KOTA BHARU - Pengerusi Jawa-tankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fatah Mahmood berkata, insiden yang telah berlaku ketika perlawanan akhir lalu bukan hanya dilakukan oleh penyokong Ke-lantan sahaja, malah ia turut dilakukan oleh penyokong pasukan negeri lain.
Menurutnya, masalah itu hanya dihebohkan apabila penyo-kong Kelantan melakukan perbuatan tersebut tetapi mengapa apabila penyokong pasukan lain melakukannya ia tidak dihebohkan.
edangkan hanya segelintir penyokong Kelantan yang bersikap kurang sabar dengan tindakan membaling botol mi-numan, membakar mercun dan kerusi stadium.
“Insiden seperti ini selalu berlaku di mana-mana sahaja. Con-tohnya ketika perlawanan Kelan-tan menentang Perlis. Bukan itu sahaja, di Terengganu turut berlaku insiden seperti itu. Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu adil bagi menangani masalah ini dan jumlah denda yang dikenakan perlulah adil dan tidak berat sebelah.
“Saya kesal masalah ini diperkatakan dan hanya ditujukan kepada penyokong Kelantan sahaja sedangkan ia berlaku di seluruh negeri tetapi apabila rakyat Kelantan melakukan perbuatan tersebut ia dihebohkan,” katanya kepada Sinar Ha-rian.
Beliau berterima kasih kepada rakyat Kelantan yang sanggup bersusah payah ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Kelantan untuk memberikan sokongan kepada pasukan Red Warrior’s.
“Secara tak langsung kehadi-ran rakyat Kelantan di sana dapat meningkatkan lagi pembangunan bola sepak di negeri Kelantan dan negara. Saya berharap agar sokongan seperti ini tidak terhenti dengan kekalahan pasukan kita.
“Tahun ini kita bersedih di atas kekalahan dan diharap ia tidak mematahkan semangat pemain dan jangan lemah serta berputus asa. Mungkin masa untuk kemenangan masih belum sampai. Saya juga berharap agar pemain akan lebih berusaha untuk mencari kemenangan di masa akan datang,” katanya.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Red Wa-rrior’s kerana berjaya mara ke peringkat perlawanan akhir setelah ditunggu selama 39 tahun.
“Sebagai pemain negeri Ke-lantan, mereka perlu melaksanakan amanah dengan sentiasa berusaha. Kekalahan ini perlu dijadikan sebagai pengajaran dalam perjuangan sebagai seorang pemain bola sepak.
Sehubung itu beliau turut berharap agar di masa akan datang penyokong fanatik pasukan Ke-lantan akan lebih berdisiplin agar semangat kesukanan dapat dite-rapkan.
Sumber : Sinar Harian
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.