Kadar pengangguran Kelantan paling rendah di Malaysia

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negeri Kelantan adalah paling rendah di Malaysia iaitu 2.2 peratus berbanding dengan kadar nasional iaitu 4.0 peratus.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh jabatan itu, bilangan dan kadar pengangguran mengikut negeri, untuk Suku Tahun Pertama 2009 (Q1 2009), Kelantan berada di tempat terbaik iaitu 11,300 sahaja penduduknya menganggur.




Ia diikuti oleh Melaka (2.5 peratus seramai 7,300 penduduk menganggur), Pulau Pinang (2.6 peratus, 18,300 penganggur) dan Pahang (3.0 peratus 18,600 penganggur).

Negeri yang paling tinggir kadar pengangguran di negara ini adalah Sabah dan Labuan iaitu 6.1 peratus di mana 85,000 penduduknya menganggur.

Sebelum ini, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri Kelantan termasuk kegagalannya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.

Kerana itu, kata dakwaan itu, ramai rakyat Kelantan bekerja di luar dari negeri itu.

Sementara itu, mengikut satu blog, Malaysia Wave, yang mendedahkan data ini, beberapa blogger kenalan penulisnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari pekerjaan di Kelantan.

"Teringat saya kepada komen member saya, Topeng Perak satu masa dahulu. Beliau kata beliau pulang ke Kelantan tak sampai 2 minggu dah dapat kerja. Teman baik beliau, si Aduka Taruna, dalam kena hambat dengan polis pun boleh dapat kerja," tulis Abdul Rahman yang menggunakan nama penanya, Tulang Besi.

Tulisnya, negeri yang tidak mementingkan projek-projek gajah putih, tidak mementingkan menara 100 tingkat, tidak mementingkan menara berkembar rupanya kerajaan Kelantan telah menjalankan projek-projek yang membantu peniaga-peniaga kecil dan sederahana.

"Kesannya, peniaga-peniaga kecil dan sederhana di Kelantan mampu mengambil ramai pekerja menyebabkan kadar kemiskinan Kelantan adalah antara yang terendah di Malaysia. Projek-projek membantu kroni ditolak, tapi wang kerajaan negeri digunakan membantu rakyat yang majoritinya peniaga-peniaga kecil dan sederhana.

"Perkara yang sama kita lihat di Amerika sekarang ini. Didapati 90 peratus dari syarikat-syarikat yang mengambil pekerja baru di saat jatuhnya ekonomi Amerika adalah perniagaan yang bersifat kecil dan sederhana. Dikatakan peniaga-peniaga kecil dan sederhana inilah yang akan menyelamatkan ekonomi Amerika dari kehancurkan dan kemusnahan," tulis Rahman dalam Malaysian Wave.


Comments :

have 0 comments at “Kadar pengangguran Kelantan paling rendah di Malaysia”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB