KL PLUS SEDIA HADAPI KELANTAN

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR - KL PLUS terpaksa menerima hakikat bahawa pertembungan dengan Kelantan dalam saingan suku akhir Piala Malaysia di laman sendiri bakal menjadi gelanggang lawan.

Namun ia sedikit pun tidak menghiraukan jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris yang mengakui ribuan penyokong Kelantan, terutamanya yang menetap di Lembah Klang akan membanjiri Stadium Bola Sepak Cheras, Selasa ini.

Selepas menamatkan saingan selaku juara Kumpulan A, KL PLUS diundi bertemu dengan juara Kumpulan E, Kelantan pada peringkat suku akhir.


"Senjata kami untuk berdepan dengan penyokong Kelantan nanti ialah barisan pemain berpengalaman," kata Mat Zan selepas tamat perlawanan menentang Perlis kelmarin.

Jelasnya, pasukannya tidak akan berdepan dengan sebarang masalah walaupun ribuan penyokong Kelantan akan memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.

"Kami memiliki pemain berpengalaman seperti Norhafiz Zamani Misbah, Rosdi Talib, Shafiq Rahim dan ramai lagi saya yakin mereka sudah masak berdepan dengan ribuan penyokong lawan.

"Bagaimanapun kami akan cuba untuk membuat persiapan yang terbaik dan bersedia dari segi fizikal mahupun mental," kata Mat Zan.

Ditanya mengenai aksi pemainnya pada saingan terakhir peringkat kumpulan bertemu Perlis kelmarin, Mat Zan berkata, pemainnya beraksi dalam keadaan kelam-kabut pada separuh masa pertama.

"Pada separuh masa kedua barulah kami memperbaiki rentak permainan dan hari ini (kelmarin) kami tidak menurunkan Mohd. Harris Safwan," katanya.

Selepas beraksi di tempat sendiri KL PLUS akan berkunjung ke Kota Bharu bagi perlawanan timbal balik pada 24 Oktober ini.

Sumber : Utusan Malaysia


Comments :

have 0 comments at “KL PLUS SEDIA HADAPI KELANTAN”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB