Perlis tewaskan Kedah 1-0, Negeri Sembilan terikat mata dengan Johor FC
DOMINASI hampir mutlak menyaksikan Kelantan melakar kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Johor di Stadium Sultan Mohd IV, sekali gus melonjak ke tangga kedua carta Liga Super, malam tadi.
Akmal Rizal Rakhli membuka tirai jaringan menerusi rembatan daripada dalam kawasan penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol, Mohd Amrul, pada minit kedua sebelum Mohd Fadri Radzi menggandakan kelebihan untuk tuan rumah pada minit ke-49.
Indra Putra Mahayuddin memastikan kemenangan dalam genggaman Kelantan apabila meluru untuk paling pantas memanfaat bola muntah tampanan Mohd Amrul dan disudahkan dengan tampanan ke sasaran.
Di Stadium Darulaman, Kedah gagal memanfaat peluang beraksi dengan kelebihan seorang pemain menentang Perlis apabila dikejutkan jiran tetangganya itu 1-0 hasil jaringan tunggal Azrul Hamid pada minit ke-17.
Ia berpunca daripada gerak cantik di tengah padang untuk Amar Rohidan melakukan hantaran lintang yang ditanduk kemas Azrul ke sasaran. Perlis kemudian hilang Badrul Azam Zamri gara-gara kad merah kerana membantah keputusan pengadil, Wan Mohd Tarmizi Ibrahim.
Di Stadium JCorp, Johor FC mensesiakan peluang untuk melonjak ke tangga kedua selepas sekadar seri 1-1 dengan Negeri Sembilan.
Skuad kendalian Ramlan Rashid jelas menguasai permainan, tetapi mensesiakan beberapa peluang terhidang. Hanya pada minit ke-75, jaringan diperolehi menerusi Wan Rohaimi Ismail yang menanduk umpanan Mohd Khairul ke sasaran.
Namun harapan tiga mata itu berkecai apabila pemain gantian Negeri Sembilan, Norizam Salaman, menjaringkan gol penyamaan, tujuh minit sebelum tamat.
Sumber : Berita Harian
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.