KUALA TERENGGANU, 6 Dis (Bernama) -- Hasrat Trengganu untuk memburu kejuaraan Piala Emas Raja-Raja berkecai apabila tumpas 1-0 di tangan Kelantan, dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nassiruddin Shah di sini malam Isnin.
Dalam perlawanan peringkat separuh akhir pertama di Kota Baharu sebelum ini Terengganu kecundang 3-0.
Kelantan yang memerlukan seri, memperolehi gol tunggal pada minit ke-17 di separuh masa pertama selepas rembatan Ramzul Zahini Adenan gagal ditepis Mohd Shahril Saari.
Ramzul yang mendapat umpanan dari tengah, terus melarikan bola di sebelah kanan gol Terengganu sebelum merembat kencang melepas jengkauan Shahril.
Terengganu boleh dikatakan mengusai permainan, terutamanya pada babak kedua, tetapi gagal menembusi gawang Kelantan.
Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja akan berlangsung di Kota Baharu pada 15 Disember ini.
-- BERNAMA
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.