TIGA PINTU UTAMA DIBUKA 7 MALAM

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda


KOTA BHARU - Demi memberi keselesaan kepada penonton yang hadir ke perlawanan malam ini bagi menyaksikan perlawanan antara Red Warrior’s menetang Pulau Pinang, tiga pintu utama Stadium Sultan Muhammad ke-1V akan dibuka awal.

Pintu akan dibuka pada jam 7 malam berikutan pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerima aduan daripada peminat setia pasukan Kelantan yang bersesak dan beratur panjang bagi memasuki ke dalam stadium.

Ketua Pegawai Operasi Kafa, Mohd Noor Yaacob berkata, Kafa menerima rungutan berikutan kesesakan di pintu masuk di beberapa perlawanan menarik.


“Pihak Kafa sedar dan prihatin ke atas kesabaran peminat setia Kelantan yang tak jemu memberikan sokongan sehingga sanggup beratur dalam barisan yang agak panjang bagi memasuki kawasan stadium.

“Stadium Sultan Muhammad ke-1V hanya ada 12 pintu masuk dan reka cipta pintu tersebut sudah pun ketinggalan zaman berbanding dengan stadium yang lain seperti di negeri lain,” katanya.

Perubahan yang bakal dilakukan oleh Kafa seperti membuka pintu masuk terlebih awal boleh menyelesaikan masalah ini.

“Dalam perlawanan bertemu Pulau Pinang, pihaknya akan membuka laluan pintu masuk lebih awal pada jam 7 malam di tiga pintu utama iaitu pintu A, H dan J manakala pintu yang lain akan dibuka pada jam 7.30 malam.

“Kesesakan ini berlaku kerana ada segelintir peminat datang lewat ke stadium malah mereka memilih untuk masuk melalui pintu yang berdekatan dengan kaunter tiket sehingga ada yang terlewat menyaksikan perlawanan akibat kesesakan,” katanya.

Kafa memohon kerjasama daripada peminat pasukan Kelantan untuk datang lebih awal ke stadium bagi mengatasi masalah ini seterusnya memberikan keselesaan yang lebih baik kepada penonton.

Selain itu, Kafa turut merayu kepada penyokong setia agar tidak membakar mercun di dalam kawasan stadium.

“Pembakaran mercun dalam kawasan stadium bukan sahaja bahayakan penonton lain malah perbuatan tersebut merugikan pihaknya kerana boleh dikenakan tindakan tatatertib dari pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Sehingga kini Kafa telah didenda sebanyak RM200,000 dan jumlah tersebut sepatutnya digunakan untuk meningkatkan prestasi dan memajukan lagi mutu bola sepak Kelantan,” katanya.

Kafa meletakkan sasaran bagi musim akan datang, Red Warrior’s akan menjuarai sekurang-kurangnya satu piala sepanjang 2010. Jika peminat Kelantan tidak sedar dengan perbuatan tersebut ia boleh merugikan pasukan yang diminati.

“Pihaknya tidak mahu Stadium Sultan Muhammad ke-1V dianggap tidak selamat sehingga tidak dibenarkan untuk beraksi di tempat sendiri seperti mana yang dihadapi ketika perlawanan Liga Super. Pihak polis yang bertugas akan memantau mereka yang mengingkari perkara tersebut,” katanya.


Comments :

have 0 comments at “TIGA PINTU UTAMA DIBUKA 7 MALAM”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB