KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan gembira ke atas kemenangan pasukan Red Warrior’s, 5-0, ketika bertemu pasukan ATM di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, kelmarin.
“Saya gembira dengan prestasi anak buah saya pada separuh masa kedua. Tetapi persembahan mereka pada separuh masa pertama kurang memuaskan walau banyak lancarkan serangan.
“Biasalah, dalam mana-mana perla-wanan, lapan kali cubaan hanya satu gol berjaya diperoleh. Dalam perlawanan kelmarin, Kelantan berjaya memperoleh lima gol, rasanya lebih daripada jangkaan,” katanya.
Menurutnya, ada di antara pemain masih tidak serasi lebih-lebih lagi ketiadaan Ketua Pasu-kan Kelantan, Mohd Badhri Radzi yang tercedera semasa perlawanan Liga Super lalu.
“Saya rasa pemain masih tak boleh serasi kerana Badhri Radzi seorang pemain ‘play maker’ Kelantan sudah agak lama, susah nak ganti seorang pemain macam dia. Bagaimanapun, saya akan cuba pemain lain,” katanya.
Sathia juga memuji persembahan pemain berjersi nombor 25, Mohd Khalid Jamlus yang kuat berusaha memastikan pasukan Kelantan memperoleh kemenangan pada setiap perlawanan.
“Dalam perlawanan kelmarin, Khalid berusa-ha keras dan dua tiga kali cubaannya dilihat tidak menjadi. Tetapi dia banyak beri peluang kepada pemain yang lain mungkin malam kelmarin bukan hari untuk dia,” katanya.
Menurutnya, pertemuan Ke-lantan dengan KL Plus pada peringkat suku akhir, bukanlah perkara yang mudah kerana KL Plus merupakan sebuah pasukan yang kuat dan serangan yang dilancarkan mereka amat teliti.
“Bukan senang nak menewaskan pasukan KL Plus yang terdiri daripada pemain kebangsaan. Dalam masa seminggu ini, saya akan membuat persediaan yang secukupnya kerana bukan senang nak bersedia dalam seminggu ini.
“Saya paling berpuas hati dengan cara mereka simpan bola dan jarang bagi peluang kepada pihak lawan. Kemenangan kelmarin merupakan satu petanda yang baik buat pasukan Red Warrior’s musim ini,” katanya.
Sathia berkata, masih ada tempat di dalam pasukan yang beliau tidak berpuas hati seperti pemain dilihat gagal mengawal emosi sehinggakan dilayangkan kad kuning dalam perlawanan kelmarin.
“Saya rasa mereka buang masa kerana tak dapat kawal emosi sehingga dapat kad kuning. Sedangkan masa itu, Red Warrior’s mendahului lawan, 4-0.
“Kalau pemain dapat tiga kad kuning, ia merugikan pemain sendiri kerana sudah tentu tidak dapat beraksi pada perlawanan akan datang.
“Saya faham yang penyokong bagi semangat ketika beraksi di padang tetapi sebagai seorang pemain profesional, sudah tentu kita tak nak perkara yang tidak dijangkakan berlaku dalam perlawanan dan mereka perlu tahu yang kekuatan mereka diperlukan,” katanya.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.