5 sikap positif perlu anda bina tahun 2011

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

1. Berhenti mengomplen.

Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap
kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi
seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas
hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju.
Jika Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.

2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.

Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda bagus, pandai,
lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih berjaya. Ini akan
menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, Anda tak ada dorongan
untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain.


3. Banyak berfikir memperbaguskan diri

Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga
hal orang. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu menjayakan hidup
orang lain, bukan sibuk memburukkan hidup mereka. Dari Anda sibuk memikir
hal orang, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri sendiri lalu berusaha
memperbaikinya.

4. Hormati, kagumi, sanjungi.

Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan
yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi
pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat
Anda bermotivasi.

Jangan pandang orang berdasarkan jawatan,kerja,angkat, duit dan harta.
Hormatilah sesiapa saja,walau siapapun dia. Anda akan bermotivasi
memajukan hidup Anda lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan
berpotensi untuk berjaya

5. Doakan orang lain selalu supaya mereka jadi berjaya.

Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda
lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Doakan kejayaan
usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan perasan
Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan tatkala
Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat sentiasa.

eMail :


Cheni : Sekadar berkongsi

Comments :

have 0 comments at “5 sikap positif perlu anda bina tahun 2011”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB