Kelantan adakan perlawanan persahabatan dengan Persebaya dari Indonesia

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super, Kelantan, akan menentang Kelab Persebaya dari Indonesia dalam perlawanan persahabatan timbal balik di Kota Baharu pada Jumaat ini dan di Surabaya pada 28 Disember nanti.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata perlawanan itu, yang diilhamkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan rakan sejawatan beliau dari Indonesia Dr Andi Alifian Mallarangeng, diharap akan mewujudkan platform untuk kelab-kelab profesional Malaysia dan Indonesia meningkatkan daya saing.


"Harapan kami agar perlawanan seperti ini dijadikan acara tahunan. Ia bukan sahaja dapat mempersiapkan pemain untuk menghadapi saingan lebih besar, malah ia membuka peluang dan memberi pendedahan kepada mereka untuk mengembangkan lagi bakat mereka di persada lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Annuar berkata penganjuran secara bersama itu akan menggalakkan lagi kerjasama antara dua negara berkenaan khususnya dalam penganjuran perlawanan persahabatan.

"Ia akan menjadi satu pengalaman amat berharga untuk Kelantan dalam menentang pasukan berbakat seperti Persebaya. Ia akan menjadi pertandingan pra-musim yang sempurna untuk kita," katanya.

Kedua-dua perlawanan itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran 801 Astro Arena.


- BERNAMA

Comments :

have 0 comments at “Kelantan adakan perlawanan persahabatan dengan Persebaya dari Indonesia”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB