PASIR TUMBOH - Kehadiran seorang pemimpin yang disegani dalam arena sukan bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa telah berjaya memberikan nafas baru buat pemain ‘The Red Warrior’s’.
Dengan usaha beliau yang gigih di samping hasrat serta impian murni bagi menubuhkan sebuah pasukan bola sepak bertaraf profesional di mata dunia telah menampakkan hasil apabila berjaya mengatasi masalah kemurungan bola sepak negeri ini yang pernah suram suatu masa dahulu.
Malah Stadium Sultan Muhammad Ke-1V kini berpesta apabila lampu hijau yang telah diberikan Persa-tuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjaya menambahkan bilangan penonton yang hadir menyaksikan perla-wanan di tempat sendiri.
Beberapa kemudahan turut disediakan seperti asrama, tempat riadah malah Kafa berjaya membeli sebuah bas yang menjadi kebanggaan kepada pemain pasukan Kijang. Dengan kemudahan yang telah disediakan sekali gus mampu memberi keselesaan buat pemain.
Usaha beliau untuk me-ngadakan sebuah wisma yang diberi nama Wisma Kafa sebagai pusat pentad-biran dan pengurusan segala aktiviti yang berkaitan dengan bola sepak negeri berjaya menaik tarafkan imej Persatuan Bola Sepak Kelan-tan serta mengharumkan nama Kelantan di mata dunia.
Kejayaan yang berjaya diperoleh selaku naib johan Piala FA musim lalu dan tempat keenam Liga Super di mana sasaran di tangga ketujuh berjaya membuktikan yang pasukan ini sedang berusaha untuk memulihkan prestasi dengan mengadakan beberapa siri latihan yang dijalani di Manchester United.
Walau tewas 5-2 dalam perlawanan persahabatan ketika bertemu pasukan Manchester City, pasukan ini bukan sahaja berjaya membuktikan yang mereka mampu memberikan saingan kepada pasukan tersebut apabila dua gol kenangan telah dihadiahkan oleh Mu-hammad Nizat dan Faizul Che Noh.
Malah kekalahan ketika menentang pasukan Bir-mingham, 5-0, juga membe-rikan pengalaman yang amat berharga buat pasukan Pahlawan Merah apabila berpengalaman bermain bersama bintang ternama bola sepak seperti Sebastian Larsson, Garry O’Connor, Kevin Phillips dan lain-lain.
“Pemerhatian saya bola sepak berkait dengan aspek ‘psikologi’ dan kecergasan seseorang pemain. Sesebuah pasukan dapat pertahankan rentak permainan jika tidak terdapat gangguan yang boleh menjejaskan konsentrasi pemain.
“Kafa mempunyai beberapa perancangan untuk mengadakan program yang boleh memupuk semangat kerjasama antara pemain pasukan selain ‘be part of winning team’,” antara petikan kata-kata Tan Sri Annuar Musa sebelum ini.
Sekiranya program ini berjaya ia mampu untuk melahirkan pasukan yang lebih baik dengan sebilangan pemain yang berupaya menjadi bintang seperti Ronaldo, Michael Owen, David Beckham dan Zine Zidane.
“Saya yakin jika mereka berjaya mencapai prestasi seperti ini kalau harga tiket RM20 pun orang datang tengok. Contohnya kutipan harga tiket ketika pasukan Malaysia menentang Man-chester United berharga RM58 pun masih dibeli.
“Sekiranya harga tiket dinaikkan menjadi RM20 pada saya peminat Kelantan akan tetap memberikan sokongan tanpa ragu-ragu kerana mereka sedar pasukan yang mereka sokong akan menjadi sebuah pasukan pilihan di masa akan datang,” kata Ketua Pegawai Operasi Kafa, Mohd Noor Yaacob.
Kafa berharap agar semua pihak terus memberikan sokongan kepada pa-sukan kebanggaan negeri Cik Siti Wan Kembang dan persatuan yang dipimpin Tan Sri Annuar Musa agar beliau terus memimpin Kafa setelah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk melihat anak-anak muda Kelantan berjaya dalam bidang sukan bola sepak.
Sumber: Sinar Harian
Posted by
Cheni™
at
Ahad, Ogos 30, 2009
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my
NAZRUL (kanan) bakal menggalas cabaran Kelantan pada kempen Piala Malaysia.
KAPTEN Felda United, Nazrul Erwan Makmur akan menyarung jersi Kelantan bagi saingan Piala Malaysia yang bermula 26 September depan.
Tiga lagi pemain Felda United akan menyertai Kuala Lumpur manakala seorang pemain menyarung jersi Terengganu.
"Nazrul dipinjamkan ke Kelantan, Khairul Izwan Khalid ke Terengganu manakala tiga lagi pemain iaitu Nurfaizal Patrick Abdullah, Norismaidham Ismail dan Farouk Hashim ke Kuala Lumpur," kata Setiausaha Felda United, Faisal Zakariah ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Bagi Nazrul, 29, pula, dia memilih untuk menyertai Kelantan kerana berasakan pasukan yang bakal bersaing dalam Kumpulan E bersama Kedah, Pulau Pinang dan ATM itu mempunyai peluang untuk menjulang Piala Malaysia.
"Saya akan gunakan segala pengala- man yang ada ini untuk membantu Kelantan mencapai cita-cita mereka seku- rang-kurangnya melangkah ke final," kata Nazrul yang pernah menjulang Piala Malaysia bersama pasukan Selangor pada 2005.
Kelantan yang hanya pernah dua kali muncul naib juara Piala Malaysia pada 1955 dan 1970 turut meminjam seorang lagi pemain iaitu Norhisham Hassan dari T-Team bagi memantapkan pasukan.
Sementara itu, jurulatih yang juga pengurus Shahzan Muda, Zainal Abidin Hassan memberitahu, lima pemainnya juga dipinjamkan kepada pasukan lain untuk kempen Piala Malaysia ini.
"Tiga pemain akan menyarung jersi Pahang iaitu Jalaluddin Jaafar, Shahril Faizal Sharifuddin dan Abdul Rahman Kadir.
"Dua lagi pemain iaitu G. Mahathevan ke Sabah dan P. Rajes ke Melaka," kata Zainal.
Posted by
Cheni™
at
Jumaat, Ogos 28, 2009
Oleh Betty Subaryati
bhsukan@bharian.com.my
ZAHARI (kiri) bersama peguamnya, Mohd Zubairi menfailkan saman terhadap Kafa di Mahkamah Kota Bharu, semalam.
SEORANG tukang urut menfailkan saman terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ekoran kegagalan persatuan itu membayar baki elaun bulanannya berjumlah RM8,100 ketika berkhidmat untuk skuad Kelantan sepanjang musim 2002.
Tukang urut, Mohamed Zahari Sulong, 59, selaku plaintif, menfailkan saman itu menerusi peguamnya, Mohd Zubairi Salleh dan Mohd Rafizi Abdullah, di pejabat Pendaftar Mahkamah Kota Bharu kira-kira jam 10.15 pagi, semalam.
Berdasarkan tuntutan, Mohamed Zahari dari Lot 194, Kg Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini, mendakwa dilantik Kafa sebagai tukang urut pasukan dengan elaun bulanan RM1,200 mulai 1 Januari 2002 hingga tamat pertandingan musim itu.
Namun, sehingga kes difailkan semalam, Kafa selaku defendan belum menjelaskan baki elaun berjumlah RM8,100 walaupun plaintif berulang kali menuntut agar tunggakan itu dijelaskan.
Keengganan Kafa melayan tuntutan plaintif sejak 2002 hingga kini, menyebabkan mangsa mengalami kesusahan dari segi kewangan dan mental. Plaintif terpaksa berulang alik ke pejabat Kafa dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menuntut tunggakan elaun itu, namun usaha selama tujuh tahun itu diabaikan defendan.
Tuntutan elaun itu turut dirujuk kepada FAM yang mengarahkan Kafa membayar tunggakan terbabit sebelum 15 Ogos 2008, tetapi Kafa masih gagal atau cuai mematuhi arahan FAM. Malah, notis tuntutan bertarikh 28 Julai 2009 yang dihantar peguam plaintif kepada defendan juga tidak dilayan.
Ketika ditemui pemberita selepas menfailkan saman itu, Mohamed Zahari berkata, secara keseluruhannya, elaun beliau untuk musim 2002 berjumlah RM11,300.
“Bagaimanapun, Kafa hanya membayar RM3,600, manakala bakinya RM8,100 tidak dibayar sehingga kini. Walaupun puas merayu untuk menuntut tunggakan itu, sehingga kini mereka belum membayarnya,” katanya.
Posted by
Cheni™
at
Isnin, Ogos 24, 2009
JUARA bertahan, Kedah dan Selangor dilihat mampu mengulangi pentas pertembungan final Piala Malaysia tahun lalu apabila dipisahkan sehingga perhitungan terakhir pada 21 November ini.
Kedah, yang kehilangan mahkota Liga Super kepada Selangor pada tahun ini pastinya tidak mahu kehilangan satu lagi piala kepada pasukan yang mereka tewaskan 3-2 pada 2008, dengan kedua-dua pasukan itu diundi pada laluan yang akan menyatukan mereka pada detik penentuan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Hijau Kuning bimbingan Azraai Khor Abdullah dijangka tidak menghadapi masalah mengungguli Kumpulan E yang turut menampilkan Kelantan, Pulau Pinang dan Tentera.
Pusingan awal peringkat kumpulan bermula 26 September ini.
Kedudukan sebagai juara akan meletakkan mereka pada laluan suku akhir bertemu Perlis yang dilihat sebagai pilihan untuk mengetuai Kumpulan A bersama KL Plus akan memberi cabaran serius dengan Pahang dan Melaka melengkapkan kumpulan.
Dalam undian dijalankan di Wisma FAM, semalam, Selangor yang memerlukan Piala Malaysia untuk melengkapkan sapuan bersih empat kejohanan domestik musim ini, diletakkan bersama-sama Kuala Muda Naza, Sabah dan pasukan tercorot Liga Super, Polis dengan kedudukan tempat pertama akan membolehkan mereka mengelakkan juara kumpulan lain yang diramal, Terengganu dan Johor FC.
Dengan lima kumpulan empat pasukan, sukar untuk diramalkan perjalanan pada kejohanan kali ini kecuali ramalan pertemuan Kedah dan Perlis yang dijangka pada pusingan lapan terakhir.
Azraai melihat ke depan pertembungan pasukannya dengan Perlis pada suku akhir, namun tidak menolak kemungkinan Kelantan merosakkan perancangannya pada peringkat kumpulan.
"Kami bertemu Kelantan dua kali musim ini, kali pertama kami kalah di tempat sendiri, kali kedua kami menang di Kelantan.
"Menentang Perlis, ia adalah perlawanan sesama jiran dan lazimnya adalah sengit," katanya.
Juara lima kumpulan akan layak secara automatik ke suku akhir bersama-sama tiga pasukan kedua terbaik.
UNDIAN
Piala Malaysia 2009
Kumpulan A
Perlis
KL Plus
Pahang
Melaka
Kumpulan B
Terengganu
Negeri Sembilan
Johor
Sarawak
Kumpulan C
Johor FC
Perak
UPB-MyTeam
Kuala Lumpur
Kumpulan D
Selangor
Kuala Muda Naza
Polis
Sabah
Kumpulan E
Kedah
Kelantan
Pulau Pinang
Tentera
Posted by
Cheni™
at
Ahad, Ogos 16, 2009
FORMAT pertandingan bola sepak Liga Super dan Liga Perdana, tahun depan tidak berubah tetapi pasukan wajib mempunyai kedudukan kewangan yang mantap sebelum dibenar mengambil bahagian.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan syarat bahawa pasukan Liga Super perlu membayar deposit penyertaan sebanyak RM150,000 dan mempunyai kedudukan kewangan berjumlah RM2.5 juta dalam bentuk tunai atau tajaan.
Selain pasukan Liga Super, Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh berkata pada musim depan, pasukan Liga Perdana pula perlu membayar deposit RM100,000 dan RM30,000 bagi pasukan Liga FAM.
Katanya kedudukan kewangan pasukan Liga Perdana ialah RM1.5 juta, Liga FAM (RM500,000) dan Piala Presiden antara RM300,000 hingga RM500,000.
"Pasukan perlu mengemukakan bukti atau surat jaminan penaja mengenai kedudukan kewangan masing-masing," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Che Mat berkata semua pasukan perlu mematuhi semua syarat berkenaan sebelum tarikh akhir pendaftaran untuk musim 2010 pada 14 Oktober ini.
Keputusan FAM mengekalkan format musim depan menyaksikan pasukan Pahang dan Polis turun ke Liga Perdana manakala pasukan T-Team dari Terengganu dan Johor beralih ke Liga Super.
Posted by
Cheni™
at
Ahad, Ogos 16, 2009
SAINGAN Piala Malaysia 2009 bakal menyaksikan pertembungan yang seimbang dalam setiap kumpulan.
Kumpulan A dibarisi Perlis, KL Plus, Pahang dan Melaka sementara Terengganu, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak berentap dalam Kumpulan B.
Kumpulan C pula dibarisi Johor FC, Perak, MyTeam dan Kuala Lumpur manakala Kumpulan D menampilkan Selangor, KM Naza, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah.
Kumpulan E pula membaris- kan Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Saingan peringkat kumpulan bakal berlangsung secara liga dua pusingan timbal balik dari 29 September hingga 13 Okto- ber depan.
Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke suku akhir pada 20 dan 24 Oktober manakala hanya tiga pasukan di tempat kedua terbaik kumpulan akan turut melayakkan diri.
Mengikut jadual yang disediakan, suku akhir bakal mempertemukan juara Kumpulan A dan juara Kumpulan E manakala juara Kumpulan B, C dan D masing-masing akan bertemu tiga pasukan tempat kedua terbaik kumpulan.
Separuh akhir pula bakal berlangsung pada 27 dan 31 Ok- tober manakala perlawanan akhir dijadualkan 21 November.
Posted by
Cheni™
at
Ahad, Ogos 16, 2009

TIMBALAN Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad (kiri) dan Che Mat melakukan undian kempen Piala Malaysia 2009 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa format Liga Malaysia (Liga M) musim depan akan dikekalkan sama seperti format sedia ada.
Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM berkata, hanya pengisian dan syarat-syarat penyertaan akan diperketatkan bagi memastikan Liga M berjalan baik dan kebajikan pemain terjamin.
"Secara keseluruhan, hasil perbincangan hari ini (semalam) menetapkan format Liga M bagi musim 2010 hingga 2014 akan terus kekal sama seperti yang telah diputuskan pada mesyuarat Majlis FAM pada 6 Disem- ber 2008," katanya pada sidang media di Kelana Jaya semalam.
Keputusan tersebut sekali gus menyebabkan Pahang tidak lagi 'diselamatkan' oleh FAM seperti setiap kali format baru diperkenalkan sebelum ini apabila skuad Tok Gajah itu akan diturunkan ke Liga Perdana 2010 bersama-sama PDRM.
Pasukan tempat kedua dan ketiga Liga Perdana, T-Team dan Johor pula akan di- naikkan pangkat beraksi di Liga Super 2010 memandangkan juara Liga Perdana, Harimau Muda hanya berstatus pasukan jemputan.
SDM Kepala Batas yang menduduki tangga tercorot Liga Perdana pula bakal beraksi pada Liga FAM 2010 manakala dua pasukan teratas Liga FAM musim ini, Pos Malaysia dan Tambun Tulang dinaikkan ke Liga Perdana 2010.
Bagaimanapun, Che Mat memberitahu, kesemua pasukan tersebut perlu melepasi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan FAM.
"Ketika mendaftar penyertaan dalam Liga M 2010 pada 14 Oktober depan, pasukan-pasukan perlu membayar deposit sebanyak RM150,000 untuk Liga Super, RM100,000 untuk Liga Perdana dan RM30,000 untuk Liga FAM.
"Mereka juga perlu mengemukakan surat jaminan daripada kerajaan negeri atau penaja yang menyatakan mereka memiliki kewangan yang kukuh iaitu minimum RM2.5 juta (Liga Super), RM1.5 juta (Liga Perdana) dan RM500,000 bagi Liga FAM," jelasnya.
Jika pasukan-pasukan negeri dan kelab berjaya melepasi proses pendaftaran itu, mereka perlu pula menghadapi 'saringan' kedua iaitu wajib menyelesaikan hutang-hutang termasuk gaji tertunggak pemain dan caruman KWSP sebelum 30 November depan.
Posted by
Cheni™
at
Ahad, Ogos 16, 2009
PETALING JAYA - Tidak ada sebarang perubahan ketara pada Liga Malaysia untuk musim depan, sebaliknya syarat yang dikenakan kepada pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM diperketatkan.
Antara syarat yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ialah setiap pasukan yang beraksi musim depan perlu menyelesaikan segala bentuk hutang termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pembayaran gaji kepada pemain selewat-lewatnya 30 November ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), FAM, Datuk Che Mat Jusoh, mana-mana pasukan yang masih belum menyelesaikan segala hutang mereka tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana Liga Malaysia.
"Setakat ini melihat kepada reaksi setiap wakil pasukan yang mempunyai masalah hutang tersebut menyatakan mereka hendak menyelesaikan segala hutang secepat mungkin seterusnya boleh beraksi dalam saingan musim depan," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.
Jelasnya, setiap pasukan juga perlu membayar deposit pada 14 Oktober ini dengan nilai bagi pasukan Liga Super ialah RM150,000, Liga Perdana RM100,000 dana Liga FAM RM30,000.
"Ia bergantung kepada kemampuan mereka jika mereka hanya mampu bayar sebanyak RM30,000 sedangkan mereka adalah pasukan Liga Super, mereka perlu bermula dari bawah beraksi dalam Liga FAM terlebih dahulu.
"FAM juga akan menimbang kepada pasukan yang mampu membayar RM150,000 jika bukan dari Liga Super mereka berkemungkinan boleh beraksi dalam liga tersebut jika masih mempunyai kekosongan 14 pasukan," katanya.
Kata Che Mat, setiap pasukan yang akan beraksi dalam saingan musim depan juga perlu mengemukakan jaminan bahawa mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
"Pasukan dari Liga Super perlu menunjukkan mereka mempunyai sumber kewangan bernilai RM2.5 juta, Liga Perdana, RM1.5 juta, Liga FAM RM500,000 dan Piala Presiden RM30,000 tetapi ia tidak semestinya berbentuk tunai mungkin surat jaminan penaja.
"Bukti ini perlu dikemukakan ketika mereka membayar deposit untuk saingan liga pada 14 Oktober ini," katanya.
Selain mengekalkan 14 pasukan dalam Liga Super, FAM juga bakal menghantar dua pasukan untuk musim depan berbanding satu sebelum ini.
Posted by
Cheni™
at
Ahad, Ogos 16, 2009
Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my
TIMBALAN Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad (kiri) menyampaikan piala kemenangan kepada kapten pasukan Harimau Muda, K. Gurusamy selepas skuad tersebut muncul Liga Perdana di Wisma FAM, semalam.
PETALING JAYA - Selangor berpeluang mencipta sejarah menjadi pasukan pertama merangkul empat gelaran semusim apabila menerima undian mudah dalam saingan Piala Malaysia yang bermula 26 September ini.
Selepas menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super, Selangor diramal mudah untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia apabila diundi dalam Kumpulan D bersama KM Naza, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah.
Undian yang diadakan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam turut menyaksikan Kumpulan A membariskan naib juara Liga Super, Perlis bersama-sama pasukan kelab, KL Plus, Pahang dan Melaka.
Kumpulan yang dianggap sedikit sukar ialah dari Kumpulan B, apabila empat pasukan negeri termasuk pasukan pilihan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Sarawak mengisi slot tersebut.
Kumpulan C pula dianggap terbuka dengan mana-mana pasukan mempunyai peluang seimbang untuk ke suku akhir, Johor FC mengetuai kumpulan diikuti Perak, UPB-MyTeam dan Kuala Lumpur.
Kumpulan E menyaksikan Kedah dan Kelantan akan bertemu sesama sendiri, manakala Pulau Pinang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengisi dua lagi slot untuk kumpulan tersebut.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanding Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Che Mat Jusoh saingan peringkat kumpulan akan bermula pada 26 September ini.
Katanya, juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir dan diiringi tiga pasukan yang menduduki tangga kedua terbaik dari lima kumpulan tersebut.
"Saingan suku akhir pertama dijangka akan bermula pada 20 Oktober ini, diikuti dengan suku akhir kedua empat hari kemudian," katanya dalam sidang akhbar semalam.
Perlawanan akhir Piala Malaysia akan berlangsung pada 21 November bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Turut diadakan pada majlis undian tersebut ialah penyerahan pemenang kasut emas Liga Super kepada penyerang Perlis Nizaruddin Yusof yang menjaringkan 18 gol, manakala Harris Safwan Kamal menerima kasut emas Liga Perdana apabila menyumbangkan 24 gol utuk pasukan T-Team.
Posted by
Cheni™
at
Ahad, Ogos 16, 2009
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my
SEBAHAGIAN besar pasukan kelab yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini mengancam untuk menarik diri daripada saingan musim 2010.
Bagaimanapun, mereka hanya akan bertindak demikian sekiranya sesi taklimat kelayakan pasukan Liga M 2010 hari ini menetapkan format baru yang bakal mengasingkan pasukan negeri dan pasukan kelab untuk saingan Liga Super dan Liga Perdana.
Sumber Kosmo! daripada beberapa kelab bola sepak tersebut berkata, mereka sudah bersetuju melakukan tindakan itu sebagai membantah langkah yang berkemungkinan besar bakal diambil oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Beberapa kelab sudah bersetuju untuk menarik diri daripada liga sekiranya FAM memisahkan satu divisyen untuk kelab dan satu divisyen bagi pasukan negeri.
"Kelab kami pun juga kemungkinan besar akan menarik diri juga kalau perkara tersebut betul-betul berlaku," katanya kepada Kosmo! semalam.
Malah, wakil pasukan kelab- kelab tersebut juga bersepakat untuk keluar meninggalkan terus sesi taklimat pagi ini seandainya format baru yang dipilih FAM itu mengasingkan pasukan kelab dan pasukan negeri.
"Kami sepakat akan keluar daripada bilik taklimat jika itu berlaku. Bagi kami, saingan Liga Super dan Liga Perdana yang ada ketika ini wajar diteruskan.
"Ia tampak lebih kompetitif dan berdaya saing kerana berlaku kenaikan dan penurunan pasukan dalam liga. Jika diasingkan negeri dan kelab, pasti Liga M akan lebih hambar.
"Kami tahu Presiden FAM mahu format liga diubah tetapi apa salahnya kalau perubahan format dibuat untuk musim 2011, bukannya 2010," jelas sumber berkenaan.
Sesi taklimat kelayakan pasukan Liga M 2010 pagi ini bakal dihadiri wakil-wakil daripada semua pasukan negeri dan kelab yang beraksi dalam Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM musim ini.
Ia akan disusuli dengan Majlis Undian Piala Malaysia 2009 yang turut berlangsung di Wisma FAM.
Posted by
Cheni™
at
Sabtu, Ogos 15, 2009



Print this page




