Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim@kosmo.com.my
PENYOKONG skuad Wira Merah tidak pernah serik.
Mungkin kejayaan melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dianggap bonus buat Kelantan, namun tingkah laku kurang cerdik segelintir penyokong fanatiknya itu boleh mengakibatkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berdepan musibah.
Masih tidak serik-serik lagi dihukum, gelagat segelintir penyokong fanatik Kelantan yang bertindak membaling objek dan membakar mercun di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV ternyata mengundang padah.
Insiden itu pastinya diperhatikan oleh ‘mata-mata’ daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Sebelum ini, KAFA telah membayar denda hampir RM200,000 ekoran tingkah laku kurang bijak segelintir penyokongnya.
“Masih ada yang tak serik lagi, nak juga baling botol, bakar mercun walaupun sudah dipesan berulang kali.
“Kafa bayar hampir RM200,000 untuk kesalahan yang sama, rasa macam duit habis begitu saja tanpa dimanfaatkan sebaiknya,” kata Timbalan Presiden KAFA, Ahmad Jazlan Yaakub selepas perlawanan antara Kelantan dan Pulau Pinang dalam saingan Piala Malaysia, malam kelmarin.
April lalu, penyokong Kelantan mencemari bola sepak negara dengan membakar kenderaan polis, merosakkan harta benda awam serta merusuh setelah tidak berpuas hati dengan kekalahan 0-1 kepada Negeri Sembilan dalam kempen Piala FA.
Disebabkan itu, Kelantan diarahkan bermain di gelanggang berkecuali, Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M) selama tiga bulan.
Menurut Jazlan, jumlah bayaran denda yang dibayar itu merupakan satu kerugian besar kerana ia seharusnya digunakan untuk tujuan pembangunan pasukan dan kemajuan bola sepak di Kelantan.
“Nasihat sudah berkali-kali diberi tetapi nampaknya keadaan ini tetap berterusan, kami sekali lagi merayu kepada penyokong Kelantan supaya tertib dan menunjukkan sikap sebagai peminat sukan yang bersopan,” katanya.
Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu bukan saja menyebabkan Kafa berdepan hukuman, malah boleh membahayakan penonton yang lain termasuk kanak-kanak yang datang menyaksikan perlawanan dengan penuh semangat kesukanan.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.