PETALING JAYA: Bermula musim depan, pemain import akan kembali mewarnai arena bola sepak tanah air dan seorang daripada mereka mestilah dari negara Asean, demikian diputuskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa berkata FAM secara dasarnya bersetuju dengan kemasukan kembali pemain import dalam liga tempatan dan keputusan muktamad akan dibuat dalam masa yang terdekat ini.
"Ini adalah bagi memberi peluang kepada pasukan negeri mencari pemain import terbaik dan bukannya tangkap muat pemain luar nanti," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Khamis.
Annuar berkata penggunaan khidmat pemain import diharapkan dapat memberi sumbangan dan pendedahan kepada pemain tempatan untuk beraksi lebih kompetitif.
"Saya harap pemain tempatan mampu bersaing dengan pemain asing untuk menunjukkan kualiti terbaik dan seterusnya menarik minat peminat bola sepak tempatan untuk meramaikan stadium seperti dahulu.
"Selain itu dari segi penyiaran, kita juga mahu menarik minat penonton Asean dan mempromosikan arena bola sepak negara," katanya.
FAM mula membenarkan khidmat pemain import beraksi dalam Liga Malaysia dengan pengenalan Liga Semi Pro pada 1989 sebelum menamatkan khidmat mereka bermula musim 2009.
Annuar berkata pada aksi Liga Malaysia musim depan, FAM akan mengurangkan perlawanan Liga Super dengan hanya 12 pasukan beraksi berbanding 14 sekarang.
Beliau berkata FAM sedang merancang melakukan rombakan Liga Malaysia dan dijangka mengambil masa selama tiga tahun untuk meningkatkan tahap bola sepak negara. - BERNAMA
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.