Kelantan juara Piala Emas Raja-raja edisi ke-70

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU, 12 Dis (Bernama) -- Kelantan muncul juara Piala Emas Raja-Raja bagi edisi ke-70 selepas menewaskan Kedah 4-3 melalui penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini, Sabtu malam.

Perlawanan itu terpaksa ditentukan menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan selepas masa tambahan.


Jaringan penalti pasukan Kelantan itu disempurnakan oleh Rosairil Asrol Mat Noor, Mohamad Aris Zaidi, Ahmad Ezrie Shafizie Sazali dan Khairan Ezuan Razali.

Gol Kedah pula oleh Ahmad Fauzi Shaari, Shafizan Hashim dan Mohd Firus Hashim.

Pada separuh masa pertama, Kelantan, yang juga juara Piala Malaysia tahun ini, lebih banyak menyerang dengan Kedah yang juga naib juara edisi lalu terpaksa bertahan.

Bagaimanapun, Kelantan mensia-sia peluang untuk membolos gawang gol Kedah tetapi rembatan penyerang Mohamad Ramzul Zahini Adenan pada minit kelapan dan ke-17 itu melewati palang gol.

Aksi hambar pada separuh masa pertama juga berterusan pada aksi separuh masa kedua namun corak permainan "mula panas" pada 15 minit terakhir perlawanan.

Tandukan pemain gantian Ahmad Ezrie Shafizie Sazali yang tepat pada penjaga gol Kedah, Mohd Muhaimin Muhamad pada minit ke-80 melegakan kem pelawat itu.

Beberapa percubaan pemain Kelantan selepas itu juga berjaya ditampan baik Mohd Muhaimin yang beraksi cemerlang sehingga tamat perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu.


-- BERNAMA

Comments :

have 0 comments at “Kelantan juara Piala Emas Raja-raja edisi ke-70”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB