Rekod tanpa kalah Kelantan lebur di tangan Pahang

|
Kongsikan Maklumat Ini Di Facebook Anda

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pahang meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan dengan kemenangan 2-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pada malam Sabtu.

Pahang, yang menduduki tangga keenam dalam saingan liga, membuka tirai jaringan menerusi R. Surendran pada minit ke-43 dan memperkukuhkan kedudukan pada babak kedua dengan jaringan Mohd Faizol Hussin pada minit ke-90.

Walaupun mengalami kekalahan pertama dalam tujuh perlawanan, Kelantan masih kekal di tangga teratas dengan 14 mata.


Di Stadium Utama Kangar, Felda United melonjak ke tangga kedua liga dengan 14 mata selepas menewaskan pasukan tercorot, Perlis 2-0.

Gol Felda United dijaringan oleh Muhd Zamri Chin pada minit ke-40 dan Farderin Kadir pada minit ke-56.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selangor naik satu anak tangga di tempat ketiga dengan 14 mata selepas menumpaskan Negeri Sembilan 2-1.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan mendahului babak pertama dengan jaringan penalti oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke-10.

Selangor kembali bangkit pada babak kedua dengan menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd Amri Yahya pada minit ke-61 sebelum Safiq Rahim meledakkan gol kemenangan pada minit ke-78.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team dan Perak berkongsi satu mata apabila seri tanpa jaringan.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pasukan Kedah, yang dilanda masalah dalaman, akhirnya berjaya mencapai kemenangan kedua dengan menewaskan Terengganu 2-1.

Bagaimanapun, Terengganu membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi Reeshafiq Alwi sebelum Kedah bangkit pada babak kedua untuk mengumpul mata penuh.

Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan pada minit ke-62 dan gol kemenangan Kedah dihasilkan oleh Mohd Fidaus Faudzi empat minit kemudian.

Perlawanan antara Sabah dan Harimau Muda A di Stadium Likas, Sabah, terpaksa ditunda ke tarikh lain atas sebab teknikal.

Difahamkan pemain Harimau Muda penat setelah kembali dari Lahore, Khamis lalu, selepas perlawanan kedua pusingan kelayakan Olimpik menentang Pakistan.

-- BERNAMA

Comments :

have 0 comments at “Rekod tanpa kalah Kelantan lebur di tangan Pahang”

Catat Ulasan

Blog Cheni™ telah menggunakan 'do follow' untuk link setiap komen anda. Link anda tersebut akan tersenarai dalam search engine. Oleh itu, komen anda di sini sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

FB