Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
INDRA (kanan) bersalam dengan Sathianathan selepas tamat aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Kota Bharu malam kelmarin.
"SAYA kecewa tidak dapat beraksi membantu Kelantan di Kangar Sabtu ini."
Demikian ujar ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin yang tidak dapat beraksi pad aperlawanan separuh akhir kedua menentang Perlis selepas mengumpul kad kuning kedua pada perlawanan malam kelmarin.
Menurutnya, beliau menyifatkan keputusan pengadil kurang bijak namun terpaksa menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.
"Itu bukan kekasaran kerana saya tidak sengaja terlanggar pemain lawan dan hukuman kad kuning adalah tidak wajar dalam situasi tersebut.
"Bagaimanapun, saya yakin pemain-pemain lain mampu menggalas tugas dengan baik ketika bertandang ke Kangar walaupun saya tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama," katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, kelebihan dua gol hasil daripada kemenangan pada perlawanan malam kelmarin mampu dipertahankan bagi membolehkan mereka melangkah ke final Piala Malaysia.
Sementara itu, jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata, bekalan dua gol yang akan dibawa ke Kangar bukanlah satu jumlah yang banyak.
Katanya, beliau tidak mahu anak-anak buahnya terlalu selesa dengan kedudukan tersebut sebaliknya terus berusaha untuk menambah jumlah jaringan.
"Kita kena tetapkan sasaran bahawa perlawanan menentang Perlis Sabtu ini adalah misi penting dan perlu melupakan kelebihan dua gol itu.
"Kalau semua pemain dapat berfikir macam itu, saya yakin kita akan melepasi cabaran ini dan seterusnya merealisasikan impian untuk ke Bukit Jalil sekali lagi," ujarnya.
Jelasnya, kehilangan Indra pasti dirasai dan menganggap ia adalah perkara biasa dalam kejohanan besar seperti ini.
Sathia menambah, ini adalah peluang kepada pemain-pemain muda untuk membuktikan kehebatan dan beliau yakin pemainnya mampu mengisi kekosongan tersebut.
"Kita tidak boleh terlalu bergantung dengan pemain-pemain senior dan berpengalaman mereka kerana situasi seperti ini pasti akan berlaku.
"Saya disini untuk menggilap mereka yang masih baru dan mereka perlu buktikan mereka bersedia untuk tujuan itu dan boleh diturunkan pada bila-bila masa diperlukan," jelasnya.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.