Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my
INDRA (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Pulau Pinang pada aksi Liga Super
di Stadium Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.
KELANTAN kini mampu tersenyum lebar apabila berjaya menjadi antara pasukan terawal melangkah ke saingan suku akhir Piala Malaysia.
Bagaimanapun, melihatkan kepada prestasi semasa, masih ada kegoyahan dalam skuad Wira Merah itu
Dengan kemenangan tipis 2-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin, Kelantan berjaya mengumpul 12 mata maksimum, sekali gus unggul di persada Kumpulan E.
Meskipun setakat ini skuad bimbingan bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan itu tidak merekodkan sebarang kekalahan dalam kempen Piala Malaysia, apa yang pasti ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.
Menilai persembahan aksi malam kelmarin dan sebelum itu, skuad Kijang jelas masih tercari-cari rentak permainan sendiri, malah mudah terikut-ikut dengan persembahan pasukan lawan sehingga hampir mengundang kekalahan mengejut.
Mujur dengan pengalaman yang dimiliki penyerang, Khalid Jamlus serta ketua pasukan, Indra Putra Mahyuddin, gol tuan rumah berjaya diperoleh pada minit ke-42 dan 80, sekali gus mematikan Kelantan mengutip mata penuh di hadapan penyokong sendiri.
Sathianathan turut menyifatkan anak buahnya masih belum mencapai prestasi kemuncak dan berharap dalam masa yang singkat ini, segala kelemahan dapat diperbaiki segera.
"Malam ini (kelmarin) pemain saya beraksi dalam keadaan tertekan untuk mengutip tiga mata di depan penyokong sendiri bagi memastikan tempat ke suku akhir, sepatutnya mereka boleh bermain dengan lebih baik.
"Saya berharap dalam dua baki perlawanan kumpulan, mereka dapat menunjukkan peningkatan kerana tidak lagi perlu bermain dalam keadaan tertekan," ujarnya.
Bagaimanapun, Sathianathan memuji semangat juang barisan penyerangnya yang diterajui Khalid, Indra dan Che Hishammudin Hasan.
Menurutnya, gol kemenangan yang yang dijaringkan oleh Indra adalah hasil persefahaman antara mereka dalam mencari ruang untuk membolosi gol lawan.
"Masing-masing bertungkus lumus untuk mencipta gerakan seterusnya menghasilkan gol, nyata mereka tidak sia-siakan harapan pasukan untuk menang di depan penonton sendiri," tambahnya.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.