Oleh Kamudin Baharom
BERITA ketiadaan ayam tambatan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin disambut gembira ketua jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim yang menyifatkan pasukan lawan berada dalam situasi pincang apabila bertandang ke Stadium Utama Negeri, Sabtu ini.
Sambil menyifatkan penyerang itu sebagai ikon atau nadi kepada kekuatan Kelantan, beliau berkata ketiadaan Indra pasti sedikit sebanyak akan menggugat keberkesanan skuad bimbingan B Sathianathan itu untuk menggegarkan jaring Singa Utara, nanti.
“Walaupun mereka memiliki kelebihan dua gol untuk dibawa ke Kangar nanti, tapi saya percaya ketiadaan Indra pasti akan memberi kesan,” katanya, semalam.
Indra memanfaatkan sepakan penalti untuk gol pertama Kelantan pada minit ke-22 sebelum Rizal Fahmi Rosdi menambah derita Perlis menerusi jaringan pada masa kecederaan untuk membolehkan tuan rumah menang 2-0 di Stadium Sultan Mohamad IV, malam kelmarin.
“Bagi kami, kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dengan sokongan penonton bakal memberikan semangat kepada pemain bermain habis-habisan,” katanya yang turut menaruh harapan pasukannya mampu menempah tiket ke pentas final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 7 November ini.
Mengulas lanjut perlawanan itu, beliau berkata, kegagalan jentera depan memanfaatkan beberapa peluang untuk diterjemahkan sebagai jaringan terutama pada babak pertama menjadi punca kegagalan pasukan.
Katanya, selain itu, terdapat beberapa pemain yang dikesan gagal memberikan persembahan pada tahap terbaik, dipercayai berpunca daripada perasaan gemuruh, takut atau cemas apabila pertama kali beraksi di depan puluhan ribu penyokong tempatan yang fanatik.
“Saya dapati mereka mampu bermain dengan cukup baik, menguasai sebahagian babak pertama perlawanan dan paling penting berjaya mencipta beberapa peluang dalam tempoh 15 minit babak pertama perlawanan.
“Bagaimanapun, situasi itu berubah apabila tuan rumah yang mendapat sokongan lebih 25,000 penonton itu bangkit melancarkan serangan dan berjaya memperoleh jaringan pertama menerusi sepakan penalti Indra,” katanya.
Beliau berkata, keputusan perlawanan itu pasti berubah sekiranya beberapa peluang yang dicipta itu mampu diterjemahkan sebagai jaringan untuk dijadikan bekalan ketika beraksi di Kangar, Sabtu ini.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.