkan oleh para Nabi, karena akal dan hati mereka tidak berkerja secara optimal atau bahkan tertutup sama sekali. Surat al-Mu'minun / 23:36-37 dan surat al-Jatsiyah / 45:24, menyebutkan kuatnya pengaruh sikap terhadap tingkah laku.

Jauh, jauh sekali (dari kebenaran) apa yang diancamkan, Kehidupan itu tidak lain adalah kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan kita hidup, dan sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi (Q., s. al-Mu'minun / 23:36-37).

Mereka berkata: kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa. Dan mereka sekali-kali tidak memiliki pengaruh tentang itu, mereka tidak lain hanya menduga-duga saja (Q., s. al-Jatsiyah / 45:24).

Dari munasabah dengan ayat sebelumnya dapat diketahui bahwa surat al-mu'minun / 23:36-37 di atas berkaiatan dengan kaum 'Ad yang telah lama mempunyai sikap menolak kepada Nabi yang diutus kepada mereka. Sikap menolak kepada Nabi menyebabkan mereka tidak mampu memahami secara jernih terhadap pesan yang disampaikan. Sedangkan dari munasabah-nya dengan surat al-Jatsiyah / 45:23, al-Jatsiyah 24 tersebut berkaitan dengan orang yang mempertuhankan hawa nafsu, yakni orang-orang yang telah memiliki keyakinan keliru secara turun temurun dari nenek moyang mereka. Ayat selanjutnya (25) menyebutkan ketidakmampuan akal mereka memahami keterangan wahyu yang bahkan sudah jelas kebenarannya. Kebiasaan mereka merujuk keyakinan lama yang meskipun tidak logis, menurut ayat 25 tersebut menyebabkan mereka hanya berhujjah dengan tradisi keyakinan nenek moyang.



By: Prof. Dr Achmad Mubarok MA

Nota : Sesetengah orang, ada yang hanya nampak sikap orang sedangkan sikap diri masih lagi tidak berubah dan ditakuk lama.



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Read More......Pengaruh Sikap
Related Posts with Thumbnails

FB