Red Warriors Ratah Si Jengking

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Selepas berjaya menafikan mata penuh buat Terengganu di gelanggang lawan pada perlawanan pertama Liga Super, The Red Warriors menunjukkan taring dengan meratah Si Jengking 3-0, di sini, malam tadi.

Gol jaringan Akmal Rizal Rakhli, Indra Putra Mahyudin dan Mohd Badri Radzi sudah cukup untuk menarik kepercayaan penyokong yang memenuhi Stadium Sultan Muhammed Ke IV sekali gus memaksa Johor pulang dengan tangan kosong.


Johor tersentak dengan gol awal Kelantan yang dihasilkan Akmal Rizal pada minit kedua yang merembat kencang umpanan rakan melalui tendangan sudut pertama permainan.

Bagaimanapun, Kelantan selepas itu seolah-olah tidak bermaya yang disifatkan B.Sathianathan sebagai ‘terlena seketika’ sehingga pemain Johor bangkit mengasak kubu Kelantan.

Seminit sebelum babak pertama tamat, Akmal Rizal dijatuhkan penjaga gol Johor, Shaharuddin Kadir dalam kotak penalti namun pengadil membuat keputusan mengejutkan apabila Akmal dipersalahkan.

Empat minit aksi babak kedua, Mohd Badri Radzi menggegarkan gawang Johor dengan rembatan cantik untuk gol kedua Kelantan.

Gol itu seperti memulihkan semangat Kelantan dengan menggandakan asakan sehingga Indra Putra berjaya menambah gol untuk Kelantan dengan tandukan menarik selepas rembatan kencang Mohd Badri muntah pada minit ke 57.

Johor hanya beberapa kali mengasak ke kubu Kelantan pada babak kedua dan penyerang Johor, Rosaiful Nizam gagal memanfaatkan peluang terbaik.

Kelantan terus garang namun beberapa percubaan gagal disempurnakan Indra Putra, Hairuddin Omar, Akmal Rizal dan pemain gantian, Norshahrul Idlan.

Bagi B.Sathianathan, tiga gol sudah memadai buat Kelantan yang menunjukkan prestasi memberangsangkan walaupun banyak peluang gagal disempurnakan anak buahnya.

Katanya, Kelantan bernasib baik apabila Johor gagal memecah kebuntuan ketika pemain Kelantan beraksi hambar selepas mendapat gol awal.

”Saya berpuas hati dengan prestasi pemain yang menguasai sebahagian besar masa permainan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Johor, Datuk Aziz Sepian menganggap kekalahan itu bukanlah sesuatu yang patut dikesalkan kerana prestasi anak buahnya menunjukkan peningkatan berbanding dengan prestasi ketika menentang Kedah.

Menurutnya, pasukannya yang dibentuk dalam tempoh seminggu itu perlukan masa untuk menampilkan kekuatan apatah lagi ianya dibarisi rata-rata pemain muda dan tidak ternama.

”Serangan daripada Kelantan agak mengerunkan saya, kekuatan benteng termasuk penjaga gol menyebabkan kami tidak kalah dengan jumlah gol lebih besar.

”Kami tidak kecewa dengan kekalahan ini kerana Kelantan dibarisi pemain handalan, apa yang perlu kami buat ialah memperbetulkan kesilapan,” katanya yang melahirkan rasa kagumnya dengan semangat penyokong Kelantan yang memenuhi stadium walaupun masih berada di peringkat awal liga.

Sumber : Sinar Harian



Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda dalam setiap posting sangat dialu-alukan.

Comments :

have 0 comments at “Red Warriors Ratah Si Jengking”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB