KOTA BHARU - Mengapa penyokong Red Warrior’s tidak dapat mengubah sikap apabila berada di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Tinjauan Sinar Harian dalam perlawanan Kelantan bertemu Pulau Pinang, sikap penyokong tuan rumah masih di tahap yang sama dan tidak berubah malah dilihat semakin teruk kelmarin.
Dalam perlawanan sebelum ini, sikap penyokong setia Kelantan boleh dipuji tetapi setelah satu demi satu perlawanan sikap mereka semakin melampau. Adakah ini cara mereka untuk meraikan kejayaan pasukan yang diminati?
Penyokong fanatik Kelantan dilihat berkelakuan di luar batasan apabila segelintir daripadanya mula membaling botol minuman ke arah pemain, petugas FRU dan ada sebilangan mereka membaling mercun ke arah jurukamera di padang.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Ahmad Jazlan Yaakob kesal dengan tindakan segelintir penyokong yang tidak menghormati orang lain semasa berada di dalam stadium.
“Saya kesal dengan kelakuan mereka yang masih berterusan sehingga ke hari ini. Diharap para penonton tidak mengulangi perbuatan tersebut seperti membaling mercun dan botol minuman ke dalam padang.
“Pihak persatuan merayu kepada mereka agar menjaga tatatertib dan tidak mengulanginya pada perlawanan akan datang,” katanya.
Menurutnya, jika para penyokong Kelantan bersopan, ia akan menaikkan lagi semangat pemain pasukan Kelantan ketika perlawanan berlangsung.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.