Senarai pemain Malaysia ke Piala AFF Suzuki 2010

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda



Senarai pemain Malaysia ke Piala AFF Suzuki 2010

SENARAI asal pertama 30 pemain Malaysia yang dipilih menyarung jersi skuad negara bagi saingan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta bermula 1 Disember 2010. Tiga pemain tercedera iaitu Norhafiz Zamani Misbah, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Nasriq Baharom akan diganti dengan pemain lain yang akan diumum oleh K Rajagopal selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan.


Penjaga Gol

1 MOHD FARIZAL BIN MARLIAS
22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT
28 MOHD SHARBINEE ALLAWEE BIN RAMLI

Pertahanan

2 MOHD SABRE BIN MAT ABU
3 MOHD FAIZAL BIN MUHAMAD
4 MOHD ASRARUDDIN PUTRA BIN OMAR
5 NORHAFIZ ZAMANI BIN MISBAH
6 MOHD NASRIQ BIN BAHAROM
7 KHAIRUL HELMI BIN JOHARI
11 MOHAMAD AZMI BIN MUSLIM
18 MAHALLI BIN JASULI
24 MOHAMAD MUSLIM BIN AHMAD
27 MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS

Tengah

8 SAFIQ BIN RAHIM
12 AMAR BIN ROHIDAN
13 AHMAD FAKRI BIN SAARANI
14 MOHD KHYRIL MUHYMEEN BIN ZAMBRI
15 GURUSAMY GOVANDAR KANDASAMY
16 KUNANLAN SUBRAMANIAM
17 ABDUL SHUKUR BIN JUSOH
19 MOHAMMAD FAIZAL BIN ABU BAKAR
21 MOHD AMIRULHADI BIN ZAINAL
23 BADDROL BIN BAKTHIAR
25 MOHD FANDI BIN OTHMAN
26 MOHAMAD ASHARI BIN SAMSUDIN
30 ABDUL HALIM BIN ZAINAL

Penyerang

9 NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA
10 MOHD SAFEE BIN MOHD SALI
20 IZZAQ FARIS BIN RAMLAN
29 CHANTHURU SUPPIAH

Indra Putra Mahayuddin, Mohd Razman Roslan dan A Thamil Arasu adalah tiga nama yang disebut untuk menggantikan tiga pemain yang tercedera. Keputusan muktamad akan diumumkan nanti.

Sumber : Google.com

Read More......Senarai pemain Malaysia ke Piala AFF Suzuki 2010

Akmal Rizal Sertai Perak Kerana Mahu Ikut Cikgu Jan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

IPOH, 29 Nov (Bernama) -- Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang baru menjulang Piala Malaysia bersama pasukan Kelantan musim lepas berkata keputusannya untuk menyertai Skuad Seladang pada musim 2011 adalah untuk kembali bersama bekas jurulatihnya iaitu Norizan Bakar.

"Saya berpengalaman di bawah latihan Cikgu Jan (Norizan) sejak berumur 14 tahun dan keserasiaan yang ada membolehkan saya mendapat pelbagai pendedahan bersama pasukan Perak kelak," katanya di sini hari Isnin pada majlis pelancaran jersi baru pasukan Perak yang bakal menggunakan jenama Specs.


Akmal Rizal berkata barisan pemain muda yang dimiliki Perak juga mampu bermain lebih cemerlang di bawah tunjuk ajar Cikgu Jan.

Norizan pernah menjadi jurulatih pasukan kebangsaan dari November 2005 hingga Julai 2007 setelah tamat kontrak Bertalan Bicskei.

Mengenai jersi baru itu, Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata jersi Specs akan digunakan untuk kejohanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim 2011.

PAFA turut melancarkan dua jenis tiket bermusim bernilai RM100 bagi tempat duduk tidak berbumbung dan RM150 bagi tempat duduk berbumbung.

"Pembawa kad ini boleh menonton kesemua 25 perlawanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim 2011 yang berlangsung di Stadium Perak.

"Sebagai permulaan kami melancarkan 1,000 kad bermusim dan sesiapa yang ingin memilikinya boleh mendapatkannya di Pejabat PAFA selepas 1 Dis ini," jelas Zainol Padzi.

Sementara itu skuad Terengganu yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi Liga Malaysia musim depan dikejutkan apabila pemain tengahnya Zairo Anuar Zalani dikatakan akan berhijrah ke pasukan T' Team.

Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata Zairo telah meminta agar beliau dilepaskan walaupun kontraknya masih berbaki setahun lagi bersama Terengganu.

"Kita difahamkan beliau (Zairo) mendapat tawaran gaji yang lebih baik daripada pasukan T'Team," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Che Mat berkata Terengganu akan diperkuatkan oleh beberapa pemain berpengalaman dan juga bekas pemain kebangsaan tahun depan.

Antara pemain yang akan memperkuatkan pasukan Terengganu termasuk bekas pemain KL Plus yang berasal dari Sarawak, Reeshafiq Alwi.

Beliau berkata selain itu, bekas pemain Terengganu yang sebelum ini berhijrah ke pasukan T'Team pada tahun lepas, Ismail Faruqi akan kembali bersama Terengganu musim depan.

Katanya barisan pemain Terengganu tahun depan telah dikenal pasti dan senarainya akan diumumkan selepas kontrak pemain-pemain itu tamat.

Che Mat berkata Terengganu mengambil pemain baru yang berkebolehan untuk mengisi semua posisi daripada pasukan Perlis, Kuala Lumpur Plus, Sarawak, Pahang dan Kelantan.

"Prestasi pasukan Terengganu tahun depan dijangka lebih baik dan mampu mencabar pasukan-pasukan lain berbanding sebelum ini.

-- BERNAMA

Read More......Akmal Rizal Sertai Perak Kerana Mahu Ikut Cikgu Jan

Masa Rajin Vs Masa Malas

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda


Setiap orang ada masa rajin dan ada masa malas nya.

Kalau masa rajinnya lebih panjang dari masa malasnya, maka kemungkinan besar dia adalah orang yang berjaya.

Jika sekiranya masa malasnya lebih banyak dari masa rajinnya, maka kemungkinan besar dia adalah orang yang selalu gagal.


Setiap orang memang tahu mana satu masa yang lebih panjang dalam hidup nya sehari-hari.

Kalau dia sedar yang masa rajinnya lebih panjang, maka sepatutnya dia gunakan masa rajinnya itu dengan sebaik mungkin.

Kalau dia rasa masa malasnya yang terlebih panjang, maka sepatutnya dia kena berusaha untuk memendekkan masa malasnya itu.

Sebenarnya rahsia antara orang berjaya dengan orang gagal ialah terletak pada perbezaan 2 jenis masa ini.

Masa malas atau masa rajin. Mana satu yang lebih banyak? Dan bagaimana mengawal kedua-dua jenis masa itu?

Read More......Masa Rajin Vs Masa Malas

Sukan Asia: Biarpun tewas 0-3 kepada China, Malaysia layak ke pusingan kedua

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Daripada Zulhilmi Supaat GUANGZHOU, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia layak ke Pusingan Kedua bola sepak Sukan Asia Ke-16 walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Tianhe, di sini.

Kemaraan Malaysia itu sekaligus memecah kebuntuan selama 32 tahun untuk beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia.


Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan Korea Selatan dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke Pusingan Kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Selasa lepas membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam Kumpulan lain.

Kali terakhir skuad negara layak beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok. Di Doha, Qatar empat tahun lepas, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar sekadar bermain di peringkat kumpulan.

Pada perlawanan malam ini, skuad negara terpaksa bermain dengan lapan pemain selepas Mahalli Jasuli diberikan kad kuning kedua, sekaligus kad merah pada minit ke-24 oleh pengadil Williams Ben dari Australia.

Seminit kemudian, ketua pasukan Safiq Rahim pula dilayangkan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil memberikan kad merah kepada Mahalli.

Kad merah ketiga dilayangkan kepada S.Kunalan pada minit ke-81.

Walaupun terpaksa bermain dengan lapan pemain, skuad negara yang dibelengu kecederaan berjaya menyerap asakan pasukan China daripada membolosi gawang Malaysia dengan jaringan lebih besar.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun berjaya membolosi gawang Malaysia menerusi tandukan Li Jianbin pada minit ke-61 sebelum sepakan leret Zhao Hanglue pada minit ke-65 dari sebelah kanan pintu gol Malaysia menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Tuan rumah mendapat gol ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Zhang Linpeng pada minit ke-83.


-- BERNAMA

Read More......Sukan Asia: Biarpun tewas 0-3 kepada China, Malaysia layak ke pusingan kedua

Kadar pengangguran Kelantan paling rendah di Malaysia

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negeri Kelantan adalah paling rendah di Malaysia iaitu 2.2 peratus berbanding dengan kadar nasional iaitu 4.0 peratus.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh jabatan itu, bilangan dan kadar pengangguran mengikut negeri, untuk Suku Tahun Pertama 2009 (Q1 2009), Kelantan berada di tempat terbaik iaitu 11,300 sahaja penduduknya menganggur.




Ia diikuti oleh Melaka (2.5 peratus seramai 7,300 penduduk menganggur), Pulau Pinang (2.6 peratus, 18,300 penganggur) dan Pahang (3.0 peratus 18,600 penganggur).

Negeri yang paling tinggir kadar pengangguran di negara ini adalah Sabah dan Labuan iaitu 6.1 peratus di mana 85,000 penduduknya menganggur.

Sebelum ini, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri Kelantan termasuk kegagalannya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.

Kerana itu, kata dakwaan itu, ramai rakyat Kelantan bekerja di luar dari negeri itu.

Sementara itu, mengikut satu blog, Malaysia Wave, yang mendedahkan data ini, beberapa blogger kenalan penulisnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari pekerjaan di Kelantan.

"Teringat saya kepada komen member saya, Topeng Perak satu masa dahulu. Beliau kata beliau pulang ke Kelantan tak sampai 2 minggu dah dapat kerja. Teman baik beliau, si Aduka Taruna, dalam kena hambat dengan polis pun boleh dapat kerja," tulis Abdul Rahman yang menggunakan nama penanya, Tulang Besi.

Tulisnya, negeri yang tidak mementingkan projek-projek gajah putih, tidak mementingkan menara 100 tingkat, tidak mementingkan menara berkembar rupanya kerajaan Kelantan telah menjalankan projek-projek yang membantu peniaga-peniaga kecil dan sederahana.

"Kesannya, peniaga-peniaga kecil dan sederhana di Kelantan mampu mengambil ramai pekerja menyebabkan kadar kemiskinan Kelantan adalah antara yang terendah di Malaysia. Projek-projek membantu kroni ditolak, tapi wang kerajaan negeri digunakan membantu rakyat yang majoritinya peniaga-peniaga kecil dan sederhana.

"Perkara yang sama kita lihat di Amerika sekarang ini. Didapati 90 peratus dari syarikat-syarikat yang mengambil pekerja baru di saat jatuhnya ekonomi Amerika adalah perniagaan yang bersifat kecil dan sederhana. Dikatakan peniaga-peniaga kecil dan sederhana inilah yang akan menyelamatkan ekonomi Amerika dari kehancurkan dan kemusnahan," tulis Rahman dalam Malaysian Wave.


Read More......Kadar pengangguran Kelantan paling rendah di Malaysia

Kelantan minta Annuar Musa jangan lepas jawatan di KAFA

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU, 10 Nov (Bernama) -- Kerajaan Kelantan meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa agar tidak melepaskan jawatannya itu demi kebaikan sukan itu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri Ab Fattah Mahmood berkata kepimpinan Annuar masih diperlukan oleh Kafa dan seluruh peminat bola sepak negeri itu selepas berjaya membawa kejayaan untuk pasukan bola sepak Kelantan.


"Saya secara peribadi meminta Tan Sri Annuar (Musa) tidak melepaskan jawatannya kerana banyak lagi yang perlu dilakukan beliau untuk kejayaan pasukan bola sepak.

"Kami di peringkat negeri sentiasa memberikan bantuan dan galakan kepada Tan Sri dan Kafa untuk membangunkan sukan ini ke peringkat yang lebih jauh lagi," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Darul Naim pada hari Rabu.

Annuar dalam reaksinya selepas Kelantan muncul juara Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Okt lepas menyatakan cadangannya untuk melepaskan jawatan di Kafa bagi membolehkan beliau menjalankan tanggungjawabnya yang lebih mencabar sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mengulas mengenai arahan FAM yang meminta agar kerajaan negeri menaiktaraf Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Ab Fattah memberi jaminan perkara itu akan diselesaikan dalam tempoh dua bulan lagi.

"Kita akan ambil perhatian arahan FAM itu dan dalam tempoh dua bulan ini iaitu ketika stadium tidak digunakan ketika tengkujuh, stadium ini insyaAllah akan berubah wajah," katanya.

Annuar sebelum ini juga meminta kerajaan negeri melalui Perbadanan Stadium Kelantan menaiktaraf stadium berkenaan yang begitu daif bagi membolehkan perlawanan peringkat kebangsaan seperti Piala Malaysia dapat diadakan.

Menyentuh mengenai insentif wang tunai yang akan dibayar kepada pemain Kelantan yang menjuarai Piala Malaysia, Ab Fattah berkata perkara itu akan diumum Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas kembali daripada menunaikan haji tidak lama lagi.

-- BERNAMA

Read More......Kelantan minta Annuar Musa jangan lepas jawatan di KAFA

Bola Sepak: Malaysia Berjaya Tumpaskan Kyrgyztsan 2-1

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Skuad bola sepak negara memulakan kempen pada Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China dengan mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Huadu petang ini, Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 2-1.


Separuh masa pertama perlawanan boleh dikatakan seimbang di antara kedua-dua pasukan, namun penerima Anugerah Pemain Berharga 100Plus-FAM 2010 baru-baru ini, Norshahrul Idlan Talaha bijak mencari ruang dan berjaya membolosi gawang lawan pada minit ke-27.

Tertekan dengan kedudukan itu, Kyrgyzstan rancak menggasak kubu pasukan negara dan memperoleh gol penyamaan 1-1 menerusi jaringan Sydykov pada minit ke-37.

Selepas rehat, pasukan negara kembali menguasai perlawanan apabila berjaya menjarakkan kedudukan menerusi S. Chanturu pada minit ke-60. Sementara itu, ketua kontinjen negara ke Sukan Asia, Datuk Zolkples Embong gembira dengan kejayaan itu dan percaya bahawa pasukan bola sepak negara mampu mara ke peringkat lebih jauh.

"Kejayaan hari ini membuktikan kita mampu lakukan sesuatu jika berusaha secara bersungguh-sungguh. Walaupun kita bermain tanpa barisan pemain senior tidak bermakna bahawa kita akan tewas sebelum perlawanan," katanya ketika dihubungi Bernama hari Isnin.

Zolkples turut menasihatkan pemain agar tidak terlampau gembira dengan kejayaan hari ini kerana mereka bakal berdepan dengan saingan sebenar pada Rabu ini iaitu Jepun.

Pertemuan Malaysia-Jepun dijadualkan berlangsung di venue sama pada pukul 4 petang waktu tempatan.


-- BERNAMA

Read More......Bola Sepak: Malaysia Berjaya Tumpaskan Kyrgyztsan 2-1

Kelate kena gomo

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniah buat pasukan Kelate yang berjaya menjulang Piala Malaysia 2010 setelah 89 tahun menanti. Sana-sini dan dimana-mana sahaja orang masih lagi bercakap mengenai kejuaraan tersebut. Pendek kata, demam bola sepak masih lagi melanda tatkala musim tengkujuh sudah pun melanda.

Ok, kita beralih sekejap tumpuan daripada kejuaraan tersebut. Umum belum mengetahui dan perasan bahawa 'Kelate' akan dan sudah pun digomo oleh peminat-peminatnya khususnya yang tinggal di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Peminat-peminatnya sentiasa setia dan ramai walaupun berhijrah keluar negeri kerana mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan dapat menarik minat kepada 'Kelate'.






Budu Kelate


Kicap Kelate


Cuka Kelate


Sos Rojak Buah Kelate


Sos Pencicah Kelate


Sup Bunjut Kelate


Berita rujukan : KLIK SINI

Diedarkan oleh Murni Marketing Sdn. Bhd.
Lot 1810, Tingkat Bawah
Bangunan KPKB
Jalan Bayam
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7474353 (En. Rosmadi)

Read More......Kelate kena gomo

Kawal aktiviti pembangunan Lojing

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@uusan.com.my

KOTA BHARU 7 Nov. – Kawalan dan pemantauan aktiviti pembangunan di tanah tinggi Lojing hendaklah mengikut garis panduan kawasan pembangunan khas yang telah diwujudkan.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah, ia bagi memastikan pembangunan di tanah tinggi itu tidak akan menyebabkan masalah tanah runtuh dan hakisan.



Sultan Muhammad Ke-V, disambut oleh Nik Aziz Nik Mat ketika merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-12 di Kota Darulnaim, Kota Bharu, semalam. – BERNAMA

“Beta percaya penubuhan Jajahan Kecil Lojing baru-baru ini dapat memantau dan mengawal segala aktiviti pembangunan di tanah tinggi Lojing secara langsung bersama-sama Jabatan Alam Sekitar,” titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah demikian ketika buat pertama kali merasmikan pembukaan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-12 selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kecuali Datuk Md. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Drs. Saipul Bahrin Mohamad (Pas-Selising) yang kini berada di tanah suci Mekah kerana menunaikan ibadat haji.

Dalam titah baginda, Sultan Muhammad V turut menyarankan supaya kerajaan negeri melalui agensi yang bertanggungjawab dalam membangunkan industri pelancongan mencari produk-produk baru seperti pelancongan kesihatan dan agama yang berpotensi untuk dimajukan.

Baginda bagaimanapun mengingatkan bahawa semua aktiviti pelancongan yang hendak dilaksanakan perlu selari dengan tuntutan syarak dan tidak bercanggah dengan kesucian agama Islam.

Mengenai sektor industri pula, baginda menyarankan fokus diberikan kepada industri kecil dan sederhana (IKS) kerana majoriti usahawan Melayu terlibat dalam kategori itu.

“Sehubungan itu, keperluan prasarana di setiap kawasan perindustrian perlu dinaik taraf dan dilengkapkan bagi mengukuhkan lagi sektor ini serta menjamin kemasukan pelabur-pelabur baru.

“Beta juga mengharapkan kerajaan negeri mempromosikan dengan lebih giat lagi produk-produk IKS Kelantan sehingga ke peringkat nasional dan antarabangsa. Usahawan-usahawan IKS pula perlu menghasilkan produk-produk yang berkualiti dan berdaya saing,” titah baginda.

Sultan Muhammad V turut menyarankan supaya kerajaan negeri merangka hubungan perdagangan bagi tujuan meluaskan pemasaran produk berjenama Kelantan ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Ini termasuk memanfaatkan hubungan jaringan perdagangan dan kerjasama ekonomi dengan negara serantau dan pertumbuhan segi tiga Indonesia-Malaysia-Thailand.

“Usaha menarik pelaburan ke negeri ini perlu digiatkan termasuk menjalin hubungan perdagangan dengan China yang seharusnya diteroka bagi menggalakkan pembangunan ekonomi negeri,” titah baginda.

Dalam konteks itu, baginda menyambut baik penganjuran Ekspo Cheng Ho yang dijadual pada 21 hingga 26 November ini kerana ia mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi di negeri ini melalui penyertaan syarikat-syarikat pengeluar dari dalam dan luar negara selain selaras dengan hasrat menjadikan Kelantan hab halal di rantau ini.

Baginda turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dalam membantu meningkatkan rangkaian jalan raya yang baik di negeri ini melalui cadangan projek ‘Central Spine Road’ iaitu pembinaan jalan baru dan menaik taraf jalan Persekutuan sepanjang 390 kilometer dari Kuala Krai sehingga Simpang Pelangai, Pahang.

“Beta juga berharap Kerajaan Persekutuan akan meneruskan pelaksanaan pembinaan jalan baru dari Kota Bharu ke Kuala Krai dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

“Beta juga menaruh harapan yang tinggi agar Kerajaan Persekutuan dapat menyediakan agihan peruntukan yang sesuai dan adil dalam pelaksanaan pelan pelaburan sektor awam RMK-10 bagi negeri ini selaras dengan agenda pembangunan negeri Kelantan.

“Ini bagi memastikan pembangunan di negeri Kelantan selari dengan pembangunan dan kemajuan yang dikecapi oleh negeri-negeri lain,” titah baginda.


Read More......Kawal aktiviti pembangunan Lojing

Sathianathan idam kembali terajui skuad kebangsaan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Jurulatih pasukan Kelantan B. Sathianathan meluahkan hasrat untuk kembali membimbing skuad bola sepak kebangsaan setelah membuktikan kemampuannya membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali baru-baru ini.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu berkata beliau bersedia pada bila-bila masa untuk kembali melatih skuad kebangsaan sekiranya diberikan peluang kedua oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


"Memang menjadi harapan semua jurulatih untuk bergelar sebagai jurulatih kebangsaan dan saya pernah berada di posisi itu suatu ketika dahulu.

"Sekiranya pihak FAM memberi peluang kedua, saya tidak akan lepaskan peluang tersebut kerana saya minat untuk kembali bergelar jurulatih kebangsaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sathianathan berkata beliau tidak merendahkan kemampuan jurulatih kebangsaan ketika ini K.Rajagobal yang disifatkannya sebagai seorang jurulatih yang berbakat.

"Saya puji dengan langkah bijak dan berani Rajagobal mengetengahkan barisan pemain baru dan memberi peluang kepada mereka untuk beraksi pada Sukan Asia di Guangzhou, China," katanya.

Rajagobal terpaksa mengugurkan beberapa pemain terbaiknya ke Guangzhou apabila sebilangan besar pemain senior mengalami kecederaan ketika menghadapi saingan sepanjang musim liga tempatan.

Kekosongan itu diisi Rajagopal dengan beberapa orang pemain baru bagi mengalas cabaran yang akan bermula Isnin.

Pada Isnin, Malaysia dijadual bertemu Kyrgyztsan pada perlawanan pertama kumpulan A di Stadium Huagong, Guangzhou, China kira-kira 4 petang pada waktu tempatan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Sathianathan berkata beliau akan terus mempertahankan kritikannya bahawa liga Malaysia belum mencapai tahap liga profesional.

Sathianathan berkata beliau mengkritik demikian kerana mahu melihat mutu bola sepak Malaysia dipertingkatkan demi kelangsungannya pada masa hadapan.

Selain itu, beliau juga menyedari bahawa sebilangan besar pasukan negeri dan kelab tempatan tidak berminat untuk mengambinya sebagai jurulatih kerana tidak suka dengan sikapnya yang disifatkan sebagai panas baran.

"Dalam sukan bola sepak, kita tidak perlu bodek orang untuk mendapat tempat sebaliknya untuk memajukan sukan ini, kita kena berterus-terang," katanya.

Sathianathan disingkirkan daripada mengemudi skuad kebangsaan oleh FAM pada awal 2009 apabila beliau mengkritik mutu bola sepak Malaysia yang disifatkan bukan bola sepak sebenarnya.

Baru-baru ini, beliau memenangi gelaran Jurulatih Terbaik 2010 pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM setelah memimpin Kelantan menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali.

-- BERNAMA

Read More......Sathianathan idam kembali terajui skuad kebangsaan

Faktor-faktor yang memungkinkan seseorang berhenti kerja

| 0 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Keluar masuk seseorang pekerja dalam setiap organisasi merupakan lumrah dan perkara normal. Tiada organisasi yang mempunyai 100% pekerja yang dapat berkhidmat sehingga pencen. Banyak faktor yang memungkinkan perkara ini berlaku dan faktor-faktor ini dikategorikan kepada 3 faktor utama iaitu faktor pekerja, faktor organisasi dan faktor persekitaran.

Berikut adalah beberapa pendapat yang saya perolehi melalui tinjauan yang saya lakukan melalui sahabat-sahabat dalam yahoogroups. Pendapat ini dipaparkan tanpa sebarang pengubahsuaian.



(1) ainul mardhiah
Pekerja tidak tahan dengan sikap panas baran dan suka mengarah.. dalam masa yang sama mengambil kesempatan.. mentang2 kita ni pekerja dia.. keje sekolah dengan amik anak sekolah pon kita yang kena buat,.. bos goyang kaki.. gaji kalu banyak tak pe juga dah la kedekut tahi idung masin...

sekian sahaja komen saya

(2) Affiza Rohaila Mohd Ali
ni pada pendapat sy lah
1.suasana kerja yg kurang menyenangkan
2.bayar gaji
3.mungkin ada gangguan ditempat kerja cth:gangguan seksual...:)

(3) ISMAIL MOHD YUSOF
salam..
setakat pengalaman yg saya ada ( kebanyakkan jawatan operator dan yg setaraf)

1. gaji ditawarkan selalunya agak kecil
operator hy ditawarkan RM450-5xx basic dan total bulanan diantara RM 600-900
dan yg menambahkan tekanan adalah kami sbgai operator amat memerlukan OT untuk survive.. bygkan kerja dgn hnya makan basic jer ( RM5xx). mampukah anda?

2. keadaan suasana tempat kerja. sesetengah syarikat terlalu mengongkong pekerja..
over pressure dan pihak pengurusan yg kurang ambil peduli kebajikan pekerja.
cuba tgk kilang2 yg terkenal cthnya Intel. ada anda dgr pekerja2 yg kerap berhenti..
(nope)kerja kerja jgk.. tp ada msa untuk hidup.

3. keaadan pasaran kerja yg terlalu besar ( jumlah kekosongan jawatan yg ditawarkan terlalu byk)
cth di penang..
klau nak cari kerja.. pi la kat bayan lepas tue..
pusing la mana2 kilang sekalipun.. blh jer trus kerja..
klu xbest.. esok berhenti.. pastu g mintak kilang sebelah pulak..xsyok lg.. tkar lg..
no problem..

4. emm... mentaliti pekerja tu jgk la.. kbykan orng2 muda sekarang sudah terlebih dimanjakan oleh mak bapa... nk apa pon buleh jer dapat.. klu xpi kejer pon blh idop..

emm
tu ja la..

(4) true_love love
selalunya kalau perempuan berhenti kerja sebb dah berkahwin.. nak jaga anak.. keletihan.. dibuli ke waktu kerja.. gaji tidak berpatutan dengan kerja.. dipaksa kerja luar dari bidang.. kerja lebih masa yang dipaksa.. faktor umur juga boleh buat seseorg tu berhenti kerja... kesihatan, kalau ada penyakit kencing manis kita kan jadi tak aktif.. rasanya ada bnyak lagi tapi ni je la yang saya dapt bntu... mgkn kawan2 lain juga boleh bantu

(5) Khairul Izwan
Salam,

Nie masalahnyer...bila time interview...Oh boleh..saya boleh buat...no problem...i can do....yes i can work underpresure bla bla bla...yes of course...yes i want the job...your company is great.....the opportunities from you company is really2 great


*Bila dah tak suka keja bagi alasan mcm2 plak hahahahahahah

(6) tulip putih
pendapat sy, selalunya...
1. ape yg dijanjikan majikan sebelum kerja x same bile dh masuk kerja.
2. kebajikan pekerja x dijaga. xcarum kwsp, xbyr socso, klu ape2 jadi sape nk tanggung?
3. pengiraan gaji, OT pon xbetul.
4. management fail..kejap mcm tu kejap mcm ni..xtau mane 1 boleh pakai.

(7) edd zahir
tambahan faktor, pekerja sendiri:

1. job hop - sentiasa cari yang lebih baik, tak setia
2. kurang fit untuk buat kerja tu
3. lemah psiko - tak tahan pressure

(8) Nia
x setia pada majikan atau company hanya myumbang kepada berapa peratus aje.kebanyakannya lebih kepada mcari peluang yg lebih baik utk kenaikan pangkat n gaji disbabkan faktor ekonomi.kalau tentang politik kerja atau kurang daya tahanan utk tekanan kerja seperti kawan2 serta persekitaran kerja tetap akan berlaku dimana2 sahaja sbb sikap manusia sendiri yg slalu rasa kurang senang atau perasan hasad dengki dan juga ketidak adilan dlm sistem pentadbiran tu sendiri dimana yg sepatutnya layak utk mendapat peluang tidak diberi kesempatan bahkan peluang tersebut diberi kepada org yg lebih rapat atau dlm kata yg lebih sinis (kaki bodek xpi keje x kemana pun dan pemalas)kenapa dlm borang interview perlu letak STATUS dan juga RACE.ada kena mgena dgn jobscope pekerjaan tu sendiri?apa kaitannya.sebenarnya byk faktor mendorong pekerja berhenti keje xpi kebanyakan faktornya adalah mencari Peluang yg lebih baik utk ekonomi diri sendiri atau pun keluarga.

(9) Farahdilla
Yelah..saya sendiri pernah bekerja sbgi PA kpd salah seorg Tan Sri di
sebuah syarikat yg agak kukuh & besar. 10 tahun bekerja...selalu
outstation KL-KK-Labuan-kl, kadang2 ke kedah (kg dia), 4 kali seminggu
kadg2 pagi & petang kena mengadap dia di rumah sbb dia tak masuk off utk
brief dia tntag schedule dia, at the same time masuk opis buat kerja2
admin, management, & personal dia, account & misc. kadang2 tuh kena lagi
keluar buat personal dia, jumpa kawan2 dia, client & berbagai-bagainya...

10 thn bekerja, saya punya kenaikkan prorate cuma 3% je naik dgn alasan
kena sama dgn pekerja yg lain. (kenaikkan yg equal dgn semua pegawai&
kakitangan bawahan) .dimana ada yg takde kerja langsung, dok tidur jek
memanjang (pekerja cina yg abg ipar dia ada share di company tuh).
sedangkn scope kerja saya bukan main semua kena cover smpai gi shopping
pun kena accompany dia jugak, yg kat opis tak payah ceritalah kerja
menimbun2..cmanano tuh? dok asyik tension memanjang, saya berhenti &
cuti selama 2 bulan then baru cari kerja lain dimana jawatan yg sama dgn
gaji yg begitu memberangsangkn. lega betul ..walaupun masa kerja agak
panjang tapi saya brpuas hati krna tak perlu nk memikirkn masalah kerja
selepas waktu kerja...lega berul..

kadng2 majikan sndiri tak fikir tntg kebajikkan kita yg bertungkus lumus
menyediakn& menyenangkn kehidupan depa...aduss...

(10) kamal zaman
Nak lagi senang kita bukak kompeni sendiri..malas kita lingkup..hi hi hi

(11) bluehyppo
Tujuan kajian yg nak dijalankan tidak dinyatakan dgn jelas. Adakah berhenti kerja yg dimaksudkan itu adalah berhenti kerja becoz of jumping to another job or berhenti kerja terus and being a full housewife/husband.Walaubagaimanapun,berikut adalah serba sedikit general factor utk berhenti kerja.

1) faktor dari diri sendiri:
- dapat better offer - gaji, kebajikan atau skop kerja yg lebih baik
- berminat utk bekerja sendiri - tidak suka dikawal oleh org lain
- tidak suka skop kerja tersebut
- tak tahan tekanan - kurang motivasi dan daya ketahanan diri
- malas bekerja - tidak suka bangun pagi
- anak tidak boleh survive tanpa ibu - asyik nangis je bila ibunya tiada di sisi
- masalah kesihatan - sering sakit

2) faktor dari majikan:
- kebajikan pekerja tidak dijaga
- sikap majikan yg bossy - terlalu mengarah tanpa ada timbang rasa

3) faktor dari persekitaran:
- terlalu ramai pekerja asing
- risau tentang keselamatan di tempat kerja - mungkin selalu kena kerja
malam sememangnya bahaya bagi wanita, banyak kecurian di tempat kerja,
kes buli, gangguan seksual, organisasi menjalankan operasi yang berisiko tinggi
melibatkan gas,steel,etc.
- rakan2 sekerja yang tidak bersatu hati
- jarak dari rumah ke tempat kerja yg agak jauh - pengangkutan awam sukar, kos
minyak dan tol yang tinggi


Read More......Faktor-faktor yang memungkinkan seseorang berhenti kerja

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM

| 1 comments
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda



Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM

* Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
* Pertahanan Terbaik: Aidil Zafuan Abdul Razak (Negeri Sembilan)
* Pemain Tengah Terbaik: Baddrol Bakhtiar (Kedah)
* Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
* Pemain Muda Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
* Pemain Paling Bernilai (MVP): Norshahrul Idlan Talaha
* Jurulatih Terbaik: B Sathianathan (Kelantan)
* Persatuan Bola Sepak Terbaik: FA Selangor
* Kelab Terbaik: Johor FC
* Kelab Penyokong Terbaik: Kedah



Read More......Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM

Piala Malaysia dan pemain pasukan Kelantan disambut meriah di Kota Baharu

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BAHARU: Lebih 10,000 peminat dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan membanjiri perkarangan Kelantan Trade Center (KTC) di sini bagi menyambut kepulangan pasukan The Red Warriors itu bersama Piala Malaysia yang dimenangi mereka selepas menewaskan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Sabtu lalu.

Mereka berhimpun sejak pukul 3 petang dengan memakai baju berwarna merah putih menyambut ketibaan pasukan Kelantan diketuai Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.


Persembahan Kumpulan Dikir Barat Sri Seterpa turut memeriahkan sambutan di samping paluan muzik tradisional menyambut ketibaan "wira" Kelantan itu.

Ketibaan wira Red Warriors itu diiringi 30 buah motosikal berkuasa tinggi yang menunggu sejak pagi di sempadan Kelantan-Pahang di Merapuh.

Sepanjang perjalanan lebih 200 kilomter itu pemain dan piala berkenaan singgah di beberapa destinasi termasuk Gua Musang untuk dipertontonkan piala yang menjadi kebangaan itu kepada kepada orang ramai

Sebaik tiba di perkarangan KTC piala itu dibawa masuk ke dewan utama dengan dikawal ketat pasukan keselamatan.

Ketika berucap pada majlis itu Annuar mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat bolasepak Kelantan yang memberi sokongan padu kepada pasukan Kelantan sehingga membolehkan pasukan itu berjaya membawa pulang piala yang diidamkan.

"Setelah 89 tahun piala itu diadakan, inilah julung-julung kali ia berjaya dibawa ke Kelantan dan menjadi sejarah kejayaan seluruh peminat dan penyokong Kelantan," katanya.

Beliau juga berkata satu majlis akan diadakan sempena kejayaan pasukan Kelantan tidak lama lagi dan sebelum itu piala tersebut akan dipertontonkan kepada seluruh peminat bola sepak Kelantan.

"Tuanku Sultan juga memberi perkenan untuk membawa piala itu untuk dipertonton kepada seluruh rakyat Kelantan sebelum baginda sendiri menghadiri satu majlis khas bersama pemain bola sepak Kelantan pada 6 November ini," katanya. - BERNAMA


Read More......Piala Malaysia dan pemain pasukan Kelantan disambut meriah di Kota Baharu

Penantian 89 tahun Kelantan berakhir

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh SURYATI MOHD NOR

KUALA LUMPUR: Penantian pasukan bola sepak Kelantan selama 89 tahun untuk merangkul piala berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia akhirnya terlaksana pada tahun ini setelah menumpaskan juara bertahan, Negeri Sembilan pada final Sabtu.

Kemenangan 2-1 ke atas pasukan Negeri Sembilan sangat bermakna kepada pasukan The Reds Warriors itu, malah lebih penting lagi ia adalah pengubat duka dengan kekalahan tahun lalu.


Dengan kehadiran lebih kurang 75,000 penonton memenuhi setiap ruang Stadium Nasional Bukit Jalil dengan lautan penyokong kedua-dua negeri menggambarkan sukan bola sepak tanah air masih mempunyai ikatan kukuh dengan penyokong tempatan.

Skuad Negeri Sembilan, kendalian Wan Jamak Wan Hassan bermula garang dan mendapat gol seawal minit ke-13, hasil jaringan Shahurain Abu Samah melalui sepakan penalti sekaligus menjadikan aksi semakin sengit.

Namun dua gol yang dijaringkan oleh Hairuddin Omar minit ke-57 dan Mohd Badhri Mohd Radzi (m-65) menghancurkan impian Negeri Sembilan untuk mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu ke atas Kelantan.

Wan Jamak berkata, ketiadaan ramai pemain senior merupakan faktor kekalahannya.

“Harapan kami hanya bergantung kepada pemain muda, lebih-lebih lagi selepas Aidil Zafuan Abd Razak terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan lutut. Selepas itu corak permainan telah berubah,” katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, kemenangan ini sememangnya begitu bermakna bukan sahaja kepada pasukan, malah ia merupakan berita gembira kepada seluruh rakyat Kelantan. Lebih manis, dua pemain Kelantan yang menjaringkan gol kemenangan, Hairuddin dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik, manakala Badhri menerima anugerah khas ‘Pemain Paling Menonjol’ daripada 100Plus beserta wang tunai RM1,000.

Namun di sebalik keghairahan menjulang piala ini, debaran masih menguasai jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengenai keputusan penggantungannya selepas ini.

Sathianathan berkata, beliau masih menunggu keputusan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai status rayuannya.

“Dan saya juga menyerahkan status saya sebagai jurulatih Kelantan untuk musim akan datang kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

mStar Online

Read More......Penantian 89 tahun Kelantan berakhir

Saya Bangga Diberi Peluang Cipta Kejayaan Buat Kelantan - Sathianathan

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- "Untuk menjulang Piala Malaysia bukanlah satu perkara yang mudah dan saya amat berbangga dengan kejayaan anak buah saya."

Demikian kata jurulatih pasukan Kelantan, B. Sathianathan kepada pemberita sejurus selepas pasukan bimbingannya menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir saingan Piala Malaysia, di sini.


Jelas berpuas hati dengan persembahan anak buahnya, Sathianathan berkata beliau berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan kerana memberi kepercayaan kepadanya serta pengurusan terbaik sehingga berjaya merealisasikan impian seluruh rakyat Kelantan itu.

"Saya tidak bimbang dengan corak permainan anak buah saya pada perlawanan separuh masa pertama tetapi saya bimbang dengan prestasi mereka ketika Negeri Sembilan mendahului kita 1-0," katanya mengulas perlawanan tersebut. Beliau berkata pemain Kelantan hanya berjaya menonjolkan kemampuan sebenar pada babak kedua perlawanan.

"Walaupun pemain kita agak tertekan, ianya telah dijadikan sebagai pendorong untuk mereka menjaringkan dua gol mengatasi lawan pada separuh masa kedua," katanya.

Sementara itu jurulatih pasukan Negeri Sembilan Wan Jamak Wan Hassan tidak malu dengan kekalahan pada malam ini kerana menganggap pemainnya telah mempamerkan semangat juang yang tinggi.

"Kehilangan tonggak utama Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak telah membuka jurang besar kepada Kelantan untuk membolosi dua gol," katanya.

Wan Jamak berkata beliau tetap berbangga dengan perjuangan sejati yang ditunjukkan oleh anak jati Negeri Sembilan.

Kelantan terpaksa menunggu selama 55 tahun untuk membawa Piala Malaysia ke Kota Baharu selepas layak buat kali pertama ke saingan akhir piala tersebut pada 1955, ketika ia dikenali Piala H.M.S Malaya.

-- BERNAMA

Read More......Saya Bangga Diberi Peluang Cipta Kejayaan Buat Kelantan - Sathianathan
Related Posts with Thumbnails

FB