PASIR TUMBOH - Dalam keghairahan untuk membangunkan bola sepak negeri ini ke arah lebih cemerlang serta membentuk sebuah pasukan yang disegani lawan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berdepan dengan pelbagai cabaran serta peraturan ketat yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun ini.
Pada tahun ini sahaja pihak KAFA terpaksa membayar denda yang dikenakan pihak FAM hampir mencecah RM200,000.
Denda tersebut telah dilunaskan pihak Kafa melalui po-tongan hadiah wang tunai yang berjaya dimena-ngi The Red War-rior’s selaku naib johan Pia-la FA musim lalu.
Bukan itu sahaja, malah pihak Kafa turut mengalami kerugian lebih kurang RM650,000 apabila tidak dibenarkan untuk beraksi di tempat sendiri setelah diarahkan FAM untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil.
Mereka kerugian yang mana lima perlawanan dilangsungkan di sana. Jika pihak berkenaan diberikan kebenaran untuk menggunakan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, sudah tentu mereka boleh mempe-roleh hasil kutipan sebanyak RM100,000 setiap perlawanan.
Kos pengurusan turut meningkat untuk setiap perlawanan di Bukit Jalil dan Kafa terpaksa membelanjakan RM30,000 setiap perlawanan sedangkan jika di Kelantan hanya memerlukan 10 peratus daripada jumlah tersebut sahaja.
Semua ini menjadi caba-ran yang paling hebat buat Kafa yang kini diterajui oleh Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden bagi menghadapi Liga Malaysia pada tahun hadapan, demikian menurut Ketua Pegawai Operasi Kafa, Mohd Noor Yaacob.
“Jika masalah seperti ini tidak dihadapi Kafa, saya yakin persatuan ini mampu menyediakan pasukan yang lebih kuat dan disegani lawan untuk musim akan datang 2010.
“Pada peringkat awal Kafa rasa selesa dengan kejayaannya mengatasi masalah kewangan yang dihadapi sebelum ini tetapi apabila melihat kembali kadar bayaran denda yang telah diselesaikan ia bagaikan kehilangan pendapatan lebih-lebih lagi semasa perlawanan di Bukit Jalil,” katanya.
Walaupun ia merupakan keputusan bagi menunjukkan ketegasan pihak FAM agar pasukan lain mengambil iktibar ke atas tragedi seperti rusuhan, dan beberapa insiden yang tidak diingini berulang lagi, kesan secara tidak langsung hukuman ini boleh menjejaskan persatuan ini.
“Antara perubahan yang berjaya diadaptasikan terutamanya dari segi mendapat kutipan tiket perlawanan ketika bermain di tempat sendiri berjaya menambahkan kutipan.
Contohnya dengan hanya menjual dua jenis tiket iaitu sebanyak RM20 dan RM10 dikeluarkan. Sebelum ini empat jenis tiket telah dijual dan nampaknya Kafa berjaya meningkatkan lagi jumlah kutipan jualan tiket di empat perlawanan akhir selepas digantung bermain di tempat sendiri.
Persatuan bola sepak di negeri ini tidak seperti di negeri yang lain kerana persatuan bola sepak negeri lain mendapat sumber pendapatan dari kerajaan negeri, malah pihak Kafa terpaksa membayar sejumlah 17.5 peratus levi hasil kuti-pan di tempat sendiri setiap perlawanan.
“Kadar levi ini merupakan yang tertinggi di dunia perlu dijelaskan Kafa setiap perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-1V. Malah kadar tersebut tidak termasuk kos bayaran sewa bilik persalinan, lampu dan pengadil.
“Jika dianggarkan sebanyak RM10,000 perlu dijelaskan Kafa pada setiap perlawanan yang berlangsung. Kita berharap pada masa hadapan, Kerajaan Negeri sudi untuk membantu persatuan ini tanpa mengira fahaman politik,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.