Kafa masih membisu insentif Piala Malaysia

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 30 Dis: Biar pun hampir sebulan tawaran insentif dibuat kepada pemain ekoran kejayaan menggondol Piala Malaysia, namun pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih membisu.

Tawaran insentif sebanyak RM200,000 dibuat kerajaan negeri sebaik sahaja Kelantan muncul juara Piala Malaysia musim 2010.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 1 Disember lalu.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri masih menunggu jawapan berhubung tawaran tersebut bagi manfaat pemain.

”Kita bercadang meraikan pemain pada majlis makan malam di samping memberi sumbangan kepada mereka sebanyak RM200,000.

”Surat rasmi mengenai tawaran itu dihantar kepada pihak Kafa berhubung perkara itu hampir dua minggu lalu.

“Dan sehingga kini masih tiada jawapan dan kita masih menanti jawapan mereka,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, semalam.

Insentif tersebut sebagai hadiah selepas pemain Kelantan berjaya menewaskan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010.

Ekoran sikap membisu Kafa menyebabkan ada pemain mendakwa Kafa tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia.

Seorang pemain Akmal Rizal Rakhli mengakui beliau dan beberapa pemain lain mengambil keputusan meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.

- Harakahdaily

Read More......Kafa masih membisu insentif Piala Malaysia

Permulaan era baru untuk bola sepak Malaysia

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh Ahmad Fuad Yahya

JAKARTA, 30 Dis (Bernama) -- Kejayaan Malaysia merebut Piala AFF Suzuki 2010 bukan sekadar menamatkan penantian 14 tahun untuk unggul sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara, malah sekaligus merupakan permulaan era baru bola sepak Malaysia sejak zaman kegemilangannya 20 tahun lalu.

Ia juga membuktikan bahawa pasukan Malaysia bukan sahaja jaguh di gelanggang sendiri malah di gelanggang lawan yang dipenuhi dengan puluhan ribu penyokong


Apa yang diharapkan para penyokong ialah pasukan bola sepak Malaysia akan terus mengekalkan prestasinya di peringkat antarabangsa dan menambahkan gelaran juara di peringkat antarabangsa.

"Ini adalah permulaan era baru. Sebelum ini semua orang berkata bola sepak Malaysia sedang menjunam-menjunam. Sekarang apa yang dikehendaki oleh penyokong-penyokong akhirnya menjadi kenyataan," demikian reaksi spontan presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor Mohd Nasir Yunus sejurus selepas menonton perlawanan akhir kedua itu di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia di sini Rabu malam.

Beliau, yang mengetuai rombongan kumpulan penyokong Malaysia ke sini telah memutuskan menonton di layar besar di kedutaan besar itu sebagai protes terhadap tempat duduk yang diperuntukkan kepada mereka oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan atas faktor keselamatan.

Beliau berkata, para penyokong bola sepak Malaysia berkata kejayaan ini akan menjadi penanda aras kepada pemain-pemain muda dan menjadikannya sebagai pembakar semangat kenapa mereka juga tidak boleh berjaya sebagaimana pasukan Malaysia ini.

"Kita mengharapkan peningkatan ini berterusan, penyokong yang dah ada tu kita boleh bertahan, kalau lepas ini prestasi mereka merosot, macam mana mereka nak kekalkan sokongan ini," katanya.

Oleh itu bila ada pertandingan lain di peringkat antarabangsa selepas ini, pasukan Malaysia mesti terus mengekalkan kemenangan agar sokongan para penyokong akan berkekalan.

"Harapan penyokong, selepas ini ada Sukan SEA, buktikan bahawa kejayaan ini bukan nasib semata-mata, Sukan SEA nanti di Jakarta juga," katanya.

-- BERNAMA

Read More......Permulaan era baru untuk bola sepak Malaysia

Malaysia juarai Piala AFF Suzuki untuk tamatkan penantian 14 tahun

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Malaysia menamatkan penantian selama 14 tahun selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia Rabu malam.

Gol Malaysia hasil jaringan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 terus menjadi tamparan hebat kepada ribuan penyokong berbaju merah yang memenuhi stadium itu.


Pada 26 Dis lepas, skuad anak buah K. Rajagobal membawa bekal selesa iaitu 3-0 apabila menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali melangkah ke final iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.

Namun, pada final tersebut, Malaysia tewas 0-1 kepada Thailand sekaligus menjadikan skuad negara belum pernah merasai nikmat menjuarai kejohanan peringkat senior di Asia Tenggara itu.

Pada enam edisi berikutnya, Malaysia tewas empat kali di separuh akhir kepada Thailand (2000), Indonesia (2002, 2004) dan Singapura (2007) serta dua kali kandas di peringkat kumpulan (1998, 2008).

Selain Piala AFF Suzuki, pemain Malaysia Mohd Safee turut meraih gelaran penjaring terbanyak sepanjang kejohanan itu dengan lima gol.

Bermain di depan hampir 70,000 penyokong lawan, Malaysia dan Indonesia memulakan perlawanan secara berhati-hati dengan masing-masing melakukan percubaan untuk menguji gawang lawan.

Gawang Malaysia yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat diuji pasukan tuan rumah apabila pengadil Peter Daniel Green dari Australia, menghadiahkan sepakan penalti kepada Indonesia, selepas bola terkena tangan Mohd Sabre Mat Abu dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, ketua pasukan Indonesia Firman Utina yang ditugaskan mengambil sepakan penalti berkenaan, hampa apabila sepakan leret beliau ditangkap kemas Khairul Fahmi.

Separuh masa pertama berlalu tanpa sebarang jaringan gol, walaupun kedua-dua pasukan melakukan beberapa percubaan menarik dan mendebarkan bagi mencari gol pendahulu.

Selepas rehat, kesempatan terbaik Malaysia membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-53 melalui rembatan kencang Mohd Safee, yang menerima umpanan daripada Norshahrul Idlan Talaha.

Tertekan dengan kedudukan itu, Indonesia melancarkan serangan bertali arus ke gawang Malaysia.

Pasukan "Garuda" memperoleh gol penyamaan selepas Mohammad Nasuha mengambil kesempatan bola rembatan Ahmad Bustomi, yang ditepis keluar Khairul Fahmi.

Suasana semakin tertekan bagi kedua-dua pasukan, bagaimanapun, pada minit ke-87, pemain Indonesia mendapat gol sagu hati apabila Mohamad Muslim Ahmad tertanduk masuk bola yang cuba diselamatkan daripada kekalutan di depan pintu gol Malaysia.

-- BERNAMA

Read More......Malaysia juarai Piala AFF Suzuki untuk tamatkan penantian 14 tahun

Jawatan Kosong : Universiti Sains Malaysia (USM)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Universiti Sains Malaysia (USM) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi 43 kekosongan jawatan tetap / kontrak / sambilan seperti berikut:

KAMPUS KEJURUTERAAN

1. Pegawai Pergigian U41
2. Pegawai Perubatan UD41
3. Pembantu Pembedahan Pergigian U17


KAMPUS INDUK - PULAU PINANG

1. Jururawat Pergigian U29
2. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
3. Pegawai Farmasi U41
4. Pegawai Kewangan W41
5. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53 (Kejuruteraan Kimia)
6. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53 (Fisiologi/Pharmacy)
7. Pegawai Pergigian U41
8. Pegawai Perubatan UD43
9. Pembantu Laut A17
10. Pembantu Pembedahan Pergigian U17
11. Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) N17
12. Penolong Akauntan W27
13. Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S27
14. Penolong Pegawai Penerbitan N27
15. Penolong Pegawai Sains C27

KAMPUS KESIHATAN - HUSM KELANTAN

1. Juru X-ray U29
2. Jurupulih Perubatan U29
3. Jururawat Pergigian U29
4. Juruteknik Komputer FT 17
5. Juruteknologi Pergigian U29
6. Pegawai Kewangan W41
7. Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
8. Pegawai Pergigian U41
9. Pegawai Perubatan UD43
10. Pegawai Teknologi Maklumat F41
11. Pegawai Veterinar G41
12. Pekerja Awam Khas R3
13. Pembantu Kesihatan Awam U17
14. Pembantu Pembedahan Pergigian U17
15. Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat N17
16. Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) N17
17. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
18. Penolong Pengurus Asrama N27

INSTITUT PERUBATAN & PERGIGIAN TERMAJU - PULAU PINANG

1. Pegawai Pergigian U41
2. Pegawai Perubatan UD43
3. Pegawai Perubatan UD47/UD48
4. Pegawai Perubatan UD51/UD52
5. Pegawai Perubatan UD53/UD54
7. Pegawai Veterinar G41

KLIK SINI UNTUK SYARAT LANTIKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE


Read More......Jawatan Kosong : Universiti Sains Malaysia (USM)

Jawatan Kosong : JAWATAN KOSONG : Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

1. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN /OPERASI) GRED N17

3. PEMBANTU PERTANIAN GRED G17





CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

a) Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang LKPK 1. Borang permohonan boleh diperolehi dengan memuat turun daripada laman web www.kada.gov.my.

b) Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil lain berkaitan yang telah disahkan sebelum atau pada 16 Januari 2011(Ahad). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan

c) Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Peti Surat 127
Jalan Dato Lundang
15710 Kota Bharu, Kelantan
(U/P: Pengarah Bahagian Pengurusan)

Read More......Jawatan Kosong : JAWATAN KOSONG : Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

2010 Tahun Cemerlang Khairul Fahmi

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda


Khairul Fahmi melayan salah seorang penyokong Malaysia ketika tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia, Isnin. GLENN GUAN/The Star

Oleh SURYATI MOHD NOR

KUALA LUMPUR : Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat ingin menjadikan 2010 sebagai tahun paling bertuah dalam hidupnya kerana bukan sahaja membantu pasukan Kelantan menjadi juara Piala Malaysia malah terpilih untuk beraksi dalam skuad senior mahu menjulang Piala Suzuki AFF.

Menurut Khairul atau lebih kenali ‘Apek’, tahun ini adalah sesuai untuk pasukannya melakar sejarah tersendiri, untuk muncul juara buat kali pertama selain menambah koleksi peribadinya.


“Mungkin ini adalah rezeki saya, kali pertama dipanggil menyertai skuad senior saya berjaya membantu Malaysia mara sehingga perlawanan akhir.

"Namun kejayaan ini bukan disebabkan saya seorang tetapi usaha keras semua rakan sepasukan,” katanya kepada media sebelum perlawanan di Jakarta, Selasa.

Khairul Fahmi yang juga penerima Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM tahun ini berkata, faktor kejayaan skuad negara mampu beraksi pada saingan akhir disebabkan semua pemain sentiasa fokus dan dan mengikut segala arahan jurulatih, K. Rajagobal.

“Mungkin ia dibantu dengan sedikit nasib ia membolehkan kami mara ke tahap ini, saya akui sebelum menyertai kejohanan ini saya sedikit gementar, begitu juga dengan akhir ini namun saya dapat menepis tekanan dengan baik.

“Saya bertambah semangat melihat rakan-rakan sepasukan berusaha keras dalam setiap perlawanan, ia membantu saya untuk menghilangkan segala tekanan dan semua melakukan tugas yang diberikan dengan baik,” katanya.

Khairul Fahmi mengakui segala kelemahan sebelum ini dalam pasukan, diperbaiki dengan baik ketika dalam latihan dan walaupun Malaysia menyenaraikan ramai pemain muda.

“Aksi awal di peringkat antarabangsa adalah sangat baik buat pemain muda seperti kami menimba pengalaman sebanyak mana yang boleh dan sekarang kami akan mendapat pengalaman baru mula beraksi di saingan akhir kejohanan ini,” katanya.

Sementara itu katanya, kejayaan menundukkan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Ahad lalu telah memberi keyakinan tinggi kepadanya untuk beraksi lebih baik di Stadium Gelora Bung Karno esok.

“Saya mengharapkan kejayaan menjadi milik pasukan Malaysia dan pastinya esok kami semua akan melakukan yang terbaik demi mencapai harapan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

- mStar

Read More......2010 Tahun Cemerlang Khairul Fahmi

Rajagobal minta media Indonesia hentikan provokasi melampau

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

JAKARTA, 28 Dis (Bernama) -- Media Indonesia diminta menghentikan provokasi melampau dalam laporan mereka yang boleh menjejaskan keharmonian dan semangat kesukanan antara Malaysia dan Indonesia dalam keghairahan pertandingan Piala AFF Suzuki 2010.

Jurulatih bola sepak Malaysia K Rajagobal yang membuat gesaan itu berkata tidak ada pihak yang mendapat keuntungan daripada provokasi berkenaan.


Bercakap pada sidang akhbar di sini Selasa, Rajagobal berkata pertemuan Malaysia dan Indonesia di gelanggang bola sepak selama ini sering diberi perhatian yang signifikan dalam erti hubungan akrab kedua-dua negara.

Beliau turut meminta semua pihak menerima hakikat bahawa menang dan kalah adalah lumrah dalam pertandingan sukan.

Merujuk kepada kekalahan 1-5 Malaysia kepada Indonesia pada peringkat kumpulan, Rajagobal berkata beliau menerima kekalahan itu dengan tenang dan sabar sekalipun dikritik pedas oleh media Indonesia.

"Pasukan Malaysia pernah tewas 5-1 kepada pasukan Indonesia dan kami menerimanya dengan cukup tenang biarpun kami dikritik teruk oleh media di sini (Indonesia).

"Apabila Indonesia tewas 3-0 baru-baru ini, kenapa pula ia menjadi isu kepada anda (media) di sini? Saya mahu anda menjawab soalan saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan Indonesia mengenai isu pancaran laser yang kononnya menjadi punca kekalahan 'Garuda' pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad lalu.

Rajagobal berkata beliau sentiasa mengamalkan profesionalisme yang tinggi dalam membimbing anak buahnya dan berharap penyokong serta media Indonesia mengamalkan prinsip yang sama.

Beliau juga mengulangi keyakinan bahawa pasukan Malaysia mempunyai peluang untuk menang pada perlawanan akhir kedua malam esok.

"Seperti jurulatih Indonesia yang yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya, saya juga optimis dengan kemampuan pemain-pemain bimbingan saya. Sehingga ke hari ini mereka mempamerkan skill permainan yang cukup baik.

"Saya juga berkali-kali mengingatkan pemain-pemain saya agar sentiasa fokus pada permainan dan jangan diganggu oleh faktor-faktor luaran yang negatif khususnya menjelang hari perlawanan nanti," katanya.

Rajagobal bagaimanapun tidak menafikan kemampuan pasukan Indonesia yang dianggapnya cukup cemerlang ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

-- BERNAMA

Read More......Rajagobal minta media Indonesia hentikan provokasi melampau

Ada pihak cuba lemahkan semangat pasukan Malaysia, kata Ahmad Shabery

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

JAKARTA, 28 Dis (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini menganggap laporan kononnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didenda dan digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan isu pancaran laser pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 Ahad lalu, sebagai cubaan melemahkan semangat pasukan Malaysia.


"Kami telah merujuk dengan Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad dan mendapati perkara ini tidak benar sama sekali," kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini, yang membuat liputan perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010.

Pertanyaan mengenai perkara itu, oleh seorang wartawan Indonesia kepada Ahmad Shabery pada sidang akhbar bersama Menteri Negara, Pemuda dan Olahraga Indonesia Andi Mallarangeng, ternyata memeranjatkan beliau.

"Saya baru saja mendengar berita ini daripada anda (wartawan Indonesia). Kalau benar ada hukuman itu, saya fikir FAM pasti sedia maklum dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya (membuat rayuan)," katanya.

Pada sidang akhbar itu, beberapa wartawan Indonesia turut mengajukan soalan sama ada Malaysia membenarkan penggunaan laser itu.

Kekalahan Indonesia telah menimbulkan kekecewaan di kalangan penyokongnya dan media negara itu terus menggunakan isu pancaran laser ke arah penjaga gol pasukan "Garuda" sebagai alasan.

Ketika menjawab soalan itu, Ahmad Shabery berkata Malaysia amat menyesali insiden berkenaan dan berkata pihak berkuasa telah diminta menjalankan siasatan.

"Kami sentiasa berusaha memastikan setiap perlawanan berlangsung dalam suasana aman tanpa gangguan. Namun, untuk memastikan semua penonton berada dalam keadaan yang baik, ia di luar kawalan kami. Kerana itu, kami sentiasa dan akan terus memperbaiki kelemahan dan kesilapan itu pada masa depan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukan Malaysia juga melalui pengalaman yang sama apabila pemainnya dipancarkan laser ketika berdepan Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Gelora Bung Karno 1 Dis lepas, namun ia tidak membuat bantahan.

"Dalam laman web rasmi AFF juga ada ditayangkan video pasukan Malaysia terkena pancaran laser semasa beraksi di sini," katanya.

-- BERNAMA

Read More......Ada pihak cuba lemahkan semangat pasukan Malaysia, kata Ahmad Shabery

Piala AFF-Suzuki: Malaysia bawa kelebihan agregat 3-0 ke Indonesia

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Malaysia membawa bekalan selesa ke Jakarta selepas menumpaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala AFF-Suzuki 2010 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini Ahad malam.

Mohd Safee Mohd Sali menjadi wira negara apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-59 dan 71, sementara Mohamad Ashari Samsudin menyumbang gol pada minit ke-67.


Perlawanan timbal balik akhir akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada Rabu ini bagi menentukan siapa yang bakal menjulang kejuaraan edisi kali ini.

Beraksi di hadapan kira-kira 85,000 penonton, Malaysia bermula garang dengan melakukan asakan bertali arus ke arah gawang Indonesia pada babak separuh masa pertama dengan mempamerkan corak permainan yang selamat.

Skuad 'Harimau Malaya' dan skuad 'Garuda' masing-masing melakukan asakan demi asakan namun buntu dalam pencarian gol sehingga wisel rehat dibunyikan.

Selepas rehat, perlawanan yang baru bermula 10 minit dicemari dengan insiden pancaran laser oleh penyokong yang menyebabkan jurulatih Indonesia, Alfred Riedl memprotes kepada pengadil, Toma Masaaki dari Jepun, dan akibatnya permainan terhenti selama lima minit bagi meredakan keadaan yang tegang di kalangan penyokong kedua-dua negara.

Sepanjang tempoh itu, keadaan dikeruhkan lagi apabila penyokong Indonesia mula membaling botol air mineral ke dalam padang dan diikuti oleh letupan bunga api yang dihalakan ke dalam padang oleh penyokong Malaysia.

Sejurus selepas itu, kedua-dua pasukan mula mempamer corak permainan yang lebih agresif namun anak didik bekas pemain kebangsaan, K. Rajagobal nyata lebih unggul apabila Safee Sali menjaringkan gol pertama Malaysia pada minit ke-59 hasil daripada lorongan bola yang diterima daripada Norshahrul Idhlan Talaha dalam kotak penalti.

Lapan minit kemudian, gawang Indonesia yang dikawal Markus Harison Rihihina sekali lagi dibolosi apabila Mohamad Ashari Samsudin, yang menggantikan Amirulhadi Zainal, membuat rembatan jarak dekat kira-kira dua meter dalam kotak penalti hasil umpanan Norshahrul yang terdahulu melepasi tiga benteng lawan.

Asakan bertubi-tubi pemain Malaysia sekali lagi berhasil menembusi gol Indonesia apabila Mohd Safee menanduk masuk bola hasil hantaran daripada luar kotak penalti oleh Mahalli Jasuli pada minit ke-71.

Tersentak dengan jaringan tiga gol, Indonesia cuba bangkit untuk mencari gol tunggal namun tidak berjaya hingga tiupan wisel penamat.

Rajagobal dalam sidang akhbar selepas perlawanan berkata beliau amat berpuas hati dengan prestasi dan pencapaian anak buahnya.

"Pada separuh masa pertama pemain bermain dengan cara bertahan dan menukar taktik selepas rehat. Pada masa rehat saya beritahu pemain bahawa inilah sahaja peluang pemain untuk mendapat bekalan selesa ke Jakarta nanti.

"Saya berbangga dengan pencapaian malam ini walaupun perlawanan malam ini dicemari insiden yang kurang disenangi oleh para penyokong, namun pemain negara tidak hilang fokus," katanya.

Sementara itu Riedl berkata perlawanan timbal balik akhir merupakan tugas yang berat bagi pemainnya kerana mereka perlu mengatasi agregat gol yang besar untuk merangkul gelaran juara Piala AFF-Suzuki.

"Gol pertama Malaysia memulakan segalanya apabila pasukan Indonesia mulai hilang fokus terhadap permainan. Saya rasa peluang agak tipis untuk menang di Jakarta, tapi kami perlu ambil pelbagai risiko dalam perancangan nanti," katanya.

Bagi Mohd Safee yang menjadi penjaring terbanyak pada kejohanan ini dengan empat gol, katanya beliau tidak menyangka dapat menyumbang dua lagi gol pada malam ini.

"Saya sangat yakin dengan persembahan saya dan rakan-rakan yang lain dan kami akan membawa momentum ini Rabu nanti di Jakarta," kata Mohd Safee, sambil menambah beliau berhajat untuk bermain dalam liga yang kompetitif di Indonesia selepas ini jika diberikan peluang.


-- BERNAMA

Read More......Piala AFF-Suzuki: Malaysia bawa kelebihan agregat 3-0 ke Indonesia

Siaran langsung perlawanan akhir Malaysia-Indonesia di TV1

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata perlawanan dijangka bermula pada 8 malam.


"Ya, kita telah mendapat pemerhatian awam bahawa ini bukan pertandingan bola sepak biasa, ini pertandingan yang mendapat perhatian nusantara, sebab itu kami berusaha menayangkan siaran langsung," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Istana Budaya (IB) 2011 di sini, Selasa.

Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0.

Pada aksi separuh akhir lalu, RTM menyiarkan siaran langsung hanya 30 minit selepas permainan berlangsung dan ini menimbulkan perasaan kurang senang peminat bola sepak.

Pertandingan akhir pusingan kedua akan berlangsung di Jakarta pada Rabu depan. -BERNAMA


Read More......Siaran langsung perlawanan akhir Malaysia-Indonesia di TV1

Rampas Piala Suzuki AFF: Terpulang kepada pemain, kata Rajagobal

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh SURYATI MOHD NOR

SEPANG: Kejayaan melangkah kaki perlawanan akhir Piala Suzuki AFF apabila menumpaskan Vietnam secara agregat 2-0, Sabtu memberi 1,001 makna kepada peminat-peminat sukan bola sepak tempatan yang sebelum ini sememangnya begitu mengharapkan kejayaan di peringkat antarabangsa.

Kali terakhir Malaysia mara ke final ialah pada tahun 1996, namun tumpas 0-1 kepada Thailand. Semenjak itu skuad negara gagal melepasi saingan suku akhir, malah ada satu masa turut terkandas di peringkat kumpulan lagi.


Ketua jurulatih negara, K.Rajagobal berkata, kejayaan ini adalah senario baru dalam bola sepak negara.

Katanya, beberapa tahun menunggu unuk samapi ke tahap ini dan inilah masa terbaik barisan pemain-pemain negara untuk mmembuktikan Malaysia juga mampu bersaing pada peringkat akhir.

“Berdasarkan aksi mereka sepanjang kejohanan ini berlangsung, mereka sememang layak menang pada perlawanan separuh akhir menentang Vietnam itu.

"Walaupun pada awal perlawanan, kita kalah 1-5 kepada Indonesia dan pelbagai kritikan diberikan kepada mereka, namun itu adalah bola sepak.

“Kami menerima kritikan itu sebagai semangat untuk terus bangkit, dan kini mereka telah membuktikannya. Namun kita kena sedar, kejayaan ini hanyalah sementara kerana perjuangan belum berakhir lagi.

"Mereka akan diberi rehat selama dua hari dan akan kembali menjalani latihan Selasa ini,” katanya kepada media sebaik sahaja tiba dari Hanoi di Terminal Penerbangan Tambah Murah (LCCT), Ahad.

Rajagobal berkata, faktor kejayaan Malaysia kali ini ialah disiplin pemain, mendengar arahan dan tidak lalai.

“Saya memuji barisan pemain negara terutama sekali kepada dua pemain muda yang baru berusia 19 tahun, Mohamad Muslim Ahmad dan Mohamad Fadhli Mohd Shas. Mereka tidak kekok dalam mempamerkan aksi walaupun ini pertama kali bermain di peringkat ini.

“Saya mengenali mereka lebih kurang dua tahun ketika mereka bersama skuad Harimau Muda lagi dan saya memang menjangkakan aksi mereka ini sekali gus membantu pasukan untuk mara ke final. Apa pun saya sememangnya tabik kepada semua pemain ini.

“Hanya tempoh seminggu menjelang final pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember ini, saya menyerahkan segalanya terpulang kepada mereka kerana ini peluang keemasan untuk bergelar juara. Saya yakin keinginan meluap-luap dan saya harapkan yang terbaik pada final nanti,” katanya.

Selain itu, Rajagobal juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih-jurulatih tempatan yang telah membantu melatih pemain-pemain sehingga berjaya mempamerkan aksi terbaik ini.

“Sokongan jurulatih-jurulatih tempatan serta penyokong-penyokong setia bola sepak tanah air adalah antara faktor mengapa kami berjaya hari ini. Selepas ini mereka ini perlu mengekalkan fokus dan konsisten ketika menentang Indonesia nanti,” katanya.

Read More......Rampas Piala Suzuki AFF: Terpulang kepada pemain, kata Rajagobal

Indonesia-Malaysia punya peluang 50-50 di pertandingan akhir Piala AFF

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

JAKARTA, 20 Dis (Bernama) -- Jurulatih Indonesia Alfred Riedl menyatakan peluang Malaysia dan Indonesia yang akan bertemu dalam pertandingan akhir Piala AFF Suzuki 2010 minggu depan adalah seimbang.

Pertandingan akhir itu akan dilaksanakan dua kali masing-masing di gelanggang tuan rumah iaitu di Kuala Lumpur pada 26 Dis dan di Jakarta 29 Dis.


"Pertandingan akhir ini nanti agak sulit. Meskipun pada babak penyisihan, kami pernah mengalahkan Malaysia 5-1 tetapi sekarang keadaannya agak seimbang sehingga peluang Indonesia menjadi 50 peratus dalam kejuaraan ini.

"Pasukan Malaysia pada masa ini bermain lebih baik sedikit dan lebih yakin diri," katanya.

Pasukan Indonesia akan berangkat ke Kuala Lumpur pada 24 Dis.

-- BERNAMA

Read More......Indonesia-Malaysia punya peluang 50-50 di pertandingan akhir Piala AFF

Malaysia mara ke final, setelah seri dengan Vietnam

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Dernama) -- Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 setelah seri 0-0 dengan Vietnam dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi Sabtu malam.

Dengan itu pasukan negara yang menewaskan Vietnam 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dalam perlawanan separuh akhir pertama Rabu lepas layak ke final seteleh menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0.


Beraksi di hadapan penonton sendiri, Vietnam bermula garang pada babak separuh masa pertama dengan mempamerkan corak permainan agresif, namun gagal membolosi gol Malaysia.

Cubaan berbahaya penyerang Vietnam dapat ditangani oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat bersama barisan pertahanan dengan cemerlang hingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Malaysia turut mempamerkan corak permainan lebih agresif dengan kedua-dua pasukan saling asak- mengasak untuk mencari gol, namun berkesudahan tanpa sebarang jaringan dilakukan hingga tamat perlawanan.

Pengadil memberi kad merah kepada pemain Vietnam, Pham Thanh Luong pada minit ke-71 apabila dia pura-pura jatuh seoah-olah dikasari oleh pemain Malaysia S. Kunanlan dalam kawasan kotak penalti.

Malaysia mendapat beberapa peluang pada saat-saat akhir perlawanan di hadapan gol Vietnam, namun dapat ditepis oleh penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong.

Dalam pertemuan separuh akhir pertama antara Indonesia dengan Filipina di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Jumaat malam, Indonesia menewaskan Filipina 1-0.

Perlawanan separuh akhir kedua antara kedua-dua pasukan akan diadakan di stadium yang sama Ahad malam yang pemenangnya akan bertemu Malaysia di perlawanan akhir.

Sepanjang tujuh edisi Piala Suzuki sebelum ini, Malaysia hanya sekali melangkah ke pertandingan akhir iaitu pada edisi sulung 1996 yang ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger dan tewas 0-1 kepada Thailand.

Dalam enam edisi berikutnya, Malaysia tewas empat kali di separuh akhir kepada Thailand (2000), Indonesia (2002 dan 2004) dan Singapura (2007) serta dua kali terkandas di peringkat kumpulan (1998 dan 2008).

-- BERNAMA

Read More......Malaysia mara ke final, setelah seri dengan Vietnam

Malaysia tetap hati-hati hadapi skuad pincang Vietnam

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Walaupun skuad Vietnam dikatakan pincang tanpa empat tonggak utama pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di sini Rabu, jurulatih kebangsaan K Rajagobal mengingatkan anak buahnya agar sentiasa fokus dan berwaspada dengan corak permainan pantas lawan.


Kedua-dua pasukan akan bertemu pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8 malam manakala perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu.

"Walaupun ia merupakan perlawanan yang dianggap bukan mudah ditambah dengan pemain kita yang muda dan masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan namun ia bukanlah alasan untuk kita tidak beraksi dengan baik menentang Vietnam.

"Kita perlu rebut peluang ini kerana kita mengetahui seorang pemain dibuang padang dan tiga pemain Vietnam cedera namun kita masih menganggap mereka tetap berbahaya kerana dalam perlawanan dalam jangka masa 90 minit ini sukar diramal," katanya pada sidang media pra-perlawanan kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa.

Vietnam kehilangan khidmat dua pemain pertahanan, Doan Viet Cuong dan Hyun Quang Thant serta pemain tengah, Phan Van Tai Em akibat kecederaan sementara Nguyen Trong Hoang yang menjaringkan dua gol setakat ini pula masih menghadapi tindakan penggantungan.

Malaysia layak ke separuh akhir bertemu Vietnam setelah muncul naib johan Kumpulan A di Jakarta manakala Indonesia selaku juara Kumpulan A akan menentang naib johan Kumpulan B Filipina dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Rajagobal berkata walaupun corak pemain Vietnam pantas dan bertenaga namun beliau mengingatkan anak buahnya agar menyaingi kepantasan lawan.

"Saya mahukan pemain saya merebut peluang menang di tempat sendiri dengan menghadiahkan permainan terbaik buat peminat dan membawa bekalan selesa ke Hanoi nanti," katanya.

Mengenai kesebelasan utama yang akan diturunkan menentang Vietnam, jurulatih itu berkata beliau belum membuat sebarang keputusan kerana masih banyak yang perlu dirombak terutamanya pada bahagian pertahanan.

"Saya masih mahu melihat dan meneliti kelemahan-kelemahan di barisan pertahanan untuk mengekang kemaraan Vietnam membolosi gawang kita.

"Saya tidak mahu ada tekanan terhadap pemain dan ini tidak baik untuk konsentrasi mereka," katanya.

Beliau berkata skuad negara akan menyarung jersi berwarna biru menentang Vietnam yang akan memakai jersi berwarna putih.

Jurulatih Vietnam dari Portugal, Henrique Calisto berkata walaupun mereka hilang empat pemain utama akibat penggantungan dan kecederaan, pasukan itu akan berusaha sedaya upaya apabila bertemu Malaysia esok.

"Keseluruhan pemain berbeza daripada skuad sebenar yang dibentuk dua tahun lalu tetapi kualiti mereka adalah setara.

"Pada edisi sebelum ini dua tahun lalu, kami kehilangan tujuh pemain utama tetapi memberi tentangan hebat kepada Thailand sebelum tewas 0-2 dalam perlawanan akhir," katanya.

Barisan Kemungkinan:

--------------------

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Sabri Mat Abu, Mohd Faizal Muhammad, Safiq Rahim, Mahalli Jasuli, Mohammad Muslim Ahmad, Amar Rohidan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohd Amirulhadi Zainal, S. Kunanlan, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Amri Yahyah.

-- BERNAMA

Read More......Malaysia tetap hati-hati hadapi skuad pincang Vietnam

Kelantan juara Piala Emas Raja-raja edisi ke-70

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU, 12 Dis (Bernama) -- Kelantan muncul juara Piala Emas Raja-Raja bagi edisi ke-70 selepas menewaskan Kedah 4-3 melalui penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini, Sabtu malam.

Perlawanan itu terpaksa ditentukan menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan selepas masa tambahan.


Jaringan penalti pasukan Kelantan itu disempurnakan oleh Rosairil Asrol Mat Noor, Mohamad Aris Zaidi, Ahmad Ezrie Shafizie Sazali dan Khairan Ezuan Razali.

Gol Kedah pula oleh Ahmad Fauzi Shaari, Shafizan Hashim dan Mohd Firus Hashim.

Pada separuh masa pertama, Kelantan, yang juga juara Piala Malaysia tahun ini, lebih banyak menyerang dengan Kedah yang juga naib juara edisi lalu terpaksa bertahan.

Bagaimanapun, Kelantan mensia-sia peluang untuk membolos gawang gol Kedah tetapi rembatan penyerang Mohamad Ramzul Zahini Adenan pada minit kelapan dan ke-17 itu melewati palang gol.

Aksi hambar pada separuh masa pertama juga berterusan pada aksi separuh masa kedua namun corak permainan "mula panas" pada 15 minit terakhir perlawanan.

Tandukan pemain gantian Ahmad Ezrie Shafizie Sazali yang tepat pada penjaga gol Kedah, Mohd Muhaimin Muhamad pada minit ke-80 melegakan kem pelawat itu.

Beberapa percubaan pemain Kelantan selepas itu juga berjaya ditampan baik Mohd Muhaimin yang beraksi cemerlang sehingga tamat perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu.


-- BERNAMA

Read More......Kelantan juara Piala Emas Raja-raja edisi ke-70

Pemain bakal digantung satu musim jika lompat pasukan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) -- Pemain bola sepak Liga Malaysia berhadapan risiko digantung satu musim perlawanan jika mereka bertindak melompat ke pasukan lain tanpa kebenaran persatuan yang mereka wakili sebelum itu.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata perkara itu penting dijadikan sebagai peringatan kepada pemain kerana syarat tersebut termaktub dalam surat perjanjian dengan terma dan syarat yang wajib dipatuhi.


"Namu setakat ini FAM belum menerima sebarang bantahan kerana kita belum menerima pendaftaran pasukan negeri dan kelab-kelab yang tarikh tutup penyertaan dalam Liga Super dan Liga Premier ialah 15 Dis ini.

"Jika terjadi, kita akan siasat dahulu sama ada persatuan dan pemain mengikuti segala prosedur atau tidak," katanya pada sidang akhbar mengenai perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja, di Wisma FAM di sini.

Beliau diminta mengulas perasaan tidak puas hati beberapa pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana selepas beberapa pemain yang masih mempunyai ikatan kontrak dengan mereka, meninggalkan persatuan tersebut untuk beralih arah mewakili pasukan lain musim depan.

Takiyuddin berkata dalam kontrak pemain bola sepak tempatan yang dikeluarkan oleh FAM, pemain yang bermain dalam pasukan Liga Super atau Liga Premier masing-masing wajib menurunkan tandatangan mereka. "Ini kerana salah satu peruntukan kontrak untuk pemain adalah membenarkan pasukan negeri melanjutkan kontrak pemain," katanya.

Beliau yang juga ahli exco FAM berkata pasukan negeri dibenarkan mengeluarkan kontrak baru bermula tiga bulan dari tarikh tamat kontrak asal pemain dengan memberikan notis kepada pemain tersebut untuk melanjutkan tempoh kontrak permainannya. "Persatuan juga perlu meletakkan tangga gaji dan elaun pemain dalam kontrak tersebut dan seandainya pemain bersetuju atau tidak, mereka perlu menurunkan tandatangan dalam surat tersebut dan kembalikan ia kepada persatuan dalam masa 14 hari dari tarikh surat itu dikeluarkan," katanya.

Takiyuddin berkata jika pemain tidak membalas dalam tempoh tersebut, perjanjian itu akan terus berkuat kuasa, iaitu kontrak sedia ada bersambung.

"Dalam perjanjian ini telah dituliskan, jika dua bulan terakhir pihak pasukan tidak memberi kontrak baru itu kepada pemain, barulah mereka bebas untuk berunding dengan pasukan lain," katanya.

Mengenai kejohanan Piala Emas Raja-Raja, beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) berkata perlawanan akhir antara Kelantan dengan Kedah akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada Sabtu ini.

"Kelantan pada kali ini dipilih sebagai tuan rumah kerana Kedah menjadi hos perlawanan pada tahun lepas ketika menentang Perlis," katanya.

Beliau berkata harga tiket ialah RM15 untuk dewasa, RM10 untuk remaja bawah 18 tahun dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

"Kita masih mengekalkan hadiah mengikut tahun lepas dengan johan akan membawa pulang sebanyak RM30,000 dan naib johan akan membawa pulang RM15,000," katanya.

-- BERNAMA

Read More......Pemain bakal digantung satu musim jika lompat pasukan

Malaysia layak ke separuh akhir Piala Suzuki AFF

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

PALEMBANG (Indonesia), 8 Dis (Bernama) -- Malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2010 apabila menewaskan Laos 5-1 dalam Kumpulan A di Stadium Jakabaring Kota Palembang, Sumatera Selatan, Ahad malam.

Tuan rumah Indonesia menghidupkan peluang Malaysia ke saingan separuh akhir apabila menewaskan Thailand 2-1 dalam satu lagi perlawanan akhir serentak Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.


Malaysia, yang tewas 1-5 kepada Indonesia dan seri tanpa jaringan dengan Thailand, perlu mendapat mata penuh ke atas Laos dan mengharapkan Indonesia mengalahkan Thailand.

Sekiranya, Thailand mengecewakan Indonesia malam ini, maka kemenangan Malaysia tidak memberi makna dan skuad bimbingan K. Rajagobal terpaksa pulang awal dari kejohanan itu.

Indonesia, yang mengekori Thailand 0-1 sehingga minit ke-70, bagaimanapun, menyempurnakan dua tendangan penalti oleh Bambang Pamungkus, bekas pemain Selangor yang beraksi dalam Liga Malaysia beberapa tahun lepas.

Sementara itu, Malaysia melakukan jaringan seawal minit keempat menerusi Amri Yahya tetapi Laos, yang seri 2-2 dengan Thailand sebelum ini, menyamakan kedudukan pada minit kelapan menerusi Lamnao Singto.

Bagaimanapun, Amri meletakkan Malaysia di hadapan sekali lagi menerusi jaringan pada minit ke-40 sebelum perlawanan berhenti rehat.

Selepas mengetahui Indonesia dan Thailand masih belum menjaringkan sebarang gol, pemain Malaysia turun semula pada babak kedua dengan penuh semangat dan keazaman.

Malaysia mengambil kesempatan dengan kelemahan bentang pertahanan lawan apabila menyumbat gol ketiga menerusi Mohd Amrulhadi Zainal pada minit ke-73 dan tiga minit kemudian Norshahrul Idlan Talaha mengukuhkan kedudukan.

Laos menghadiahkan gol terakhir Malaysia menerusi jaringan sendiri oleh Kitsada pada perlawanan yang dilanda hujan lebat.

Malaysia, selaku naib juara kumpulan, akan menentang juara Kumpulan B dalam saingan separuh akhir manakala juara kumpulan Indonesia akan berdepan dengan naib juara Kumpulan B.

Lawan Malaysia pada separuh akhir akan ditentukan antara Vietnam, Singapura atau Filipina.

Dalam perlawanan akhir Kumpulan B nanti, Filipina, yang membuat kejutan pada kejohanan itu dengan mendahului kumpulan itu akan menentang Myanmar manakala Vietnam akan bertemu Singapura pada perlawanan penentuan.

-- BERNAMA

Read More......Malaysia layak ke separuh akhir Piala Suzuki AFF

Terengganu gagal ke pusingan akhir Piala Emas Raja-raja, tumpas 1-0 kepada Kelantan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA TERENGGANU, 6 Dis (Bernama) -- Hasrat Trengganu untuk memburu kejuaraan Piala Emas Raja-Raja berkecai apabila tumpas 1-0 di tangan Kelantan, dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nassiruddin Shah di sini malam Isnin.

Dalam perlawanan peringkat separuh akhir pertama di Kota Baharu sebelum ini Terengganu kecundang 3-0.


Kelantan yang memerlukan seri, memperolehi gol tunggal pada minit ke-17 di separuh masa pertama selepas rembatan Ramzul Zahini Adenan gagal ditepis Mohd Shahril Saari.

Ramzul yang mendapat umpanan dari tengah, terus melarikan bola di sebelah kanan gol Terengganu sebelum merembat kencang melepas jengkauan Shahril.

Terengganu boleh dikatakan mengusai permainan, terutamanya pada babak kedua, tetapi gagal menembusi gawang Kelantan.

Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja akan berlangsung di Kota Baharu pada 15 Disember ini.

-- BERNAMA

Read More......Terengganu gagal ke pusingan akhir Piala Emas Raja-raja, tumpas 1-0 kepada Kelantan

7 tips to be success in career

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

All would want to succeed by reaching the top rung of each profession, but why sometimes impeded his journey? Find out the answers and learn the tricks. Too seriously devote more attention to those who excel or have the X factor that causes others are more advanced will make us frustrated and considers this area of work that was involved it was impossible to give a success.

Leave that kind of thinking because it has the following seven skills will take us up the top of the career ladder.


1. Good Speaker

The ability to speak with diverse individuals is an absolute demand for success.

For example, in a friendly eye contact, a rich vocabulary and the ability to customize the language we use with the speaker also hold the role.

So, practice talking courteously with whoever we meet in daily life or join a discussion group to hone debating skills.

Rewards are we going to get is more proficient in a variety of social situations, excellent build a network’s success, helped in working in a private group.

2. No wishy-washy

A good leader has a firm attitude and always shows this attitude every time he was faced with the problem that requires it to make a decision.

Whatever decision is made it will cause the pros and cons. But remember, the decision making process will bring us closer to the ability to complete a given challenge. The key, make sure that the decisions we take are carefully considered and there is a reason that accompany it.

3. Accountability

Another important part in achieving success is the willingness to accept responsibility, whether successful or failed. If this is done, we are considered ready to accept greater responsibility and reap respect from colleagues because of humility possessed.

In order to minimize mistakes, taking into account all possibilities and immediately take appropriate steps to correct the mistakes we did.

4. Stay Positive

By treating the positive outlook, we would likely spur other people to share their positive attitude so that might be more productive and more reliable for executive positions.

A positive attitude is really easy and formed our own, by emphasizing the positive things in every situation. Essentially, do not see a problem, but look at the way out.

5. Self Presentation

Learning how to express themselves on the tips is very important.

For instance, neatly-dressed gives a successful image in the eyes of other people before we say a word. No need expensive, but clothes with high standards of quality seam indicates that in many ways even we have high standards and this is what makes other people perceive us amazed. How much we give strong influence on colleagues, boss or client will see how well we perform in their eyes. Has an elegant style to support our success is not something bad, really. Do not forget, the appearance will enhance what we feel about ourselves that will ultimately make us more confident.

6. Manage Time

The inability to organize will make us a mess so that the achievement of targets set under.

To overcome it, learn to write everything in detail so that allows us to make sure everything is done according to the availability of time there. The result, we have a better quality of work and do not be surprised if in the future we will be entrusted with the responsibility of continuing to increase.

Ability to manage time does not mean we have no spare time for yourself, you know. This is precisely the key factor in our success compares doing everything in a timely and better quality. Do not procrastinate, set your goals challenging but realistic, and take advantage of time as efficiently as possible.

7. Detecting Solutions

Roots of success of business leaders is the ability to find solutions to big problems. This capability is not immediately obvious but must be shown to others.

If we and our colleagues in such a division has been disciplined, there’s no harm in always finding out what is most a problem.

Is it a lack of communication among staff, conflicts surrounding the rights of each employee, technical problems, or difficulty accessing the information. Find and then act. Do not be afraid of extra work if it intends to find a solution. Remember, the person who eagerly challenged to handle the hurdles instead. Essentially, do not be limited to content on a routine.

Source:
brookelyn.org

Read More......7 tips to be success in career

Menghindar keletihan ketika bekerja

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

ADA ketikanya seseorang pekerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah. Mereka yang bekerja di ladang dan sebagai buruh binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika menggunakan tulang empat kerat.

Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat, berfikir dan menghadap komputer.


Selain memakan vitamin dan pelbagai makanan tambahan berkhasiat, seseorang pekerja boleh mengelak keletihan dengan pelbagai cara yang disyorkan doktor dan orang tua. Jika tidak, sikap malas, lesu dan bosan akan menguasai diri hingga menjejaskan produktiviti.

Untuk menghilangkan rasa letih, beberapa petua boleh dicuba. Antaranya:

- Bersifat positif terhadap pekerjaan:

Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.

- Bersantai sejenak:

Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja.

Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah 5 atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.

- Nikmati humor dan ketawa:

Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik dan kartun atau berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Humor dan ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram.

- Bekerja secara sistematik:

Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.

- Banyak minum air mineral:

Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh.

- Lakukan aktiviti fizik:

Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Bila pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, untuk naik-turun pilihlah menggunakan tangga daripada lif. Jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk menunaikan solat.


eMail : fuzzy4er@yahoo.com

Read More......Menghindar keletihan ketika bekerja

Betulkan niat bekerja

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

BERDASARKAN jumlah tangkapan pemberi rasuah melibatkan pekerja sektor awam mahupun swasta yang semakin meningkat, golongan pekerja diseru membuat pertimbangan seribu kali sebelum melakukan jenayah keji itu. Ini kerana menurut perangkaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebanyak 524 tangkapan kerana kesalahan rasuah telah dilakukan antara tahun 2005 hingga 2009.


Manakala untuk tiga bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 142 tangkapan telah dilakukan dan sebanyak 51 pertuduhan telah dikemukakan ke muka pengadilan.

Bagi mengelak trend peningkatan jenayah rasuah yang merugikan bangsa dan negara daripada berterusan, golongan pekerja disaran mengaplikasikan konsep bekerja sebagai ibadah ketika menjalankan tugasan harian mereka. Ini boleh dilakukan dengan membetulkan niat dan matlamat bekerja.

Dalam Islam, setiap amalan dinilai berdasarkan niat, jika ia benar semata-mata mencari reda Allah SWT, nescaya ia dianggap ibadah dan berupaya untuk mengelak seseorang daripada melakukan perbuatan hina seperti menerima dan memberi rasuah. Begitu juga niat yang betul akan menyumbang kepada perolehan rezeki yang halal dan diberkati.

Selain itu, pekerjaan yang dilakukan mestilah yang dibenarkan oleh syariat. Tidak kira sama ada bergaji tinggi ataupun rendah, yang penting pekerjaan yang halal lebih mulia daripada perbuatan meminta-minta.

Kenyataan ini pernah disebut oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya yang bermaksud “Perbuatan seseorang pergi ke hutan menebang kayu, mengikat dan memikul di bahu kemudian dibawa ke pasar untuk dijual adalah lebih baik daripada meminta-minta kerana belum tentu kita diberi ataupun tidak.”

Justeru itu, tiada guna berpendapatan tinggi dan hidup mewah jika apa yang dilakukan boleh merosakkan agama dan keharmonian negara.

Begitu pula pekerjaan yang diharamkan agama seperti bekerja di rumah urut sambil melacurkan diri, bekerja di kelab malam yang dikelilingi maksiat dan arak juga pusat-pusat perjudian seperti kedai menjual nombor ekor dan lain-lain wajib dijauhi.

Ini kerana perbuatan tersebut menyumbang masalah sosial dalam masyarakat, selain dilaknat oleh Allah SWT. Bagaimana ia boleh diterima sebagai ibadah sedangkan Allah SWT hanya menerima yang baik sahaja. Malah penglibatan orang Islam dalam jual beli riba dan apa sahaja bidang perniagaan yang memudaratkan seperti pengedaran dadah dan pil-pil khayal turut diharamkan.

Perlu juga diingat dalam melaksanakan apa jua pekerjaan, kewajipan melaksanakan ibadah adalah asas yang sama sekali tidak boleh diabaikan. Sibuk mana pun kita menguruskan perniagaan mahupun kerja-kerja di pejabat, sembahyang tidak patut ditinggalkan.

Ia merupakan kewajipan utama yang pertama kali akan dipersoalkan di hari kemudian.

Akibat diabaikan kerja-kerja yang lain kemungkinan akan terbengkalai dan tidak dapat disempurnakan dengan baik. Amalan bermesyuarat sehingga mengorbankan sembahyang fardu sebagai contohnya patut dihindari sebagai tanda bersyukur atas nikmat rezeki dan gaji yang diperoleh setiap bulan.

Dalam kesibukan bekerja juga, seseorang tidak patut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan rumah tangga. Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk makan bersama seisi keluarga dan bercuti bersama anak-anak.

Pasangan suami isteri yang bekerja juga perlu memperuntukkan masa bersama sambil berbincang untuk menyelesaikan masalah anak-anak dan rumah tangga. Jika tidak, anak-anak terutamanya akan merasa bosan dan tidak seronok berada di rumah lalu keluar bergaul dengan rakan-rakan yang kemungkinan menyumbang perlakuan tidak bermoral dan terlibat dengan aktiviti jenayah.

Isteri yang keluar bekerja pula perlu mendapat restu daripada suami. Di samping itu, pekerjaan yang dilakukan hendaklah yang dibenarkan oleh syariat dan jangan sampai mengganggu tugas hakiki seperti mengurus rumah tangga dan mendidik anak-anak.

Elakkan daripada menyerahkan sepenuh tanggungjawab kepada pembantu rumah, kerana dikhuatiri akan menjejaskan kerukunan rumah tangga. Isteri yang keluar bekerja juga perlu mengelak fitnah dengan tidak melampau-lampau dalam berhias dan berpakaian. Ini bagi mengelak hubungan terlarang di pejabat yang banyak terjadi akhir-akhir ini.

Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan juga semestinya dilakukan dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh. Untuk itu perbuatan curi tulang dan makan gaji buta hendaklah dijauhi.

Nabi Muhammad SAW bersabda dengan maksudnya “Sesungguhnya Allah suka jika seseorang itu bekerja, maka ia bekerja dengan tekun.” (Riwayat al-Baihaqi).

Sebagai pekerja dalam perkhidmatan awam pula, nilai-nilai murni dalam Tonggak 12 yang diperkenalkan oleh kerajaan cukup lengkap untuk menjadi panduan dan pedoman ke arah menjadi pekerja yang berintegriti. Nilai-nilai yang baik seperti menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan, kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berkhidmat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat serta nikmat mencipta hendaklah sentiasa tersemat dalam hati sanubari.

Ingatlah kerja ikhlas yang dilakukan semata-mata untuk mencari rezeki halal menjadi penyebab kepada keberkatan hidup. Mungkin gaji yang diperoleh sedikit tetapi jika diberkati, pasti akan mencukupi. Sedarlah juga setiap wang ringgit yang diperoleh akan dipersoalkan sumber dan cara bagaimana ia dibelanjakan.

Di samping itu, perbuatan memburuk-burukkan rakan sepejabat dan saling dengki mendengki satu sama lain untuk tujuan kenaikan pangkat misalnya tidak bertepatan dengan konsep bekerja sebagai ibadah. Ini kerana selain bekerja untuk menyara kehidupan di dunia, sebagai orang Islam kita juga bekerja untuk mendapat keredhaan Allah SWT di hari akhirat.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru


Sumber: Utusan Malaysia

Read More......Betulkan niat bekerja

Tips membina kepimpinan dalam diri

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Bagi Anda yang mahu membina kepimpinan dalam diri supaya staff Anda atau rakan-rakan sekerja hormat dengan Anda, ikuti langkah-langkah dibawah. Untuk membuat mereka ikut cakap Anda, mereka perlu kagum dengan Anda, atau segan sedikit bila terlihat Anda terlebih dahulu sebelum mereka menghormati Anda. Nak membuat orang kagum dengan Anda, cara pertama adalah:



1. Suarakan suara Anda. Tampil ke depan dan tunjukkan keberanian Anda berada di depan. Tegakkan badan, pandang mata setiap orang ketika Anda bercakap. Peralatkan peluang ketika mesyuarat, briefing, perhimpunan pagi, rapat umum atau ketika ada perjumpaan organisasi Anda. Lontarkan idea membina sebanyak mungkin.

2. Waktu kerja, kerja. Waktu berkawan, jadilah kawan. Ramai orang mencampurkan waktu untuk berkawan dengan waktu kerja menjadi satu. Kena tegur sikit di tempat kerja, merajuk banyak sampai mulut memuncung-muncung bila habis waktu kerja. Kesannya, tak bertegur sapa berhari-hari lamanya, padahal dia adalah kawan Anda sendiri. Beritahu kawan-kawan di tempat kerja Anda, yang waktu kerja, kita kerja. Be professional, bukan emosional.

Mulanya mereka akan menolak, lama kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri juga. Bila habis waktu kerja, minta maaf pada kawan-kawan Anda atau staff-staff Anda jika ada perbuatan Anda (atau sikap Anda) yang menyinggung mereka hari itu. Mereka akan respek Anda.

3. Gunakan diplomasi, bukan kuku besi. Jangan asyik mengomplen itu ini. Orang tak suka dikomplen. Mereka suka dihargai. Pujian membuat mereka mulai memberi perhatian pada Anda.

Pergunakan sikap diplomasi untuk Anda menarik rasa kagum mereka, kerana di dalam kekaguman ada rasa hormat. Hati-hati, jangan kerana mahu berdiplomasi, kebaikan Anda dipergunakan pula.

4. Sentuh hati mereka dengan memulakannya dari hati Anda. Sebelum tidur, maafkan kesalahan setiap orang yang Anda marah hari tu dan hari-hari sebelumnya. Maafkan habis, biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari. Amalan ini menjadikan hati Anda bersih lalu ditumbuhi emosi positif, membentuk fikiran positif dalam diri Anda.

Jika Anda pernah sakit hati atau marah sangat pada sikap mereka, lupakan selupa yang mungkin. Tekadlah untuk tidak mengingati perkara itu walaupun hanya untuk 1 saat. Jangan ingat walau sedikit.

Doakan kebahagiaan mereka. Lebih baik, doakan sepanjang masa! Ia akan menarik energi positif dari minda mereka datang bertumpu ke arah Anda.

Kesannya, tiap kali mereka berjumpa atau bertentang mata dengan Anda, mereka akan rasa tenang saja, seronok. Lama-kelamaan, timbul sikap kagum pada Anda, lalu menganggap Anda orang berwibawa.

Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita yang sakitkan hati mereka. Itu bahaya. Kita sakitkan hati orang, kita akan susah 2 kali ganda dari kesusahan mereka.

eMail : fuzzy4er@yahoo.com

Read More......Tips membina kepimpinan dalam diri

Indra Putra Mahayudin Bakal Sertai T'Team

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA TERENGGANU: Tiga tonggak utama pasukan Kelantan musim lalu iaitu ketua pasukan Indra Putra Mahayudin, Azizi Matt Rose dan Mohd Norfarhan Muhammad dikatakan telah menunjukkan minat untuk bermain dengan pasukan T'Team dalam kempen Liga Malaysia musim depan.

Pengurus pasukan T'Team, Rozi Mamat berkata pasukannya sedang berusaha untuk mendapatkan surat pelepasan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)sebelum mendapat para pemain ini.


T'Team juga meminta pemain-pemain berkenaan menyelesaikan perkara-perkara yang bersangkutan jika ada dengan bekas pasukan mereka, kata beliau.

"Kita berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan mereka," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Sebelum ini dilaporkan sesi latihan skuad Kelantan yang bermula penghujung bulan lalu tidak melihat kelibat kehadiran tiga tonggak berkenaan.

Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata beliau belum dimaklumkan apa-apa berita mengenai ketiadaan tiga pemain tersebut.

Rozi berkata perhatian T'Team bukan tertumpu kepada tiga pemain itu sahaja tetapi juga terarah kepada pemain negeri lain bagi memperkuatkan pasukan itu tahun depan.

Antara pemain lain yang dijangka menandatangai kontrak dengan T'Team ialah Amzar Junaidi (Perlis), Mohd Saufi Saidi (Perak), Tengku Hasbullah Awang (Terengganu), Badrul Hisani (KL Plus) dan Khairul Izwan (Felda United).

Beliau berkata semua pemain yang bakal mewarnai pasukan T'Team sudah berada di Terengganu kecuali Indra Putra, Azizi dan Nor Farhan.

Pasukan T'Team tahun depan akan dilatih oleh Yunus Alif, katanya. - BERNAMA


Read More......Indra Putra Mahayudin Bakal Sertai T'Team

Piala AFF: Malaysia janji persembahan terbaik walaupun turun sebagai 'underdog'

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

JAKARTA, 30 Nov (Bernama) -- Malaysia berjanji akan menunjukkan persembahan terbaik walaupun turun sebagai pasukan 'underdog' pada kejohanan Piala AFF 2010 di Jakarta dan Palembang, Indonesia, yang bermula esok.

Jurulatih kebangsaan K. Rajagopal berkata Malaysia tidak ada sasaran khusus pada kejohanan ini lebih-lebih lagi dengan lapan pemainnya mengalami kecederaan, termasuk kembar Mohammad Aidil Zafuan dan Mohammad Zaquan Adha Abdul Razak.


Bercakap pada sidang akhbar di sini Selasa, beliau berkata daripada 22 pemain Malaysia yang dibawa ke kejohanan ini, hanya enam orang terdiri daripada pemain yang berusia lebih 24 tahun, yang lainnya adalah pemain muda.

Pada pertandingan pertama esok malam, Malaysia akan menghadapi pasukan tuan rumah Indonesia di Stadium Utama Glora Bung Karno, di hadapan puluhan ribu penyokong Indonesia.

Difahamkan Malaysia menempah lebih 5,000 tiket untuk para penyokongnya pada perlawanan malam esok di stadium berkapsiti 60,000 penonton itu. Rajagopal berkata pasukan Malaysia akan berusaha memberikan permainan yang menghiburkan pada kejohanan di Indonesia itu.

"Kecederaan para pemain itu bukan halangan, kami optimis akan bermain bersungguh-sungguh," katanya.

Rajagopal berkata tumpuan pasukan Malaysia juga tidak akan terganggu oleh kelebihan Indonesia seperti ketua pasukan Indonesia Bambang Pamungkas, yang pernah bermain untuk pasukan Selangor tidak lama dulu, yang sedikit sebanyak mengetahui corak dan gaya permainan pasukan Malaysia.

Sementara itu penolong jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia Wolfgang Pikal berkata pasukan itu akan menggunakan 4-4-2 dan mengawasi sekurang-kurangnya tiga pemain Malaysia yang menjadi kunci kekuatan Malaysia.

"Pergerakan striker nombor sembilan sangat cepat, nombor 20 memiliki tinggi 184cm dan nombor lapan," katanya dan menambah Indonesia akan tampil habis-habisan dengan banyak melakukan serangan di barisan pertahanan Malaysia.

Sementara itu ketika mengulas soal keselamatan pada perlawanan malam esok, pengurus pasukan Indonesia Andi Darussalam Tabussala meminta para penonton untuk tidak memasukkan sentimen negatif di luar lapangan, yang menghangatkan hubungan Indonesia-Malaysia beberapa waktu lalu.

"Kita bermain selama 90 minit, dan selama itu kita menjadi satu keluarga besar. Siapapun yang menang, kita serumpun dan bersaudara," katanya.

Rajagopal yang bersetuju dengan pandangan Andi berkata para pemainnya pada masa ini tidak khuatir dengan bayang-bayang isu anti-persaudaraan itu.

-- BERNAMA

Read More......Piala AFF: Malaysia janji persembahan terbaik walaupun turun sebagai 'underdog'

Kelantan anugerah RM200,000 kepada pemain Red Warriors

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan menyerahkan anugerah RM200,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berikutan kejayaan pasukan itu menjuarai Piala Malaysia dengan mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir pada 30 Okt lepas.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Abdul Fatah Mahmood berkata anugerah itu sebagai menghargai pemain 'Red Warriors' yang membawa pulang piala berprestij itu ke Kelantan setelah menunggu 80 tahun.

"Anugerah itu diluluskan dalam mesyuarat Exco hari ini dan kita tunggu pihak Kafa untuk adakan majlis makan bagi penyerahan anugerah wang itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini pada Rabu.

Beliau berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada kebijaksanaan Kafa untuk membahagikan wang tersebut.

Abdul Fatah berkata mesyuarat Exco turut meluluskan pelupusan cukai lima peratus terhadap 13 perlawanan bola sepak antara April dan September terhadap Kafa yang berjumlah RM120,794.

Katanya sebelum ini kerajaan negeri telah melupuskan cukai yang sama berjumlah RM257,546 pada April lepas.

"Dengan pelupusan terbaru itu, kerajaan negeri telah melupuskan cukai sebanyak RM378,341 sebagai sumbangan kerajaan negeri kepada pembangunan sukan bola sepak Kelantan," katanya.

-- BERNAMA

Read More......Kelantan anugerah RM200,000 kepada pemain Red Warriors
Related Posts with Thumbnails

FB