RED WARRIOR'S HARAP TUAH MALAM INI

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KOTA BHARU - Walaupun Red Warrior’s bertemu dengan pasukan KL Plus yang dilabelkan sebagai sebuah pasukan ‘underdog’, Kelantan tetap berhati-hati dalam saingan pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, malam ini.

Ketua Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan berkata, kini pasukan KL Plus merupakan sebuah pasukan yang berbeza dari dulu.

“KL Plus sekarang sudah berbeza dengan dulu seperti pasukan Kelantan mereka juga bertambah kuat. Lebih-lebih lagi mereka terdiri daripada pemain kebangsaan.


“Mereka juga bermain dengan baik dalam kumpulan A dan berjaya mengatasi pasukan Perlis dalam peringkat kumpulan. Maknanya pasukan mereka kuat dan kami perlu hormati pasukan mereka,” katanya.

B.Sathianathan menasihati anak buahnya agar jangan takut apabila berhadapan dengan pasukan tersebut kerana pasukan Kelantan ada kekuatan yang tersendiri.

“Dalam perlawanan malam ini siapa yang buat silap pasukan tersebut akan kalah. Terpulang kepada pemain dan saya berharap agar mereka tidak melakukan kesilapan malam ini.

“Saya berharap agar perlawanan malam ini Kelan-tan dapat keputusan yang baik untuk mencapai kemenangan dalam dua perlawanan yang dijangkakan sengit,” katanya.

Menurutnya, Mohd Khalid Jamlus tidak dapat beraksi dalam perlawanan malam ini ekoran bercuti bagi melangsungkan perkahwinannya dengan Zarina Zakaria dan tempatnya akan digantikan oleh Mohd Nizad Ayob.

“Masa dia (Mohd Nizad Ayob) beraksi dalam perlawanan dengan Kedah saya tengok dia berkebolehan dan dapat beraksi dengan baik. Selain itu, saya berharap agar dapat menurunkan Indra sepenuh masa.

“Tetapi kalau Indra tak bersedia 100 peratus saya tak akan turunkannya kerana saya tahu dia tercedera walau tak berapa serius. Kini sudah tiba masanya untuk kesebelas pemain utama Kelantan bekerja kuat kalau tak keputusan yang baik tak akan tercapai,” katanya.

Sathia berharap agar perlawanan malam ini pasukan Red Warrior’s akan mendapat satu keputusan yang memihak kepada Kelantan setelah menjalani latihan selama seminggu.

“Kesemua pemain perlu memberikan yang terbaik dalam perlawanan malam ini. Main dengan penuh semangat, disiplin dan jangan terlalu mengikut emosi. Pemain perlu mengikut panduan latihan yang telah dijalani.

“Latihan yang telah dijalani selama seminggu untuk saya sudah mencukupi dan bila dah masuk ke peringkat suku akhir ini kesemua pemain perlu memberikan yang terbaik,” katanya.

Sumber : Sinar Harian


Comments :

have 0 comments at “RED WARRIOR'S HARAP TUAH MALAM INI”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB