LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my
NOR FARHAN (kiri) bakal mengetuai jentera serangan Kelantan di Kota Bharu malam ini.
KELANTAN sedang selesa berada di puncak.
Bagi mengukuhkan keselesaan itu mereka mahu terus melakar kemenangan dalam saingan Piala Malaysia yang akan memasuki pusingan kedua malam ini.
Apa yang pasti, Kelantan mahu terus mencipta kemenangan bagi memudahkan urusan melangkah ke pusingan suku akhir.
Itu misi skuad Wira Merah itu apabila menentang Pulau Pinang pada perlawanan Kumpulan E di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.
Kemenangan pada perlawanan malam itu nanti akan memberi laluan kepada skuad bimbingan B. Sathianathan itu untuk layak secara secara automatik ke suku akhir.
Setakat ini Kelantan sudah mencatat tiga kemena- ngan, sekali gus mendahului kedudukan dalam Kumpulan E dengan sembilan mata.
Meskipun ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai, Sathianathan tetap menuntut anak- anak buahnya supaya mengekalkan momentum cemerlang selain berhati-hati dengan ancaman daripada pasukan lawan.
"Kita tahu, Pulau Pinang juga mahu pulang dengan tiga mata bagi memastikan perjalanan mereka ke suku akhir kembali terbuka.
"Saya tidak mahu pemain leka terutama barisan pertahanan manakala yang lain perlu fokus untuk menghasilkan gol," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibrahim berharap penyokong akan memenuhi stadium dan terus memberi soko- ngan padu kepada skuad Kijang bagi melonjakkan semangat pemain memburu kejayaan.
"Saya harap penyokong terus memberi sokongan serta memeli- hara disiplin diri ketika menyaksi- kan perlawanan," tambahnya.
Posted by
Cheni™
at
Selasa, Oktober 06, 2009
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU - Tiga kemenangan berturut-turut bukan jaminan Kelantan bakal menempah tiket ke saingan suku akhir Piala Malaysia memandangkan rentak skuad Kijang itu dilihat masih belum di tahap keupayaan sebenar.
Ia bukan rentak untuk mengejar impian juara dan jurulatihnya, B. Sathianathan memberi amaran kepada pemain untuk bangkit kerana persembahan mereka masih membimbangkannya.
Sekiranya tidak menunjukkan peningkatan segera, mereka mungkin akan menghadapi kejutan Pulau Pinang yang mula mempamerkan prestasi terbaik apabila menewaskan penyandang juara piala itu, Kedah, Sabtu lalu.
Sathianathan berkata, Kelantan telah menunjukkan peningkatan, bagaimanapun masih terdapat banyak ruang untuk diperbaiki sekiranya benar-benar untuk merangkul kejuaraan tersebut buat kali pertama dalam tempoh 50 tahun.
"Dari segi persembahan nampak ada kemajuan, peningkatan sememangnya ada tetapi belum mencapai tahap yang sepatutnya tetapi kita tahu ini baru perlawanan ketiga dan saya berharap masuk perlawanan keempat mereka akan menunjukkan persembahan yang lebih meyakinkan.
"Saya minta pemain jangan terlalu yakin untuk ke suku akhir walaupun hanya memerlukan kemenangan pada malam, esok. Mereka kena kekalkan momentum sehingga ke penghujung saingan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Sejak bermula saingan Piala Malaysia, Kelantan telah mula menunjukkan wataknya sebagai pencabar utama untuk merangkul gelaran yang paling berprestij di negara ini.
Skuad Kijang telah mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini termasuk yang terbaru menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Stadium Selayang, Selangor, Sabtu lalu.
Hari ini, skuad bimbingan bekas jurulatih kebangsaan itu akan melayan kunjungan Pulau Pinang di gelanggang sendiri dan perlu menang bagi mengesahkan tempat ke suku akhir bagi mewakili Kumpulan E.
Namun, Sathianathan menegaskan, layak ke suku akhir tidak memadai kerana mereka perlu kekal sebagai pendahulu kumpulan bagi memastikan laluan yang agak mudah untuk ke separuh akhir.
"Perlawanan esok penting untuk menentukan kedudukan kita dalam kumpulan, saya masih tidak berpuas hati dengan persembahan sekarang kerana masih ada ruang yang perlu dibaiki lagi.
Sementara itu, dengan keghairahan penyokong yang semakin memuncak, Stadium Sultan Muhammed IV dijangka sesak dan bagi memberikan keselesaan untuk memasuki stadium, pintu akan dibuka lebih awal.
Ketua Pegawai Operasi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Mohd. Noor Yaacob memberitahu, tiga pintu masuk utama iaitu H, A dan J akan dibuka mulai pukul 7 petang manakala jualan tiket bermula pukul 3 petang.
''Penyokong diminta datang awal dan mengambil air sembahyang lebih awal sebelum memasuki stadium untuk menunai solat maghrib kerana kemudahan bilik air masih terhad," ujarnya.
Katanya, sikap penonton yang gemar memasuki stadium serentak pada saat akhir menyebabkan kesesakan di pintu-pintu masuk utama sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.
Beliau sekali lagi mengingatkan para penyokong supaya tidak membawa masuk objek-objek terlarang agar tidak menimbulkan kesulitan pada diri sendiri tetapi juga akan menjejaskan KAFA dan pemain.
''KAFA pada tahun ini terpaksa membayar denda RM200,000 kerana gelagat penyokong dan kehilangan sumber kewangan menjejaskan usaha KAFA membangunkan skuad ketika kita mengimpikan pencapaian terbaik tahun ini," ujarnya.
Posted by
Cheni™
at
Selasa, Oktober 06, 2009

Pasukan bimbingan B Sathianathan, Kelantan berdepan dengan tugas sukar dengan hanya mampu menang tipis 2-1 ke atas pasukan Tentera kelmarin.
Bekas jurulatih negara itu dilantik bagi menggantikan Peter Butler yang meninggalkan Wira Merah secara mengejut seminggu sebelum berlangsungnya Piala Malaysia.
Pada perlawanan itu, Indra Putra Mahayuddin membuka tirai jaringan pada minit ke 18 menerusi sepakan penalti.
Sebelum separuh masa pertama berakhir apabila larian solo Mohd Zahari Zaini berjaya menewaskan pintu gol pelawat yang dikawal oleh Halim Napi untuk mengikat kedudukan 1-1.
Kelantan semakin tertekan apabila Tentera cuba bermain untuk seri.
Di ambang penghujung permainan, Kelantan bertambah garang dengan mengaturkan lebih banyak serangan dan akhirnya berhasil apabila Mohd Nor Farhan memastikan wakil Pantai Timur itu pulang dengan tiga mata penuh menerusi jaringan pada minit terakhir.
Walaupun lega dengan kemenangan itu, Sathianathan perlu segera mencari jalan penyelesaian percaturan barisan pemainnya lebih-lebih lagi
Bahagian serangan Kelantan kelihatan kurang menyengat serta posisi tengah yang amat merasai kehilangan sentuhan sumber inspirasi Badri Radzi yang juga merupakan ketua pasukan terpaksa berehat panjang akibat patah kaki.
Sathianathan berkata, “Masih banyak yang perlu diperbaiki oleh pasukannya. Permainan kami masih di bawah tahap sebenar. Harapan saya pada perlawanan seterusnya menentang Pulau Pinang di hadapan penyokong sendiri, kami mampu beroleh kemenangan dan mengekalkan momentum itu.”
Sumber: Sinar Harian
Posted by
Cheni™
at
Isnin, Oktober 05, 2009
KUMPULAN A:
Perlis 1 KL Plus 2
Melaka 3 Pahang 3
KUMPULAN B:
Terengganu 0 Negeri Sembilan 1
Sarawak 1 Johor 4
KUMPULAN C:
Johor FC 0 Perak 2
Kuala Lumpur 0 UPB MyTeam 0
KUMPULAN D:
Sabah 2 PDRM 0
KUMPULAN E:
Tentera 1 Kelantan 2
Kedah 0 Pulau Pinang 1
Posted by
Cheni™
at
Ahad, Oktober 04, 2009
Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
DUA kemenangan termasuk menumpaskan juara treble dua kali, Kedah di laman sendiri sudah cukup untuk menyuntik semangat pemain Kelantan meneruskan kecemerlangan.
Ketika dijadualkan turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang malam ini, kelebihan pasti- nya menjadi milik Kelantan.
Namun, sedikit kegusaran disuarakan oleh pengendali baru sang Kijang, B. Sathianathan yang perlu diberikan perhatian oleh semua pemain.
Menurutnya, ATM turun tanpa tekanan dan dilabelkan sebagai underdog dengan rekod dua kali seri termasuk mengikat Kedah di Alor Setar, Sabtu lalu.
"Anda pasti melihat banyak peningkatan dalam pasukan itu, pemain mereka berdisiplin dan mereka kerja kuat untuk kempen Piala Malaysia kali ini.
"Untuk melabelkan mereka sebagai pasukan 'mudah' anda mungkin silap, apa yang pasti kita akan main dengan cara kita dan kita akan pastikan tiga mata dibawa pulang ke Kota Bharu," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, pemain perlu meningkatkan kualiti permainan kerana dua perlawanan sebelum ini bukan wajah sebenar pasukan Kelantan.
Katanya, beliau berpuas hati dengan kesungguhan para pemain ketika sesi latihan apabila mereka bekerja keras untuk merebut tempat di dalam pasukan.
"Sebagai jurulatih anda pasti gembira melihat anak-anak buah kamu begitu bersungguh-sungguh ketika latihan tetapi itu tidak mencukupi kerana mereka perlu buktikan ketika dalam perlawanan.
"Sesiapa sahaja boleh bermain di dalam pasukan ini asalkan mereka benar-benar mahu bermain bola sepak dan kita memerlukan pemain yang komited dan fokus dengan tugas mereka," ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai kembalinya penggempur licik, Che Hishamuddin Hassan yang membarisi semula kesebelasan utama selepas sering memanaskan bangku simpanan, Sathianathan berkata:
"Cukup bagus untuk memiliki pemain seperti dia, berpengalaman dan dengan larian pantasnya, beliau mampu datang dari belakang untuk menyudahkan peluang yang terhidang.
"Apa yang pasti saya merancang sesuatu untuk beliau," ujarnya.
Posted by
Cheni™
at
Ahad, Oktober 04, 2009
KOTA BHARU - Sejak bermulanya Piala Malaysia pada 1921, pasukan Kelantan pernah melayakkan diri sehingga ke peringkat separuh akhir pada 1955. Walau bagaimanapun pasukan Kelantan tewas, 3-1, di tangan pasukan juara bertahan Piala Malaysia, Singapura.
Malah pada 1970, sekali lagi pasukan Kelantan melangkah ke akhir perlawanan tetapi tewas pula di tangan pasukan Perak, 1-0.
Sejak 38 tahun kebelakangan ini, pasukan Kelantan dilihat gagal untuk mempamerkan kebolehan dan tewas di peringkat pusingan pertama lagi. Kini The Red Warrior’s berada di landasan yang betul setelah bangkit dari kejatuhan lalu.
Jaringan tunggal ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin melalui sepakan percuma pada minit ke-49 memastikan pasukan Pahlawan Merah berjaya mengutip tiga mata penuh pada aksi perlawanan kedua peringkat kumpulan di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V pada 29 September lalu.
Ternyata pertembungan naib juara Piala FA musim ini, Kelantan bertemu juara treble 2008 menggamit penyokong setia Merah Putih dengan memenuhi segenap ruang di stadium semasa perlawanan sedang dilangsungkan.
Situasi dan kemeriahan di stadium pada masa perlawanan tersebut seumpama pertembungan di pentas akhir kejuaraan biarpun sebenarnya perlawanan itu merupakan aksi kedua peringkat kumpulan sahaja bagi kedua-dua pasukan.
Dengan kesudahan di luar jangkaan ramai dalam pertembungan tersebut, anak buah Azraai Khor Abdullah sekali lagi menerima kekalahan pertama setelah sekadar seri, 1-1, dengan ATM.
Ternyata aksi yang dipamerkan anak buah B Sathianathan lebih mencuri tumpuan malah barisan yang diturunkan pada perlawanan tersebut mengejutkan Kedah selaku juara bertahan Piala Malaysia.
Barisan tersebut yang diketuai oleh Indra Putra Mahayuddin, Mohd Halim Napi, Nazrulerwan Makmor, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Daudsu Jamaluddin, Mohd Zamri Ramli, Khairan Eroza razali, Che Hishamuddin Hassan, Rizal Fahmi Abdul Rosid, Mohd Khalid Jamlus, Mohd Ailim Fahmi dan Mohd Norfarhan Muhammad nyata berbisa.
Akan datang pasukan Kelantan bakal bertemu pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 3 Oktober di Stadium MPS, Selayang. Mampukah pasukan Kelantan sekali lagi memberikan kejutan kepada pasukan lain.
Sumber: Sinar Harian
Posted by
Cheni™
at
Jumaat, Oktober 02, 2009
Oleh Wan Faizal Ismayatim
Prospek Kelantan layak suku akhir menyinar
KETIADAAN Peter Butler - yang membuat kejutan meletak jawatan seminggu sebelum tirai Piala Malaysia tersingkap - pada mulanya dianggap satu petanda bahawa musim penuh harapan skuad Kelantan bakal berakhir penuh kedukaan.
Seperti pemergian Butler, kehadiran secara mengejut B Sathianathan menggantikan tempat pengendali dari England itu langsung tidak menjejaskan tumpuan Kelantan yang selepas dua perlawanan dalam Kumpulan E, mereka kini sudah dilabel pilihan ke suku akhir.
Namun, enam mata dari dua perlawanan selain selesa empat mata mengatasi pencabar tidak diduga, Tentera di tangga kedua, belum mampu menggembirakan Sathia yang menganggap anak didiknya masih beraksi di bawah tahap sebenar.
Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu tidak mahu pemain terbawa-bawa dengan dua kemenangan awal itu, sebaliknya mengakui masih banyak aspek perlu diperbaiki.
“Kami tidak bermain dengan baik dan masih banyak ruang untuk meningkat,” kata Sathia selepas anak buahnya membenam cabaran juara bertahan, Kedah 1-0 di depan 20,000 penyokong sendiri di Stadium Sultan Muhammed IV, malam kelmarin.
“Saya harap selepas ini pemain tidak gopoh, mereka ada skil dan sepatutnya kemahiran dan teknik yang dimiliki digunakan sebaik mungkin. Walaupun tidak beraksi baik, kami sudah mengutip enam mata,” katanya.
Posted by
Cheni™
at
Khamis, Oktober 01, 2009
Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
SATHIANATHAN (kiri) kini memikul tanggungjawab besar dalam membimbing pasukan Kelantan mengharungi kempen Piala Malaysia.
"SAYA sayangkan bola sepak dan Liga Malaysia, sebab itu saya kritik."
Demikian ujar jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ketika ditanya kenapa beliau menerima tawaran sebagai jurulatih Kelantan sedangkan beliau antara yang lantang mengkritik Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini.
Menurutnya, komen yang diberikan adalah untuk tujuan meningkatkan mutu bola sepak tempatan dan Liga M bagi menjamin kelangsungan masa depan bola sepak tempatan.
"Ramai orang kritik tentang liga kita, kenapa bila saya kritik orang tidak boleh menerimanya sedangkan ia adalah untuk kebaikan.
"Bola sepak adalah periuk nasi saya, kalau liga kita merosot, penonton tak datang ke stadium, macam mana saya mahu cari makan," katanya pada sidang media sejurus selepas perlawanan antara Kelantan dengan Kedah tamat di Kota Bharu kelmarin.
Tambahnya, kritikan dan teguran perlu dilihat dari sudut yang positif supaya proses penambahbaikannya dapat dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab
Sementara itu, beliau menyifatkan kemenangan Kelantan menumpaskan Kedah 1-0 adalah disebabkan faktor nasib dan masih banyak kelemahan perlu diperbaiki oleh pemainnya.
Menurutnya, anak-anak buahnya mampu untuk bermain dengan lebih baik berbanding aksi yang dipamerkan malam kelmarin.
"Kurang latihan serta perlawanan persahabatan terutama ketika di bulan Ramadan menyaksikan tahap kecergasan pemain masih kurang.
"Seperti perlawanan terdahulu ketika bertemu Pulau Pinang, kita gagal mempamerkan aksi sebenar, namun, jelas nasib berpihak pada kita dan kita berjaya mengumpul enam mata setakat ini," ujarnya.
Jelasnya, beliau begitu optimis Kelantan mampu memecah dominasi beberapa pasukan gergasi dalam negara untuk pada saingan Piala Malaysia edisi kali ini.
Katanya, beberapa kelemahan yang dikenalpasti akan segera diatasi untuk perlawanan seterusnya menentang Angkatan Tentera Malaysia di gelanggang lawan.
"Kita memiliki banyak peluang tetapi pemain terlalu gopoh dan mereka sepatutnya menggunakan kemahiran yang mereka ada dan bukannya terbawa-bawa dengan emosi.
"Pujian juga harus diberikan kepada pasukan Kedah kerana aksi yang cukup baik dipamerkan sehingga berjaya menguasai babak pertama perlawanan," ujarnya.
Posted by
Cheni™
at
Khamis, Oktober 01, 2009
Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
INDRA meuncul wira Kelantan apabila meledak gol tunggal pada pertemuan menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin.
DUA kemenangan dalam dua perlawanan membuktikan Kelantan benar-benar optimis memburu kejuaraan berprestij itu.
Lebih manis, pasukan yang ditundukkan di gelanggang keramat mereka Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu adalah juara treble dua kali, Kedah.
Seperti mahu membuktikan sesuatu, tindakan kurang bijak bekas jurulatih mereka, Peter James Butler yang meninggalkan pasukan ketika persiapan kempen PialaMalaysia sedang berjalan sedikitpun tidak merencatkan semangat pemain.
Aksi kedua di bawah bimbingan jurulatih baru, B. Sathianathan, beberapa perubahan taktikal dilihat memberi kesan.
Khidmat penggempur lincah mereka, Che Hishamuddin Hassan kembali mendapat tempat apabila digandingkan dengan Khalid Jamlus dan Norfarhan Mohamad.
Pada babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan terlalu berhati-hati namun, beberapa serangan hampir menerjah jaringan lawan masing-masing.
Che Hishamuddin hampir meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-19 namun rembatannya berjaya ditepis oleh penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias.
Selang enam minit kemudian, Helmi sekali lagi beraksi cemerlang apabila berjaya menguis keluar bola daripada sepakan percuma ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahyuddin.
Kedah memiliki peluang terbaik melalui Fauzi Shaari pada minit ke-33 apabila sepakan beliau menerjah gawang Kelantan, namun penjaga garisan mengesannya berada pada kedudukan ofsaid.
Pada minit ke-41, Badrol hampir mencemaskan 25,000 penyokong Kelantan melalui tandukan menarik, namun Halim Napi menafikan percubaan tersebut.
Babak kedua mula menampakkan perubahan apabila Kelantan menggandakan asakan untuk memburu gol dan Indra menceriakan peminat sang Kijang apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-49.
Posted by
Cheni™
at
Khamis, Oktober 01, 2009
Piala Malaysia 2009 (Kumpulan E)
29 September 2009
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu
Keputusan:
Kelantan 1
Indra Putra Mahayuddin (m-49)
Kedah 0
Posted by
Cheni™
at
Khamis, Oktober 01, 2009



Print this page




