Red Warriors temui rentak, ungguli Liga Super

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR: Kelantan merampas tempat teratas Liga Super daripada Negeri Sembilan setelah membelasah Johor FC 4-1 di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu malam Sabtu.

Skuad bimbingan Datuk M. Karathu berjaya menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan menghasilkan gol menerusi jaringan Nurul Azwan Roya pada mint ke-22, Nurshahrul Idlan Talaha (minit ke-71), Mohd Nizad Ayub (minit ke-78) dan gol sendiri oleh pemain Johor FC Mohd Ridwan Mao'n pada minit ke-50.


Sebelum itu Mohd Ridwan turut menyumbang gol sagu hati untuk Johor FC pada minit ke-25.

Dengan kemenangan malam Sabtu, Red Warriors kini mengumpul tujuh mata selepas tiga perlawanan.

Negeri Sembilan pula tewas 0-2 kepada Perak di Stadium Perak.

Gol Perak dijaringkan oleh Sharulnizam Mustafa menerusi sepakan penalti pada minit ke-50 dan Akmal Rizal Rakhli (minit ke-65).Bagi Selangor pula, mereka terpaksa berpuas hati apabila sekadar seri 1-1 dengan Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam.

Gol Selangor dijaringkan oleh Fadzli Shaari pada minit ke-17 sementara gol Kuala Lumpur disumbangkan oleh Azman abdul Malek pada minit ke-53.

Di Stadium Majlis Pembandaran Petaling Jaya, skuad Harimau Muda A mengutip tiga mata penuh setelah berjaya menewaskan T-Team 3-1.

Sabah mencatat kemenangan pertama mereka setelah menang tipis 1-0 ke atas Kedah di Stadium Likas, Kota Kinabalu yang gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Mohd Fardis Ideris pada minit ke-26.- BERNAMA

Cheni : Tahniah! Teruskan momentum kemenangan.

Comments :

have 0 comments at “Red Warriors temui rentak, ungguli Liga Super”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB