PETALING JAYA - Tidak ada sebarang perubahan ketara pada Liga Malaysia untuk musim depan, sebaliknya syarat yang dikenakan kepada pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM diperketatkan.
Antara syarat yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ialah setiap pasukan yang beraksi musim depan perlu menyelesaikan segala bentuk hutang termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pembayaran gaji kepada pemain selewat-lewatnya 30 November ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), FAM, Datuk Che Mat Jusoh, mana-mana pasukan yang masih belum menyelesaikan segala hutang mereka tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana Liga Malaysia.
"Setakat ini melihat kepada reaksi setiap wakil pasukan yang mempunyai masalah hutang tersebut menyatakan mereka hendak menyelesaikan segala hutang secepat mungkin seterusnya boleh beraksi dalam saingan musim depan," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.
Jelasnya, setiap pasukan juga perlu membayar deposit pada 14 Oktober ini dengan nilai bagi pasukan Liga Super ialah RM150,000, Liga Perdana RM100,000 dana Liga FAM RM30,000.
"Ia bergantung kepada kemampuan mereka jika mereka hanya mampu bayar sebanyak RM30,000 sedangkan mereka adalah pasukan Liga Super, mereka perlu bermula dari bawah beraksi dalam Liga FAM terlebih dahulu.
"FAM juga akan menimbang kepada pasukan yang mampu membayar RM150,000 jika bukan dari Liga Super mereka berkemungkinan boleh beraksi dalam liga tersebut jika masih mempunyai kekosongan 14 pasukan," katanya.
Kata Che Mat, setiap pasukan yang akan beraksi dalam saingan musim depan juga perlu mengemukakan jaminan bahawa mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
"Pasukan dari Liga Super perlu menunjukkan mereka mempunyai sumber kewangan bernilai RM2.5 juta, Liga Perdana, RM1.5 juta, Liga FAM RM500,000 dan Piala Presiden RM30,000 tetapi ia tidak semestinya berbentuk tunai mungkin surat jaminan penaja.
"Bukti ini perlu dikemukakan ketika mereka membayar deposit untuk saingan liga pada 14 Oktober ini," katanya.
Selain mengekalkan 14 pasukan dalam Liga Super, FAM juga bakal menghantar dua pasukan untuk musim depan berbanding satu sebelum ini.
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
4 tahun yang lalu
Comments :
Catat Ulasan
Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.