Seorang daripada pemain import Liga Malaysia mesti dari ASEAN

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

PETALING JAYA: Bermula musim depan, pemain import akan kembali mewarnai arena bola sepak tanah air dan seorang daripada mereka mestilah dari negara Asean, demikian diputuskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa berkata FAM secara dasarnya bersetuju dengan kemasukan kembali pemain import dalam liga tempatan dan keputusan muktamad akan dibuat dalam masa yang terdekat ini.

"Ini adalah bagi memberi peluang kepada pasukan negeri mencari pemain import terbaik dan bukannya tangkap muat pemain luar nanti," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Khamis.


Annuar berkata penggunaan khidmat pemain import diharapkan dapat memberi sumbangan dan pendedahan kepada pemain tempatan untuk beraksi lebih kompetitif.

"Saya harap pemain tempatan mampu bersaing dengan pemain asing untuk menunjukkan kualiti terbaik dan seterusnya menarik minat peminat bola sepak tempatan untuk meramaikan stadium seperti dahulu.

"Selain itu dari segi penyiaran, kita juga mahu menarik minat penonton Asean dan mempromosikan arena bola sepak negara," katanya.

FAM mula membenarkan khidmat pemain import beraksi dalam Liga Malaysia dengan pengenalan Liga Semi Pro pada 1989 sebelum menamatkan khidmat mereka bermula musim 2009.

Annuar berkata pada aksi Liga Malaysia musim depan, FAM akan mengurangkan perlawanan Liga Super dengan hanya 12 pasukan beraksi berbanding 14 sekarang.

Beliau berkata FAM sedang merancang melakukan rombakan Liga Malaysia dan dijangka mengambil masa selama tiga tahun untuk meningkatkan tahap bola sepak negara. - BERNAM
A

Read More......Seorang daripada pemain import Liga Malaysia mesti dari ASEAN

Kelantan jinakan Red Giants 1-0

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

UALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Kelantan membuktikan keupayaannya apabila menewaskan Selangor 1-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Baharu Selasa malam.

Dengan kejayaan itu pasukan bimbingan Datuk M.Karathu kini menduduki tangga ketiga liga dengan mengumpul 30 mata selepas 15 perlawanan.

Pasukan 'The Red Warriors' membuka jaringan seawal minit keempat menerusi tandukan Norshahrul Idlan Talaha.


Sementara itu, Terengganu menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Terengganu yang menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul 31 mata berjaya merapatkan jurang mata dengan Selangor iaitu satu mata di belakang pendahulu liga itu.

Dua gol Terengganu dijaringkan Abdul Hadi Yahya pada minit ke-61 dan Wan Mohd Aliff Wan Jasmi (minit ke-71).

Gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan Sharul Azhar Ture pada minit ke-59.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Pasukan T-Team menewaskan Kedah 3-1.

Gol T-Team diperoleh melalui jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit kedua, Shamsul Kamal Mohamad (minit ke-83) dan Zairo Anuar Zailani (minit ke-92).

Gol saguhati Kedah dijaringkan oleh Badrol Bakhtiar pada minit ke-45.

Perak pula mencatat kemenangan besar apabila membelasah Kuala Lumpur 5-3 di Stadium Ipoh, Perak.

Gol Perak dijaringkan oleh Razali Umar Kandasamy seawal minit kedua, Ahmad Dashila Tajudin (gol sendiri) minit ke-34, Mohd Fazrul Hazli (minit ke-60), Mohd Shafiq Jamal (minit ke-66) dan Mohd Noor Hazrul (minit ke-86).

Tiga gol Kuala Lumpur di jaringkan See Kok Luen (minit ke-13), Ahmad Hazwan Bakri (minit ke-64) dan Khairul Anuar Shafie (minit ke-90).

Di Stadium Utama Negeri, Kangar , Pasukan tercorot Perlis tumpas 1-2 kepada Pahang.

Dua gol pelawat dijaringkan oleh Mohd Faizol Hussin pada minit ke-25 dan Famirul Asraf Sayuti (minit ke-81), manakala Perlis memperoleh gol tunggal melalui Mohd Rizal Mohd Ghazali (minit ke-70).

Di Stadium Shah Alam Harimau Muda A seri 1-1 dengan Negeri Sembilan.

Turut mencatat keputusaan seri ialah pasukan Felda United yang seri tanpa jaringan dengan Johor Fc pada perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

-- BERNAMA


Read More......Kelantan jinakan Red Giants 1-0

Safee Sali & Khairul Fahmi dilantik sebagai Duta Tune Talk

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Breaking news! Sejak kemenangan Malaysia sempena Piala AFF Suzuki, rezeki superstar bola Malaysia Safee Sali & Khairul Fahmi makin melimpah ruah. Terbaru, Safee Sali & Khairul Fahmi telah dilantik sebagai duta produk Tune Talk sempena sambutan 2 juta pelanggan, dan mereka akan melancarkan pertandingan futsal ‘Tune Talk National Futsal Championship’.

Pelancaran Tune Talk National Futsal Championship akan dirasmikan oleh CEO Tune Talk, Jason Lo bersama Safee Sali & Khairul Fahmi pada petang ini, dari jam 2.30 pm – 4.00pm di Rainforest Sports Bar @Pavilion KL.

Jom, kita serbu Pavilion. Untung nasib dapat jumpa dengan pemain bola kebanggaan Malaysia ini.



Cheni : Rezeki

Sumber : OHBULAN


Read More......Safee Sali & Khairul Fahmi dilantik sebagai Duta Tune Talk

KBS sambut baik FAM benar pemain import

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KEMAMAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik cadangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan pemain import bermain untuk kelab dan persatuan bola sepak negeri tahun depan.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu dapat membantu menaikkan mutu dan tahap bola sepak negara di samping memberi peluang kepada peminat melihat suasana baru dalam dalam liga tempatan.

Cadangan ini baik kerana negara-negara jiran juga mempunyai pemain asing beraksi dalam liga masing-masing, katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan di peringkat akar umbi Parlimen Kemaman, di sini, Sabtu.


FAM sebelum ini bercadang untuk membenarkan persatuan bola sepak negeri mengambil tiga pemain import untuk setiap pasukan pada musim hadapan. - BERNAMA


Read More......KBS sambut baik FAM benar pemain import

Kata-kata semangat

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Jika Anda mahu mencapai kejayaan semata-mata mahu mengatasi orang lain atau nak berjaya semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain, Anda akan membunuh potensi diri Anda sebab Anda hidup di dalam dogma iaitu bertindak berdasarkan apa yang orang lain kata.

Anda tidak ada impian sendiri, tapi hidup berdasarkan impian yang diset oleh orang lain terhadap diri Anda. Walaupun Anda berjaya, Anda akan rasa ‘kosong’. Bila ada orang lain muncul lebih berjaya daripada Anda, timbil rasa dengki, iri hati, sakit hati.


Jika Anda mahu mencapai kejayaan sebab Anda mahu menjadi ‘somebody’, mahu mencapai apa yang Anda impikan, Anda seronok melakukan perkara yang Anda sukai, potensi Anda untuk berkembang sentiasa ada, bahkan tak ada had! Anda akan terdorong untuk belajar perkara baru di api-apikan oleh rasa ingin tahu. Anda akan maju tanpa Anda sendiri menyedarinya.



Meminta pendapat orang lain, itu satu perbuatan yang bagus. Tapi, jangan bergantung pada pendapat orang lain semata-mata sebagai pentunjuk hidup. Cara paling baik adalah gunakan pendapat orang sekeliling sebagai panduan kemudian gabungkan dengan idea Anda sendiri.

Jika kegagalan berlaku, berhentilah menyalahkan orang lain. Ambil tanggungjawab atas tindakan Anda.
Walau apa jua yang berlaku, terima dengan rasa bertanggungjawab. Salahkan dalaman, jangan salahkan luaran.

Maksudnya, salahkan diri sendiri kerana berbuat silap dan kerana tidak berbuat sehabis baik.

Mulai hari ini, apa jua orang kata pasal Anda, dengar dan gali motivasi di sebaliknya. Jangan melenting, jangan jadi bad mood, jangan mengamuk tak tentu pasal. Dalam memburu kejayaan, Anda kena belajar dari segenap perkara, walau ia sesuatu yang pahit.

eMail : fuzzy4er@yahoo.com

Read More......Kata-kata semangat

Selangor lebar kedudukan sebagai pendahulu

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Selangor melebarkan pungutan mata di persada Liga Super dengan kelebihan empat mata apabila menumpaskan Sabah 1-0 pada perlawanan bola sepak liga itu di Stadium Shah Alam, Selasa.

Selangor terpaksa bekerja keras sepanjang perlawanan untuk mencari mata penuh dan hanya membolosi gawang gol Sabah pada babak kedua menerusi sepakan penalti.

Pemain tengah, Azidan Sarudi, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-71 bagi membantu Selangor mengumpul 29 mata selepas 13 perlawanan, iaitu empat mata di hadapan pencabar terdekat, Terengganu.


Di Stadium Utama, Kangar, Kelantan memulihkan rentak kejayaan apabila membelasah pasukan tercorot, Perlis 5-1.

Selepas seri tanpa jaringan dengan Sabah minggu lepas, Kelantan berjaya mengumpul mata penuh untuk naik satu anak tangga di tempat ketiga dengan 24 mata.

Mohd Badhri Mohd Radzi muncul wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan hatrik pada babak kedua di minit ke-46, 66 dan minit ke-78.

Sebelum itu, Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan Kelantan pada minit keenam dan 43 dan gol saguhati Perlis disumbangkan oleh Mohd Faiz Subri pada minit ke-11.

Perlis masih tercengkam di tangga terbawah liga dengan tujuh mata, selepas hanya mampu menang sekali dalam 13 perlawanan.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pasukan Felda United mengatasi Kuala Lumpur 2-1 untuk kemenangan kelima.

Azrul Ahmad menjadi wira pasukan Felda United apabila menjaringkan dua gol tersebut pada minit ketujuh dan 13 manakala gol tunggal Kuala Lumpur diperoleh menerusi Syafiq Johair pada minit ke-43.

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan Terengganu terus kekal di tangga kedua liga dengan 25 mata selepas seri 1-1 dengan Perak.

Perak, yang berada di tempat keempat liga dengan 23 mata, membuka jaringan pada minit kelapan menerusi Shafiq Jamal sebelum Abdul Hadi Yahya menyamakan kedudukan pada minit ke-59.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan T-Team dan Johor FC terikat 1-1.

Gol T-Team disumbangkan oleh Mohd Shahrul Ezrain pada minit ke-10 sebelum Johor FC menyamakan kedudukan menerusi jaringan Shahrizal Mohd Saad pada minit ke-48.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang dan Negeri Sembilan masing-masing berkongsi satu mata apabila seri 1-1.

Negeri Sembilan mendahului babak pertama dengan jaringan Idris Abdul Karim pada minit ke-10 sebelum Pahang bangkit di babak kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-79.

-- BERNAMA

Read More......Selangor lebar kedudukan sebagai pendahulu

Bersikap positif di tempat kerja

| 1 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

PAKAR motivasi ada berkata,
'Anda tidak akan berjaya dan gembira dengan melakukan perkara yang anda sukai. Sebaliknya anda akan cemerlang dan berbahagia apabila anda menyukai perkara yang anda lakukan'.

Persoalannya, adakah sekarang ini anda melakukan pekerjaan yang anda suka atau memang suka melakukan pekerjaan anda ini?

Dua persoalan yang hampir sama ayatnya, cuma perbezaan kedudukan akhirnya memberikan maksud yang amat ketara.


Bertuahlah jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka. Bersyukurlah jika anda suka dengan pekerjaan anda sekarang. Lebih beruntung jika anda sedang melakukan pekerjaan yang anda suka dan suka melakukannya.

Anda rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda suka tetapi anda tidak suka melakukannya. Bertambah rugi jika anda melakukan pekerjaan yang anda tidak suka dan tidak suka melakukannya.

Penting! Pekerjaan bukan semata-mata kerja dan dapat gaji. Kerja adalah amanah. Kerja juga bukan semata-mata cita-cita tetapi adalah satu tanggungjawab. Apabila anda menerima tawaran sesuatu pekerjaan bererti anda memegang amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan pekerjaan tersebut dengan sebaiknya.

Berikut ialah lima tip untuk kekal bermotivasi dalam melaksanakan pekerjaan anda:

1. Ikhlaskan niat bekerja
Tanyalah diri, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit? Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh diberikan. Cuma satu alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah.

Pekerjaan anda sama ada sebagai guru, kerani, penoreh getah, buruh kasar atau apa juga pekerjaan yang halal di sisi syarak adalah termasuk dalam kategori ibadah. Jika anda niatkan ikhlas kerana melaksanakan amanah Allah, anda akan mendapat pahala dalam setiap apa juga tindakan yang anda lakukan ketika melaksanakan pekerjaan anda.

Amanah Allah itu luas. Sebagai suami, anda berperanan untuk menyara keluarga. Sebagai anak, anda bertanggungjawab membantu ibu bapa. Hanya dengan bekerja, tuntutan tersebut boleh dilaksana. Lantas, perbetulkan niat dan rebutlah pahala daripada-Nya ketika bekerja.


2. Tanamkan minat dan suka bekerja
Tidak semua individu beruntung peroleh pekerjaan yang diidamkan. Kehendak semasa, mendorong individu memohon dan menerima pekerjaan yang tidak pernah diimpikan.

Bersyukurlah sebab anda diberi peluang dengan menanam azam dan semangat dalam diri untuk menyayangi pekerjaan tersebut dan berusaha untuk berikan yang terbaik. Jika minda anda positif, hasilnya juga akan positif.


3. Anggap pekerjaan sebagai cabaran untuk diri
Pekerjaan bukan mainan, malah bukan juga bebanan. Jadikan pekerjaan anda sebagai satu medan untuk mencabar keupayaan diri. Mungkin ia bukan bidang anda tetapi bila anda diberi jawatan bererti anda diberi kepercayaan. Lantas, buktikan majikan anda tidak salah meletakkan kepercayaannya kepada anda.


4. Tekad untuk jadi lebih baik
Kalau Mat Jenin boleh berangan mahu jadi kaya dan lebih kaya, apakah anda hanya sekadar mahu kekal di takuk lama bertahun lamanya?

Tekadkan azam, jalinkan semangat, sentiasa berusaha dan bertindak agar kedudukan anda bertambah baik dari hari ke hari, tahun ke tahun. Jadikan pekerjaan anda medan persaingan secara sihat agar hidup anda pada masa depan lebih baik.


5. Bertindak demi kecemerlangan
Apabila anda punya azam untuk lebih berjaya, susun strategi agar pekerjaan anda menjadi lebih baik dan mendapat pengiktirafan majikan. Bertindak dengan cara yang baik, dibenarkan syarak dan norma masyarakat.

eMail :


Read More......Bersikap positif di tempat kerja

Jawatan Kosong : Majlis Daerah Machang (MDM)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Machang sebagaimana berikut :

1. Pembantu Penguatkuasa (6 Kekosongan)
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (5 Kekosongan)
3. Pegawai Khidmat Pelanggan (1 Kekosongan)
4. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa (1 Kekosongan)
5. Penghantar Notis (1 Kekosongan)
6. Pemandu Kenderaan R3 (3 Kekosongan)
7. Pekerja Awam R1 (11 Kekosongan)




Tarikh Tutup Permohonan : 24 April 2011


Read More......Jawatan Kosong : Majlis Daerah Machang (MDM)

Bermain dalam keadaan tertekan punca Kelantan gagal pungut mata - Karathu

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU, 17 April (Bernama) -- Kekalahan pasukan Red Warriors di tangan Perak minggu lepas memberi kesan ke atas skuad bimbingan Datuk M. Karathu sehingga gagal memanfaatkan pertemuan pasukan itu dengan Sabah dalam Liga Super di Stadium Sultan Mohammed ke-1V, Sabtu malam.

Ketua Jurulatih Kelantan itu berkata akibat keadaan itu, anak buahnya bermain dalam keadaan tertekan dan beliau terpaksa akur dengan keputusan 0-0 selain gagal memungut sebarang mata ketika menentang pasukan negeri di bawah bayu itu.

"Saya percaya pemain Kelantan bermain dalam tertekan walaupun mereka berjaya menunjukkan permainan memuaskan terutama pada separuh masa kedua," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan itu, Sabtu malam.


Karathu juga percaya kekalahan 0-4 di tangan Perak di tempat lawan minggu lepas sedikit sebanyak memberi kesan kepada anak buahnya sehingga gagal menjaringkan gol walaupun mendapat banyak peluang.

Namun begitu, katanya, apa yang penting kesebelasan anak buahnya itu akan dapat mengekalkan mutu permainan dan kesungguhan yang ditunjukkan dalam liga itu.

Ekoran gagal memungut sebarang mata, Kelantan yang sebelum ini berada di tangga teratas liga selepas membelasah Felda United minggu lepas kini jatuh di tangga ketiga di bawah Trengganu.

Tangga teratas liga dirampas kembali oleh Selangor selepas memungut tiga mata apabila menewaskan Perak 1-0 malam tadi.

-- BERNAMA

Cheni : Cuba lagi

Read More......Bermain dalam keadaan tertekan punca Kelantan gagal pungut mata - Karathu

Serangan Kelantan bagai singa tanpa kuku

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Petikan:
Bagai singa tanpa kuku, asakan mereka ke gawang lawan ketika menguasai perlawanan menentang Sabah, kelmarin jelas memperlihatkan hanya wajah-wajah hampa selepas setiap percubaan.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas




Keratan surat khabat tahun 1995

Cheni : Sekadar untuk berkongsi

Read More......Serangan Kelantan bagai singa tanpa kuku

Kelantan, Sabah temui sinar

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Petikan :
Kesudahan ceritanya di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV malam tadi mungkin gagal menepati harapan kedua-dua pasukan. Namun, keputusan seri dalam keadaan meruncing ini, harus dirasakan lebih manis daripada menanggung kekalahan
.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas






Keratan surat khabar tahun 1995

Cheni : Sekadar untuk berkongsi

Read More......Kelantan, Sabah temui sinar

Sabah putih mata

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Petikan :
Kelantan melebarkan senyum apabila berjaya mengutip tiga mata penuh, sekaligus menyaksikan tuah di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV Kota Bharu, kembali menjelma untuk skuad itu


Klik pada imej untuk paparan lebih jelas




Keratan surat khabat tahun 1994

Cheni : Sekadar untuk berkongsi .

Read More......Sabah putih mata

Selangor rampas takhta liga, Perak benam Kelantan 4-0

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Selangor kembali melonjakkan diri ke tangga teratas Liga Super setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United pada perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Gol kemenangan skuad bimbingan K. Devan itu disumbangkan oleh Mohd Fadzil Saari pada minit ke-31.

Dengan kemenangan tersebut, juara bertahan Liga Super itu kini mengumpul 23 mata dengan memiliki satu kemenangan ke atas pencabar terdekatnya, Kelantan yang tumpas mengejut 0-4 kepada Perak selepas sebelas perlawanan.


Di Stadium Perak, IPOH, pasukan tuan rumah nyata mencipta kejutan apabila berkenduri gol 4-0 menewaskan pasukan Kelantan untuk mendapat kemenangan keenamnya.

Skuad Seladang kini mengumpul 22 mata untuk berada di tangga kedua liga sementara pasukan The Red Warriors turun satu anak tangga yang kekal mengumpul 20 mata di belakang Perak.

Md Fazrul Hazli membuka jaringan tuan rumah seawal minit ke-5 untuk menceriakan penyokong Skuad Seladang sebelum Md Shafiq Jamal meledak gol kedua pada minit ke-26 permainan untuk menewaskan penjaga sensasi gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Pada babak kedua, skuad bimbingan Norizan Bakar terus garang mengasak kubu pelawat dan memperoleh dua lagi gol yang dijaringkan oleh bekas penyerang Kelantan, Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-78 dan Razali Umar Kandasamy terus menambah derita lawan, menjaringkan gol keempat selang tiga minit kemudiannya.

Di Negeri Sembilan, pasukan tuan rumah terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Kedah menerusi jaringan 0-2 pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Dua gol skuad Kenari masing-masing dijaringkan oleh Azlan Ismail pada minit ke-61 dan Badrol Bakhtiar (ke-88).

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pertembungan setempat antara Adik dan Abang, berkesudahan Terengganu menang tipis 1-0 ke atas T-Team yang dijaringkan menerusi Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-47.

Dengan kekalahan tersebut, T-Team gagal mencipta kejutan malam ini untuk mengulangi kejayaan menewaskan dua pasukan teratas liga, Kelantan dan Selangor sementara berjaya mengikat seri 0-0 menentang Perak pada perlawanan lepas.

Di SHAH ALAM, jaringan tunggal Harimau Muda A menerusi Mohd Syahid Saidon ke atas Kuala Lumpur membawa pasukan Harimau Muda A memperolehi tiga mata penuh.

Di Stadium Likas, pertemuan dua pasukan tercorot liga, Sabah dan Perlis berkesudahan seri 2-2 untuk masing-masing mengutip satu mata.

Pasukan Singa Utara terlebih dahulu berada di hadapan apabila Mohamad Rozaidi menjaringkan gol pada minit ke-39 pada babak pertama.

Namun kegembiraan pasukan pelawat tidak kekal lama apabila tuan rumah bangkit menjaringkan dua gol masing-masing dijaringkan oleh Md Farid Ideris pada minit ke-52 dan Leopold Alfonso Otong selang enam minit kemudian sebelum Perlis berjaya merapatkan kedudukan menerusi Mohd Faiz Subri (min-71).

Di Kuantan, Pahang dan Johor FC seri tanpa jaringan 0-0 pada pertemuan di Stadium Darul Makmur.

Sementara itu, dalam satu perlawanan Liga Perdana, tuan rumah Harimau Muda B meraih kemenangan keempatnya setelah membelasah pasukan tercorot liga, Pulau Pinang 3-1 pada pertemuan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Keputusan itu menyaksikan skuad anak didik Ismail Ibrahim mengutip mata tiga penuh bagi mengumpul 16 mata untuk berada di tangga keenam sementara pasukan dari Pulau Mutiara itu masih buntu mencari kemenangan pertamanya dalam liga musim ini.

-- BERNAMA

Read More......Selangor rampas takhta liga, Perak benam Kelantan 4-0

M. Karathu mahu Kelantan kekalkan prestasi cemerlang

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Datuk M.Karathu mahu anak buahnya mengekalkan prestasi cemerlang semasa menentang Felda United pada Ahad bagi meneruskan misi untuk menjuarai Liga Super musim ini.

Sambil melahirkan rasa puas hati dengan permainan yang ditunjukkan kesebelasan anak buahnya bagi menewaskan Felda 6-0 di gelanggang sendiri, beliau berkata jika mereka dapat berbuat demikian, misi Red Wariors untuk menjuarai liga super itu akan menjadi kenyataan.

"Saya harap prestasi seperti malam ini dapat dikekalkan untuk menghadapi perlawanan menentang Perak dan Sabah selepas ini," katanya kepada pemberita di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini.


Dalam perlawanan menentang Felda United, kesemua anak buah Karathu menunjukkan mutu permainan yang cemerlang dan menguasai keseluruhan permainan sehingga tidak memberi ruang kepada pasukan pelawat menembusi gawangnya.

"Faktor kejayaan ini berpunca daripada semangat juang yang tinggi ditunjukkan pemain yang mahu terus mengungguli kedudukan teratas Liga Super musim ini di samping untuk menebus kekalahan di tangan T Team di kubu lawan minggu lepas," katanya.

Sementara itu, Ketua jurulatih Felda United, E.Elvarasan mengakui kesebelasan pemainnya gagal memanfaatkan peluang untuk menembusi kubu lawan apabila pasukan itu dalam keadaan tertekan setelah Kelantan mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Beliau akur dengan kehebatan Kelantan yang memanfatkan peluang bermain di tempat sendiri dengan ditambah sokongan moral oleh puluhan ribu penyokongnya yang memenuhi tempat duduk terbuka dan berbumbung di stadium Sultan Muhammad ke IV itu. -BERNAMA

Read More......M. Karathu mahu Kelantan kekalkan prestasi cemerlang

Sultan Ahmad Shah Presiden AFF yang baru

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah hari ini dipilih sebagai presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) yang baru pada Kongress AFF yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

"Sultan Ahmad Shah menang tanpa ditandingi," kata pegawai media FAM Christopher Raj menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama.

Sultan Ahmad Shah akan menggantikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang telah meneraju AFF sejak 1995.


Selain Malaysia, AFF yang ditubuhkan pada 31 Jan 1984 turut dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam. -BERNAMA


Read More......Sultan Ahmad Shah Presiden AFF yang baru

Kelantan kembali rampas takhta liga

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR: Kelantan berjaya merampas kembali kedudukan teratas liga Super setelah berjaya membelasah Felda United 6-0 pada perlawanan Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Baharu, malam Sabtu.

Hasil tiga mata penuh itu membolehkan berkongsi 20 mata bersama Selangor tetapi melonjakan diri kedudukan teratas dengan kelebihan kiraan gol.

Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi Mohd Shakir Shaari dan Nurshahrul Idlan Talaha menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-40 untuk kedudukan 2-0 pada separuh masa.


Pada babak kedua perlawanan, pasukan bimbingan Datuk M. Karathu, semakin garang dengan menambah empat lagi gol menerusi Mohd Nizad Ayub pada minit ke-60, Mohd Rizad Ayub (71), Danial Fadzley (82) dan Mohd Azuan Solahudin pada minit ke-89.

Di Stadium Shah Alam, hasrat Selangor untuk melebarkan pungutan mata di persada liga lebur apabila tumpas 0-2 kepada T-Team.

Pasukan T-Team berjaya mengikat Selangor pada babak pertama sebelum kembali dengan lebih bersemangat pada babak kedua untuk menghasilkan gol menerusi tandukan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-50 dan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-84.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah mencapai kemenangan kedua dalam liga selepas mengejutkan Perak 2-1.

Perak, yang menduduki tangga ketiga dengan 19 mata, memperoleh gol pembukaan pada minit ke-16, hasil sepakan kencang Mohd Shafiq Jamal.

Tertekan dengan kedudukan tersebut, Sabah kemudian bangkit pada babak kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi hasil jaringan Zuraindey Jumai pada minit ke-48 dan Leopold Alfonso Otong menjadi wira Sabah dengan gol kemenangan pada minit ke-62.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu berjaya tumpaskan Harimau Muda A 3-1.

Pada babak pertama perlawanan, Harimau Muda A terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi Syahrul Azwari Ibrahim.

Terengganu kemudianya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Mohd Ashaari Samsudin pada minit ke-17.

Dua lagi gol Terengganu disumbangkan oleh Abdul Hadi Yahya pada minit ke-35 dan Ismail Faruqi Asha'ri pada minit ke-63.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur dan Pahang seri tanpa jaringan manakala keputusan sama dicatatkan antara Johor FC dan Negeri Sembilan di Stadium JCorp, Pasir Gudang. - BERNAMA


Read More......Kelantan kembali rampas takhta liga

Jawatan Kosong : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

PEMOHON-PEMOHON DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS ADALAH DIPELAWA UNTUK DIPERTIMBANGKAN BAGI MEMENUHI JAWATAN-JAWATAN BERIKUT DI PKINK :-

1. Pegawai Tadbir Gred N41
2. Jurutera Gred J41
3. Pegawai Sistem Maklumat Gred F41
4. Pegawai Undang-undang Gred L41
5. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
6. Penolong Akauntan Gred W27
7. Penolong Juruukur Bahan Gred J29
8. Penolong Jurutera Gred J29
9. Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi Gred N17
10. Pengawal Keselamatan Gred KP11
11. Pembantu Am Pejabat Gred N1

* BORANG PERMOHONAN *

Tarikh Tutup Permohonan : 21 April 2011



Read More......Jawatan Kosong : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan

KAFA terima tajaan RM1.2 Juta daripada syarikat prabayar Happy

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU, 6 April (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerima suntikan penajaan daripada syarikat prabayar Happy berjumlah RM1.2 juta bagi membiayai program pembangunan sukan bola sepak persatuan itu, kata Presiden Kafa Tan Sri Anuar Musa.

Daripada jumlah itu, RM1.0 juta akan digunakan untuk program penggalakan dan pembangunan sukan bola sepak termasuk Liga Malaysia musim ini manakala RM200,000 lagi untuk program promosi syarikat itu dan barangan keluaran Red Warriors termasuk pakaian sukan yang mempunyai cop jenama kelab itu, katanya.

Annuar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berkata Happy adalah antara tujuh syarikat yang menjadi rakan penaja Kafa bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.


Syarikat lain ialah Al-Jabbar Group, Yusmira Trading, Sinar Harian, UMRO, Al-Hamra Group, TRW Station Sdn Bhd.

"Saya gembira kerana pasukan bola sepak setiap negeri diberi kebebasan untuk mendapatkan tajaan. Justeru, Kafa amat teruja dengan kerjasama yang diberikan oleh barisan penaja sekaligus akan melonjakkan semangat pasukan Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pek Edisi Khas Happy-The Red Wariors di sini hari ini.

Mengenai kelab bola sepak remaja Al-Hamra-Group Red Warriors Academy (ARMY), Annuar berkata kelab itu akan mengambil 240 pelajar menganggotai kelab itu dari seluruh negeri untuk peringkat pertama tahun ini.

Menerusi akademi itu, kelab berkenaan akan mengambil pelajar berumur 13 tahun ke atas untuk menjalani latihan di bidang bola sepak selama empat tahun sebelum dipilih sebagai pemain pelapis, katanya.

Beliau berkata mereka akan diberi latihan oleh 18 jurulatih berpandukan bidang kejurulatihan kelab bola sepak bertaraf dunia mulai 13 Mei depan.

-- BERNAMA

Cheni : Semoga berbelanja secara berhemah


Read More......KAFA terima tajaan RM1.2 Juta daripada syarikat prabayar Happy

4 petua bagaimana mengatasi stress untuk wanita bekerja

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Bagi wanita bekerja, kebanyakan masa terluang di tempat kerja. Tak mustahil jika stress di tempat kerja terbawa-bawa ke rumah sebab fikiran seringkali teringat-ingat kerja. Kekadang bila tiba waktu untuk balik ke rumah, sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah, suasananya dipenuhi dengan sumpah-seranah, rasa tidak puas hati serta geram. Lama-kelamaan stress kecil sebegini terbawa-bawa menjadi stress besar hingga Anda hilang semangat nak bekerja.

Berikut adalah 4 petua bagaimana untuk mengatasi stress, khusus bagi wanita bekerja.



1. Jangan simpan, tapi alirkan stress tu.

Alirkan stress, jangan simpan di fikiran. Jika Anda perangi stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan agar Anda menemui lebih banyak ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan lebih banyak stress. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu – contohnya memasak,menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca majalah. Sibukkan diri. Elak untuk mengingati perkara-perkara yang membuat Anda merasa stress ketika Anda melakukan kesemua aktiviti-aktiviti ini, jika tidak petua ini tidak akan berkesan.

2. Fokus Pada Solusi.

Stress berpunca dari rasa tertekan sebab Anda dilanda masalah – mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin Anda mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan Anda tapi tak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang Anda lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.

3. Maafkan diri Anda kemudian lupakan semua yang dah berlalu.

Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup Anda maju ke depan, bukan ke belakang. Anda makin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Maafkan diri Anda kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. Anda dapat mengatasi stress dengan cara ini.

4. Hampirkan diri Anda dengan cinta, kesyukuran dan kekitaan.

Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami Anda dan memberi semangat pada Anda. Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengomen perbuatan Anda. Sebagai contoh, jika Anda kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan Anda sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar. Luahkan masala Anda kesemuanya, ceritakan pada dia semua perkara yang menstresskan fikiran Anda. Cara ni baik untuk mengatasi stress. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun Anda perlu waspada sebab kawan tempat Anda meluah tu boleh mengumpat hal Anda di belakang Anda, kekadang mentertawakan Anda tanpa Anda ketahui. Kena bijak nilai kawan. Biar ada kawan seorang tapi memahami, dari berkawan seribu tapi membuat fikiran haru-biru.

Amalkan 4 petua ini untuk Anda mengatasi stress – sama ada stress di tempat kerja atau stress di rumah, andai kata Anda adalah seorang suri rumah sepenuh masa.

eMail :


Read More......4 petua bagaimana mengatasi stress untuk wanita bekerja

KAFA tawar gelanggang bagi perlawanan Malaysia dan Lubnan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencadangkan supaya perlawanan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Lubnan pada 23 Jun ini diadakan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV di Kota Baharu, Kelantan.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan menghantar permohonan itu kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) melalui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat ini.

Katanya jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee, telah bersetuju dengan cadangan itu.


"Saya harap pihak perbadanan stadium akan memberi kerjasama dengan menaiktaraf bilik persalinan dan bilik media di stadium berkenaan," katanya dalam laman web sosial, 'Facebook'.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad berkata pihaknya akan menerima cadangan daripada semua anggota gabungannya yang berminat menawarkan gelanggang bagi perlawanan itu.

Katanya sebarang cadangan yang diterima akan dikemukakan kepada Majlis Pertandingan Antarabangsa FAM yang dipengerusikan oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Menurut peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), katanya, stadium yang menjadi gelanggang perlawanan antara lain perlu mempunyai dua bilikpersalinan dan keadaan padang yang baik.

Sementara itu, timbalan presiden KAFA, Datuk Affandi Hamzah berkata mereka sudah bersedia menjadi tuan rumah bagi perlawanan tersebut.

Skuad bimbingan Kim Swee berjaya melangkah ke pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 di London selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 pada perlawanan pusingan pertama kelayakan.

Sebelum itu, Malaysia akan bertandang ke Lubnan pada perlawanan pertama pusingan kedua pada 19 Jun ini Stadium Sultan Muhamad ke-IV yang dibina pada 1957 mampu menampung kapasiti penonton seramai 30,000 orang. -BERNAMA

Cheni : Kalau menjadi kenyataan, harap tiada ulat tiket, nanti malu Kelantan di peringkat antarabangsa.


Read More......KAFA tawar gelanggang bagi perlawanan Malaysia dan Lubnan

Menangani bos anda yang cerewet?

| 2 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh Abu Muhammad

Seorang bos mahu mengayakan kesempurnaan. Citarasa, pemikiran, arahan dan tindakan bos membebankan pekerja. Ditambah lagi dengan ego, bongkak, sombong, dia seorang betul menambah lagi rencah ‘kekejaman’nya. Jika kita sebagai bos, kita juga pening memikirkan pelbagai ragam pekerja. Sebab itu ada arahan atau tindakan bos yang tidak rasional. Apapun dia adalah bos. Kita kuli tetap kuli. Bagi menangani bos yang cerewet, membebankan dan ‘bermasalah’, lakukan secara profesional.

Pertama, bersetuju dengan arahan, bebelan, tindakan ketua. Jika kita melawan sekalipun, keputusan muktamad di tangannya.


Kedua, cuba mengambil hati ketua dengan sikap pro aktif bukannya mengampu. Kita mengambil serius saranannya dan akur arahannya dengan membuat yang terbaik. Jika bos mahu kita datang awal, kita datang awal. Sekurang-kurangnya kita menghormati orang yang lebih tua.

Ketiga, dari segi agama Islam, kita mesti mentaati pimpinan selagi perbuatan mereka tidak bercanggah dengan syariat Islam.(surah an Nisa:59).[hmm, bos suka ambil kesempatan menggunakan dalil agama untuk mengingati atau menggugut?..kikikikiki]

Keempat, kita perlu mengawal emosi. Kita kena sabar dan buangkan sifat amarah kita.

Kelima, belajar memaafkan ketua. Buang sifat dendam atau masalah peribadi dengan ketua. Lakukan tugas dengan profesional. Banyak bersangka baik dengan bos.

Keenam, jangan banyak alasan/ugutan/songeh dalam kerja. Lakukan yang terbaik bukannya melahirkan alasan tidak melakukannnya.

Ketujuh, banyak berdoa agar Allah mengikhlaskan kerja kita, kerja kita berpahala dan diberkati serta halal, doa lembutkan hati bos dan dapat memenangi hati bos[bukan cara mengampu]. Ingat!! Bos tetap bos, kita ini kuli tetap kuli..

Rujukan: Asliza Yusoff, Majalah Milenia "

Read More......Menangani bos anda yang cerewet?

10 taboos that managers/leaders should never say

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

The following are translated and summarized from an article with the title of "管理者最不应该说的十句话" which believed to be originated from the China Baidu blogosphere.

Below are the 10 taboos that managers/leaders should never say, but quite common to hear them saying.

1. "Not my business" - as a manager, you have your share of responsibility on every big and small matter in the company. Even though when it is totally out of your responsibility, you should graciously provide guidance to demonstrate your liberal-mindness and courtesy. If you have spoken this to your subordinates, your image might be easily subverted. If you have spoken this to your peers, it will cause conflict and misunderstanding. If you have spoken this to your boss, you might have annoyed him/her.


2. "Why do you all..." - before you start questioning others, think about any mistake on your own, and how much effort you have put in. Sometimes, be tolerant to others' mistake is an encouragement for them to improve. Using a series of "why" to launch attack on people might just end up with a series of answer just to tackle your "why". It might be better for solving the issue if you ask question like "Why didn't I collaborate well with you all? Where you need my help?".

3. "How I got scolded from above, I'll do the same to you" - one of the function of manager is to bridge the information from the top to the bottom, but you should convey the message effectively instead merely passing on the whole thing. To the top, you should be responsible and get the thing done. To your subordinates, you should attempt to motivate and show your support. The right thing you got to do is to be courageous to take on the pressure from the top, show your responsibility, and ease the tension of subordinates.

4. "I have no way to..." - the capability of a manager, in certain respect, is measured by the ability in problem-solving. Only emphasizing on objective reasons and not aggressively manoeuvre whatever resource in your hand will only show your helplessness and setback to your boss and subordinates. You have to believe that solutions always outnumbered the problems, and group wisdom can tackle the hardest moment.

5. "I say no means no" - this is a very egocentric discourse which does not provide relevant explanation to fact, and is hard to convince others. The situation can be worsen when we don't base on fact, and no open for discussion. In fact, even if the opinion is wrong, there is no harm to listen to it, and correct it accordingly. Making decision sidedly could be a sign of dictatorship which nobody like.

6. "Just do what you say" - this sounds like angry words or irresponsible remark. When getting into controversy and your opinion not accepted, saying so will make the listeners sense that you have no point. Instead, you should communicate all your idea clearly, in a cool manner.

7. "I can always take action on..." - this is a very stubborn discourse that make others feel uneasy. Trying to overwhelm others will only derogate your image and plant the seeds of hatred. Remember to pay respect to others.

8. "You are so stupid" - ridicule, satire, sarcastic discourse will hurt others' esteem and feeling. This will cause your subordinates to on the surface listen to you and act according to your command, but in reality they are in the state of perfunctory. This is very harmful to productivity and work quality.

9. "No, it is out of my ability. Let the capable one do it" - If you try to avoid or contradict assignment with this discourse, or to ridicule others to hide out your inner panic, it shows that you don't have sense to accept challenge. By showing this attitude, you are not qualified as manager (anymore).

10. "All is good", "pretty good" - vague recognition is lack of sincerity and cannot serve to inspire or motivate, as people just doesn't like insincere flattery. Therefore, verbal recognition and praise should be timely, rightful and specific. To praise timely and appropriately is a skill that all leaders must learn.


Read More......10 taboos that managers/leaders should never say
Related Posts with Thumbnails

FB