KUALA LUMPUR: Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana penyokong yang membawa masuk barang berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Khalid Abu Bakar berkata barangan berbahaya itu termasuk senjata, bahan letupan seperti mercun dan bunga api, botol minuman dan barang larangan lain.
Beliau berkata bagi mengelak insiden yang tidak diingini, polis turut akan menempatkan anjing pengesan di beberapa lokasi sekitar stadium selain kawalan ketat anggota keselamatan.
"Para penyokong kedua-dua pasukan diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan kekecohan.
"Pihak polis tidak akan sesekali berkompromi dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan dan bertindak agresif," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini pada Rabu.
Pada musim lepas, berlaku pergaduhan pada perlawanan akhir antara kedua-dua pasukan sama yang menyaksikan Persatuan Bola Sepak Kelantan didenda RM50,000 ekoran tindakan liar penyokongnya dan RM138,000 lagi atas kerosakan Stadium Nasional.
Beliau berkata kawalan ketat dan pemeriksaan rapi oleh polis dengan dibantu pihak Rela dan pihak stadium akan dilakukan di setiap pintu masuk stadium bagi memastikan tiada objek berbahaya atau barangan larangan dibawa masuk.
Katanya, minuman botol juga tidak dibenarkan dijual di perkarangan stadium dan hanya minuman dalam cawan kertas dan tanpa ais sahaja dibenarkan, atas faktor keselamatan.
- BERNAMA
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.