JANGAN PANDANG RENDAH PEMAIN PULAI PINANG

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda


KOTA BHARU - Pasukan Red Warrior’s yang bertemu Pulau Pinang malam ini akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan pasukan kebanggaan rakyat Kelantan berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata kesemua pemain Kijang perlu bermati-matian dalam perlawanan malam ini.

“Pemain kita tak boleh terlalu yakin dan ambil mudah ketika berhadapan dengan pasukan Pulau Mutiara. Dalam perlawanan sebelum ini kita menang pun secara bernasib baik. Dengan sokongan peminat di sini sudah tentu ia memberi kelebihan buat pasukan Kelantan.


“Kita perlu pastikan agar pasukan Kelantan menang untuk mengesahkan kelayakkan ke suku akhir sekaligus menjuarai Kumpulan E kerana dengan mata yang ada masih belum layak,” katanya.

Menurutnya, kekuatan jentera Kelantan berada di tahap memuaskan dari segi kecederaan tiada pemain yang tercedera dalam perlawanan sebelum ini.

“Pemain pasukan ini berada di tahap yang baik dan kesemua pemain dapat di turunkan secara keseluruhan. Harapan saya pasukan Kijang perlu menang tak kira berapa mata asalkan menang,” katanya.

Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan berkata, pasukan Pulau Pinang sedang mencari tempat untuk ke suku akhir.

“Saya tahu perlawanan malam ini sudah tentu sengit kerana kedua-dua pasukan sedang mencari kemenangan. Semua pemain perlu lupakan kemenangan dalam perlawanan pertama dan malam ini mereka perlu berikan yang terbaik.

“Jangan pandang rendah pemain Pulau Pinang dan kita pun kena mencari momentum tersendiri agar boleh bersiap sedia menghadapi perlawanan suku akhir akan datang,” katanya.

Sathianathan turut mengakui yang prestasi pemain Kelantan semakin meningkat dari satu perlawanan ke perlawanan lain dan perlawanan malam ini Kelantan meletakkan sasaran untuk akan mencari mata sepenuhnya.

“Saya rasa secara keseluruhan pemain berjaya menonjolkan peningkatan prestasi yang membanggakan tetapi masih ada ruang untuk mereka mengatasi batasan diri sehingga mencapai ke tahap yang lebih baik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


Comments :

have 0 comments at “JANGAN PANDANG RENDAH PEMAIN PULAI PINANG”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB