Sathianathan Digantung 6 Bulan, Tekanan Untuk Kelantan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pasukan Kelantan menghadapi tekanan besar apabila terpaksa beraksi tanpa bimbingan ketua jurulatih, B. Sathianathan pada saingan akhir Piala Malaysia musim ini.

Lembaga Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam membuat keputusan untuk menggantung jurulatih pasukan wira merah itu selama enam bulan dan denda sebanyak RM2,000 dengan serta-merta.


Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata Sathianathan dihukum atas kesalahan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super musim lepas.

"Ini adalah kes lama dan Lembaga Disiplin FAM telah membuat keputusan berhubung perkara tersebut setelah bersidang pada Jumaat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari Sabtu.

Sathianathan dipecat sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan oleh FAM pada 2009.

Beliau mula mengambil alih tugas Peter Butler pada tahun lepas untuk membimbing pasukan Kelantan dan berjaya membawa pasukan itu ke final Piala Malaysia musim lepas.

Beliau tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung penggantungan itu.


-- BERNAMA

Comments :

have 0 comments at “Sathianathan Digantung 6 Bulan, Tekanan Untuk Kelantan”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB