KOTA BHARU - Lawatan selama 11 hari ke Kota London dan beberapa lagi tempat menarik di sana pada 13 hingga 24 Ogos lalu, memberikan 1,001 pengalaman kepada 83 orang kakitangan dan pemain negeri yang selamat pulang ke tanah air.
Antara tempat berseja-rah yang sempat dilawati peserta rombongan ini seperti lawatan ke Parlimen, Tower Bridge, Buckingham, Hyde Park, Oxford Town, Old Trafford, Oxford Street dan lain-lain.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata,lawatan ini sejajar dengan hasrat beliau untuk merealisasikan impian bagi melahirkan sebuah pasukan bola sepak yang bermutu tinggi di mata dunia.
“Alhamdulillah, lawatan ini berjalan dengan baik mengikut aturan dan perancangan yang ditetapkan tanpa sebarang masalah. Malah kami peluang untuk bersaing dalam siri perlawanan persahabatan dengan ‘Manchester City’ dan ‘Birmingham City’.
“Sebagai salah satu kelab yang sentiasa mencari jalan untuk memajukan bola sepak Kelantan, Kafa sentiasa melakukan perubahan, mengenal pasti bakat-bakat baru yang kompetitif sesuai dengan peredaran masa,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, secara tidak langsung kesan lawatan ini, ia memberikan pendedahan dan motivasi kepada pemain setelah menimba pengalaman di tempat orang selain hadiah di atas kejayaan Liga Perdana musim lalu.
“Selain itu, kami turut berpeluang untuk menyaksikan sendiri perlawanan pembukaan English Primier League (EPL) pada 15 Ogos lalu. Masa itu pasukan Manchester United menen-tang Birmingham City.
“Antara tempat-tempat yang memberikan impak terbesar di hati pemain ialah ketika lawatan di Old Trafford. Kesemua peserta lawatan seronok dapat menyaksikan sendiri kehebatan bola sepak England.
“Stadium Old Trafford pada masa itu secara kebetulan dipenuhi oleh 70,000 peminat fanatik bola sepak dari seluruh negara. Pengalaman menyaksikan sendiri perlawanan secara ‘live’ tidak dapat dilupakan,” katanya.
Kelantan tewas, 2-5, kepada kelab Manchester City pada perlawanan persahabatan di padang latihan Carrington.
Perlawanan menentang pasukan Manchester City ini merupakan perlawanan persahabatan pertama pa-sukan Kelantan sepanjang berada di London.
Gol pasukan Kelantan dijaringkan Mohd Nizab Ayub dan Mohd Faizol Che Noh.
Manakala perlawanan persahabatan kedua, Kelantan tewas, 0-5, kepada pasukan Birmingham.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.