
Senarai pemain Malaysia ke Piala AFF Suzuki 2010
SENARAI asal pertama 30 pemain Malaysia yang dipilih menyarung jersi skuad negara bagi saingan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta bermula 1 Disember 2010. Tiga pemain tercedera iaitu Norhafiz Zamani Misbah, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Nasriq Baharom akan diganti dengan pemain lain yang akan diumum oleh K Rajagopal selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan.
Penjaga Gol
1 MOHD FARIZAL BIN MARLIAS
22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT
28 MOHD SHARBINEE ALLAWEE BIN RAMLI
Pertahanan
2 MOHD SABRE BIN MAT ABU
3 MOHD FAIZAL BIN MUHAMAD
4 MOHD ASRARUDDIN PUTRA BIN OMAR
5 NORHAFIZ ZAMANI BIN MISBAH
6 MOHD NASRIQ BIN BAHAROM
7 KHAIRUL HELMI BIN JOHARI
11 MOHAMAD AZMI BIN MUSLIM
18 MAHALLI BIN JASULI
24 MOHAMAD MUSLIM BIN AHMAD
27 MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS
Tengah
8 SAFIQ BIN RAHIM
12 AMAR BIN ROHIDAN
13 AHMAD FAKRI BIN SAARANI
14 MOHD KHYRIL MUHYMEEN BIN ZAMBRI
15 GURUSAMY GOVANDAR KANDASAMY
16 KUNANLAN SUBRAMANIAM
17 ABDUL SHUKUR BIN JUSOH
19 MOHAMMAD FAIZAL BIN ABU BAKAR
21 MOHD AMIRULHADI BIN ZAINAL
23 BADDROL BIN BAKTHIAR
25 MOHD FANDI BIN OTHMAN
26 MOHAMAD ASHARI BIN SAMSUDIN
30 ABDUL HALIM BIN ZAINAL
Penyerang
9 NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA
10 MOHD SAFEE BIN MOHD SALI
20 IZZAQ FARIS BIN RAMLAN
29 CHANTHURU SUPPIAH
Indra Putra Mahayuddin, Mohd Razman Roslan dan A Thamil Arasu adalah tiga nama yang disebut untuk menggantikan tiga pemain yang tercedera. Keputusan muktamad akan diumumkan nanti.
Sumber : Google.com
Posted by
Cheni™
at
Selasa, November 30, 2010
IPOH, 29 Nov (Bernama) -- Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang baru menjulang Piala Malaysia bersama pasukan Kelantan musim lepas berkata keputusannya untuk menyertai Skuad Seladang pada musim 2011 adalah untuk kembali bersama bekas jurulatihnya iaitu Norizan Bakar.
"Saya berpengalaman di bawah latihan Cikgu Jan (Norizan) sejak berumur 14 tahun dan keserasiaan yang ada membolehkan saya mendapat pelbagai pendedahan bersama pasukan Perak kelak," katanya di sini hari Isnin pada majlis pelancaran jersi baru pasukan Perak yang bakal menggunakan jenama Specs.
Akmal Rizal berkata barisan pemain muda yang dimiliki Perak juga mampu bermain lebih cemerlang di bawah tunjuk ajar Cikgu Jan.
Norizan pernah menjadi jurulatih pasukan kebangsaan dari November 2005 hingga Julai 2007 setelah tamat kontrak Bertalan Bicskei.
Mengenai jersi baru itu, Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata jersi Specs akan digunakan untuk kejohanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim 2011.
PAFA turut melancarkan dua jenis tiket bermusim bernilai RM100 bagi tempat duduk tidak berbumbung dan RM150 bagi tempat duduk berbumbung.
"Pembawa kad ini boleh menonton kesemua 25 perlawanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim 2011 yang berlangsung di Stadium Perak.
"Sebagai permulaan kami melancarkan 1,000 kad bermusim dan sesiapa yang ingin memilikinya boleh mendapatkannya di Pejabat PAFA selepas 1 Dis ini," jelas Zainol Padzi.
Sementara itu skuad Terengganu yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi Liga Malaysia musim depan dikejutkan apabila pemain tengahnya Zairo Anuar Zalani dikatakan akan berhijrah ke pasukan T' Team.
Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata Zairo telah meminta agar beliau dilepaskan walaupun kontraknya masih berbaki setahun lagi bersama Terengganu.
"Kita difahamkan beliau (Zairo) mendapat tawaran gaji yang lebih baik daripada pasukan T'Team," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, Che Mat berkata Terengganu akan diperkuatkan oleh beberapa pemain berpengalaman dan juga bekas pemain kebangsaan tahun depan.
Antara pemain yang akan memperkuatkan pasukan Terengganu termasuk bekas pemain KL Plus yang berasal dari Sarawak, Reeshafiq Alwi.
Beliau berkata selain itu, bekas pemain Terengganu yang sebelum ini berhijrah ke pasukan T'Team pada tahun lepas, Ismail Faruqi akan kembali bersama Terengganu musim depan.
Katanya barisan pemain Terengganu tahun depan telah dikenal pasti dan senarainya akan diumumkan selepas kontrak pemain-pemain itu tamat.
Che Mat berkata Terengganu mengambil pemain baru yang berkebolehan untuk mengisi semua posisi daripada pasukan Perlis, Kuala Lumpur Plus, Sarawak, Pahang dan Kelantan.
"Prestasi pasukan Terengganu tahun depan dijangka lebih baik dan mampu mencabar pasukan-pasukan lain berbanding sebelum ini.
-- BERNAMA
Posted by
Cheni™
at
Selasa, November 30, 2010

Setiap orang ada masa rajin dan ada masa malas nya.
Kalau masa rajinnya lebih panjang dari masa malasnya, maka kemungkinan besar dia adalah orang yang berjaya.
Jika sekiranya masa malasnya lebih banyak dari masa rajinnya, maka kemungkinan besar dia adalah orang yang selalu gagal.
Setiap orang memang tahu mana satu masa yang lebih panjang dalam hidup nya sehari-hari.
Kalau dia sedar yang masa rajinnya lebih panjang, maka sepatutnya dia gunakan masa rajinnya itu dengan sebaik mungkin.
Kalau dia rasa masa malasnya yang terlebih panjang, maka sepatutnya dia kena berusaha untuk memendekkan masa malasnya itu.
Sebenarnya rahsia antara orang berjaya dengan orang gagal ialah terletak pada perbezaan 2 jenis masa ini.
Masa malas atau masa rajin. Mana satu yang lebih banyak? Dan bagaimana mengawal kedua-dua jenis masa itu?
Posted by
Cheni™
at
Isnin, November 29, 2010
Daripada Zulhilmi Supaat GUANGZHOU, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia layak ke Pusingan Kedua bola sepak Sukan Asia Ke-16 walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Tianhe, di sini.
Kemaraan Malaysia itu sekaligus memecah kebuntuan selama 32 tahun untuk beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia.
Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan Korea Selatan dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke Pusingan Kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Selasa lepas membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam Kumpulan lain.
Kali terakhir skuad negara layak beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok. Di Doha, Qatar empat tahun lepas, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar sekadar bermain di peringkat kumpulan.
Pada perlawanan malam ini, skuad negara terpaksa bermain dengan lapan pemain selepas Mahalli Jasuli diberikan kad kuning kedua, sekaligus kad merah pada minit ke-24 oleh pengadil Williams Ben dari Australia.
Seminit kemudian, ketua pasukan Safiq Rahim pula dilayangkan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil memberikan kad merah kepada Mahalli.
Kad merah ketiga dilayangkan kepada S.Kunalan pada minit ke-81.
Walaupun terpaksa bermain dengan lapan pemain, skuad negara yang dibelengu kecederaan berjaya menyerap asakan pasukan China daripada membolosi gawang Malaysia dengan jaringan lebih besar.
Pasukan tuan rumah bagaimanapun berjaya membolosi gawang Malaysia menerusi tandukan Li Jianbin pada minit ke-61 sebelum sepakan leret Zhao Hanglue pada minit ke-65 dari sebelah kanan pintu gol Malaysia menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Tuan rumah mendapat gol ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Zhang Linpeng pada minit ke-83.
-- BERNAMA
Posted by
Cheni™
at
Ahad, November 14, 2010
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negeri Kelantan adalah paling rendah di Malaysia iaitu 2.2 peratus berbanding dengan kadar nasional iaitu 4.0 peratus.
Menurut laporan yang di keluarkan oleh jabatan itu, bilangan dan kadar pengangguran mengikut negeri, untuk Suku Tahun Pertama 2009 (Q1 2009), Kelantan berada di tempat terbaik iaitu 11,300 sahaja penduduknya menganggur.
Ia diikuti oleh Melaka (2.5 peratus seramai 7,300 penduduk menganggur), Pulau Pinang (2.6 peratus, 18,300 penganggur) dan Pahang (3.0 peratus 18,600 penganggur).
Negeri yang paling tinggir kadar pengangguran di negara ini adalah Sabah dan Labuan iaitu 6.1 peratus di mana 85,000 penduduknya menganggur.
Sebelum ini, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri Kelantan termasuk kegagalannya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.
Kerana itu, kata dakwaan itu, ramai rakyat Kelantan bekerja di luar dari negeri itu.
Sementara itu, mengikut satu blog, Malaysia Wave, yang mendedahkan data ini, beberapa blogger kenalan penulisnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari pekerjaan di Kelantan.
"Teringat saya kepada komen member saya, Topeng Perak satu masa dahulu. Beliau kata beliau pulang ke Kelantan tak sampai 2 minggu dah dapat kerja. Teman baik beliau, si Aduka Taruna, dalam kena hambat dengan polis pun boleh dapat kerja," tulis Abdul Rahman yang menggunakan nama penanya, Tulang Besi.
Tulisnya, negeri yang tidak mementingkan projek-projek gajah putih, tidak mementingkan menara 100 tingkat, tidak mementingkan menara berkembar rupanya kerajaan Kelantan telah menjalankan projek-projek yang membantu peniaga-peniaga kecil dan sederahana.
"Kesannya, peniaga-peniaga kecil dan sederhana di Kelantan mampu mengambil ramai pekerja menyebabkan kadar kemiskinan Kelantan adalah antara yang terendah di Malaysia. Projek-projek membantu kroni ditolak, tapi wang kerajaan negeri digunakan membantu rakyat yang majoritinya peniaga-peniaga kecil dan sederhana.
"Perkara yang sama kita lihat di Amerika sekarang ini. Didapati 90 peratus dari syarikat-syarikat yang mengambil pekerja baru di saat jatuhnya ekonomi Amerika adalah perniagaan yang bersifat kecil dan sederhana. Dikatakan peniaga-peniaga kecil dan sederhana inilah yang akan menyelamatkan ekonomi Amerika dari kehancurkan dan kemusnahan," tulis Rahman dalam Malaysian Wave.
Posted by
Cheni™
at
Khamis, November 11, 2010
KOTA BAHARU, 10 Nov (Bernama) -- Kerajaan Kelantan meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa agar tidak melepaskan jawatannya itu demi kebaikan sukan itu di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri Ab Fattah Mahmood berkata kepimpinan Annuar masih diperlukan oleh Kafa dan seluruh peminat bola sepak negeri itu selepas berjaya membawa kejayaan untuk pasukan bola sepak Kelantan.
"Saya secara peribadi meminta Tan Sri Annuar (Musa) tidak melepaskan jawatannya kerana banyak lagi yang perlu dilakukan beliau untuk kejayaan pasukan bola sepak.
"Kami di peringkat negeri sentiasa memberikan bantuan dan galakan kepada Tan Sri dan Kafa untuk membangunkan sukan ini ke peringkat yang lebih jauh lagi," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Darul Naim pada hari Rabu.
Annuar dalam reaksinya selepas Kelantan muncul juara Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Okt lepas menyatakan cadangannya untuk melepaskan jawatan di Kafa bagi membolehkan beliau menjalankan tanggungjawabnya yang lebih mencabar sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Mengulas mengenai arahan FAM yang meminta agar kerajaan negeri menaiktaraf Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Ab Fattah memberi jaminan perkara itu akan diselesaikan dalam tempoh dua bulan lagi.
"Kita akan ambil perhatian arahan FAM itu dan dalam tempoh dua bulan ini iaitu ketika stadium tidak digunakan ketika tengkujuh, stadium ini insyaAllah akan berubah wajah," katanya.
Annuar sebelum ini juga meminta kerajaan negeri melalui Perbadanan Stadium Kelantan menaiktaraf stadium berkenaan yang begitu daif bagi membolehkan perlawanan peringkat kebangsaan seperti Piala Malaysia dapat diadakan.
Menyentuh mengenai insentif wang tunai yang akan dibayar kepada pemain Kelantan yang menjuarai Piala Malaysia, Ab Fattah berkata perkara itu akan diumum Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas kembali daripada menunaikan haji tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Posted by
Cheni™
at
Khamis, November 11, 2010
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Skuad bola sepak negara memulakan kempen pada Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China dengan mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Huadu petang ini, Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 2-1.
Separuh masa pertama perlawanan boleh dikatakan seimbang di antara kedua-dua pasukan, namun penerima Anugerah Pemain Berharga 100Plus-FAM 2010 baru-baru ini, Norshahrul Idlan Talaha bijak mencari ruang dan berjaya membolosi gawang lawan pada minit ke-27.
Tertekan dengan kedudukan itu, Kyrgyzstan rancak menggasak kubu pasukan negara dan memperoleh gol penyamaan 1-1 menerusi jaringan Sydykov pada minit ke-37.
Selepas rehat, pasukan negara kembali menguasai perlawanan apabila berjaya menjarakkan kedudukan menerusi S. Chanturu pada minit ke-60. Sementara itu, ketua kontinjen negara ke Sukan Asia, Datuk Zolkples Embong gembira dengan kejayaan itu dan percaya bahawa pasukan bola sepak negara mampu mara ke peringkat lebih jauh.
"Kejayaan hari ini membuktikan kita mampu lakukan sesuatu jika berusaha secara bersungguh-sungguh. Walaupun kita bermain tanpa barisan pemain senior tidak bermakna bahawa kita akan tewas sebelum perlawanan," katanya ketika dihubungi Bernama hari Isnin.
Zolkples turut menasihatkan pemain agar tidak terlampau gembira dengan kejayaan hari ini kerana mereka bakal berdepan dengan saingan sebenar pada Rabu ini iaitu Jepun.
Pertemuan Malaysia-Jepun dijadualkan berlangsung di venue sama pada pukul 4 petang waktu tempatan.
-- BERNAMA
Posted by
Cheni™
at
Selasa, November 09, 2010
Masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniah buat pasukan Kelate yang berjaya menjulang Piala Malaysia 2010 setelah 89 tahun menanti. Sana-sini dan dimana-mana sahaja orang masih lagi bercakap mengenai kejuaraan tersebut. Pendek kata, demam bola sepak masih lagi melanda tatkala musim tengkujuh sudah pun melanda.
Ok, kita beralih sekejap tumpuan daripada kejuaraan tersebut. Umum belum mengetahui dan perasan bahawa 'Kelate' akan dan sudah pun digomo oleh peminat-peminatnya khususnya yang tinggal di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Peminat-peminatnya sentiasa setia dan ramai walaupun berhijrah keluar negeri kerana mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan dapat menarik minat kepada 'Kelate'.
Lot 1810, Tingkat Bawah
Bangunan KPKB
Jalan Bayam
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7474353 (En. Rosmadi)
Read More......Kelate kena gomo
Posted by
Cheni™
at
Isnin, November 08, 2010
Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@uusan.com.my
KOTA BHARU 7 Nov. – Kawalan dan pemantauan aktiviti pembangunan di tanah tinggi Lojing hendaklah mengikut garis panduan kawasan pembangunan khas yang telah diwujudkan.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah, ia bagi memastikan pembangunan di tanah tinggi itu tidak akan menyebabkan masalah tanah runtuh dan hakisan.
Sultan Muhammad Ke-V, disambut oleh Nik Aziz Nik Mat ketika merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-12 di Kota Darulnaim, Kota Bharu, semalam. – BERNAMA
“Beta percaya penubuhan Jajahan Kecil Lojing baru-baru ini dapat memantau dan mengawal segala aktiviti pembangunan di tanah tinggi Lojing secara langsung bersama-sama Jabatan Alam Sekitar,” titah baginda.
Sultan Muhammad V bertitah demikian ketika buat pertama kali merasmikan pembukaan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-12 selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.
Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kecuali Datuk Md. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Drs. Saipul Bahrin Mohamad (Pas-Selising) yang kini berada di tanah suci Mekah kerana menunaikan ibadat haji.
Dalam titah baginda, Sultan Muhammad V turut menyarankan supaya kerajaan negeri melalui agensi yang bertanggungjawab dalam membangunkan industri pelancongan mencari produk-produk baru seperti pelancongan kesihatan dan agama yang berpotensi untuk dimajukan.
Baginda bagaimanapun mengingatkan bahawa semua aktiviti pelancongan yang hendak dilaksanakan perlu selari dengan tuntutan syarak dan tidak bercanggah dengan kesucian agama Islam.
Mengenai sektor industri pula, baginda menyarankan fokus diberikan kepada industri kecil dan sederhana (IKS) kerana majoriti usahawan Melayu terlibat dalam kategori itu.
“Sehubungan itu, keperluan prasarana di setiap kawasan perindustrian perlu dinaik taraf dan dilengkapkan bagi mengukuhkan lagi sektor ini serta menjamin kemasukan pelabur-pelabur baru.
“Beta juga mengharapkan kerajaan negeri mempromosikan dengan lebih giat lagi produk-produk IKS Kelantan sehingga ke peringkat nasional dan antarabangsa. Usahawan-usahawan IKS pula perlu menghasilkan produk-produk yang berkualiti dan berdaya saing,” titah baginda.
Sultan Muhammad V turut menyarankan supaya kerajaan negeri merangka hubungan perdagangan bagi tujuan meluaskan pemasaran produk berjenama Kelantan ke peringkat nasional dan antarabangsa.
Ini termasuk memanfaatkan hubungan jaringan perdagangan dan kerjasama ekonomi dengan negara serantau dan pertumbuhan segi tiga Indonesia-Malaysia-Thailand.
“Usaha menarik pelaburan ke negeri ini perlu digiatkan termasuk menjalin hubungan perdagangan dengan China yang seharusnya diteroka bagi menggalakkan pembangunan ekonomi negeri,” titah baginda.
Dalam konteks itu, baginda menyambut baik penganjuran Ekspo Cheng Ho yang dijadual pada 21 hingga 26 November ini kerana ia mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi di negeri ini melalui penyertaan syarikat-syarikat pengeluar dari dalam dan luar negara selain selaras dengan hasrat menjadikan Kelantan hab halal di rantau ini.
Baginda turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dalam membantu meningkatkan rangkaian jalan raya yang baik di negeri ini melalui cadangan projek ‘Central Spine Road’ iaitu pembinaan jalan baru dan menaik taraf jalan Persekutuan sepanjang 390 kilometer dari Kuala Krai sehingga Simpang Pelangai, Pahang.
“Beta juga berharap Kerajaan Persekutuan akan meneruskan pelaksanaan pembinaan jalan baru dari Kota Bharu ke Kuala Krai dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
“Beta juga menaruh harapan yang tinggi agar Kerajaan Persekutuan dapat menyediakan agihan peruntukan yang sesuai dan adil dalam pelaksanaan pelan pelaburan sektor awam RMK-10 bagi negeri ini selaras dengan agenda pembangunan negeri Kelantan.
“Ini bagi memastikan pembangunan di negeri Kelantan selari dengan pembangunan dan kemajuan yang dikecapi oleh negeri-negeri lain,” titah baginda.
Posted by
Cheni™
at
Isnin, November 08, 2010
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Jurulatih pasukan Kelantan B. Sathianathan meluahkan hasrat untuk kembali membimbing skuad bola sepak kebangsaan setelah membuktikan kemampuannya membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali baru-baru ini.
Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu berkata beliau bersedia pada bila-bila masa untuk kembali melatih skuad kebangsaan sekiranya diberikan peluang kedua oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Memang menjadi harapan semua jurulatih untuk bergelar sebagai jurulatih kebangsaan dan saya pernah berada di posisi itu suatu ketika dahulu.
"Sekiranya pihak FAM memberi peluang kedua, saya tidak akan lepaskan peluang tersebut kerana saya minat untuk kembali bergelar jurulatih kebangsaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sathianathan berkata beliau tidak merendahkan kemampuan jurulatih kebangsaan ketika ini K.Rajagobal yang disifatkannya sebagai seorang jurulatih yang berbakat.
"Saya puji dengan langkah bijak dan berani Rajagobal mengetengahkan barisan pemain baru dan memberi peluang kepada mereka untuk beraksi pada Sukan Asia di Guangzhou, China," katanya.
Rajagobal terpaksa mengugurkan beberapa pemain terbaiknya ke Guangzhou apabila sebilangan besar pemain senior mengalami kecederaan ketika menghadapi saingan sepanjang musim liga tempatan.
Kekosongan itu diisi Rajagopal dengan beberapa orang pemain baru bagi mengalas cabaran yang akan bermula Isnin.
Pada Isnin, Malaysia dijadual bertemu Kyrgyztsan pada perlawanan pertama kumpulan A di Stadium Huagong, Guangzhou, China kira-kira 4 petang pada waktu tempatan.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Sathianathan berkata beliau akan terus mempertahankan kritikannya bahawa liga Malaysia belum mencapai tahap liga profesional.
Sathianathan berkata beliau mengkritik demikian kerana mahu melihat mutu bola sepak Malaysia dipertingkatkan demi kelangsungannya pada masa hadapan.
Selain itu, beliau juga menyedari bahawa sebilangan besar pasukan negeri dan kelab tempatan tidak berminat untuk mengambinya sebagai jurulatih kerana tidak suka dengan sikapnya yang disifatkan sebagai panas baran.
"Dalam sukan bola sepak, kita tidak perlu bodek orang untuk mendapat tempat sebaliknya untuk memajukan sukan ini, kita kena berterus-terang," katanya.
Sathianathan disingkirkan daripada mengemudi skuad kebangsaan oleh FAM pada awal 2009 apabila beliau mengkritik mutu bola sepak Malaysia yang disifatkan bukan bola sepak sebenarnya.
Baru-baru ini, beliau memenangi gelaran Jurulatih Terbaik 2010 pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM setelah memimpin Kelantan menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali.
-- BERNAMA
Posted by
Cheni™
at
Isnin, November 08, 2010



Print this page




