KOTA BHARU - Sebagai penghargaan ke atas kejayaan pasukan ‘The Red Warriors’, setelah layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menghadiahkan habuan kepada semua pemain seperti yang telah dijanjikan setelah berjaya mencapai sasaran itu.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, penyampaian cek bernilai RM52,000 itu diberi kepada pemain sebagai penghargaan ke atas kecemerlangan yang telah dipamerkan pemain Kelantan sepanjang saingan berkenaan.
“Bayaran tersebut sebagai bonus kepada pemain di atas komitmen yang telah diberikan pemain yang telah berusaha dengan cemerlang. Rasanya, Kelantan adalah pasukan pertama yang menerima bonus dan sudah menjadi dasar kepada KAFA pemain diutamakan setelah memberi yang terbaik kepada kejayaan pasukan.
“Mulai sekarang kita perlu berikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan suku akhir. Setiap peringkat merupakan perlawanan yang berbeza kerana kelapan pasukan yang berjaya memasuki peringkat suku akhir adalah pasukan terbaik dalam negara,” katanya.
Menurutnya, kejayaan Kelantan dalam Piala Malaysia suatu yang telah dijangkakan dengan syarat semua pemain perlu beraksi bersungguh-sungguh.
“Pasukan Kelantan sudah bersedia dengan sentuhan B. Sathianathan. Kami akan memastikan dapat layak ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
Menurutnya lagi, kutipan tiket perlawanan Kelantan bertemu PLUS FC di suku akhir bakal disumbangkan kepada kutipan Tabung Gempa.
“Saya menyeru agar penyokong datang memberikan sokongan sambil buat kebajikan. Tiket perlawanan suku akhir akan di jual dengan harga RM 12 bagi tiket biasa dan RM 25 bagi tiket tempat duduk astaka.
“Harapan saya agar pasukan Red Warriors beraksi cemerlang dan berikan tumpuan kepada segala usaha demi kejayaan pasukan Kelantan,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.