KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Red Warrior’s, B.Sathianathan menyifatkan kemenangan perlawanan kelmarin ke atas pasukan Pulau Pinang hanya bergantung kepada nasib malah pasukan di bawah jagaannya bernasib baik dalam empat perlawanan sebelumnya.
Anak buahnya tertekan dalam perlawanan kelmarin walau berhadapan dengan pemain muda Pulau Pinang yang kurang dari segi pengalaman.
“Walaupun pasukan ini berjaya melayakkan diri ke suku akhir, sepatutnya mereka boleh bermain lebih baik. Pemain Kelantan patut sedar kemenangan dalam empat perlawanan lepas pun secara bernasib baik.
“Kalau Kelantan dapat tiga mata sudah tentu lebih selesa dan rasanya semua pemain dah tak boleh pergi lebih jauh lagi, cuma bergantung kepada nasib baik,” katanya.
Beliau berharap agar pemain Kelantan tidak tertekan dalam perlawanan seterusnya dan dapat meningkatkan lagi persembahan individu dan pasukan Red Warrior’s.
“Saya perlu teliti dengan baik mengenai prestasi anak buah saya dalam latihan yang dijalankan. Kalau mereka diberi rehat terlalu lama sudah tentu ia merugikan kerana setelah berehat pemain perlu mengambil masa yang lama untuk mencari rentak permainan,” katanya.
Menurutnya, kesemua pemain perlu meningkatkan lagi kebolehan masing-masing dan jangan hanya bergantung kepada pemain harapan seperti Indra Putra Mahayuddin dan Khalid Jamlus sahaja.
“Semua pemain perlu mencontohi Indra dan Khalid yang mempunyai ciri-ciri sebagai pemain yang berkebolehan untuk menjaringkan gol dan lain-lain lagi.
“Bagaimanapun, di atas penilaian saya ada beberapa pemain gantian dapat mengikut rentak dengan baik seperti Che Hishamuddin dan Nor Farhan. Dalam perlawanan kita tak boleh hanya bergantung kepada 11 pemain utama sahaja malah semua pemain perlu memberikan kerjasama yang baik agar dapat menjuarai Piala Malaysia,” katanya.
Sathia berkata, pasukan Kelantan beruntung mempunyai penyokong yang fanatik sebab itulah pemain Red Warrior’s perlu beraksi bersungguh-sungguh dan tidak mudah patah semangat.
“Para pemain tak boleh terbawa-bawa dengan keadaan penyokong malah jangan takut apabila berhadapan dengan penyokong pasukan lawan. Penyokong kita sentiasa menyokong kejayaan pasukan ini.
“Bukan senang nak melayakkan pasukan Kelantan ke peringkat suku akhir dan saya berharap agar pemain tak terlalu gopoh ketika beraksi,” katanya.
Sumber:Sinar Harian
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.