Pindaan tarikh Piala Malaysia diketahui bagi laluan perlawanan menentang Australia

Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keputusan meminda tarikh perlawanan suku akhir Piala Malaysia akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri, menurut Setiausaha agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad.

Keputusan meminda tarikh perlawan tersebut adalah berikutan pertembungan tarikh tersebut dengan perlawanan persahabatan Harimau Malaya di bawah bimbingan Datuk K.Rajagobal dengan pasukan kebangsaan Australia pada 7 Okt ini, kata beliau.

Satu mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) akan bersidang dalam masa terdekat ini, yang akan dipengerusikan oleh pengerusinya Datuk Hamidin Mohd Amin, yang juga Naib Presiden FAM, katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Skuad Harimau Malaya telah diundang oleh Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) ke Sydney menentang pasukan Socceroos, iaitu skuad kebangsaan Australia, yang merupakan antara pasukan ternama di dunia dan juga naib juara Piala AFC 2011.

Azzuddin berkata mesyuarat itu akan membuat ketetapan sama ada untuk meneruskan jadual perlawanan yang diadakan ataupun untuk meminda tarikh pertandingan Piala Malaysia bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa itu.

Katanya perlawanan persahabatan ini merupakan satu penghormatan kerana kehebatan skuad Harimau Malaya yang kini telah dinilai oleh pasukan negara luar.

"Australia merupakan salah satu pasukan dalam 16 kumpulan terbaik Asia bagi saingan Piala Dunia. Walaupun kita gagal melayakkan diri dalam kumpulan tersebut, namun mereka memperakui taraf mutu perlawanan kita," kata Azzuddin.

Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia akan bermula pada 6 Sept dan berakhir pada 27 Sept, manakala peringkat suku akhir akan dilangsungkan pada 4 dan 8 Okt dan disusuli dengan separuh akhir pada 14 hingga 22 Okt dan acara kemuncak pada 29 Okt.

-- BERNAMA

Comments :

have 0 comments at “Pindaan tarikh Piala Malaysia diketahui bagi laluan perlawanan menentang Australia”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB