KELANTAN MULA PAMER AKSI WIRA

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my



Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) menyerahkan replika cek kepada kapten Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (kanan) sambil diperhatikan oleh Nor Farhan Mohamad sebagai bonus selepas layak ke suku akhir di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU - Skuad Kijang mula mempamerkan watak 'wira merah' yang cuba dijadikan gelaran baru musim ini apabila membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-0 di Stadium Muhamed IV di sini malam kelmarin.

Ini merupakan jaringan terbanyak ketika menghabiskan baki perlawanan peringkat kumpulan dalam persaingan Piala Malaysia yang dilihat seolah-olah mahu melepaskan geram.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan tidak mahu memuji kerana masih banyak yang perlu dibaiki ekoran persembahan tidak mencapai tahap yang dimahukan.



Baginya, perlawanan tersebut bukan kayu pengukur kerana mereka harus berhadapan dengan lawan yang lebih kuat di peringkat suku akhir.

Malah beliau masih belum berpuas hati dengan beberapa pemain di posisi tertentu yang masih terikut-ikut dengan cara permainan lama yang ditinggalkan bekas jurulatih, Peter James Butler.

Katanya, perlawanan tersebut juga menunjukkan ada di antara pemain gagal mengawal emosi dan tidak menunjukkan sikap profesional sehingga terikut-ikut rentak penyokong di luar padang.

"Ada pemain yang mendapat kad kuning ketika kita sedang mendahului 4-0 pada malam ini, sepatutnya tidak perlu kad ini, buang masa kerana jika mendapat tiga kuning berturut-turut dia akan terlepas peluang untuk beraksi pada perlawanan berikutnya.

"Pemain kena tunjukkan sikap profesional dan bukannya terikut-ikut dengan rentak penonton tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan permainan malam tadi (kelmarin) terutama pada separuh masa kedua," katanya.

Pada perlawanan suku akhir Selasa ini, Kelantan akan bertemu dengan KL PLUS, di tempat lawan.

Bekas jurulatih kebangsaan itu mengakui tugas untuk bertemu dengan KL PLUS amat berat dan memerlukan perancangan rapi serta teliti.

"Kita perlu menghormati KL Plus sebagai lawan yang kuat tetapi kita tidak perlu takut untuk memberikan saingan yang terbaik," katanya.

Katanya, masalah utama pasukan itu ialah di bahagian tengah apabila perancang utamanya, Badri Radzi mengalami kecederaan panjang.

"Kita terpaksa mencuba gandingan baru, malam ini, saya menggandingkan Ahmad Azlan Zainal dan Mohd. Daudsu Jamaluddin di bahagian tengah.

"Mungkin kita akan mencuba gandingan lain selepas ini tetapi mereka berdua dilihat berjaya memberikan impak di posisi tersebut," katanya.

Sebelum ini, Ahmad Azlan dan Mohd. Daudsu bermain di posisi pertahanan.



Comments :

have 0 comments at “KELANTAN MULA PAMER AKSI WIRA”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB