Liga Super: Pungutan mata semakin sengit antara Kelantan, Selangor, Terengganu

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Jaringan Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-44 telah membantu Kelantan menewaskan Johor FC 1-0 di Stadium J.Corp, Pasir Gudang, Johor, malam ini, sekaligus mengekalkan kedudukan takhta Liga Super.

Kelantan dibawah bimbingan Datuk. M. Karathu kini mempunyai kelebihan jaringan untuk menerajui carta kedudukan selepas berkongsi 36 mata dengan pencabar terdekat, Selangor.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Selangor menewaskan Kuala Lumpur 3-1 dengan dua jaringan dilakukan oleh Rudie Ramli pada minit ke-10 dan 89 serta Safiq Rahim pada minit ke-46.


Manakala gol saguhati Kuala Lumpur disumbangkan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-30.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah Terenganu menewaskan pasukan tercorot, Perlis 3-1.

Bagaimanapun, Perlis membuat kejutan awal dengan mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Nik Shahrul Hanizam Mohd pada minit ke-17.

Terengganu, yang menduduki tangga ketiga liga dengan 35 mata, bangkit pada babak kedua untuk menjaringkan gol menerusi Abdul Manaf Mamat pada minit ke-54, Ashari Samsudin (min-67) dan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-76.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Negeri Sembilan mengatasi Perak 3-1.

Hairudin Omar muncul wira pasukan Negeri Sembilan dengan menjaringkan dua gol pada minit ke 55 dan 72 manakala Mohd Khairul Ridzwan membuka tirai jaringan pada minit ke-33.

Gol tunggal Perak dihasilkan oleh Razali Umar Kandasamy pada minit ke-89.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang mencatat keputusaan seri tanpa jaringan dengan Felda United.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah seri 1-1 kepada Sabah.

Gol Kedah dijaringkan oleh Shafizan Hashim minit ke-12 manakala gol Sabah pula disumbangkan oleh Mohd Farid Idris menerusi sepakan penalti pada minit ke-41.

Sementara itu, dalam satu perlawanan Liga Perdana di Stadium Selayang malam ini, Sime Darby mengatasi Harimau Muda B 1-0.

-- BERNAMA

Comments :

have 0 comments at “Liga Super: Pungutan mata semakin sengit antara Kelantan, Selangor, Terengganu”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB