Semalam aku sempat jugak menonton Buletin Sukan pukul 8.45 mlm. Sebelum tu aku tak berpeluang nak menonton berita sukan, tak kiralah TV manapun. Berbalik kepada berita sukan semalam, kandungan berita tentang perlawanan antara pasukan Kelantan dengan Perlis memang sudah dijangka apa yang akan disiarkan. Seperti biasa, media akan cuba menutup sebanyak mungkin gambaran yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perlawanan. Inilah media di Malaysia hari ini.
Antara peristiwa yang cuba digelapkan adalah kecederaan yang dialamai oleh seorang kanak-kanak yang dibaling dengan batu, penonton yang membaling mercun ke dalam padang yang jatuh berhampiran dengan pemain Kelantan yang sedang terbaring kecederaan, bas-bas yang membawa penyokong Kelantan yang dibaling dengan batu serta kenderaan milik persendirian yang dirosakkan oleh penyokong-penyokong ganas Perlis.
Aku tetap berfikiran positif bahawa yang melakukannya adalah segelintir sahaja penyokong-penyokong Perlis. Gambaran yang cuba ditunjukkan dalam berita sukan semalam adalah apa yang berlaku adalah berpunca daripada penyokong-penyokong Kelantan. Ini dibuktikan bahawa pembaca berita menyebut bahawa sesuatu yang berlaku memang sudah dijangka. Ini bermaksud, kalau perlawanan yang melibatkan Kelantan, sudah pasti akan berlaku pergaduhan mahupun rusuhan. Kenyataan ini sememangkan menghina penyokong-penyokong Kelantan.
Aku berharap sangat agar media dapat menyiarkan situasi yang sebenar dan bagi pihak FAM, tindakan keras perlu diambil terhadap Perlis. Harus diingat, rakyat menonton secara langsung perlawanan tersebut di kaca televisyen.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Bleh kito ramai2 wat memorandum ko FAM kalu takdok tindake..
TV 3 pun ulas macam sial...