Memaparkan catatan dengan label Piala Malaysia 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Malaysia 2010. Papar semua catatan

Ada pihak cuba lemahkan semangat pasukan Malaysia, kata Ahmad Shabery

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

JAKARTA, 28 Dis (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini menganggap laporan kononnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didenda dan digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan isu pancaran laser pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 Ahad lalu, sebagai cubaan melemahkan semangat pasukan Malaysia.


"Kami telah merujuk dengan Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad dan mendapati perkara ini tidak benar sama sekali," kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini, yang membuat liputan perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010.

Pertanyaan mengenai perkara itu, oleh seorang wartawan Indonesia kepada Ahmad Shabery pada sidang akhbar bersama Menteri Negara, Pemuda dan Olahraga Indonesia Andi Mallarangeng, ternyata memeranjatkan beliau.

"Saya baru saja mendengar berita ini daripada anda (wartawan Indonesia). Kalau benar ada hukuman itu, saya fikir FAM pasti sedia maklum dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya (membuat rayuan)," katanya.

Pada sidang akhbar itu, beberapa wartawan Indonesia turut mengajukan soalan sama ada Malaysia membenarkan penggunaan laser itu.

Kekalahan Indonesia telah menimbulkan kekecewaan di kalangan penyokongnya dan media negara itu terus menggunakan isu pancaran laser ke arah penjaga gol pasukan "Garuda" sebagai alasan.

Ketika menjawab soalan itu, Ahmad Shabery berkata Malaysia amat menyesali insiden berkenaan dan berkata pihak berkuasa telah diminta menjalankan siasatan.

"Kami sentiasa berusaha memastikan setiap perlawanan berlangsung dalam suasana aman tanpa gangguan. Namun, untuk memastikan semua penonton berada dalam keadaan yang baik, ia di luar kawalan kami. Kerana itu, kami sentiasa dan akan terus memperbaiki kelemahan dan kesilapan itu pada masa depan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukan Malaysia juga melalui pengalaman yang sama apabila pemainnya dipancarkan laser ketika berdepan Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Gelora Bung Karno 1 Dis lepas, namun ia tidak membuat bantahan.

"Dalam laman web rasmi AFF juga ada ditayangkan video pasukan Malaysia terkena pancaran laser semasa beraksi di sini," katanya.

-- BERNAMA

Read More......Ada pihak cuba lemahkan semangat pasukan Malaysia, kata Ahmad Shabery

Piala Malaysia dan pemain pasukan Kelantan disambut meriah di Kota Baharu

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU: Lebih 10,000 peminat dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan membanjiri perkarangan Kelantan Trade Center (KTC) di sini bagi menyambut kepulangan pasukan The Red Warriors itu bersama Piala Malaysia yang dimenangi mereka selepas menewaskan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Sabtu lalu.

Mereka berhimpun sejak pukul 3 petang dengan memakai baju berwarna merah putih menyambut ketibaan pasukan Kelantan diketuai Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.


Persembahan Kumpulan Dikir Barat Sri Seterpa turut memeriahkan sambutan di samping paluan muzik tradisional menyambut ketibaan "wira" Kelantan itu.

Ketibaan wira Red Warriors itu diiringi 30 buah motosikal berkuasa tinggi yang menunggu sejak pagi di sempadan Kelantan-Pahang di Merapuh.

Sepanjang perjalanan lebih 200 kilomter itu pemain dan piala berkenaan singgah di beberapa destinasi termasuk Gua Musang untuk dipertontonkan piala yang menjadi kebangaan itu kepada kepada orang ramai

Sebaik tiba di perkarangan KTC piala itu dibawa masuk ke dewan utama dengan dikawal ketat pasukan keselamatan.

Ketika berucap pada majlis itu Annuar mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat bolasepak Kelantan yang memberi sokongan padu kepada pasukan Kelantan sehingga membolehkan pasukan itu berjaya membawa pulang piala yang diidamkan.

"Setelah 89 tahun piala itu diadakan, inilah julung-julung kali ia berjaya dibawa ke Kelantan dan menjadi sejarah kejayaan seluruh peminat dan penyokong Kelantan," katanya.

Beliau juga berkata satu majlis akan diadakan sempena kejayaan pasukan Kelantan tidak lama lagi dan sebelum itu piala tersebut akan dipertontonkan kepada seluruh peminat bola sepak Kelantan.

"Tuanku Sultan juga memberi perkenan untuk membawa piala itu untuk dipertonton kepada seluruh rakyat Kelantan sebelum baginda sendiri menghadiri satu majlis khas bersama pemain bola sepak Kelantan pada 6 November ini," katanya. - BERNAMA


Read More......Piala Malaysia dan pemain pasukan Kelantan disambut meriah di Kota Baharu

Penantian 89 tahun Kelantan berakhir

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh SURYATI MOHD NOR

KUALA LUMPUR: Penantian pasukan bola sepak Kelantan selama 89 tahun untuk merangkul piala berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia akhirnya terlaksana pada tahun ini setelah menumpaskan juara bertahan, Negeri Sembilan pada final Sabtu.

Kemenangan 2-1 ke atas pasukan Negeri Sembilan sangat bermakna kepada pasukan The Reds Warriors itu, malah lebih penting lagi ia adalah pengubat duka dengan kekalahan tahun lalu.


Dengan kehadiran lebih kurang 75,000 penonton memenuhi setiap ruang Stadium Nasional Bukit Jalil dengan lautan penyokong kedua-dua negeri menggambarkan sukan bola sepak tanah air masih mempunyai ikatan kukuh dengan penyokong tempatan.

Skuad Negeri Sembilan, kendalian Wan Jamak Wan Hassan bermula garang dan mendapat gol seawal minit ke-13, hasil jaringan Shahurain Abu Samah melalui sepakan penalti sekaligus menjadikan aksi semakin sengit.

Namun dua gol yang dijaringkan oleh Hairuddin Omar minit ke-57 dan Mohd Badhri Mohd Radzi (m-65) menghancurkan impian Negeri Sembilan untuk mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu ke atas Kelantan.

Wan Jamak berkata, ketiadaan ramai pemain senior merupakan faktor kekalahannya.

“Harapan kami hanya bergantung kepada pemain muda, lebih-lebih lagi selepas Aidil Zafuan Abd Razak terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan lutut. Selepas itu corak permainan telah berubah,” katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, kemenangan ini sememangnya begitu bermakna bukan sahaja kepada pasukan, malah ia merupakan berita gembira kepada seluruh rakyat Kelantan. Lebih manis, dua pemain Kelantan yang menjaringkan gol kemenangan, Hairuddin dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik, manakala Badhri menerima anugerah khas ‘Pemain Paling Menonjol’ daripada 100Plus beserta wang tunai RM1,000.

Namun di sebalik keghairahan menjulang piala ini, debaran masih menguasai jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengenai keputusan penggantungannya selepas ini.

Sathianathan berkata, beliau masih menunggu keputusan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai status rayuannya.

“Dan saya juga menyerahkan status saya sebagai jurulatih Kelantan untuk musim akan datang kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

mStar Online

Read More......Penantian 89 tahun Kelantan berakhir

Saya Bangga Diberi Peluang Cipta Kejayaan Buat Kelantan - Sathianathan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- "Untuk menjulang Piala Malaysia bukanlah satu perkara yang mudah dan saya amat berbangga dengan kejayaan anak buah saya."

Demikian kata jurulatih pasukan Kelantan, B. Sathianathan kepada pemberita sejurus selepas pasukan bimbingannya menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir saingan Piala Malaysia, di sini.


Jelas berpuas hati dengan persembahan anak buahnya, Sathianathan berkata beliau berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan kerana memberi kepercayaan kepadanya serta pengurusan terbaik sehingga berjaya merealisasikan impian seluruh rakyat Kelantan itu.

"Saya tidak bimbang dengan corak permainan anak buah saya pada perlawanan separuh masa pertama tetapi saya bimbang dengan prestasi mereka ketika Negeri Sembilan mendahului kita 1-0," katanya mengulas perlawanan tersebut. Beliau berkata pemain Kelantan hanya berjaya menonjolkan kemampuan sebenar pada babak kedua perlawanan.

"Walaupun pemain kita agak tertekan, ianya telah dijadikan sebagai pendorong untuk mereka menjaringkan dua gol mengatasi lawan pada separuh masa kedua," katanya.

Sementara itu jurulatih pasukan Negeri Sembilan Wan Jamak Wan Hassan tidak malu dengan kekalahan pada malam ini kerana menganggap pemainnya telah mempamerkan semangat juang yang tinggi.

"Kehilangan tonggak utama Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak telah membuka jurang besar kepada Kelantan untuk membolosi dua gol," katanya.

Wan Jamak berkata beliau tetap berbangga dengan perjuangan sejati yang ditunjukkan oleh anak jati Negeri Sembilan.

Kelantan terpaksa menunggu selama 55 tahun untuk membawa Piala Malaysia ke Kota Baharu selepas layak buat kali pertama ke saingan akhir piala tersebut pada 1955, ketika ia dikenali Piala H.M.S Malaya.

-- BERNAMA

Read More......Saya Bangga Diberi Peluang Cipta Kejayaan Buat Kelantan - Sathianathan

Polis Tidak Berkompromi Penyokong Cetus Kekecohan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana penyokong yang membawa masuk barang berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Khalid Abu Bakar berkata barangan berbahaya itu termasuk senjata, bahan letupan seperti mercun dan bunga api, botol minuman dan barang larangan lain.


Beliau berkata bagi mengelak insiden yang tidak diingini, polis turut akan menempatkan anjing pengesan di beberapa lokasi sekitar stadium selain kawalan ketat anggota keselamatan.

"Para penyokong kedua-dua pasukan diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan kekecohan.

"Pihak polis tidak akan sesekali berkompromi dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan dan bertindak agresif," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini pada Rabu.

Pada musim lepas, berlaku pergaduhan pada perlawanan akhir antara kedua-dua pasukan sama yang menyaksikan Persatuan Bola Sepak Kelantan didenda RM50,000 ekoran tindakan liar penyokongnya dan RM138,000 lagi atas kerosakan Stadium Nasional.

Beliau berkata kawalan ketat dan pemeriksaan rapi oleh polis dengan dibantu pihak Rela dan pihak stadium akan dilakukan di setiap pintu masuk stadium bagi memastikan tiada objek berbahaya atau barangan larangan dibawa masuk.

Katanya, minuman botol juga tidak dibenarkan dijual di perkarangan stadium dan hanya minuman dalam cawan kertas dan tanpa ais sahaja dibenarkan, atas faktor keselamatan.

- BERNAMA

Read More......Polis Tidak Berkompromi Penyokong Cetus Kekecohan

Negeri Sembilan, Kelantan Layak Ke Final Piala Malaysia

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Juara Piala Malaysia musim lepas, Negeri Sembilan dan Kelantan sekali lagi berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir kedua Sabtu malam.

Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, pasukan pelawat, Negeri Sembilan berjaya menumpaskan Johor FC dengan kemenangan 2-0.


Sebelum ini pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Johor FC mendahului Negeri Sembilan 1-0.

Pada separuh masa pertama perlawanan tampak kedua-dua pasukan lebih bertumpu kepada jentera serangan bagi menghasilkan gol pendahuluan perlawanan.

Pengadil perlawanan Nagor Amin Noor Mohamed telah mengiktiraf gol pertama pasukan negeri Sembilan apabila tandukan Mohd Shukor Adan telah melintasi garisan gol pada minit yang ke-36.

Pada babak kedua para penyokong pasukan Johor FC bagaikan terdiam apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Negeri Sembilan apabila Kunalan Subramaniam telah dijatuhkan oleh Khiri Kiman di dalam kotak penalti dan Sharurain Abu Samah menyempurnakan sepakan tersebut pada minit ke-60 perlawanan.

Sementara itu, Di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, pasukan tuan rumah yang juga naib juara Piala Malaysia pada musim lepas begitu bersemangat untuk mencari gol awal pada separuh masa pertama lagi dengan melakukan lebih lapan percubaan. Bagaimanapun, serangan itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias yang beraksi cemerlang.

Pada minit ke-2 Kelantan nyaris menyumbat gol awal melalui sepakan Nur Shahrul Idlan Talaha yang terkena tiang.

Pada babak separuh masa kedua, Kelantan lebih banyak mengasak dan Mohd Helmi terpaksa bekerja keras mengekang asakan pemain Red Warriors itu.

Kekebalan Mohd Helmi akhirnya tewas pada minit ke-78 melalui sepakan sudut yang diambil Nur Shahrul Idlan Talaha.

Sepakan bola tersebut melencong masuk dan gagal ditampan kemas Mohd Helmi yang menyaksikan lebih 20,000 penonton bersorak kegembiraan.

Perlawanan juga menyaksikan tiada insiden kekacauan yang dikhuatiri dicetuskan penonton tempatan berlaku namun beberapa insiden letupan mercun masih berlaku ketika perlawanan sedang berlangsung.

Negeri Sembilan dan Kelantan akan bertemu pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Okt ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

-- BERNAMA


Read More......Negeri Sembilan, Kelantan Layak Ke Final Piala Malaysia

Sathianathan Digantung 6 Bulan, Tekanan Untuk Kelantan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pasukan Kelantan menghadapi tekanan besar apabila terpaksa beraksi tanpa bimbingan ketua jurulatih, B. Sathianathan pada saingan akhir Piala Malaysia musim ini.

Lembaga Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam membuat keputusan untuk menggantung jurulatih pasukan wira merah itu selama enam bulan dan denda sebanyak RM2,000 dengan serta-merta.


Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata Sathianathan dihukum atas kesalahan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super musim lepas.

"Ini adalah kes lama dan Lembaga Disiplin FAM telah membuat keputusan berhubung perkara tersebut setelah bersidang pada Jumaat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari Sabtu.

Sathianathan dipecat sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan oleh FAM pada 2009.

Beliau mula mengambil alih tugas Peter Butler pada tahun lepas untuk membimbing pasukan Kelantan dan berjaya membawa pasukan itu ke final Piala Malaysia musim lepas.

Beliau tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung penggantungan itu.


-- BERNAMA

Read More......Sathianathan Digantung 6 Bulan, Tekanan Untuk Kelantan

Insiden Penyokong Bergaduh: FAS Didenda RM67,500 KAFA Pula RM57,500

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Selasa menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM67,500 terhadap Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan RM57,500 ke atas Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berikutan insiden pergaduhan penyokong kedua-dua pasukan pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selasa lepas.


Pengerusi khas jawatankuasa pertandingan tempatan FAM Datuk Dr.Omar Othman berkata FAS didenda kerana melakukan tiga kesalahan manakala KAFA bagi dua kesalahan.

"Setelah meneliti laporan daripada semua pihak, kita dapati bahawa kedua-dua pasukan terbabit dalam pergaduhan yang berlaku di dalam dan luar stadium," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat di Wisma FAM pada Selasa.

Omar yang juga Naib Presiden 1 Persatuan Bolasepak Pahang berkata, setiap pasukan didenda RM50,000 kerana melanggar peraturan Liga Malaysia.

"FAS dan KAFA juga perlu berkongsi untuk membayar kerosakan Stadium Shah Alam bernilai RM15,000, (iaitu) sebanyak RM7,500 bagi setiap pasukan" katanya.

Beliau berkata, FAS sebagai tuan rumah, turut didenda RM10,000 kerana gagal memenuhi ciri-ciri keselamatan stadium seperti yang ditetapkan oleh peraturan Liga Malaysia.

"Keputusan ini dibuat secara adil kerana ia mengambil kira penjelasan kedua pihak, laporan polis dan laporan perlawanan daripada jawatankuasa FAM," katanya.

Omar berkata FAM berharap tindakan terhadap FAS dan KAFA akan menjadi pengajaran kepada semua pasukan bolasepak lain yang terlibat dalam Liga Malaysia.

"Bermula dari insiden ini, FAM akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pasukan yang didapati bersalah dan tidak akan berkompromi dalam hal keselamatan," katanya.

Pada musim lepas, KAFA didenda RM50,000 gara-gara tindakan liar penyokongnya ketika menentang Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain itu, pasukan berkenaan turut diarah menanggung kos kerosakan stadium yang berjumlah RM138,150.

-- BERNAMA

Read More......Insiden Penyokong Bergaduh: FAS Didenda RM67,500 KAFA Pula RM57,500

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2010

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2010 Peringkat Suku Akhir Kedua(15.10.2010 - Jumaat) Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu

Tahniah buat Red Warriors kerana berjaya membenam ego pasukan Selangor dengan kemenangan 3 - 0. Bagi saya, ni perlawanan terbaik yang
ditunjukkan oleh pasukan Kelantan musim ini.

Gol untuk FAM dan FAS



Gol untuk media berat sebelah


Gol untuk FAN Selangor


Read More......Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2010

FAS, KAFA berdepan tindakan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda


INSIDEN yang dianggap keterlaluan ini berlaku di Stadium Shah Alam ketika aksi antara Kelantan dan Selangor kelmarin.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini hanya menunggu laporan penuh daripada pegawai perlawanan sebelum mempertimbangkan untuk mengheret Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ke Jawatankuasa Tatatertib FAM.


Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kedua-dua persatuan negeri itu boleh diambil tindakan berhubung insiden pergaduhan dan kekecohan yang ditimbulkan penyokong masing-masing pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

"Kita (FAM) mempunyai peruntukan tertentu untuk mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat ini mengikut bidang kuasa FAM.

"Selepas mendapat dan mengumpul semua maklumat lengkap, kita akan pertimbangkan sama ada kes ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM atau sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Namun Azzuddin menafikan bahawa kurangnya kawalan keselamatan pada perlawanan tersebut menjadi punca penyokong Selangor dan Kelantan 'bertempur' sama ada di dalam mahu pun di luar stadium.

"Mesyuarat pengurus pasukan sehari sebelum perlawanan telah berpuas hati dengan aspek keselamatan yang disediakan pihak tuan rumah.

"Tapi itulah, walau berapa ribu penyokong yang hadir sekali pun, jika pergaduhan itu nak berlaku, ia tetap akan berlaku dan ia sudah menjadi asam garam. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan penyokong Kelantan dan Selangor.

"KAFA dan FAS telah berulang kali menasihatkan penyokong mereka tetapi kekecohan tetap berlaku berpunca daripada tindak tanduk segelintir penyokong ini," jelas Azzuddin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, hanya seorang penyokong Kelantan yang meninggal dunia akibat sesak nafas sambil menafikan terdapat seorang lagi yang mati akibat bergaduh.

"Saya sendiri berada di hospital sehingga pukul 3 pagi tadi (semalam) dan penyokong tersebut (Che Karma Sulaiman, 39) berasal dari Bachok tetapi bekerja di sini mati akibat sesak nafas dan bukannya disebabkan pergaduhan.

"Pihak FAS bersetuju memberikan RM3,000 kepada keluarga mangsa sebagai sumbangan ikhlas untuk urusan pengkebumiannya. Cuma saya harap semua penyokong lebih berdisiplin pada masa akan datang untuk mengelak insiden pergaduhan berulang," kata Hamidin pada sidang media sama.

Tentang isu mercun di stadium, Hamidin yang juga Setiausaha Agung FAS berkata: "Memang kita buat sekatan di pintu masuk. Tapi masalah stadium di Malaysia yang kelilingnya terbuka memudahkan mereka menyeludup masuk juga mercun. Kita akan fikirkan mekanisme terbaik bagi mengatasinya."

p/s : Apahal pulak Kafa nak kena tindakan jugak bukanya KAFA yang jadi penganjur...kalau tidak kerana kesilapan penganjur menempatkan penyokong perkara begini takkan berlaku.

Stadium masih lagi luas kalau nak asingkan kedua-dua penyokong...jarak sekangkang kera yang memisahkan kedua-dua pasukan ada ke patut...FRU pun macam tengok je sebab tak cukup anggota...jadi siapa yang patut disalahkan???

Read More......FAS, KAFA berdepan tindakan

FAM kecewa masih ada penyokong bergaduh

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh Ahmad Muliady Abdul Majid

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir penyokong bola sepak tempatan yang masih lagi berdegil dan tidak mematuhi peraturan hingga mencetuskan pergaduhan di stadium.


"Saya percaya telah banyak kali pihak FAM mahupun pasukan bola sepak negeri memberi nasihat agar penyokong mereka tidak terlibat dengan pergaduhan tetapi sebaliknya masih tetap berlaku. Mereka seolah-olah tidak takut undang-undang," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden pergaduhan antara penyokong Kelantan dan Selangor pada perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Selasa malam.

Annuar, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), berkata beliau tidak menyalahkan Selangor sebagai tuan rumah atas kegagalan mereka mengawal kekecohan tersebut.

"Pihak tuan rumah telah mengambil langkah kawalan keselamatan yang secukupnya namun kehadiran penyokong yang terlalu ramai dari pasukan Kelantan menyebabkan pihak keselamatan sukar mengawal penonton," katanya.

Annuar mencadangkan agar susunan tempat duduk penonton perlu diberi perhatian supaya penyokong kedua-dua pihak tidak mempunyai peluang untuk bertembung.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Che Karma Sulaiman, seorang penyokong pasukan Kelantan yang meninggal dunia akibat sesak nafas sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan.

Jenazahnya disembahyangkan di sini sebelum dibawa ke Bachok, Kelantan untuk dikebumikan.

Semua kos pengurusan jenazah ditanggung oleh KAFA.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata insiden pergaduhan yang berlaku antara penyokong pasukan Kelantan dan Selangor itu adalah di luar kawalan FAM dan pihak tuan rumah.

"Pihak tuah rumah telah menyediakan kawalan keselamatan yang secukupnya, malah saya berpuas hati dengannya.

"Kita akan menunggu laporan penuh yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa perlawanan sebelum membuat keputusan di peringkat jawatankuasa disiplin," katanya.

Azzuddin berkata penyokong menyaksikan perlawanan di stadium sepatutnya pergi atas sebab kesukanan, bukannya untuk merosakkan perlawanan yang akhirnya mendatangkan masalah kepada pasukan mereka.

"Telah banyak kali FAM memberi nasihat kepada penyokong tapi masalah yang sama tetap berlaku," katanya.

Tahun lepas, KAFA dikenakan denda RM50,000 akibat daripada tindakan liar penyokong Kelantan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KAFA juga terpaksa membayar kos kerosakan Stadium Nasional sebanyak RM138,150.

-- BERNAMA

Read More......FAM kecewa masih ada penyokong bergaduh

Kelantan buat penyokong gembira

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Kejayaan Kelantan layak ke saingan suku akhir Piala Malaysia cukup menggembirakan penyokong setia pasukan itu termasuklah ketua jurulatihnya, B. Sathianathan.

Bagi Sathianathan, kemenangan itu merupakan hadiah bermakna buatnya apabila The Red Warriors mempamerkan kebangkitan pada pusingan kedua selepas bermula agak hambar pada perlawanan terdahulu.


"Kita telah menunjukkan aksi yang terbaik dalam dua perlawanan terakhir. Pemain meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan terdahulu dengan meratah pasukan KL Plus FC.

"Saya dan para peminat berharap aksi sedemikian dapat diteruskan dalam pertemuan akan datang menentang Selangor pada Selasa ini (malam esok)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tambahnya, beliau berpuas hati dengan persembahan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang disifatkan memuncak tepat pada masanya.

"Saya memang berpuas hati dengan Norshahrul (Idlan Talaha). Walaupun beliau tidak menjaringkan gol sekali pun, saya tetap berpuas hati. Dia banyak membantu rakan sepasukan menjaringkan gol.

"Tetapi apabila beliau menjaringkan gol, bermakna itu menambahkan lagi keyakinan terhadap diri beliau sendiri. Setelah lama tidak menjaringkan gol, akhirnya dia telah temui sentuhan jaringannya," katanya.

Dalam pada itu, Sathianathan turut memuji barisan pertahanan Kelantan yang menunjukkan persembahan cukup mantap walaupun tanpa kelibat Mohd. Daudsu Jamaludin.

"Mohd Farisham Ismail bermain dengan baik, sebab itulah saya mengekalkan beliau dalam perlawanan malam semalam. Kita kena ingat, itu yang membezakan di antara kekuatan pasukan Kelantan musim ini dengan musim lepas.

"Dalam erti kata lain, kita mempunyai reserve strength yang cukup baik. Apabila seseorang pemain cedera atau mengalami kemerosotan permainan, pemain lain mampu menggalas tugas itu," katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Kelantan meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan KL Plus 4-0 pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium MPBJ.

Sumber : Utusan Malaysia

Read More......Kelantan buat penyokong gembira

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2010 (9.10.2010 - Sabtu)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Negeri Sembilan 3 - 1 PKNS FC

KL Plus FC 0 - 4 Kelantan

Pahang 1 - 1 Sabah

Kuala Lumpur 1 - 2 Terengganu

Kedah 4 - 0 ATM

Perak 0 - 1 Johor FC

T-Team 1 - 1 Felda United FC

Perlis 0 - 2 Selangor

* N.Sembilan, Terengganu, Johor FC, Selangor, Perlis, Kedah, Pahang & Kelantan layak ke SUKU AKHIR

SUKU AKHIR PERTAMA - 12/10/2010 (SELASA)

N.Sembilan lwn Perlis

Terengganu lwn Kedah

Johor FC lwn Pahang

Selangor lwn Kelantan




Read More......Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2010 (9.10.2010 - Sabtu)

Undian dan jadual Piala Malaysia 2010

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUMPULAN A
1.Kelantan
2.Negeri Sembilan
3.PLUS FC
4.Selangor PKNS

KUMPULAN B
1.Terengganu
2.Pahang
3.Kuala Lumpur
4.Sabah


KUMPULAN C
1.Johor FC
2.Kedah
3.Perak
4.ATM

KUMPULAN D
1.Selangor
2.T-Team
3.Perlis
4.Felda United FC

Jadual Perlawanan peringkat kumpulan:

Pusingan Pertama : 14,17 dan 20 September
Pusingan Kedua : 3,6,dan 9 Oktober

Jadual Perlawanan Suku Akhir ( 12 dan 16 Oktober 2010 )

Perlawanan # 1 : Juara Kumpulan A vs Naib Juara Kumpulan D
Perlawanan # 2 : Juara Kumpulan B vs Naib Juara Kumpulan C
Perlawanan # 3 : Juara Kumpulan C vs Naib Juara Kumpulan B
Perlawanan # 4 : Juara Kumpulan D vs Naib Juara Kumpulan A

Jadual Perlawanan Separuh Akhir ( 20 dan 23 Oktober 2010 )

Pemenang Perlawanan # 1 vs Pemenang Perlawanan # 3
Pemenang Perlawanan # 2 vs Pemenang Perlawanan # 4

Jadual Perlawanan Akhir ( 30 Oktober 2010 Sabtu)

Read More......Undian dan jadual Piala Malaysia 2010
Related Posts with Thumbnails

FB