SATHIA ADA RAMUAN GALAS TUGAS BUTLER

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh Wan Faizal Ismayatim

Prospek Kelantan layak suku akhir menyinar

KETIADAAN Peter Butler - yang membuat kejutan meletak jawatan seminggu sebelum tirai Piala Malaysia tersingkap - pada mulanya dianggap satu petanda bahawa musim penuh harapan skuad Kelantan bakal berakhir penuh kedukaan.

Seperti pemergian Butler, kehadiran secara mengejut B Sathianathan menggantikan tempat pengendali dari England itu langsung tidak menjejaskan tumpuan Kelantan yang selepas dua perlawanan dalam Kumpulan E, mereka kini sudah dilabel pilihan ke suku akhir.

Namun, enam mata dari dua perlawanan selain selesa empat mata mengatasi pencabar tidak diduga, Tentera di tangga kedua, belum mampu menggembirakan Sathia yang menganggap anak didiknya masih beraksi di bawah tahap sebenar.


Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu tidak mahu pemain terbawa-bawa dengan dua kemenangan awal itu, sebaliknya mengakui masih banyak aspek perlu diperbaiki.

“Kami tidak bermain dengan baik dan masih banyak ruang untuk meningkat,” kata Sathia selepas anak buahnya membenam cabaran juara bertahan, Kedah 1-0 di depan 20,000 penyokong sendiri di Stadium Sultan Muhammed IV, malam kelmarin.

“Saya harap selepas ini pemain tidak gopoh, mereka ada skil dan sepatutnya kemahiran dan teknik yang dimiliki digunakan sebaik mungkin. Walaupun tidak beraksi baik, kami sudah mengutip enam mata,” katanya.

Comments :

have 0 comments at “SATHIA ADA RAMUAN GALAS TUGAS BUTLER”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB